Gol Ajaib Bawa Tuah Faiz Subri Menang Anugerah Puskas FIFA, Gol Paling Cantik 2016

Confirm hari ni penuh timeline dengan cerita pemain bola sepak Malaysia, Faiz Subri yang baru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA, Gol Paling Cantik 2016. Bukan Faiz Subri je yang berdebar nak tahu keputusan di umumkan, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan Faiz Subri. Tak berkesempatan nak tengok secara live. Tahu-tahu awal pagi dah menang je. Tahniah buat Faiz Subri.

Kredit image : google
Gara-gara gol ajaib yang mendapat perhatian dunia melayakkan Faiz Subri tercalon  untuk memenangi Anugerah Puskas iaitu anugerah yang diberikan kepada jaringan gol yang tercantik. Seterusnya membawa tuah buat Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA, Gol Paling Cantik 2016. Jaringan gol yang dikatakan seakan-akan seperti sepakan percuma yang pernah dilakukan oleh bekas pemain Brazil, Roberto Carlos pada perlawanan menentang Perancis beberapa tahun lalu. Bila Fiza tengok semula sepakan Faiz Subri ni terus kata wow! Menarik jaringan gol yang dibuat. boleh pulak melencong gitu ye.

Hebat tak hebat tu. Ada yang kata seperti melanggar hukum fizik la, jaringan menakjubkan la. Macam-macam pujian untuk Faiz Subri. Tuan punya diri dah tentu lah bangga. Rakyat Malaysia tumpang bangga dengan kemenangan Faiz Subri. Dengan kemenangan Faiz Subri ni barulah orang luar nampak kehebatan sukan bola sepak Malaysia ni. Betul tak? Kalau tak, lansung tak pandang Malaysia ni. 
Kemenangan Faiz Subri itu diumumkan di majlis 'The Best Fifa Awards'™ yang berlangsung di Zurich.  Kejayaan Faiz Subri itu sekaligus menjadikan gol ajaib Faiz Subri - ketika pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang - adalah gol yang tercantik di dunia sepanjang tahun 2016. Faiz Subri berjaya mengetepikan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang turut bersaing untuk anugerah tersebut. Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Fenomeno. Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.-Kredit info : Siakapkeli
Kepada mereka yang kecam Faiz Subri tak bersedia berucap tu buang masa cari teks ucapan, yang berkata memalukan Malaysia sebab tak pandai cakap English tu sila-silalah berhenti kecam orang lain. Cukupalah berbangga dengan pencapaian pemain bola Malaysia yang layak dan terus menang dalam Anugerah Puskas FIFA, Gol Paling Cantik 2016 tu.  Tahniah sekali lagi Faiz Subri! Harap-harap lepas ni dapat gol cantik lagi tahun 2017. Good Luck!


8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.