Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

leaderboard-07

Cerita afzalsukasuki

Ranking Alexa Azhafizah.com Julai 2016


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Baru berkesempatan nak update blog untuk hari ni. Macam biasa rutin bulanan kena update ranking alexa azhafizah.com untuk bulan Julai 2016. Walaupun jarang berupdate tapi ranking meningkat untuk bulan ni. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Bangga kejap. Padahal sebelum ni dah fikir, kalau kurang update, lagi menjunam jatuhnya. Rupanya tak! Suka tau kalau macam ni. Lepas ni tak yah nak beria update sangatlah kan.

Ehhh..takde mana macam tu. Jangan selesa sangat bila dah naik sikit pun. Usaha tetap usaha. Bila ranking naik ni pun dah cukup suka hati. Ubat gembira untuk seorang blogger. Kan? Haihh..bila lah nak capai ranking bawah 1000 dalam Malaysia ni kan. Dulu boleh, sekarang jauh nak kejar angka tu. Harap tercapailah hendaknya. 

Seronok bila nampak tanda hijau ni menandakan ranking blog ada peningkatan sebanyak 11, 605. Banyak juga naik tu kan. Tahniah untuk blog sendiri. Jom kita berusaha untuk tingkatkan prestasi blog sendiri. Nanti, diri sendiri juga yang dapat untung kan.



Statistik Ranking Alexa azhafizah.com January 2016 - Julai 2016

Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

Global Rank : 432, 991
Rank in Malaysia : 6, 230

Global Rank : 468, 731
Rank in Malaysia : 4, 594

Global Rank : 524, 947
Rank in Malaysia : 4, 485

Global Rank : 432, 309
Rank in Malaysia : 3, 297


Check rank Blog >>www.alexa.com




With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Jom Tukar Kad Maybank Visa Debit Dengan Gambar Sendiri


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebelum ni ramai yang dah bertukar kad maybank visa debit yang baru memandangkan kena tukar baru. Tapi yang terbaru ni boleh tukar gambar sendiri pada kad maybank visa debit tu. Lagi menarik kan. Nampaknya rugilah yang dah tukar awal (kalau ada yang kisah la ). Kalau tak kisah, just abaikan je. Cuma ianya nampak macam exclusive dan limited edition tak sama dengan orang lain.

Dua tiga hari ni pun ramai yang dah tukar dengan gambar sendiri. Jadi, tak nak lepaskan peluang tukar gambar sendiri juga la. Kalau korang nak tukar juga, Fiza kongsikan sekali la cara nak tukar kad maybank visa debit dengan gambar sendiri. Boleh ikut langkah-langkah di bawah ni.

1. Pergi ke link ni : http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD03.11&programId=CRD03-DebitCards&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards

atau

boleh terus ke website http://www.maybank2u.com.my/ dan klik menu cards pada bahagian menu atas tu. Kemudian klik debit cards>>Finds out more pada Maybank Visa Debit Picture Card

2. Dalam page tersebut cari bahagian how to apply dan click here yang berwarna biru seperti dalam gambar di bawah.



3. Kalau rajin, boleh baca Terms & Conditions. Dah bersetuju klik accept

4. Untuk upload gambar sendiri klik pada use custom image . Pastikan pilih gambar yang sesuai yang telah di senaraikan.
5. Dah pilih gambar yang sesuai, korang boleh adjust gambar kiri kanan atas bawah mengikut kesesuaian gambar yang di upload. Boleh besarkan skala gambar dan juga boleh buat macam-macam menggunakan tools sebelah kiri tu. Bila dah puas hati, klik finalize. Kalau nak tukar gambar boleh klik choose different image.


6. Kemudian keluar pop-up macam di bawah ni dan klik submit. Tunggu loading sekejap dalam 2-3 minit


7. Dah habis uploading, klik finish.



8. Masukkan data yang diperlukan seperti email, last 4 digit ID Card dan cawangan tempat pengambilan kad. Dah siap isi, klik continue. 




9. Design kad akan di review, pastikan Please disable pop-up blockers to 'Continue' dengan pembayaran

10. Kemudian akan keluar pop-up new tab untuk teruskan pembayaran.  Log in account maybank macam biasa.

11. Bayaran RM26.50 di kenakan untuk penukaran kad maybank visa debit dengan gambar sendiri. Okay settle. 

Thank you. We are processing your application and will notify within 1 business day.
If you are experiencing difficulties with payment, please call our Maybank Contact Centre at 1-300-88-6688.
You will receive an email to confirm your application is successful and you are required to bring the confirmation e-mail to the branch to collect your Picture Card after 7 working days.
Tak sabar nak tunggu kad siap. Tunggu je maybank call untuk ambil kad yang dah siap. Apa tunggu lagi? jom tukar kad maybank visa debit dengan gambar sendiri. Barulah best! Yang tak nak buat dan tak suka, duduk diam-diam je. hehe.. Gurau je hakak!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
40 Comments
Share :

Besarkan dan Anjalkan Payudara Dengan Cara Paling Selamat dan Berkesan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Zaman sekarang dah tak perlukan pembedahan plastik untuk besarkan dan anjalkan payudara dah. Lagipun pembedahan plastik akan memberikan kesan yang tak bagus akan datang. Jadi, pada kaum wanita di luar sana yang nak sangat besarkan dan anjalkan payudara dengan cara paling selamat dan berkesan boleh amalkan pemakanan jamu moden Sufee Snow Primadona.

Amalan memakan jamu ni sejak dari zaman dulu lagi. Kiranya jamu ni kombinasi tradisional dan moden. Kebiasaanya jamu-jamu hanya untuk mengetatkan sahaja tapi yang istimewanya jamu moden Primadona ni bukan setakat ketat, malah padat dan sendat katanya. Faham kan apa maksudnya tu.


Dengar je perkataan jamu tu, Fiza gerenti korang pun rasa macam taknak minum sebab pahit kan. Orang dulu-dulu sanggup je minum/makan sebab nak cantik punya pasal tapi yang istimewanya jamu primadona ni berperisa kurma dan oren, ada masam-masam manis dan juga rasa pahit MIRIFIZA & LOBATA yang dilebihkan 2 bahan penting ni berbanding kebanyakan produk payudara yang ada di pasaran. Keistimewaan yang lain :
  • Payudara bulat,besar,tegang dan mantap
  • Miss V wangi,padat dan sendat
  • Abang senyum tak banyak songeh lagi

ANTARA LAIN KHASIAT PRIMADONA

PAYUDARA DAN PUNGGUNG

  • Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
  • Memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
  • Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara
  • Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara
  • Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
  • Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.
  • Melawan Kanser Payudara
  • Menganjalkan kulit yang melendut.
  • Menggalakkan pertambahan kandungan susu 

RAHIM DAN VAGINA

  • Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
  • Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
  • Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
  • Melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
  • Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
  • Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
  • Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami, keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.
  • Merangsang tenaga batin.
  • Membantu mengembalikan fungsi hormon esterogen. juga mengandung kalsium dan magnesium yang berperan dalam kesuburan.(meningkatkan peluang kehamilan)
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin, Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan

KULIT DAN TUBUH BADAN

  • Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’
  • Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
  • Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
  • Mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata


KESIHATAN

  • Menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
  • Mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain
  • Menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  • Mengatasi masalah sukar tidur
  • Membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati
  • Sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
  • Menstabilkan Paras Kolestrol
  • Memulihkan sel-sel urat besar.
  • Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • Membersih dan menambah darah.
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  • Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

HARGA SUFEE SNOW PRIMADONA

RM 55 (SM) + RM6 postage
RM 65 (SS) + RM6 postage

FB Page : SUFEE SNOW OFFICIAL
Instagram: Sufeesnow_official
Hotline : +6014-8386206


Untuk lihat lebih banyak testimoni,boleh buka dalam album TESTIMONI SUFEE SNOW PRIMADONA di page SUFEE SNOW OFFICIAL









With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Cara Check Blog Mobile Friendly


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penting ke blog kita mobile friendly ataupun tidak? Pada Fiza, dah tentu lah penting sebab memudahkan pembaca untuk melayari blog kita dengan paparan yang disesuaikan mengikut smartphone masing-masing. Bila mesra pengguna, secara tak lansung dapat meningkatkan jumlah traffik blog setiap hari.

Terpanggil untuk buat entry cara check blog mobile friendly ni disebabkan kebanyakkan customer yang nak tempah blog mesti akan tanya template yang dibuat tu mobile friendly ke? Okay, bagi menjawab persoalan tu, terus dengan rajin Fiza siapkan entry ni.

Cara nak check blog mobile friendly mudah sangat-sangat.

1. Pergi ke website : https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/
2. Masukkan url blog
3. Klik analyze


Tunggu sekejap dan inilah hasilnya. Mudah je kan nak check. Lagi satu, sebelum check jangan lupa setting template kepada mobile juga ye.



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Workspace Berwajah Baru


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua! I'm back setelah empat hari blog menyepi tanpa update. Tuan blog sibuk dengan kerja mengecat dalam rumah. Lepas raya baru nak mengecat rumah kan. Tak kisahlah tu, tak kan nak tunggu raya baru nak cat rumah. Untuk proses mengecat fasa I ni cuma siapkan dulu bahagian worskpace Fiza dan ruang tamu. Yang lain-lain akan datang. Proses mengecat 2 tempat ni pun ambil masa 4 hari, inikan nak mengecat satu rumah. 

Memanglah boleh upah orang mengecat tapi faham-faham lah upahnya dan juga hasil kerjanya. Kadang-kadang lebih puas hati kalau cat sendiri walaupun penat tu jangan cakaplah. Tapi bila dah siap, puas hati sangat. Sebelum ni warna cat dinding bahagian workspace Fiza ni warna soft yellow.


Dan sekarang Fiza pilih warna lighthouse view (Kansai Paint). Nampak masuk sangat warna ni dengan perabot warna hitam dan juga kebetulan kena dengan warna kerusi tu. Kan?


Tersuka dengan sengaja pulak warna pastel ni. Nampak lebih ceria dan lebih berikan kesan lebih terang. Harap-harap dengan workspace wajah baru ni dapat berikan mood dan idea yang lebih lepas ni. Hari ni baru masuk SOHO (Small Office Home Office) setelah off empat hari. Meroket lah menyiapkan kerja yang tertangguh. =__='

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016
 |  Bermula bulan depan, Lea akan update bloglist sebulan sekali. So dengan itu, sebulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist blog Lea , bolehlah sertai segmen ni ye... Kelebihan sertai segmen seumpama ini dapat blogwalking dan tambah traffik blog... Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah-mudahan yek...


Klik banner yer untuk sertai segmen ini


Segmen ni sangat-sangatlah simple... Cuma perlu buat follow blog, buat entry dan copy & paste aje... Pemilihan 10 blog adalah melalui random.org...

SEGMEN TAMAT : 31 JULAI 2016

Syarat Penyertaan :-

1. Follow blog Lea Azleeya

2. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016
3. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry

4. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal 
Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016


Good Luck...!!


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Sampai Juga Cheque Nuffnang Cashout Bulan Mei


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Masa raya haritu dah dapat email cheque dari Nuffnang menandakan cheque dah keluar untuk di hantar dan dalam akaun nuffnang pun dah status 'sent'. Memang hati berbunga-bunga lah bila dapat duit memandangkan duit dah banyak juga habis untuk persiapan raya. Biasalah bila raya, bajet belanja tu agak terlebih sikit. Lepas raya kena menabung balik.

Tunggu punya tunggu, lepas balik cuti raya tak sampai lagi cheque. Risau pulak kalau tersangkut kat mana-mana. Nak trace pun tak boleh. In case tak sampai, nak report kat Nuffnang pun bukan senang nak keluarkan semula cheque tu kan. Silap-silap tak dapat terus. Dah siap-siap redha kalau tak sampai maksudnya takde rezeki lah tu.

Bila dah terlupa pasal cheque tu, akhirnya sampai juga cheque nuffnang yang cashout bulan Mei hari tu. Alhamdulillah rezeki untuk Fiza masih ada. Dapatlah tebus kekecewaan yang seketika tu. Kalau yang belum sampai tu, sabar ye. Harap-harap cheque korang pun selamat sampai. Terima kasih Nuffnang. 


Bulan Julai ni baru 2 ketul CPUV dapat. Macam tak dapat cashout je untuk bulan ni. Takpe, tak dapat bulan ni, bulan depan. Tak dapat bulan depan, bulan berikutnya. Yang penting, ada tabung kan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Perkhidmatan Penghantaran Bunga Bloom2u di Seluruh Malaysia


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua! Ada yang suka surprise kan orang tersayang dengan bunga-bungaan tak? Kalau ada, Fiza nak kongsikan satu website Flower delivery Kuala Lumpur yang ditempah secara online dan yang paling menarik boleh dihantar ke seluruh Malaysia. Walaupun perkhidmatan penghantaran bunga ni berlambak dipasaran tapi tak semua boleh hantar ke seluruh tempat dalam Malaysia. Itu sebabnya Fiza nak kongsikan website ni yang sangat mesra pengguna. Website yang sangat bersistematik, kemas dan juga cantik. Ye lah, dah rambang mata tengok bunga-bunga yang cantik-cantik tu. Website ini di namakan Bloom2u yang mempunyai pelbagai jenis bunga-bungaan dari elegant hand bouquet sehingga lah grand opening gift. Bloom2u merupakan pembekal bunga dan juga mempunyai kedai bunga yang terletak di Subang Jaya, Damansara Uptown dan Petaling Jaya.



Kat atas ni pandangan dari website dorang yang memang kemas, cantik dan sangat mesra pengguna. Semua maklumat sangat lengkap dan terdapat 2 kategori untuk memudahkan pengguna untuk memilih pelbagai jenis bunga dan juga majlis.

Di bawah kategori majlis, korang boleh memilih tema yang korang inginkan untuk majlis tersebut seperti majlis persaraan, pembukaan kedai, hari kekasih, hari jadi, perkahwinan, graduasi, akikah, pertunangan dan banyak lagi. Sebut je majlis apa, mesti boleh. Jadi, sangat senang untuk pengguna membuat tempahan mengikut citarasa sendiri hanya perlu ke website dan klik-klik mana yang diperlukan. Mudah kan!

Untuk kategori jenis bunga pula memang ada banyak jenis-jenis bunga yang boleh buat korang rambang mata nak memilih. Ada pelbagai jenis bunga yang ideal untuk pelbagai jenis majlis dan kehendak pengguna. Gubahan bunga pula korang boleh pilih samada nak jenis hand bouquets, pasu dan juga flower cake.

Flower cake? Mesti korang pertama kali dengar flower cake tu kan. Fiza pun baru first time dengar. Flower cake tu sebenarnya jambangan bungaan kecil untuk hiasan meja, hadiah ataupun untuk apa jua majlis. Design bunga terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti rose cherries, white cheese flowers dan lain-lain jenis bunga kegemaran. Klik SINI untuk melihat pelbagai jenis pilihan flower cake yang ada.
Salah satu  design flower cake
Kredit foto : Bloom2u
Selain itu, antara pilihan yang popular yang biasa pelanggan cari adalah hand bouquet wedding, grand opening stand types dan banyak lagi. Semua pilihan ni memudahkan kerja mereka untuk memilih jenis bunga yang mereka suka terutamanya bagi mereka yang nak cepat.
Salah satu design hand bouquet untuk perkahwinan
Kredit foto : Bloom2u
Buat pertama kalinya singgah kat wesbite ni terus tersuka dengan pelbagai pilihan yang ada. Lagipun dengan website yang sangat mesra pengguna memang memudahkan kerja kan. Salah satu perniagaan online yang bagus. Bagi mereka yang sedang mencari Kuala Lumpur Florist tu, Fiza cadangkan Bloom2u sebagai pilihan yang terbaik sebab dorang adalah salah satu kedai bunga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga yang terbaik di Kuala Lumpur dan boleh di hantar ke seluruh Malaysia. 


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Design Watermark Redscarz


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam mood raya ni Fiza selitkan lagi pasal design ye. Nak update portfolio punya pasal ni. Kalau ada yang bosan mintak ampun ye. Boleh klik cerita lain yang lagi best dalam blog ni. Update sikit je design untuk watermark Redscarz yang mana design asal adalah idea dari redscarz sendiri.

Dari apa yang dilukisan tu, Fiza lukiskan semula dan jadikan watermark yang sebenar. Walaupun hanya perlu lukiskan, cantikkan dan ubah mana yang perlu tapi masih ada cabaran juga nak menyiapkannya. Nampak simple tapi ambil masa juga tau! Siapa kata design tu senang walaupun dah ada lakaran. Cuba buat sendiri senang ke tidak.

Kali ketiga dah berurusan dengan redscarz. Alhamdulillah masih mempercayai dan masih berminat untuk menggunakan perkhidmatan dari Fiza. Dan inilah hasil kerja yang dah siap. Cantik pulak tengok kombinasi warna ni. Macam logo superhero pulak dah.



Terima kasih order!
www.redscarz.com
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Hard Stand Cover Untuk Smartphone Sony Xperia T2 Ultra


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Hampir 2 tahun dah usia smartphone Sony Experia T2 Ultra ni. Sejak beli memang terus pakai cover yang jenis flip tu. Takut calar balar dan takut kalau jatuh terus pecah. Menangis tak berlagu lah jawabnya. Haruslah kena pakai cover. Cumanya cover yang dipakai sejak beli tu dah buruk. Jadi, kenalah tukar yang baru. Bila bukak cover tu handphone macam baru beli je. Almaklumlah di jaga dengan baik kan.

Dalam nak membeli yang baru tu punyalah susah. Pergi tanya semua kedai accesories handphone pun takde. Tahulah smartphone model lama. Langsung tak de cover/casing yang baru. Jenuh bertanya. Akhirnya tanya kat pakcik google je la. Cari punya cari dapatlah jumpa kat Lazada. Lebih banyak pilihan dan lebih murah. Rambang mata pulak nak pilih oii.

Selepas husband dok survey material, kualiti dan harga. Inilah design pilihan husband. Husband pilih warna hitam dan Fiza pilih merah (sebab pink takde). Klip Belakang ni boleh digunakan untuk stand smartphone.

Dari pandangan depan bila dah dipasang cover nampak smart pula. Tak dapat smartphone baru, dapat cover baru pun boleh. Handphone pun secara automatiknya nampak baru. Gitu! Sebenarnya dulu nak review pasal smartphone Sony Xperia T2 Ultra ni. Tapi disebabkan Fiza tak berapa nak explore handphone, jadi tak berapa nak rajin nak review. Apa yang Fiza boleh katakan selama 2 tahun guna ni so far takde masalah. Cuma masalah biasa yang pengguna lain hadapi juga iaitu masalah tak cukup space. Dengan pelbagai apps, gambar dan lagu. Jadinya, kena pandai manage isi-isi dalam smartphone tu. Kalau space sikit, makanya tak perlu nak beratkan dengan macam-macam apps.

Product details of Croco Hard Stand Cover for Sony Xperia T2 Ultra (Red)
  • This snap-on holster hard Soft case will protect your cell phone against dust and scratches.
  • This 2 piece tough, durable case molds perfectly to your phone shape without compromising usability.
  • This hard and soft kickstand snap-on case has a rotating belt clip, and a soft liner for added protection of your screen.
  • The cover is made from a lightweight tough strong high quality plastic gel silicon material which will help to keep your phone safe.
  • The material is hard wearing. It comes in smooth texture.
  • This will not only look good on your phone but will protect it. It simply clips on and off your phone and can be changed and used many times.
  • This case wills Style Extra your Phone.
  • Size (L x W x H) 9 x 1.1 x 17.1
  • Durable
  • Stylish
  • Handy
  • Hard casing
  • Protective
Kalau ada yang mencari cover untuk smartphone Sony Xperia T2 Ultra ni boleh survey kat Lazada sebab banyak pilihan sikit. Harga pun berpatutan untuk kualiti yang tahan lama dan design pun menarik.
Contoh penggunaan stand 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Design logo Asywana & AW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Lepas habis cuti raya, terus sambung kembali kerja design. Lepas raya, masing-masing pakat tempah design. Jadinya kena meroket la buat kerja. Nanti lambat sikit kena maki pulak dengan customer kan. Bulan puasa hari tu memang berbakul-bakul kena maki dengan customer sebab lambat. Nasib badan. Patutnya bulan puasa banyakkan bersabar. Ini tak, lain pula jadinya. Takpelah, dah mereka nak marah. Tak kan nak halang kan. Sekarang ni kalau betul atau salah, kes boleh tersebar dengan print screen je. Lepas tu viral. Senang betul nak lingkupkan bisnes orang.

Tak nak jadi macam tu kan. Jadinya kalau salah, mintak maaf dan cakap yang baik-baik je. Berniaga ni memang kena hadap bermacam-macam ragam customer. Kalau jiwa tak kental, memang menangis hari-hari hadap makian customer. Phew! Lupakan pasal tu, focus pada kerja yang sedia ada.

Fiza bersyukur kalau dapat customer yang bersabar tunggu design siap. Ye lah kan, kadang-kadang terpaksa delay kalau ada emergency ke terpaksa tinggalkan kerja sekejap. Dan paling seronok kalau dapat customer yang senang nak deal, yang berikan kerjasama dengan baik. Salah seorang customer yang Fiza senang bekerjasama untuk design logo Asywana Legacy dan AW Legacy.

Design untuk logo Asywana Legacy Fiza gunakan font yang agak fancy dan legacy gunakan font yang biasa tapi tambah line sikit bagi nampak lebih menarik. Warna tema gold dan purple macam safi rania katanya.


Untuk logo AW ni customer request nak buat style macam ni. Simple dan menarik. Masih lagi mengekalkan warna tema yang sama.


Terima kasih order!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
2 Comments
Share :

Kad Raya Dari Blogger Syeeda


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tahun ni agak kurang koleksi kad raya yang Fiza dapat. Tak ramai yang memberi. Fiza pun tak dapat nak kirimkan kad raya tahun ni sebab tahun lepas ramai yang tak dapat kad raya yang Fiza kirimkan. Ntah mana lah posmen tu campakkan. Jadi, tahun ni Fiza buat e-card dan boleh berjimat sikit untuk persiapan raya. Lagipun buat e-card lebih mudah dan lebih cepat untuk di hantar.

Tapi Fiza kagum dan hargai pada mereka yang masih mengekalkan tradisi menghantar kad raya. Kalau dulu-dulu kad raya ada bermacam design. Paling suka design kartun-kartun tu. Sekarang ni dah buat design kad raya sendiri. Limited edition lagi tu. Tu yang buat tambah lagi menarik.

Terima kasih buat blogger Syeeda sudi kirimkan kad raya untuk Fiza. Paling seronok sebab dapat kad raya yang Fiza design kan untuk Syeeda. Alhamdulillah selamat sampai ke tangan Fiza walaupun dah raya.



syeedasaniey.blogspot.com
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Upgrade Sampul Duit Raya Hipster


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam jumaat. Kejap je hari-hari berlalu. Hari ni dah 10 Syawal dah. Sabtu dan ahad esok mula sambung beraya di rumah kawan-kawan yang terdekat. Tak ketinggalan, ada juga yang buat open house. Siap sedialah setiap minggu  nak kesana kemari menghadiri jemputan.

Kalau sampul duit raya dah habis nak bagi duit raya pada budak-budak masa open house nanti boleh tempah sampul duit raya hipster ni yang Fiza dah upgrade saiz dan juga kertas yang digunakan. Tapi rasanya akan dibuka untuk tahun depan sebab stok kertas berwarna ni dah takde dah. Ini sebagai contoh je. Buat masa ni cuma ada stok kraft paper je yang macam Fiza buat sebelum ni. Kalau berminat, boleh tempah.


Masih mengekalkan glueless. Kali ni saiz lebih besar dan boleh masukkan duit RM50 tanpa lipat. Jadi, lebih mudah untuk masukkan duit dan duit pun cantik tanpa perlu lipat. 




Size : 6.5inci x 3.5 inci
Black laser printed
Construction Paper 100gsm
Glueless
Minimum order : 10pcs
Tempoh siap: 1-2 hari
Pos setiap hari
10pcs : RM9
20pcs : RM18
30pcs : RM27
40pcs : RM36
50pcs : RM45
Postage RM7 SM | RM10 SS


Harga untuk saiz besar ni cuma tambah RM0.10 setiap satu dari harga sebelum ni sebab lebih besar dan area print pun lebih besar. Kalau boleh buat sendiri pun agak costly untuk satu. Nak beli kertas, print laser kat kedai pun lebih dari RM50 sen kot? Nak potong dan lipat lagi. Jadi, Fiza bagi harga dah kira murah dengan handmade with love by Fiza. Lagi-lagi boleh customize tulis nama dan boleh tempah dalam kuantiti sikit. Bagi yang berminat, boleh tempah awal ye. Proses menggunting dan melipat agak mengambil masa.

For order :
Whatsapp 012 907 2776


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :
DISCLAIMER
All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [December 13, 2016] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.
[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Follow @azhafizah.mdnor