Tempahan Design Watermark Anum


Perjuangan menyiapkan tempahan design masih diteruskan. Maaf untuk customer yang terpaksa Fiza kecewakan dengan tidak mengambil tempahan. Dari dulu memang tak nak dan takkan ambil urgent order. Akak bukan robot dik. Hari ni order kejap lagi boleh dapat. Bukan barangan ye untuk dijual beli. Nak design kenalah ambil masa dan perlu sabar menunggu giliran sebab yang buat kerjanya Fiza sorang je.

Mana yang tak sabar tu, hari hari tanya pun terpaksalah Fiza refund sebab tak boleh bekerja dalam keadaan macam tu. Even yang professional pun kena ambil masa untuk menyiapkan satu design yang simple pun. Betul tak? Alhamdulillah Fiza memang suka bekerjasama dengan orang yang senang nak deal dan faham.

Lagi senang berurusan dengan blogger anum ni. Buat lah apa saja pun mesti dia terima. Sebelum ni Anum pun pernah order dengan Fiza. Jadi dah biasa bekerjasama jadi lebih mudah. Bila kerjasama bagus nak buat tempahan watermark Anum pun jadi lebih seronok dan idea pun mudah nak datang. Gitu!

Untuk design watermark Anum ni pada mulanya nak url blog sahaja tapi Fiza rasa macam tak tahu nak buat macamana kalau url je better tulisan je kan. Jadi Fiza mintak Anum tagline atau tajuk blog ke untuk dipadankan dengan url blog. Fikir punya fikir jadilah design ni. Sebenarnya ini draft kedua, draft pertama tanpa garisan kotak dan love tu. Anum pilih yang ni. Simple dan menarik. Apa kata korang pulak?



Terima kasih order
www.anumkhairil.blogspot.my

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.