Keranda Tok Wan Terbang

Thursday, January 14, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Memalam jumaat ni cerita keranda terbang pulak dah. Kecik kecik dulu asal sampai malam jumaat kalau dengar cerita hantu memang seram. Tapi bila tengok cerita Keranda Tok Wan Terbang tu rasa kelakar tambah terkejut² sebab hantu dia suka nau buat tanjat orang je.

Memula ingatkan cerita filem Keranda Tok Wan Terbang ni macam bosan je. Tapi menarik pulak jalan ceritanya. Lawak tu dah confirm! Tengoklah pelakon lawaknya siapa pulak kan. Tak rugi tengok cerita ni. Boleh layan lagilah sebab tak membosankan macam cerita yang MIG keluarkan sebelum ni. Cuba korang tengok pulak.

http://www.azhafizah.com/

SIPNOSIS Keranda Tok Wan Terbang

DALAM sebuah kampung, tinggal seorang bomoh dipanggil Mak Betong yang dipercayai membela saka. Namun, suatu hari bomoh tersebut meninggal dunia dan berlaku kekecohan dari malam bomoh itu meninggal sehinggalah jenazah mahu dikebumikan.
Pelbagai kejadian yang berlaku turut dikaitkan dengan si penggali kubur bernama Tok Wan.
Tok Wan mempunyai penyakit pelupa sehingga wujudnya keranda terbang yang menjadi tajuk filem arahan pengarah Hashim Rejab ini.
Filem yang mempersembahkan genre seram dan komedi, Keranda Tok Wan Terbang, terbitan Metrowealth Pictures (MIG).
With Love, Sihatimerahjambu

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.