Upgrade Sampul Duit Raya Hipster

Salam jumaat. Kejap je hari-hari berlalu. Hari ni dah 10 Syawal dah. Sabtu dan ahad esok mula sambung beraya di rumah kawan-kawan yang terdekat. Tak ketinggalan, ada juga yang buat open house. Siap sedialah setiap minggu  nak kesana kemari menghadiri jemputan.

Kalau sampul duit raya dah habis nak bagi duit raya pada budak-budak masa open house nanti boleh tempah sampul duit raya hipster ni yang saya dah upgrade saiz dan juga kertas yang digunakan. 

Tapi rasanya akan dibuka untuk tahun depan sebab stok kertas berwarna ni dah takde dah. Ini sebagai contoh je. Buat masa ni cuma ada stok kraft paper je yang macam saya buat sebelum ni. Kalau berminat, boleh tempah.


Masih mengekalkan glueless. Kali ni saiz lebih besar dan boleh masukkan duit RM50 tanpa lipat. Jadi, lebih mudah untuk masukkan duit dan duit pun cantik tanpa perlu lipat. 



Size : 6.5inci x 3.5 inci
Black laser printed
Construction Paper 100gsm
Glueless
Minimum order : 10pcs
Tempoh siap: 1-2 hari
Pos setiap hari
10pcs : RM9
20pcs : RM18
30pcs : RM27
40pcs : RM36
50pcs : RM45
Postage RM7 SM | RM10 SS


Harga untuk saiz besar ni cuma tambah RM0.10 setiap satu dari harga sebelum ni sebab lebih besar dan area print pun lebih besar. Kalau boleh buat sendiri pun agak costly untuk satu. Nak beli kertas, print laser kat kedai pun lebih dari RM50 sen kot? 

Nak potong dan lipat lagi. Jadi, saya bagi harga dah kira murah dengan handmade with love by me. Lagi-lagi boleh customize tulis nama dan boleh tempah dalam kuantiti sikit. Bagi yang berminat, boleh tempah awal ye. Proses menggunting dan melipat agak mengambil masa.

For order :


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.