Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Jawapan Jawapan Yang Salah Semasa Temuduga


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Temuduga/interview antara perkara yang Fiza tak suka nak hadap. Bila dah gabra, masa temuduga boleh jadi menjawab entah apa apa. Sebelum temuduga dan dan tu juga sakit perut. Sakit perut sebab takut² kalau tak dapat nak jawab soalan. Sampai bila bila pun Fiza rasa susah nak hilangkan perasaan gementar dan takut tu.

Walaupun dah gabra, tapi jangan sesekali memberikan jawapan jawapan yang salah semasa temuduga. Kalau tak, memang akan gagal di situ.

Jawapan yang betul : Ceritakan tentang kebolehan & kemahiran anda berkomunikasi, menghadapi tekanan, bekerja dalam kumpulan dan lain lain.
Jawapan yang betul : Ceritakan tentang kelebihan anda & pengalaman anda yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon.

Jawapan yang betul : Ceritakan tentang kelulusan, pengalaman kerja dan perancangan karier anda.

Jawapan yang betul : ceritakan kelemahan anda dan cara anda mengatasinya.

Jawapan yang betul : Tanyakan tentang bidang kerja tersebut dengan terperinci
Walaupun soalan nampak mudah dan simple tapi memerlukan jawapan yang terbaik untuk membuatkan korang diterima bekerja. Dari pengalaman Fiza, memang agak letih nak pergi banyak banyak interview demi nak cari kerja. Alhamdulillah, ada sangkut juga salah satu interview. Orang kata kalau dah rezeki kita, mesti akan dapat juga kat mana mana.

Ini sekadar perkongsian buat mereka yang bakal ditemuduga. Bagus ambil tahu dari tak tahu dan buat silap. Good Luck!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Pesta Musim Bunga di Eco Majestic Semenyih. Ala Ala Berada di Eropah!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nak rasa macam berada di Eropah masa musim bunga, datanglah ke Pesta Musim Bunga di Eco Majestic Semenyih. Pertunjukkan Pesta Musim Bunga ni dah bermula dari 13 Februari 2016 yang lepas sehingga 6 Mac 2016. Masih ada masa lagi kalau nak datang ni. Peminat bunga jangan lepaskan peluang ni datang sini.


Beratus-ratus jenis bunga dipamerkan di sini dan untuk masuk ke sini adalah PERCUMA. So bolehlah datang beramai ramai bersama keluarga ataupun kawan kawan memeriahkan lagi Pesta Musim Bunga ni.


Selain berpeluang melihat keindahan pelbagai jenis bunga, pengunjung berpeluang juga untuk bergambar di Eiffel Tower Perancis, Wind Mild Belanda, Pondok Telefon Merah Britain dan Umbrella Sky Portogal yang dibina dengan saiz berskala kecil ala ala berada di Eropah.

Korang boleh rasa pengalaman dari Paris ke Amsterdam selepas itu ke London hanya setengah jam je kat sini. Selain itu antara aktiviti menarik yang ada ialah membuat Chinese Paper Cutting, lukisan tanah liat, membuat kincir angin dan acara mencari harta karun.

Rasakan sendiri pengalaman yang korang boleh dapat di Season's Flower Show yang diadakan di Eco Majestic, Semenyih oleh pihak EcoWorld. Fiza pun baru plan nak pergi sini. Harap dapatlah merasa datang sini.
Operation Hours
Monday - Friday : 10am - 5pm
For Saturday & Sunday, please refer to below:-
27/2 (Sat) & 28/2 (Sun) : 10am - 5pm (last entry: 4pm)
5/3 (Sat) & 6/3 (Sun) : 10am - 8pm (last entry: 7pm)
Location
No. 1, Lingkaran Eco Majestic, Eco Majestic, 43500 Semenyih

Untuk maklumat lanjut : www.facebook.com/ecomajestic
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Singgah Sebentar di Taman Esplanade Kuantan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Entri penutup percutian di Kuantan. Rasa sayang pulak nak tinggalkan Kuantan. Tak puas kot bercuti kat sini. Nak makan lagi makanan yang sedap sedap! Sebelum keluar dari Kuantan sempat lepak singgah sebentar di Taman Esplanade Kuantan ni.

Entrance Huruf  Kuantan tu dah takde, musnah akibat banjir sebelum ni kot. Kat sini takde apa selain menikmati pemandangan sungai Pahang yang cantik ni. Ada kapal lalu kat sini tapi masa ni takde pulak.


Panjang jugak sidewalk kat sini. Jenuh jugaklah kalau nak saja saja jalan jalan tepi Sungai ni. 

Cuaca pun tak mengizinkan kami duduk lama lama kat sini. Lepas ambil gambar terus gerak balik rumah. Janji dapat singgah sekejap pun cukuplah.

Balik dari Kuantan Fiza demam dan cirit birit sampai 3 hari macam tu. Macam tahu tahu je Fiza nak rehat lebih. Adeshhh..mungkin sebab makan macam macam kot. Memang betul betul Fiza berehat cuti lepas tu. Tapi nasib baik husband okay je walaupun makan benda yang sama. Kalau dua dua kena memang tak tahu nak cakap. Perut sensitif pulak kan.

---------------------------TAMAT ENTRI BERCUTI DI KUANTAN---------------------------
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Kulacakes Cafe Hipster. Nikmati Mango Cheese Cake yang Sedap!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau dah sampai di Kuantan tu, tempat wajib korang singgah adalah Kulacakes Cafe. Salah satu Cafe Hipster yang menyediakan Mango Cheese Cake yang sedap ya amat. Bukan tu je sedap, semuanya menu yang ada pun sedap buat korang rasa nak order semua. Fiza tahu tempat ni pun sebab tengok ramai sangat yang dok share kat facebook. Dah alang alang ada kat Kuantan, rugilah kalau tak singgah.

Hari terakhir percutian, baru kamiorang datang sini. Untuk pergi ke sini macam biasa guna waze je. Susah jugak nak mencari, ada jugaklah terlepas pandang tempat ni. Nak cari parking pun susah. Cafe ni betul betul hujung deretan kedai.


Untuk order, korang kena order kat dalam. Pilih dan bayar kat sini.

Lepas order dah siap, bolehlah bawak dan makan kat luar kat sebelah tempat order tadi. Boleh jugak kalau nak makan kat dalam. Tapi saja  je nak rasa suasana hipster kat luar ni ha. Barulah nampak trademark Kulacakes.

Fiza order Mango cheese cake dan air kopi

Husband pilih pavlova dan Pandan Cooler. Sedap giler kot! Tempat lain tak pernah jumpa lagi air pandan cooler ni. Ini antara menu wajib cuba.

Benda sedap kena makan sikit sikit. Sayang nak habiskan.

Kamiorang makan kat sini kejap je sebab dah mula hujan rintik rintik. Tak dapat nak lepak santai lama lama. Lagipun dah nak balik dah kan. 

Nampak macam kosong dan terbiar je kan.

Tapi Fiza suka suasana macam ni. Nampak menarik dan natural.


Sempat jugak ambil gambar kat sini tandanya dah sampai sini. Walaupun hujan rintik dah. nak jugak tu. Hehe.. Terima kasih Culacakes team sediakan makanan yang sedap dan view yang cantik ni. Puas hati dapat sampai sini dan dapat merasa menu menu sedap.

Kula Cakes  

Address: A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Phone:+60 17-971 1396
Operation Hours : 1–9PM
Closed on Monday
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Bukit Gambang Waterpark Yang Acah Acah Best


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Seperti yang dirancang, hari kedua kamiorang gerak pergi Bukit Gambang Waterpark. Buat pertama kali kami sampai sini. Disebabkan bukan musim cuti dan kami pergi weekdays memang sunyi waterpark ni. Bolah di kira berapa ramai yang ada. Memang plan bercuti bukan waktu cuti sebab malas nak menunggu lama dan bersesak. Kira waktu yang sedang okay lah ni.

Nak beli tiket pun tak perlu beratur, dah kami je kat situ. Terus ke kaunter je la.
Tiket RM32 seorang untuk dewasa.
Sewa locker RM20
Sewa Double Tube RM12
Total RM96

Usung je la sana sini tube ni.


Ini pulak kawasan Coco Beach. Tapi kamiorang tak masuk kawasan ni sebab Fiza malas nak melalui kawasan pasir tu untuk ke beach ni. Kat sini macam ala ala tepi pantai gitu. boleh bersantai kat gazebo ni kalau tak kisah nak bayar sewa RM48. Agak mahalkan. So kami tak sewa pun. Simpan barang dalam locker je sudah.

Ada ramai jugaklah kat Coco Beach ni. 

Fiza ingatkan Gambang Waterpark ni besar rupanya takdelah besar mana. Permainan untuk aktiviti dewasa pun tak banyak. Ada yang ditutup. Ada yang takde lifeguard. Ada yang best pun tak sanggup nak usung tube bawak naik atas semula. Makanya cuba satu permainan sekali je la. Jadilah kan dapat merasa. Kecut jugak perut ni sebenarnya tapi beranikan diri.

A video posted by Azhafizah Md Nor (@azhafizahmdnor) on

Bila dah bosan, lepaking kat tempat kanak kanak tengok gelagat dorang. Itupun tak ramai. Betul betul sendu.


Sudahnya berulang ulang kali kami pusing peguin island duduk santai atas tube dibawa ombak ni.


Mandi manda sampai kembang kecut. Tapi kamiorang mandi tak lama. Dalam 2 jam lebih je kat sini sebab dah bosan juga lama lama kat sini .


Kira happy dan seronok juga mandi manda kat Bukit Gambang Waterpark ni walaupun acah acah macam best je nampak. :p

Bukit Gambang Resort City  

Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
Phone:+60 9-548 8000
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Akar Kopi Cafe, Cafe Hutan Dalam Bandar


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Malam pertama bercuti di Kuantan sempat jalan jalan kat bandar Kuantan. Nampak pulak Akar Kopi Cafe ni. Macam menarik je kalau singgah kejap . So kamiorang singgah kejap untuk takeaway memandangkan hujan dah rintik rintik pulak. 


kalau nak mudah cari, cari je UOB Bank ni. Sebelah je.

Menu semua simple simpe dan harga sangat berpatutan. Of courselah kamiorang beli kopi. Nak rasa sedap ke tidak kopi kat sini.

Sempat jugaklah snap gambar view kat sini. Macam dalam hutan kan? Hutan dalam bandar ni. Betul betul tepi jalan besar je. Dekorasi pulak bertemakan hipster. Tengok je la dia punya tempat duduk tu. Guna tong drum. Menarik kan?


Kopi dia memang betul betul kaw. Alah macam kopi zaman dulu yang orang kampung suka minum. Kopi original kaw ni. Lulusss bro!

Akar Kopi Cafe
2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
Phone:+60 13-953 1526
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Menjamu Selera Makan Malam di Ana Ikan Bakar Petai  


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Orang kata rugi kalau datang Kuantan tak singgah menjamu selera di Ana Ikan Bakar Petai ni. Haruslah kamiorang singgah jugak untuk makan malam kat sini. Di kuantan ni terdapat 2 cawangan restaurant Ana Ikan Bakar Petai dan kedua dua tempat ni dekat je. Fiza singgah cawangan pertama yang besar sikit.

Siap disediakan ruang parking, ruang bermain, gazebo, surau dan lain lain lagi. Ini view belakang restaurant. Masa Fiza sampai sini kawasan ni tak bukak lagi. So duduk kat restaurant utama di bahagian depan.

Kalau dah sampai sini mestilah nak rasa ikan bakar petai tu lah kan. Nasiblah Fiza ni makan petai. Boleh jugak merasa. Tapi kalau korang jenis tak makan petai boleh je request tak nak petai. Husband pilih ikan siakap untuk dibakar. Selain menu ikan bakar, kamiorang tambah sata dan juga lauk sayur kailan ikan masin.

Rupa ikan bakar lebih kurang macam ni. Fiza tak amek gambar sebab lapar sangat kot. Takde mood sudah nak ambil gambar. Fikir lapar dan lapar je. Hehe.. So far ikan bakar dia memang sedap, petai pun tak berapa banyak. Okaylah kan rasa petai sikit sikit. Kamiorang tak habis makan. Sudahnya bungkus dan ratah je ikan tu.

Order jugak aiskrim kelapa yang katanya special kat sini. Since Fiza terdelete gambar tu, cari internet takde pulak. So tak dapat lah nak tunjuk kat sini. Rugi pulak takdemood nak snap gambar. Tapi memang sedap..Kenyang sampai tak larat nak makan.

Blogger Ena pun dah merasa makan kat sini, korang boleh baca entri yang Ena tulis lebih details. Makan ramai ramai dengan family/kengkawan sangat berbaloi dan puas hati sedap!


Restaurant Ana Ikan Bakar Petai
Jalan Tanjung Lumpur, Pahang, Malaysia
Phone:+60 13-904 1229

Kalau tak dapat makan kat Kuantan, kat Bangi pun ado
Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Dating di Teluk Cempedak


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alang alang dah dekat dengan Teluk cempedak dari Mini Zoo Taman Teruntum tu, memang rugilah kalau tak singgah kan. Acah acah dating kejap kat Teluk Cempedak. Kali terakhir jejak Teluk Cempedak zaman budak budak dulu. Baru ni nak jejak balik. Memang jauh bezanya suasana Teluk Cempedak dulu dan sekarang.

Sekarang dah ada trail yang cantik ni untuk berjalan dan menikmati pemandangan cantik di tepi pantai. Ombak kat sini kuat kot! Naik takut pulak ikut atas laluan jambatan ni. Sebelum nak ke laluan ni ada sekumpulan monyet monyet. Nak tak nak kena berani jugak lalu. Takut jugak kalau dorang melompat kat kita. Beranikan diri jugaklah.


Agak panjang jugak laluan jambatan ni. Sesekali berehat tengok pemandangan dan ambil gambar. Nasib lah awal awal Fiza dah siap siap pakai selipar jepun je. Senang nak berjalan jauh. Cantik kan view kat sini.


Angin sepoi sepoi bahasa dan bunyi ombak yang kuat. Best dapat menikmatinya.


Penghujung laluan ni ada pantai yang cantik. Kat sini tak boleh mandi, ada signboard. Tapi ada je pulak orang mandi. Sampai kat sini jalan jalan kejap je sebab dah nak maghrib. Lepas tu terus gerak balik hotel.


Singgah kuantan bolehlah singgah Teluk Cempedak ni. Kamiorang singgah kejap je. Kat sini ada banyak lagi yang menarik selain pemandangan yang cantik. Cuma Fiza tak sempat nak explore banyak. Tak cukup masa =__='


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Mini Zoo Taman Teruntum Pahang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lepas check ini hotel, berehat dan solat terus menuju ke Mini Zoo Taman Teruntum Pahang antara lokasi yang terdekat dengan hotel. Dah kenapa nak pergi Zoo? Eh tak boleh pulak? Kali terakhir jejak Zoo pun entah tahun bila kot. Jadi, mengisi masa datang sini untuk melihat haiwan haiwan yang ada. Boleh jugak menghiburkan hati dalam percutian ni kan. Masuk kat sini FREE je pun. 
Mini Zoo Taman Teruntum terletak berhadapan Kelab Golf Diraja Pahang berhanpiran dengan Teluk Cempedak.

Mini Zoo Taman Teruntum tak seperti Zoo yang biasa kita pergi tu. Kat sini kecil je sebab tu namanya mini. Zoo ni seperti dalam taman bukan macam dalam hutan zoo tu. Tempat ni lebih terbuka dan sesuai untuk aktiviti riadah/percutian keluarga. Tempat pun bersih.

Pertama sekali kitaorang melawat Miss Ostrich. 

Ostrich ni mengalami masalah keguguran bulu yang agak teruk. Macam nak togel je tengok. Kesian. Pulak tu macam nak kejar orang pulak. Haiph!!

Anak rusa ni sangat helok depan kamera. Pandai dia pandang kamera kan. Comel!

Tengok tanduk dia pun dah takut. Spesis lembu. Lupa sudah namanya.

Burung Helang Putih muka ganas.

Suasana di Mini Zoo Taman Teurntum ni agak sunyi dengan bunyi bunyian haiwan yang ada. Haiwan pun tak banyak dapat satu satu tempat. Ada yang takde haiwan dalam sangkar. Kalau ada haiwan kecil dalam sangkar pun susah nak mencari sebab dorang kecil dan suka menyorok. Nak main acah acah dengan dorang pun takde respon. Tak di layan. Bosan agaknya mereput dalam sangkar. Kamiorang pulak yang bosan tak di layan. haha

Cari punya cari, jumpa jugak pelanduk dua serupa ni. Kemain kecik nau!. Dah serupa macam daun kering tu ha.

Ni namanya tuntung kalau tak silap. Nampak macam dah tua sangat ni. Macam batu pun ada.

Iguana ni elok je bersantai kat kayu ni. Nampak ke tidak???

Susah nak ambil gambar burung Enggang ni. Tak reti duduk diam. Tu posing gaya apa tak tahu la.

Dalam lubang tu ada landak. Besar jugak landak ni. Ke Fiza tak pernah tengok landak yang sebenar? Haiwan yang sini semuanya suka menyorok. Pemalu agaknya! Memang tak dapat tengok dekat dekat lah jawabnya.

Kat sini pulak ada orang utan. Tak berapa nak nampak sangat ni.

Ada banyak lagi haiwan yang ada cuma tak banyak ambil gambar sebab ada yang pemalu sangat tak nak di ambil gambar. Buaya yang Fiza nampak cuma anak anak buaya je. Ular pun duduk dalam bekas kaca dan luarnya ada sangkar. Kalau nak ambil gambar tak berapa nak nampak.

Yang best kat sini boleh berjalan bebas dalam taman yang cantik melihat haiwan haiwan yang ada. Cuma yang tak bestnya takde show stage haiwan haiwan dan tak boleh berintekrasi dengan mereka secara dekat. Tapi kalau nak jalan jalan kat sini bawak family okay je. Budak budaklah paling seronok datang sini.

Guna waze je untuk datang ke sini atau boleh refer google maps
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor