Drama Cerita Sha & Shah Episod Akhir

Friday, January 29, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Drama dah separuh cerita, baru nak layan Cerita Sha & Shah secara marathon. Haruslah tak lepaskan peluang tengok episod akhir. Cerita adaptasi dari novel biasanya memang ramai yang tengok kalau pelakonnya sesuai dengan watak tu. Lagipun ramai yang suka baca novel, memang bertambah excited dapat tengok dramanya pulak. Pada Fiza, gabungan Kamal Adli dan Syatilla  memang okay. Jarang Syatilla dapat watak baik baik macam ni kan. 

http://www.azhafizah.com/



Kalau Tak boleh tengok video di atas boleh tonton online di link ni Episod Akhir Sha & Shah

Drama Sha & Shah adalah adaptasi dari karya novel Sha Ibrahim yang merupakan karya beliau yang ketiga. Pelakon utama drama ini yang akan menemui penonton di Astro Ria adalah Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos dan Nina Iskandar.

Sinopsis Drama Sha & Shah Di Astro Ria
Drama ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik dari kecil sehinggalah mereka dewasa. Sha dan Shah yang berkawan dari zaman sekolah sehinggalah mereka berpisah sewaktu Shah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (overseas).
Sekembalinya Shah ke Malaysia, suatu peristiwa yang tidak terduga telah berlaku di mana dia di minta untuk berkahwin dengan Sha kawan baiknya sendiri. Rancangan tersebut di suara kan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Dia juga telah di ugut oleh ibunya untuk mengkahwinkan dia dengan perempuan lain jika dia tak bersetuju dengan pemintaan keluarganya itu.
Akibat tidak mahu berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali, dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Pada mulanya Sha merasakan rancangan gila Shah ini tidak masuk akal. Nantikan drama menarik ini di Astro Ria. Adakah Sha akan akan menerima Shah sebagai suaminya?
Sinopsis Novel Sha & Shah
Jumlah M/S: 776
No. ISBN:- 978-967-0448-15-2
SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?
Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…
OST Lagu Tema Drama Sha & Shah - Hati-Hati Nyanyian Amira Othman

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya
Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti
Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati
Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya
Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati
Wahai merpati dua sejola
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa
Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau
Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati

sumber video dari layanOn9.net
Sumber info dari panduanmalaysia.com
With Love, Sihatimerahjambu

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.