Resepi Bubur Jagung Paling Mudah

Sunday, December 25, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Good Morning! Awal sikit update entri hari ni. Lepas geram sebab 2 hari blog tak berupdate, hari ni baru ada kekuatan dan idea sikit nak update. Kalau sunyi terus, takut orang tak perasan dah blog ni. Tuan blog tengah berehat, blog terkesan lah sekali kan. Takpe, ada masa-masanya terpaksa lupakan blog kejap. Kejap je! Tak boleh lama-lama nanti rasa bersalah kalau tak update.

Entri pagi ni dimulakan dengan Resepi Bubur Jagung Paling Mudah. Ye, memang paling mudah untuk Fiza yang tak berapa nak hebat sangat dalam masakan. Pandai tu tidaklah, cuma rajin masak. Malas pun ada juga tapi tengok mood. Kalau dah rajin masak, macam-macam masakan nak di masaknya dari sarapan, makanan tengahari, minum petang, makan malam sampailah ke minum malam. kan! Kalau korang terasa nak makan bubur jagung untuk menu minum petang nanti bolehlah cuba resepi mudah ni. 

RESEPI BUBUR JAGUNG MUDAH

1. 3 tongkol Jagung
2. Santan (1 kotak santan)
3. Gula Perang (3 sudu)
4. Garam (1/2 sudu camca)
5. Air ( 1liter)
6. Daun pandan (2 helai)

CARA MASAK BUBUR JAGUNG

1. Hiris jagung, basuh dan toskan
2. Didihkan air, santan dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan jagung dan masak dengan api yang sederhana
4. Kemudian masukkan gula perang. Kalau suka manis letak gula lebih. Kacau dan biarkan sehingga jagung cukup masak.
5. Akhir sekali baru letak daun pandan. Bau wangi!

Resepi Bubur Jagung Paling Mudah
Mudah je kan! Tapi nak lagi sedap dan bubur nampak banyak dan meriah, boleh tambah bubur cha cha atau sagu. Kalau tambah sagu tu kena pastikan basuh dahulu dan masak sehingga jadi warna jernih. Terpaling suka mak sendiri masak sebab air tangan mak tu orang lain tak boleh lawan.

7 comments on "Resepi Bubur Jagung Paling Mudah"

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature