Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Char Kuew Teow Penang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bila nak cepat makan tengahari, biasanya pilih menu yang mudah untuk di masak je. Menu campak-campak orang kata. Jadi, tengahari ni masak char kuew teow penang yang mudah dan cepat di masak. Di sebabkan char kuew teow penang ni memang favourite Fiza, memang ada ready stok pes char kuew teow buat sendiri je.

Bahan Pes

  • udang (10 ekor atau lebih ) 
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat 
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis  atau 2 sudu besar petis
  • 2 sudu kecil garam 
  • 1 sudu makan gula

Cara penyediaan  pes 

  1. Rebus udang separuh masak. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Kisar kulit dan kepala udang bersama air rebusan tadi. 
  3. Campurkan stok udang yang dikisar tadi dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
  4. Masak bahan pes sehingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
*Sebaiknya siapkan pes sehari awal sebelum memasak char kuew teow. Bila dah siap pes dan bahan-bahan masak char kuew teow pun ada, lagi mudah keje memasak.

Resepi Char Kuey teow

  • Secekak kuew teow (untuk 1 orang makan)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Kerang
  • taugeh
  • kucai
  • 1 biji telur
  • 6 sudu besar pes char kuey teow
  • 2 sudu minyak masak


Cara untuk masak Char kuew Teow (pastikan api sentiasa besar)

  1. Tumis cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan udang dan kerang
  3. Masukkan 4 sudu besar pes.
  4. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
  5. Pecahkan telur, kacau dan siap untuk dihidang
Mudah sangat kan. Bila masak sendiri ni lebih dijamin kebersihan, boleh tambah bahan yang suka tu lebih sikit dan yang tak suka tu tak perlu letak. Alhamdulillah cukup ikut rasa tekak sendiri. Penyediaan memasak char kuew teow pun dalam 5 minit je. Lagi satu, char kuew teow ni sedap dimasak sepinggan sepinggan. Maksudnya kalau nak masa untuk2 orang, kena masa 2 kali lah. Kalau masak dalam kuantiti yang banyak memang kurang umphh.
Credit resepi : Arenis


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

I G-Nius Luban - Makanan Sunnah Tambahan Untuk Anak Anda


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perlancaran produk I G-Nius

I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor.
Dimana produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.


MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat malaysia bahawa makanan sunnah dari luban ini amat memberikan seribu kejayaan.




Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di malaysia.

(pohon luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti oman, yaman, mesir, egypt dan sebagainya.)

Apakah keistimewaan luban?

  • Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
  • Meningkatkan keyakinan diri.
  • Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
  • Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
  • Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
  • Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
  • Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
  • Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.
(ini adalah sebahagian daripada luban atau dikenali sebagai boswellia thurifera .)

Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.

Pencarian ejen dan stokis I G-Nius luban

Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan?
Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius kami yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah!


Promosi & tawaran berganda.
  • Hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mngandakan jualan.
  • Berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
  • Macam-macam lagi yang ekslusif bersama kami.

Jika berminat, hubungi kami segera!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: www.Ig-nius.Com
Facebook rasmi: ig-nius hq
Instagram : #igniushq 
Email: mhsmahakarya@gmail.Com

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
1 Comments
Share :

DIY Sticker Label Transparent


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sebelum ni Fiza ada kongsikan DIY sticker label  juga tapi untuk entry ni DIY sticker label versi transparent pula. Tujuannya untuk melabel rempah ratus atau barang-barang yang ada dalam rumah untuk nampak lebih kemas dan semestinya cantik bila dah ada label sticker tu. Untuk tujuan yang lain pun boleh. Dah namanya sticker, boleh je lekat kat mana-mana pun.

Jadi, bila dah DIY ni boleh jimat sikit dari segi kewangan. Kalau nak jimat, sila buat sendiri ye. Kalau malas dan ada bajet lebih baik korang tempah je. Ini untuk mereka yang rajin sebab kalau malas tak jadi apa. Okay dah sedia nak cuba buat? Ikut je langkah-langkah Cara nak DIY Sticker label transparent ni.

Peralatan yang perlu ada : Software untuk design label (Microsoft Word pun boleh), Printer, Sellotape (transparent), Gunting, pensel, dan Air.

1. Mula-mula kena design sticker label dulu. Ini Fiza buat simple je sebab nak tunjuk kat korang. Nak buat bercorak ke, ada frame ke pun boleh.

2. Dah siap design, boleh print. Print atas kertas A4 putih yang biasa tu je


3. Lekatkan sellotape pada setiap label. Fiza guna sellotape size besar.

4. Pastikan sellotape cover semua tulisan dan ada jarak tepi-tepi. Tak perlu tekan sellotape kuat-kuat untuk ratakan (pastikan tiada ruang udara)

5. Kemudian ambil pensel dan tekan pensel ikut tulisan (ala-ala gores tu) untuk process melekatkan ink pada sellotape. Pastikan hanya ink sahaja korang tekan, jangan tekan bahagian putih sebab nanti sticker korang akan jadi frosted bukan transparent.

6. Dah siap proses tu, kemudian potong label ikut besar mana yang korang nak. 

7. Rupa sticker yang telah dipotong


8. Dah siap potong, terus rendam dalam air untuk process tanggalkan kertas putih tu. Lagi lama rendam lagi bagus sebab lebih senang nak tanggalkan nanti. Lebih kurang dalam 30 minit macam tu. 


9. Agak-agak rendam dah lama, tanggalkan kertas putih tu macam dalam gambar bawah ni.

Note : Kalau ada yang tak betul-betul tanggal, boleh gosok guna jari untuk hilangkan kesan putih tu. Gosok lembut je ye jangan sampai ink tu tanggal pula.


10. Dah siap bersihkan kertas putih tu, jadilah sticker label transparent. Masa ni gam dia dah kurang dah. Jadi lepas bersihkan terus lekatkan pada tempat yang nak dilekatkan tu. Kalau kurang lekat, letakkan gam yang sesuai.


Setakat yang Fiza buat melekat je. Inilah rupa selepas di lekatkan. Mudah je nak DIY Sticker label transparent ni kan. Bolehlah melabel barang-barang dapur dan rumah lepas ni. Yang penting, korang rajin, semua boleh jadi. 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Baca Novel Secara Online Melalui Aplikasi NovelPlus


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Suka baca novel? Kalau suka, Fiza ada berita baik untuk pencinta Novel. Nak tahu apa dia, baca entri ni sampai habis ye. Kebanyakkan kawan-kawan Fiza suka baca novel dan ramai sebenarnya yang suka baca novel. Ada yang koleksi Novel penuh rak sampai tak muat-muat dah. Satu masalah juga nak simpan novel-novel tu semua. Kalau korang pencinta novel, kini dah ada aplikasi NovelPlus yang membolehkan korang baca novel secara online dan ianya PERCUMA. Yang paling penting tak perlu nak penuhkan ruang rak buku tu.
NovelPlus adalah aplikasi bacaan secara mudah alih dan juga merupakan platform penerbitan kreatif yang membenarkan penulis-penulis novel untuk turut serta melibatkan diri dan memberikan sesuatu yang menarik kepada pembaca mereka melalui pengalaman berhubung yang menyeronokkan. NovelPlus juga merupakan suatu komuniti yang menghubungkan penulis dan pembaca.

Menarik kan aplikasi NovelPlus ni. Pengguna dan pembaca boleh membaca sebanyak mana pun novel tanpa had daripada penulis baru dan lama secara percuma. Dalamnya tidak terhad kepada yang percuma sahaja, ada juga pass langganan untuk novel-novel premium dengan harga yang berpatutan

Untuk kepuasan pembaca dan pengguna, NovelPlus berusaha untuk memuaskan hati pelbagai ragam pembaca dengan memuatkan pelbagai genre-genre contohnya seperti romantik, fanfic, seram, misteri, fantasi, jenayah, sains fiksyen dan juga cerpen.


Melalui aplikasi NovelPlus juga, pengguna boleh menemui segala jenis novel dari penulis yang berbakat besar dalam penulisan. Malah pembaca juga boleh menggunakan enjin carian aplikasi tersebut untuk mencari buku yang mereka inginkan  dengan hanya perlu menaip nama penulis, tajuk buku, atau genre. NovelPlus sangat mudah diakses oleh pengguna yang ramai dan sesuai digunakan atas kebanyakan peranti terutamanya iPhone, Android dan lain-lain.

Selain itu, pengguna boleh menikmati ciri-ciri khas social ketika membaca novel seperti kebolehan untuk kongsikan novel kegemaran mereka kepada rakan dan keluarga melalui jaringan media social seperti Facebook, Instagram, Twitter, SMS dan lain-lain, selain mereka boleh rate and undi novel tersebut dan meninggalkan komen untuk peluang berinteraksi dengan pembaca dan penulis yang lain.

Bagi mereka yang suka menulis, berita baik juga untuk mereka kerana Melalui NovelPlus semua penulis dapat mampamerkan hasil kerja dan bakat mereka. Penulis boleh menerbitkan karya mereka dan mendapat liputan meluas seluruh dunia kerana kini NovelPlus boleh didapati di 85 buah negara. Wow! Hebat kan! Rugilah kalau korang tak nak tunjuk bakat menulis tu. 

Antara 10 novel yang sedang mengungguli carta teatas adalah seperti berikut : 

1. Aku Bukan Cinderella BY Kieyah
2. Aku Cinta Kamu BY Ratu Adriana Nadine
3. The Young Bride BY Anna Sanba
4. I Love you with all my heart BY Ieyra Aqish
5. You're Mine! NO One Else! BY Mizna
6. Suamiku Pembuli BY Anis Natasya
7. Hubby I love You BY MissEM26
8. My Intan Payung BY AGTHS
9. Mencari Cinta BY Cik Buwlan
10. Encik Suami BY Seripah

Mesti pencinta Novel dah teruja nak membaca Novel di  NovelPlus kan? Nak cerita lagi ni, pengguna boleh mengikuti cerita daripada novel yang telah ditulis oleh penulis kegemaran dan mendapat kemaskini tentang novel terbaru dan juga yang akan datang. Paling menarik, pengguna boleh menyimpan novel-novel kegemaran mereka dalam koleksi mudah alih dan menguruskan novel tersebut mengikut pilihan sendiri. Mudah sangat tak perlu nak fikir ruang untuk menyimpan segala novel-novel yang ada.

Aplikasi NovelPlus ini juga dilengkapi kesan-kesan khas untuk menarik perhatian pembaca antaranya pengguna boleh mengubah aksara, kecerahan dan membolehkan kesan selak ataupun menyelaraskan bacaan untuk menyesuaikan bacaan anda ketika waktu siang atau malam bagi memudahkan pembacaan serta menghayati novel sebelum masuk tidur. Nak tahu macamana keadaannya, kenalah download dan install nanti ye.

Kini, pengguna boleh memuat turun aplikasi NovelPlus di Google Play dan App store hanya dengan menggunakan kata kunci “NovelPlus” ketika menggunakan enjin carian. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari NovelPlus dari bahagian teratas pada kategori “Buku Dan Rujukan”.

Sangat bagus kan ada aplikasi NovelPlus ni sebab boleh dibaca di mana-mana dengan syarat ada smartphone, ada internet kuota dan aplikasi NovelPlus itu sendiri. Jadi, kalau bosan atau takde kerja nak buat tu boleh membaca dari membuang masa. Betul tak?

Untuk maklumat lanjut tentang NovelPlus, Boleh rujuk website.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Mendaki Bukit Batu Chondong (BBC) Kemensah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Last mendaki Bulan Mei 2015 lepas (Mendaki Gunung Angsi) mendaki gunung buat pertama kalinya. Bulan Jun berehat dari aktiviti mendaki sebab bulan puasa. Bulan Julai pula sibuk beraya. Bulan Ogos ni baru dapat sambung semula aktiviti mendaki. Kira warm up selepas raya, gara-gara makan banyak masa tu kan. Kali ni layan mendaki bukit je la mampu. Gunung? Tunggu ada kekuatan lagi baru sanggup nak mendaki. Mendaki Bukit Batu Chondong (BBC) Kemensah ni planning dari kawan-kawan husband. Fiza ikut je selagi rasa mampu nak mendaki.

Bukit Batu Chondong ni terletak di belakang Zoo Negara. Kalau ke sini akan melalui entrance Zoo Negara tu. Untuk sampai ke sini gunakan waze. Taip je " Bukit Batu Chondong" ataupun "ATV Adventure Park Kemensah". Confirm sampai! 

Dari pembacaan pengalaman orang lain, katanya mendaki Bukit Batu Chondong ni mudah dan mengambil masa yang singkat untuk sampai ke puncak. Lega sikit bila tahu. Senang hati nak mendaki esoknya.

Start point mendaki Bukit Batu Chondong ni sebelum sampai di kawasan ATV Adventure Park. Ada sorang abang tu jaga parking. Kena bayar RM1 setiap seorang. Pagi tu kamiorang mendaki dalam pukul 9 pagi bermula dengan trek mendaki agak condong dengan keadaan tanah agak licin (sebelah kebun berpagar). Ini laluan trek yang baru Fiza rasa sebab sebelum ni dari apa yang Fiza baca, permulaan mendaki di laluan ATV dalam kebun. Tapi Pagar kebun tu tutup dan kena lalu tepi kebun tersebut.

Agak tercungap juga la nak mendaki mula-mula tu. Almaklumlah lama tak bersenam orang kata. Mendapatlah! Takpe takpe, sesekali perlu mencabar diri sendiri juga. Selepas tu akan melalui laluan pokok buluh. Laluan pokok buluh ni agak panjang juga sebelum sampai ke puncak. Di laluan ni cabaran dia trek agak licin sebab dipenuhi dengan daun buluh dan banyak nyamuk! Bermain tepuk tampar belalang kupu-kupu kat sini. Syok juga ye, exercise tangan.


Baru mendaki sikit dah nampak kurus. Best tak? Propa sangat ni.

Walaupun mendaki bukit je tapi banyak juga berhenti, stamina tak berapa nak cukup. Beginner je kot. Bukan pendaki tegar dan pendaki hebat macam orang lain yang sentiasa fit. Selepas setengah jam lebih (kurang dari 1jam) sampailah kamiorang ke puncak. Becak juga lah ketiak ni walaupun ada yang kata tak sempat berpeluh. Hebat! Kalau mendaki gunung ni rasanya dah berkuah ketiak ni ha.

Bahagian paling mencabar adalah halangan terakhir sebelum sampai ke puncak. Dia punya mencabar sampai rasa tak confident nak naik atas walaupun dekat je. Memerlukan kekuatan tangan, kaki dan skill untuk memanjat menggunakan tali di pokok dengan sokongan batu besar. Alhamdulillah kamiorang semua sampai di puncak dengan selamat. Cuma gigil sikit sebab puncak tu tak berapa nak besar luasnya dan tak rata. Itulah yang dinamakan Bukit Batu Chondong.
Dari bahagian belakang Batu Chondong
Dari bahagian depan Batu Chondong
Nak ke bahagian depan ni Fiza tak berani kot. Gigil tau bila tengok bawah tu. Tiba-tiba macam gayat padahal bukat seorang yang gayat pun. Ada lagi satu puncak depannya pun berbatu juga tapi lebar sikit.

Bolehlah layan duduk kat sini. Agak lama juga lepak kat puncak ni. 


Wajiblah ambil gambar dengan props Signboard ni. Tandanya dah berjaya menawan hati Bukit Batu Chondong ni. Ewahhh..



Ada dua signboard yang memang ada kat puncak ni. Masing-masing tak lepaskan peluang bergambar bermacam stail ada.



Dah lama melepak kat puncak tu. Dalam setengah jam jugalah melepak. Lepas tu singgah di Beirut Bukit Batu Chondong sambil berkelah menikmati sandwich telur yang Fiza bawa bekal dari rumah. Wajib ye bawa makanan dan minuman semasa mendaki ni. Biasanya kalau mendaki Fiza bawah air masak dan air isotonik yang dapat memberikan stamina dengan cepat berbanding air masak yang hanya dapat menghilangkan dahaga je. 

Untuk makanan biasanya bawa yang simple je macam sandwich dan juga bekalan coklat yang dapat memberikan tenaga dengan cepat. Kalau bawa nasi lemak nanti beban berat pula dan rasanya kalau dah sampai atas bukit tu mesti nak cari air dulu sebab tak rasa berselera nak makan pun. Penat je lebih sebenarnya. Tapi perlu juga makan untuk menambah tenaga untuk turun nanti kan. Pastikan sebelum mendaki pun kena makan juga stretching.

View dari tapak Beirut

Dah puas melepak kat atas, kamiorang pun turun. Melalui halangan terakhir sebelum sampai ke puncak tu adalah paling mencabar bila nak turun. Kena hati-hati. Macam stail rock climbing tu. Dapat bayangkan tak? Kalau dapat, bagus! Turun ni laju sikit lah takde nak berhenti sangat. Berhenti amik gambar je. Alhamdulillah selamat turun tak sampai 1 jam pun. Mendaki bukit yang paling cepat sampai puncak dalam pengalaman Fiza. Agak mencabar di halangan terakhir sampai ke puncak. Trek untuk sampai ke puncak mudah sebab takde trek pacak yang mencabar.

Walaupun nampak mudah dan sekejap tapi bagi Fiza tetap mencabar. kuikuikui.. Lepas ni mendaki Bukit mana pula? Ke Gunung? Tengok kemampuanlah dik.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Entopia dan Phantamania Tarikan Terbaru di Penang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila hujung minggu tiba, mesti blur tak tahu nak buat apa hujung minggu kan. Nak jalan-jalan ke nak duduk kat rumah je? Kalau korang jalan-jalan ke Penang tu jangan lupa pergi tempat baru iaitu Entopia dan Phantamania yang merupakan tarikan terbaru di Penang. Orang Penang mesti dah tahu kan dan  mesti dah pergi kan? Kalau belum pergi, singgah-singgah le. Mana tahu best ke kan? Fiza sekadar kongsi maklumat je. Nak pergi entah bila sebab jauh sangat kan. Kalau terpergi tu, memang bercadang nak singgah.

Kita tengok dulu apa yang best kat Entopia ni. Dari gambar tengok tempat ni besar dan sangat unik seni binanya.
Entopia, a tropical sanctuary for our planet’s little denizens from those that fly freely in the sky to the ones that creep stealthily beneath the ground.
Journey into a magical paradise that honours the unsung heroes of our natural world with plenty to discover from outdoor adventures to cavernous mysteries and a multi-storey Indoor Discovery Centre. Live the moment with exciting interactive workshops and activities. There’s something for everyone.-Kredit Entopia
Ohh rupanya butterfly farm.


Dah tentu ada banyak butetrfly yang cantik, bermacam spesis, berbagai bentuk, warna dan banyak.

Kredit foto : Cempedak Cheese
Best juga dapat tengok butterfly bermacam-macam spesis ni kan. Bukan senang nak dapat tengok butterfly dalam satu tempat ni. Budak-budak mesti suka. Ada banyak aktiviti yang boleh di lakukan disini untuk kanak-kanak. Boleh singgah ke website untuk maklumat lanjut.

website : www.entopia.com
Lokasi : No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang, Malaysia

Kalau dalam Entopia kita hanya melihat butterfly je, nak lebih menyeronokkan pergilah ke Phantamania pula.


Crazy World (Phantamania) is a place???

First of all would like to introduce " crazy world " ownership " will and dolls ", they are a pair of like fantasy and adventure of my brother and sister." Crazy world " is to this brother and sister for the stage and launched the background to the story."crazy world" is a medieval castle in the context of the overhead, and inside the world gathered some crazy and some childhood dream place, For example, have you ever thought and others together??, Have imagined out-of-body experience?. There is hope like spider-man was on the wall climbing party (walking distance)?-Kredit Phantamania

Phantamania ni lebih kurang dengan Alive 3D Arts Gallery tu, cuma kali ni ada cerita pada setiap satu tempat tu. Apa yang best kat sini, macam biasalah berposing sakan bila ambil gambar tu kan. 


  





Seronok juga di Phantamania ni. Harga tiket pun kira masih berpatutan lagi.
Kredit foto : Phantamania 

Facebook : www.facebook.com/phantamania

Selamat bersuka ria!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor