Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

leaderboard-07

Cerita afzalsukasuki

Ranking Alexa Azhafizah.com December 2016


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kecewa! Kecewa! Kecewa! Ke laut sangat ranking alexa azhafizah.com bulan December ni. Haihh...apa nak jadi entah. Mengeluh pun tak berguna kan. Mungkin silap strategi lah ni. Mohon cari guru lepas ni Puan Fiza. Berguru kan encik google tak tahu mana nak ikut. Turun ke naik tetap update untuk performance blog setiap bulan dalam tahun 2016.

Nampaknya bulan ni terpaling teruk kot? Adakah disebabkan tukar template baru? Jeng jeng jeng.. Mungkin ya dan mungkin tak. Tak arif bab ranking alexa ni selain sekadar tahu check naik turun ranking tu je. Tanda merah tu masih merah tak mak ko hijau pun. Sadis! Nak tak nak terimalah hakikatnya  ranking yang mendukacita kan untuk bulan terakhir 2016. Penutupan yang sedikit menyedihkan. huwaa...


Menangis pun tak berguna. Jadi, tahun depan keep fighting!

Statistik Ranking Alexa www.azhafizah.com 2016

Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

Global Rank : 432, 991
Rank in Malaysia : 6, 230

Global Rank : 468, 731
Rank in Malaysia : 4, 594

Global Rank : 524, 947
Rank in Malaysia : 4, 485

Global Rank : 432, 309
Rank in Malaysia : 3, 297

Global Rank : 453, 040
Rank in Malaysia : 4, 919

Global Rank : 474, 433
Rank in Malaysia : 4, 617

Global Rank : 525, 454
Rank in Malaysia : 5, 913

Global Rank : 512, 989
Rank in Malaysia : 5, 039

Global Rank : 556, 969
Rank in Malaysia : 7, 910

Check rank Blog >>www.alexa.com

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Jom Buat 2016BestNine


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Oohhoii..tinggal sehari je lagi nak masuk tahun baru 2017. Semua dok pakat ramai-ramai kongsikan 2016bestnine di instagram. Fiza pun tak nak ketinggalan juga nak buat 2016bestnine. Jadi buat jugaklah sebagai salah satu kenangan untuk tinggalkan tahun 2016. 
Best Nine mengumpulkan 9 gambar yang terbaik di instagram sepanjang tahun 2016.
Cara nak buat best nine 2016 ni mudah je.

1. Pergi ke website : https://2016bestnine.com/
2. Kemudian masukkan id instagram, klik get dan tunggu beberapa saat.



Inilah hasil 2016bestnine @azhafizah.mdnor. Kalau tahun lepas kurang dapat likes, tapi tahun ni lebih banyak dari tahun lepas. Lebih banyak likes untuk hasil kerja Fiza dari gambar sendiri. Nampaknya tahun depan kita gunakan strategi upload hasil kerja seni je la untuk dapatkan likes terbanyak. 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

Kemeriahan Thai Food Festival


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yes, Finally! Dapat juga menikmati kemeriahan Thai Food Festival 2016 yang sedang berlansung di Kip Mart Senawang. Kalau tak dapat pergi, telan air liur je la tengok makanan sedap yang mereka upload tu. Alhamdulillah ada rezeki nak merasa makanan Thai yang sedap-sedap tu. 

Sebelum pergi sini memang dah ada dalam kepala dah nak beli apa je. Tomyam tu dah tentu wajib beli. Nak kerabu mangga, pulut mangga, kerabu sotong, somtam dan thai red tea. Itu je la yang biasa makan pun. Masa ni Fiza dengan husband pergi waktu tengahari. Agak panas juga walaupun nampak mendung. Orang pun tak ramai sangat tapi masih meriah sampai nak beli makanan pun ada yang beratur panjang.


Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan. Kalau nak merasa sampai nak ke Thailand tu entah bila-bila nak sampai Thailand. Jadi, jangan lepaskan peluang datang. Kalau korang peminat tegar makanan Thai lah. Kalau tak minat pun ada barangan lain yang dijual di sini selain makanan. Ada baju, seluar, beg dan lain-lain lagi.

Bila dah sampai sini, pertama sekali of course lah Fiza cari tomyam dulu. Pusing punya pusing Fiza beli kat kedai Abdullah Fathoni ni. Nampak pulak somtam dengan kerabu maggi tu. Ahhh kecur betul dibuatnya. Kecur tak kecur, Fiza beli tomyam je sebab kalau ikut nafsu makan sangat membazir. Siapa nak makan oiii. Husband bukan suka makanan tomyam masam² ni. Matilah kalau Fiza kena habiskan sorang. Kalau simpan lama sampai ke malam tak fresh pulak. Sudahnya beli tomyam je kat sini. 


Sesambil tu dok tengok gerai lain. Kotlah ada yang terberkenan makanan yang tak pernah makan kan. Meriah betul jualan makanan kat sini. Bau pun dah macam-macam bau makanan dah. Kalau pergi masa perut tengah berkeroncong memang azab lah tahan lapar dengan bau-bauan segala makanan yang ada. Kalau tak tahan lapar, boleh je makan kat sini sebab ada disediakan meja dan kerusi untuk mereka yang nak makan di sini.


Setiap gerai ada logo halal. Jadi, tak perlu risau untuk membeli dan merasa.

Husband Fiza beli takoyaki. Eh, ade pulak takoyaki. Bukan takoyaki makanan jepun ke? Pun boleh lah kan. 


Memandangkan kamiorang tak lunch lagi. Beli lah pulut ayam goreng dan beritant nasi goreng kat kedai sebelah kedai Thai red tea ni. Selain beli Thai red tea, Fiza beli roti tisu coklat juga. Nampak menarik je.


Kalau korang beli teh tarik korang akan dapat special performance dari abang teh tarik ni. Tarikan utama mungkin?

Tak lama pun Fiza datang sini. Sempatlah pusing 2 round semua gerai. Tak besar mana pun. Tapi rambang mata juga lah nak pilih makanan tu. Inilah hasil pembelian Fiza semalam.

Takoyaki RM10 (12 biji)
Tomyam RM8
Pulut Ayam Goreng RM8
Beritant Nasi Goreng RM8
Roti Tisu coklat RM4
Thai red tea tarik RM6 (L size)
Total loss : RM44

Kalau tengok harga tu pada Fiza agak mahal sebab kalau harga yang orang malaysia buat tak semahal itu rasanya. Kalau kat utara pulut ayam goreng baru RM5 macam tu kan. semangkuk tomyam baru RM6. Ini namanya original dari Thailand, haruslah kena mahal sikit kot? Ke? Atau sepatutnya lebih murah sebab adanya festival ni. Entahlah, tak dapat nak menjawabnya. So far puas hati dengan rasa masakan Thai ni dan sangat kenyang. Alhamdulillah tak membazir. Habis licin! Terbaik! Kalau korang nak makan macam-macam, kenalah bawa duit lebih. 


Orang Seremban dan yang terdekat jom datang sini.  Thai Food Festival sampai 1 Jan 2017 je tau. Buka dari 11:00 pagi sehingga 12 malam di Kips Mart Senawang.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Tetap Setia Bersama Contact Lens Freshkon


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seingat Fiza lah, dah terjebak pakai contact lens sejak 2008. Gara-gara pengaruh rakan sebaya gitu. Mudah terpengaruh Fiza ni. Ehhh takdelah terpengaruh sangat cuma saja nak tukar imej dari berkaca mata kepada tanpa berkaca mata tapi yang boleh nampak. Faham tak ayat tu? Tak faham, kena baca 2 3 kali untuk faham.

Sebenarnya agak rimas bila berkaca mata pakai tudung ni. Sebab utama nanti tudung jadi kembang kiri kanan tu disebabkan cermin mata. Disebabkan itu, Fiza tak beli cermin mata jenis besar-besar tu. Beli yang betul-betul ikut size lebar muka. Itupun kalau nak beli cermin mata yang baru jenuh nak cari size lebar yang kecil. Sebab tu juga Fiza terjebak pakai contact lens. Bukan pengaruh rakan sebaya semata-mata. Tak! Tak!

Kalau kata sebab nak nampak cantik tu salah satu faktor jugak sebab Fiza tak nak tudung nampak kembang. Itu je! Lagi satu kalau nak pakai cermin mata hitam kena pakai double cermin mata pulak. Lagilah rimas! Nak mata cantik tu pun bukan faktor utama Fiza pakai contact lens sebab pada mulanya Fiza pakai yang jenis pakai buang setiap hari tanpa warna tu. Yang penting selesa pakai contact masa pakai tudung tudung tak kembang! Kemain anti tudung kembang kiri kanan tu. Lain orang lain rimasnya.

Pada mulanya memang takut nak pakai. Ye lah kan, macam- macam berita yang menakutkan tentang contact lens kalau salah pemakaian dan penjagaan tu.

Tips pemakaian dan Penjagaan Contact Lens

1. Pastikan tahu tempoh penggunaan contact lens. Kalau untuk pemakaian sebulan, makanya pakai sebulan je.
2. Kalau power kedua belah tak sama, kena pastikan pakai contact lens di mata yang betul. Macam Fiza power keduanya sama. Jadi tak kisah pakai belah kanan atau kiri.
3. Pakai jangan lebih dari 8 jam sebab mata perlukan rehat juga.
4. Jangan tidur dengan memakai contact lens. Fiza pernah tertidur pakai contact lens. Alhamdulillah tak melekat atau berlaku apa-apa. Cuma pernah terjadi contact lens beralih arah. Jenuh juga nak pusing-pusing anak mata tu untuk bagi contact lens berada di tempat yang betul. Boleh pening juga dibuatnya.
5. Pastikan tangan dan jari bersih untuk memakai atau membuka contact lens.
6. Gunakan air solutions yang baru setiap kali simpan contact lens dalam bekas khas untuk contact lens.
7. Kekalkan kelembapan mata dengan menitiskan eye more. Biasanya mata akan pedih bila terlalu lama duduk dalam air cond menyebabkan mata kering. Selain tu akan pedih dan merah kalau masuk habuk atau pakai terlalu lama.
8. Elakkan memakai contact lens ketika memasak, bersauna, berbarbeque atau di tempat suhu yang tinggi. Tak pasal-pasal boleh buta sebab lens bersifat lembut akan menjadi keras dan mencengkam mata.
9. Jika berada di tempat cuaca yang panas, pastikan pakai cermin mata hitam yang ada perlindungan UV untuk mata.
10. Kalau jenis suka bermake up pakai contact lens dulu sebelum make up dan tanggalkan contact lens sebelum hilangkan make up.
11. Jangan pakai orang lain punya contact lens. Takutlah kalau dijangkiti apa-apa kan.
12. Jangan pakai contact lens yang dah koyak walaupun koyak sikit je. Bahaya!
13. Ini paling penting ye. Pastikan beli contact lens di kedai optik yang di selamat digunakan.

Itu je tips dari Fiza, kalau nak tambah sila tinggalkan dalam kotak komen ye. Terima kasih. Okay, berbalik semula cerita Fiza yang tergantung kat atas tadi tu. Bila Fiza dah mula selesa pakai daily contact lens pakai buang tanpa warna tu, lama-lama muncul pulak niat di hati nak cuba contact lens berwarna pulak. Mengada-ngada pulak kan.

Kalau tak silap Fiza, pertama kali Fiza cuba pakai warna grey. Jenama pun tak ingat jenama apa dah. Sejak dari itu sampailah sekarang warna yang Fiza pernah cuba jenis-jenis warna grey dan brown sahaja. 2 tahun lepas pernah cuba warna blooming pink jenama Freshkon tapi jodoh tak panjang sebab baru pakai sekali dah koyak. Lepas tu nak beli warna yang sama sampai sekarang tak dapat sebab takde yang ready stok, kena order dulu. 

Dah banyak kedai Fiza tanya, masih takde ready stok. Skang ni kedai optik ada ready stok warna tertentu je mengikut power. Ikut nasiblah kalau ada. Sebab tu sekarang kalau nak beli contact lens Fiza tanya dulu yang mana ada ready stok untuk power 1.5 Fiza punya tu. Jadi, boleh pilih mana yang ada. Kalau tak tanya, nanti dah pilih warna yang suka, tiba-tiba takde stok pulak. Kecewa kan. Jadi, silalah tanya dulu sebelum membuat pilihan dan beli.


Jenama yang Fiza pernah pakai Acuvue, Blincon dan Freshkon. Freshkon paling banyak Fiza beli sebab lebih selesa. Sebab tu lah masih setia bersama Freshkon! Memang tak cari lain dah. Sekarang ada promosi buy 2 Free 1.  Harga sekotak RM64. Fiza beli dua kotak dapat FREE 1 kotak. Dah jimat untuk bayar sekotak lagi kalau beli 3 kan. Beli banyak buat stok sementara ada promosi ni.. Bukan senang nak beli yang dah ready stok. Ini pun Fiza beli mana stok yang ada je untuk power mata Fiza tu. Masih setia dengan warna grey dan brown. Tak nak cuba warna hitam untuk kesan mata besar sebab lagi suka mata sepet.




Okay lepas ni nak tukar imej mata warna grey sebab dah lama pakai warna brown. Imej baru 2017 mungkin? Tapi Fiza pakai contact lens bila rasa nak pakai dan sesuai dengan keadaan. Kalau rasa nak bersiap lambat dan nak pergi event mana-mana ke bolehlah pakai. Kalau nak buat aktiviti luar yang mencabar tu lebih baik pakai cermin mata je. 

Pakai cermin mata ni satu lagi masalah kena hadap kalau keluar dari tempat air cond, terpaksa berhadapan dengan situasi cermin mata kabur sekejap akibat perubahan keadaan sejuk tu. Bertabahlah ye orang yang berkaca mata ni. Hanya orang berkaca mata je faham. Yang mata sedang elok tu, sila jaga mata sebaiknya.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Redeem AEON Gift Voucher


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Belek-belek member card AEON bakal luput 31 Disember 2016 nanti. Ada beberapa hari je lagi untuk redeem AEON Gift Voucher daripada rebate pembelian di AEON. Cuti weekend memang tak nak pergi AEON sebab tahu mesti sesak orang shopping sempena christmast kan. Jadi, semalam hari terakhir cuti sempat juga pergi AEON nak redeem voucher punya pasal.

Walaupun tak berapa nak spend duit sangat membeli belah kat AEON ni tapi wajib redeem voucher seberapa yang dapat. Rugilah kalau tak redeem. Tak kisahlah walaupun dapat redeem voucher RM5 sekalipun. Cara nak redeem voucher cuma perlu ke kaunter customer service dan beritahu nak redeem voucher. Staff AEON akan check points rebate dulu kemudian dia akan beritahu berapa jumlah nilai voucher yang boleh di tebus. Masa Fiza pergi cuma ada 2 customer je. Kejap je la urusan redeem voucher ni.

Inilah hasil yang Fiza dapat. Janji ada! Voucher ni boleh guna selepas setengah jam ye. Tak boleh dapat je terus guna. Expired date pun lambat lagi. So guna nanti-nanti pun boleh.


Memandangkan member kad pun dah nak expired. Fiza renew sekali kad baru. Harga untuk renew member kad baru RM12 selama setahun, kalau 3 tahun RM 24. Fiza ambil pakej untuk 3tahun terus. Nampaknya 3 tahun lagilah baru redeem voucher sebab bukan setiap tahun belum tentu boleh redeem voucher. Setahun boleh kira berapa kali je jejak AEON tu. Tapi kalau dah jejak beratus-ratus juga boleh habis duit tu. Sebab tu tak nak pergi selalu. Terbarai poket! Jika ada keperluan je baru pergi. Ini semua disebabkan lebih kepada shopping online. Lebih mudah dan lebih jimat orang kata. Tapi tu lah, kalau nak dapat barang on time memang kena gigih keluar rumah membeli kan. 

Redeem voucher dan renew kad AEON dah settle. Lepas ni kena settlekan redeem vouchers untuk IKEA pulak sebelum 31 Disember 2016 berakhir. Kalau tak redeem memang rugilah oiii.. Haa, ape tunggu lagi, check segala kad dan points pembelian yang ada untuk redeem sebelum tamat. Jangan nanti ada yang menangis tepi bucu katil pulak.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Resepi Bubur Jagung Paling Mudah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Good Morning! Awal sikit update entri hari ni. Lepas geram sebab 2 hari blog tak berupdate, hari ni baru ada kekuatan dan idea sikit nak update. Kalau sunyi terus, takut orang tak perasan dah blog ni. Tuan blog tengah berehat, blog terkesan lah sekali kan. Takpe, ada masa-masanya terpaksa lupakan blog kejap. Kejap je! Tak boleh lama-lama nanti rasa bersalah kalau tak update.

Entri pagi ni dimulakan dengan Resepi Bubur Jagung Paling Mudah. Ye, memang paling mudah untuk Fiza yang tak berapa nak hebat sangat dalam masakan. Pandai tu tidaklah, cuma rajin masak. Malas pun ada juga tapi tengok mood. Kalau dah rajin masak, macam-macam masakan nak di masaknya dari sarapan, makanan tengahari, minum petang, makan malam sampailah ke minum malam. kan! Kalau korang terasa nak makan bubur jagung untuk menu minum petang nanti bolehlah cuba resepi mudah ni. 

RESEPI BUBUR JAGUNG MUDAH

1. 3 tongkol Jagung
2. Santan (1 kotak santan)
3. Gula Perang (3 sudu)
4. Garam (1/2 sudu camca)
5. Air ( 1liter)
6. Daun pandan (2 helai)

CARA MASAK BUBUR JAGUNG

1. Hiris jagung, basuh dan toskan
2. Didihkan air, santan dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan jagung dan masak dengan api yang sederhana
4. Kemudian masukkan gula perang. Kalau suka manis letak gula lebih. Kacau dan biarkan sehingga jagung cukup masak.
5. Akhir sekali baru letak daun pandan. Bau wangi!


Mudah je kan! Tapi nak lagi sedap dan bubur nampak banyak dan meriah, boleh tambah bubur cha cha atau sagu. Kalau tambah sagu tu kena pastikan basuh dahulu dan masak sehingga jadi warna jernih. Terpaling suka mak sendiri masak sebab air tangan mak tu orang lain tak boleh lawan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Risiko Cabut Gigi Selain Bengkak


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ingatkan lepas cabut gigi geraham bongsu tu dah okay dah sakit walaupun bengkak. Rupanya tak! Ada pulak sakit yang lain. Hari pertama cabut gigi tak berapa nak nampak sangat kesan dan sakitnya. Masuk hari kedua, tu dia punya kesan dan sakitnya tu memang sakit ya amat!

Tepi bibir sebelah kanan melecet teruk akibat dari geselen peralatan cabut gigi dan bukaan mulut yang terlalu lama sampai 1jam lebih tu. Masa cabut hari tu memang agak sakit sikit kejang mulut sebab bukak mulut terlalu lama kan. Tak tahu pulak ada kesannya. Tak pasal-pasal melecet. Dah macam kena dera pulak.


Bila dah hari kedua cabut gigi ni barulah nampak kesan melecet tepi bibir. Memang azab betul melecet ni sampai sakit nak bukak mulut kalau dah melekat tepi tu. Lagi-lagi kalau kulit bibir tepi tu kering. Nak elok cepat Fiza selalu sapu vaseline bagi lembap sentiasa. Takdelah sakit nak buka mulut kalau kering tu. Alhamdulillah beransur baik dah. Kulit bibir pun dah mengelupas ni.

Sakit gigi dah okay cuma masih bengkak. Harap-harap lepas habiskan antibiotik ni okay dah. Kena tahan lagi sakit melecet ni pulak. Walau apa jadi pun kena bertabahlah ye. Sesekali datang ujian sakit tu. Nak kata serik cabut gigi tu memang seriklah jugak tapi daripada tahan sakit selalu tu baik tahan sakit sekali ni je. Jangan pulak entri Fiza ni buat korang tak nak cabut gigi kalau sakit gigi. Be strong enough. Semuanya akan baik-baik je.. InshaAllah
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Episod Akhir Drama Akasia 7 Hari Mencintaiku


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak Buntat dan Pak Samad jadi trending makin ramai yang tengok drama akasia 7 Hari Mencintaiku tu kan. Masing-masing dah terjebak dengan drama tu. Hebat betul penangan kisah sedih Buntat dan gegaran Pak Samad bila marah.  Ada yang baru nak terjebak di episod akhir sampai marathon dari episod awal tu. Gigih korang! 

Sedia maklum hari ni episod akhir drama akasia 7 Hari Mencintaimu. Ramai dah tahu pengakhiran cerita ni sebab dah baca novel dulu kan dan dah tersebar gambar setiap muka surat novel 7 hari mencintaiku di laman sosial. Jadi yang tak beli novel dan tak suka baca novel macam Fiza dapat lah tahu kisah akhir ni. Tak nak lah kongsi kat sini. Tengok sendiri episod akhir drama ni petang nanti. Maghrib pun masuk waktu awal. Jadi, boleh tunaikan kewajipan dulu sebeum layan episod akhir. Kalau terlepas tu tengok je ulangan secara online. 

Kredit foto : google
Dalam minggu akhir drama ni, ambillah pengajaran mana yang perlu. Hakikatnya dalam drama ni terkadang memang betul berlaku dalam kehidupan seharian kita kan. Ye lah yang menulis novel pun manusia biasa juga tak lari dari menceritakan kisah yang pernah berlaku. Betul tak? 

Drama 7 hari mencintaiku dah habis kita layan drama Isteri Tuan Ihsan pulak ye.

Selamat menonton!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Thai Food Festival di Senawang, Seremban


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Yeay! Thai Food Festival bakal berlansung di Senawang, Seremban. Dah lama teringin nak pergi Thai Food Festival ni sebenarnya. Tapi tu lah semuanya jauh-jauh je. Bila tahu akan diadakan dekat-dekat ni buat yang tak sabar nak pergi. Fiza memang teringin sangat nak rasa macam-macam masakan Thai sebab kena dengan selera Fiza. Nak makan tomyam, kerabu mangga, pulut mangga , kerabu sotong dan apa lagi yang best? Mesti ada makanan Thai yang Fiza tak pernah rasa lagi.


Tapiii...masalahnya  sakit gigi Fiza belum baik sepenuhnya sebab sekarang masalah melecet tepi bibir sampai sakit nak buka mulut apatah lagi nak makan sedap-sedap. Hilang nikmat makan sementara ni. Nasib juga Fiza sentiasa sapukan vaselin sebab kalau kering lagi sakit.

Tengok keadaan Fiza macamana dulu. Kalau dah sihat baru boleh pergi. Kalau pergi tapi masih sakit tak guna juga kan sebab menyeksa diri je kena tahan godaan makanan yang ada. Lebih baik tak pergi. Jangan pergi tempat makan, kita shopping apa yang patut sebab katanya ada Jualan Pecah Kontena. Jualan pelbagai barangan murah-murah katanya.

  • Barangan Elektrik bermula RM10
  • Barangan dapur
  • Bantal RM3, Carpet, Tilam, Pinggan Mangkuk
  • Beg berkualiti - Semua harga rm30
  • Beg sekolah, beg travel, handbeg, Beg berjenama
  • Baju Gred AAA - semua RM10
Ini kalau bawa mak-mak datang habis di borongnya. Untuk jualan murah happy hour ni 5 jam je. pada 23 Disember 2016 dari pukul 5.00 petang - 10.00 malam di Kips Mart Senawang.

Untuk Thai Food Festival ni akan berlansung bermula dari 24 Disember 2016 sehingga 1 Jan 2017. Buka dari 11:00 pagi sehingga 12 malam di tempat yang sama di Kips Mart Senawang. Ada masa yang lama untuk mencuba lebih dari 100+ jenis masakan Thailand. Wow! Menarik sangat. Suka suka suka. Haruslah kena pergi. Harap sakit gigi dan melecet mulut cepat baik. Kalau tak, takde rezeki Fiza lah.

Untuk maklumat lanjut terkini, boleh tengok di
facebook : www.facebook.com/ThaiFoodFest

Lokasi seterusnya Thai Food Festival di Muar, Johor pula. Get ready Johorean!

Kredit maklumat dan foto : Thai Food Fest

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berita baik untuk bakal pengantin yang bakal berkahwin sebab Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan kembali Disember ini.  Mesti bakal pengantin tak sabar nak pergi kan. Ye lah, bukan selalu Wedding Festival @ Pameran Pengantin ini diadakan. Setahun sekali kot. Eh, dah macam raya pula setahun sekali. Yang bakal pengantin sah-sah lah teruja nak pergi, yang dah berkahwin dan yang belum merancang berkahwin pun tumpang teruja nak pergi. 
MEFA, Festival Perkahwinan Malaysia dari pelbagai produk perkahwinan di dalam 1 bumbung

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

1. Dapatkan 1000 Beg Cenderamata PERCUMA untuk pengunjung terawal.

Setiap pengunjung terawal (1000 pengunjung yang terawal) akan dapat beg cenderamata PERCUMA. Masuk pun PERCUMA!. Jadi, tak rugi kalau korang datang awal. Tapi kalau korang datang tak dapat beg cenderamata tu maksudnya korang lambat! Jadi, jadilah pengunjung terawal untuk dapatkannya. Tak susah pun untuk dapat barang percuma selain berusaha datang awal. Tak kisah lah korang bakal pengantin atau tak. Yang penting datang awal ye. Boleh lah buat kenangan dapat beg cenderamata tu kan.

2. Membantu Persiapan Pernikahan/ Perkahwinan.

Dengan adanya pameran pengantin macam ni sangat membantu bakal pangantin dalam membuat persiapan pernikahan/ perkahwinan mereka. Macam Fiza dulu sempat juga pergi pameran pengantin sebelum majlis. Pada Fiza, Bakal pengantin wajib pergi. Ye lah, zaman sekarang majlis perkahwinan sentiasa up to date dari zaman ke zaman. Jadi, bagi pengantin yang blur tak tahu nak mulakan persiapan perkahwinan bagaimana kena datang! 

Bila dah datang Pameran pengantin barulah rasa lengkap persiapan perkahwinan. Ye lah, tak tahu nak mulakan dari mana kan. Kena fikir soal kad kahwin, hantaran, baju kahwin, photoshoot, katering, andaman, door gift dan lain-lain. Bukan setakat tu kena juga fikir kuantiti dan bajet setiap satu tu. Pening kan? Sila datang pameran pengantin sebab ada banyak pilihan untuk katering, butik pengantin, andaman, make up artis, pereka fesyen, hantaran, door gift, kad kahwin, fotografi, videografi, photobooth, dewan majlis, perancang perkahwinan, kedai kek, travel agensi (bulan madu), aiskrim dan hotel. Dah ada semua tu at least dah ada dalam kepala dah apa yang perlu di buat dan disediakan dalam waktu-waktu tertentu sebelum perkahwinan. 

3. 100+ dan 60+ Vendor Yang Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan.

Tak dinafikan korang akan rambang mata nak memilih vendor yang terbaik untuk majlis korang nanti. Ambillah masa 3 hari Pameran pengantin ni untuk memilih vendor yang terbaik. Pusing lah satu dewan sampai penat dan sampai puas hati. Kalau takde pameran pengantin, jenuh juga nak ke sana sini kalau vendor jauh-jauh kan. Di sini pusing dalam satu dewan je nak cari vendor. Jimat kos petrol dan tenaga. Pastikan kaki cukup kuat dan bertenaga untuk pusing satu dewan. 


Setiap Vendor akan memberikan harga promosi untuk setiap pakej yang di di sediakan. Macam Fiza dulu dapatlah harga murah sikit, PERCUMA 2 bunting majlis kahwin dan diskaun RM50 tempah kad kahwin. Dapat juga berjimat dan dapat harga murah dari biasa. Sambil-sambil tu ada 100 lebih booth untuk pengunjung membeli belah. Gerenti mereka menawarkan harga yang lebih murah. Tak rugilah datang sini.

4. Pelbagai Aktiviti di adakan.

Bawalah sesiapa saja datang ke pameran pengantin ni sebab pelbagai aktiviti di adakan untuk semua pengunjung. Ada acara pentas pertunjukan fesyen, perarakan pengantin, pertandingan melukis inai, pertandingan make up & pereka fesyen dan cabutan bertuah. Kalau korang berbakat make up, melukis inai dan mereka fesyen kena datang untuk untuk bakat yang korang ada tu. Kalau menang dapat hadiah. Tak ke seronok kalau dapat hadiah tu.

Paling menarik boleh tengok Persandingan Mega lufyaluvya & chehafiz pada 24 Disember 2016 nanti.

5. Menangi iphone 7, Pakej Bulan Madu ke Maldives & Krabi.

Kalau dapat hadiah menarik ni kira bonus untuk bakal pengantin. Bakal pengantin yang membuat tempahan dengan mana-mana vendor di pameran pengantin ni dan jumlah tempahan terkumpul sebanyak RM500 layak untuk mendapat peluang cabutan bertuah untuk memenangi iPhone (edisi terbaru), pakej bulan madu ke Maldives atau Krabi, Set Kecantikan, T-Shirt MEFA edisi terhad, Coklat dan barangan cenderahati. Untunglah kalau dapat hadiah menarik. Tak perlu fikir dah nak berbulan madu kat mana dan dapat hadiah lain tu boleh buat hantaran dan T-shirt boleh buat kenang-kenangan.

Ikutkan banyak sebab kenapa perlu hadir ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember ini. Semua boleh datang dan datanglah beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut boleh check di media sosial di bawah.

Website: www.mefa.my
Instagram: Mefa Pengantin
Pertanyaan : +6012 – 387 1775

Senarai Penaja MEFA 2016


  • Wedding.com.my (Rakan Media)
  • Majalah Pengantin (Majalah Rasmi)
  • Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama)
  • Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama)
  • Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi)
  • Foto Santai (Photobooth Rasmi)
  • Honey Vacation
  • Mega Bridal Creations
  • Botol Kacang Easy
  • Yann Rifft
  • Laman Kayangan
  • Sweet Pictures
  • EDM Events & Photography
  • De Gemilang Catering
  • KAY Gifts
  • Shahmie Catering & Event
  • Kashfi Zulkufli
  • KRULMATRIC Photography & Videography
  • Wens
  • Nana Bridal Boutique & Beauty
  • Coffee Corner Faizal Azzuri
  • Maldives4u
  • Istana Putih By Gee Cantik
  • Elenore Studio
  • Tepak Estate Venues & Events
#malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016

Datang jangan tak datang! | 23-25 Disember 2016 | SACC Shah Alam
Kredit info & foto : MEFA

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Donut Hipster


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah lepas azab sakit gigi sekarang azab sakit lepas cabut gigi pulak. Masa sakit macam ni lah macam-macam makanan nak di makan. Padahal kena makan bubur je sebaiknya kalau nak cepat elok sakit. Kalau tengok facebook tu mesti lagi macam-macam nak di makan. Ye lah masing-masing share makanan mana tak tak terliur.

Baru-baru ni viral kuih keria gula melaka tu kan. Rasanya donut hipster pun bakal viral juga. Spesis kuih yang sama cuma kuih donut ni gebu dari kuih keria. Ternampak donut hipster ni rasa nakkkk je sekarang. Macam-macam perisa ada pulak tu. Tapi kalau orang diet ni confirm tak berminat sebab nampak macam gula kastor tu macam banyak je kan...Kalau Fiza pun tak boleh makan manis sangat.. Tapi kalau dah tengok begini punya banyak, tergoda juga. 


Harga pun masih okay lagilah untuk dibeli. Harga kuih muih pun dah mahal sekarang kan.
Tengok semua ni dah tahu sedap kot. Alahaiii mana nak cari entah. Katanya Donut Hipster ni area Kuala Kangsar. Kalau yang pandai buat sendiri tu, buat je la kan. Cuma pelbagai rasa je.
Kredit foto : 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Kronologi Cabut Gigi Geraham Bongsu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cehhh..siap nak ada kronologi bagai. Sesekali tajuk entri nak juga macam gempak sikit. Minggu lepas pergi Klinik Pergigian sebab sakit gigi berdenyut-denyut. Dah siap sedia nak tahan sakit cabut gigi tu. Tapi doktor kata tak boleh cabut sebab bengkak.

Nak di jadikan cerita, gigi geraham bongsu tu memang dah berlubang cuma tak sakit. Dah rasa tak sakit, memang taklah nak pergi klinik tampal kan. Dia punya ngilu nak tampal tu memang mengerikan sebab tu tak pergi tampal. Kebetulan nak sakit pulak minggu lepas. Dah sampai masa untuk sakit kot.

Bila dah sakit bengkak tu, takdelah doktor nak cabut. Kenalah makan habis ubat antibiotik dan makan ubat tahan sakit tu. Lepas 5 hari, semalamlah hari untuk cabut gigi. Fuhhh..kecut perut oii nak kena cabut gigi. Nasib baik tak ramai yang datang hari ni kira tak lama menunggu.




Lepas ambil nombor, check tekanan darah dan bayar pendaftaran RM1, tak lama lepas tu masuk bilik surgeri. Masuk bilik surgeri dengan doktor lain. Hari ni doktor perempuan india. So far setakat ni kalau pergi klinik pergigian semua doktor sangat friendly. Alhamdulillah..kalau tak lagi bertambah stress kan. Doktor check gigi dulu sebelum cabut. Doktor confused ada dua gigi berdekatan yang mana satu lebih bermasalah. Jadi, doktor suruh assistant bawa Fiza pergi X-ray dulu untuk check akar gigi yang mana lebih bermasalah. 

Masuk bilik x-ray dengan assistant lelaki. Adududu..tak best betul kalau lelaki yang handle. Memang kurang selesa lah kan. Lepas tu dia masukkan dental xray film dalam mulut. Dijolok-jolok xray film tu supaya berada di tempat yang betul. Rasa nak termuntah tapi dia suruh tahan sikit. Agak sakit bila x ray film tu terkena bahagian lembut dalam mulut. Rasa macam nak terluka je. Rasa macam nak nangis je. Tapi sabar je la.

Dah masukkan xray film tu, dia suruh letakkan jari tahan film tu sementara dia snap untuk x-ray. Kenalah tahan 5 saat. Lepas xray pertama dibuat tak nampak akar pun nampak kepala gigi je. Kenalah buat lagi sekali. Sekali lagi tahan sakit tu. Nasib baik okay dah lepas tu. Lepas azab untuk x-ray. Menanti masa untuk keputusannya pulak.



Masuk semula bilik surgeri dan doktor bagitau keputusannya kena cabut gigi geraham bongsu yang sebelum ni memang kena cabut. So doktor bagi ubat bius tu. Kena tahan sakit lagi untuk dicucuk bius tu. Adoiiii.. Dah cucuk bius kena tunggu kat luar dulu untuk bagi kebas.

Dah kebas masuk balik bilik surgeri. Doktor pun mulakan cabut gigi geraham bongsu tu. Katanya ambil masa sikit dan kena tahan sikit la. Kalau sakit angkat tahan. Dalam setengah jam macam tu doktor tu macam susah nak cabut. Ada kritikal problem dan bincang dengan doktor gigi bilik sebelah. Kena pindah bilik surgeri sebelah sebab nak kena potong crowning gigi sebelah gigi geraham sebab tak nampak dan menyukarkan untuk cabut gigi. Sebelum tu letak bius lagi.

Bab kena potong tu sangat ngilu dengan bunyi mesin tu. Adeshh..masih lagi mampu tahan sabar. Kaki tangan dan kejang ni dok tahan lama sangat. Lepas tu gigi masih tak boleh di cabut ditambah lagi dengan bleeding yang tak sudah. Lagi susah nak nampak gigi tu.

Panggil sorang lagi doktor untuk uruskan cabut gigi geraham bongsu ni. Kena potong tulang gigi pulak. Masih lagi tak boleh. Ngilu lagi. Tahan Fiza tahannn... Tak boleh lagi cabut gigi tu, entah apa masalah yang dorang bincangkan tak tahu lah. Fiza dah risau rasa macam tak boleh tahan dah. Badan dah sejuk dan menggigil je.

Doktor ambil keputusan untuk potong sikit kulit gigi geraham untuk lagi senang cabut dan doktor bagitau nanti dia akan jahit semula. Err...sampai jahit bagai ni Fiza dah memang risau. Maksudnya kena operate lah kan. Tak boleh nak kata tak, jadi teruskan je la. Padahal dalam hati ni dah takut semacam. Cucuk bius lagi. Akhirnya baru lah boleh cabut gigi tu setelah hampir 1 jam lebih dalam bilik surgeri tu dengan usaha 3 orang doktor gigi.

Dapatlah 3 jahitan. Masa jahit tu pun terpaksa tahan sakit juga. Berdarah banyak tu jangan cakaplah. Banyak kali doktor ganti kapas. Mulut Fiza ni dah naik kejang kena bukak lama sampai melecet tepi bibir. Nak bukak mulut sampai sekarang pun sakit.

Doktor bagi ubat antibiotik 2 jenis dan ubat tahan sakit. Kapas tu doktor bekalkan 2 packs. Balik rumah banyak kali tukar sebab darah masih keluar banyak. Doktor pesan jangan makan benda keras/panas atau minum panas. Kena makan bubur dan air sejuk je la jawabnya. Lagipun mulut Fiza pun bukan boleh bukak besar. Nak makan pun jadi tak berselera. Nak telan pun sakit oii..

Lepas selesai cabut, kena bayar RM1 dan ambil ubat. 


Balik rumah makan bubur dan makan ubat terus tidur. Dari pukul 9 pagi Fiza masuk bilik surgeri, x-ray, bertukar bilik surgeri semua tu pukul 11 lebih baru siap semua urusan cabut gigi. Suami dah risau dok tunggu lama. Takut isteri dia pengsan je. Siapa tak sayang bini oiii..don't worry la, isteri cukup kuat untuk tahan semua tu..Sikit adoi pun tak berbunyi depan doktor. Adoi depan suami je sebab boleh bermanja lebih. Sampai kesudah Fiza tak angkat tangan pun mengadu sakit depan doktor sebab masih boleh tahan sakit tu.

Lepas makan ubat semua tu memang tak boleh nak buat apa sangat. Rasa nak pitam je mungkin sebab darah masih keluar lagi kot. Kena baring tidur je la. Nak tidur perut lapar. Nak makan macam tak boleh nak makan sebab sakit. Dapat makan sikit terus makan ubat dan tidur. Lepas bangun tidur barulah okay sikit. Adalah sikit nikmat rasa makan tu.

Harap-harap dan makan ubat semua luka dan sakit cepat elok. Dalam 3 hari ni makan bubur dan air sejuk je. Kena berpantang takut nanti bengkak pulak kan. Kalau tak nak sakit lagi, haruslah ikut apa yang doktor pesan.

A photo posted by Azhafizah Md Nor (@azhafizah.mdnor) on

Sakit gigi ni tak boleh buat main sebab tu kena jaga gigi dari kecik lagi. Fiza ni dah memang ada masalah gigi dari kecik. Inilah kesan dia macam gula-gula dan tak jaga gigi. Dah besar baru nak menyesal dah terlambat dah. Sekarang kena lebih jaga. Lepas ni nak kena buat scaling pulak. Korang kalau sakit gigi sikit pun kena pergi klinik gigi ye dan rajin-rajinlah check up san buat scaling.

Sekian kronologi cabut gigi geraham bongsu. Masa untuk berehat lebih dalam masa berpantang ni untuk topup tenaga yang dah hilang. Terima kasih yang mendoakan Fiza cepat sembuh dari sakit gigi. 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Beli Barangan Sukan Murah di SportsDirect.com


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Morning monday blues! Mood pagi ni tak berapa nak baik sebab hari untuk cabut gigi.  Ketap gigi takut. Rasa ngilu tu dah terasa-rasa je ni. Bertabahlah ye Puan Fiza kena cabut gigi. Lepas tu dah boleh senang hati bila gigi tak sakit lagi.

2 hari cuti hujung minggu tak kemana pun selain teman husband. Sebelum balik rumah singgah SportDirect.com sebab nak beli jersey je kononnya. Tapi balik je mesti benda lain di beli sekali. Sebelum ni dah beberapa kali pergi SportDirect beli barangan sukan sebab murah. Bukan setakat murah, banyak pilihan untuk pelbagai jenis sukan. Harga pun ada yang murah dan ada juga yang mahal mengikut jenama.

Sekarang ni dah mula mengumpul jersey. Lebih berkualiti berbanding Tshirt. Kain pun sejuk, lembut, dry fit. Beli pun sebab boleh disesuaikan untuk pelbagai aktiviti. Nak hiking senang dah ada baju yang lebih sesuai. 

Baju biru kanan tu je tak sedondon dengan husband sebab Fiza tak suka biru tu, boleh? Jersey hitam tu RM79 sehelai.
Sebenarnya dah ada tali skipping ni tapi yang sedia ada tak cukup panjang dan tak sesuai dengan husband yang tinggi. Jadi, husband beli lah satu untuk dia. Tali ni tak tahu material apa tapi macam getah paip tu. Kalau kena tali ni boleh berbirat di buatnya.

Memandangkan sejak hiking bukit condong tu tapak tangan dan sendi jari jemari kanan macam sakit sebab menggunakan kekuatan tangan untuk turun menggunakan tali. Jadi, kena beli glove yang sesuai. Lepas ni tangan tak sakit dah kalau kena panjat atau turun guna tali. 


Disebabkan berlaku kejadian Fiza sakit kaki turun Gunung Datuk hari tu gigih cari kayu untuk sokong kaki berjalan. Kenalah Fiza sediakan hiking pole untuk memudahkan hiking akan datang. Harap-harap sejarah tak berulang.



Rambang mata nak beli peralatan dan barangan sukan kat sini sebab banyak pilihan. Sangat okay untuk beli kat sini sebab macam-macam barangan untuk pelbagai jenis sukan ada indoor ataupun outdoor. Boleh tengok kat website untuk barangan sukan yang ada dan lokasi

Orang Seremban boleh singgah di Seremban Gateaway. Terpampang Logo SportDirect.com kat situ.
No:8-L3, Gerbang Seremban, Off Jalan Sungai Ujong, 
70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia



Kelengkapan hiking dah ada dah. Lepas ni nak hiking bukit atau gunung mana entah. Masih tak boleh nak plan lagi sebab husband tengah sibuk. Kena mulakan dengan hiking bukit dulu nampaknya. Stamina takde ni oiii... Nak hiking tapi stamina ke laut!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor