Image Slider

Pencapaian Blog Sepanjang 2015

Thursday, December 31, 2015
Untuk penutup 2015, Nak kongsi sedikit secara ringkas pencapaian blog sepanjang 2015. Alhamdulillah tahun 2015, blog makin baik. Dimurahkan rezeki melalui blog banyak dapat tempahan design, job review, menang contest, pendapatan dari pengiklanan dan lain lain.

Berblog bukanlah sesuatu yang merugikan. Sesambil berblog boleh tambah pendapatan sikit² dari tak buat apa pun kan. 

Entry Blog 2015

Berjaya membuat entry seperti yang dijadualkan dan buat autopublish hampir setiap hari. Entry untuk tahun 2015 je sebanyak 13++ entry. Tahun lepas cuma 8++ je. Tak kisah orang lain nak kata kualiti entry lagi penting dari kuantiti atau syok sendiri. Yang penting kita sendiri enjoy dengan blogging. Macam masa mula mula blogging tu. Tak stress dan enjoy je walau tiada pembaca atau pengomen. tapi silent readers baca kot :p

Nuffnang 

Alhamdulillah, tahun ni berjaya cashout setiap bulan, cuma bulan June tak dapat cashout sebab had pengeluaran sipi je nak cukup.

Innity

Sejak register innity hujung bulan September, bulan 10 cuma sekali je dapat cashout. Pencapaian earnings tak berapa memberansangkan untuk blog ni. Rezeki di tempat lain.

Ashadee 

Program affiliate e-book yang sedikit berikan pendapatan sampingan untuk Fiza. Paling tinggi rekod penjualan satu e-book RM1++.00. Anggaran pendapatan dari ashadee tahun 2015 lebih kurang dalam RM3++.00

Contest

Dimurahkan rezeki dengan menang contest cash, anggaran cash melebihi RM1+++.00 serta barangan baju, tshirt, produk, fridge magnet, keychain, make up stuff dan sebagainya.

Advertorial/Produk review

Advertorial banyak juga tahun ni. Seronok dapat bekerjasama dengan peniaga² yang senang bekerja sama. Begitu juga dengan produk review, dapat mencuba pelbagai jenis produk. Selain dapat mencuba, dapat membantu peniaga lain tingkatkan jualan mereka di masa akan datang kerana ianya adalah long term marketing.

Design 

Banyak juga tempahan design setiap bulan. Terima kasih buat mereka yang mempercayai dan menggunakan perkhidmatan design dari Fiza.

Alexa

Ranking Alexa tahun ni tak berapa bagus, tiap tiap bulan turun naik. Tak dapat nak maintain kekal naik. Angka pun kejap besar kejap kecik je tengok.

Jemputan Media/ Food Review


Menerima jemputan media yang tak putus² dan juga food review melalui email yang terpaksa ditolak atas sebab komitmen lain. Rasanya belum bersedia lagi untuk yang ni. Mungkin juga sebab jauh dari lokasi. Bukan menolak rezeki tapi biarlah rezeki tu untuk orang lain.

Alhamdulillah dengan rezeki yang Fiza dapat, dapat dikongsikan bersama dengan blogger lain melalui pemberian hadiah untuk top 3  komentator sebagai penghargaan. Kenapa sampai top3 je? Sebab setakat itu sahaja kemampuan Fiza berikan. InshaAllah ada rezeki lebih, lebihlah Fiza beri. Blogger juga perlukan sokongan antara satu sama lain jugak kan.


Harapnya tahun depan kena usaha lebih lagi untuk pencapaian yang lebih bagus. Jom sama sama kita berusaha. Jadikan pencapaian tahun ni sebagai satu suntikan semangat untuk berblog secara lebih bagus lagi tahun 2016. Good Luck bloggerians! Cuma satu je nak pesan, jangan dengki dengan blogger lain. Masing masing mempunyai cara sendiri berblogging. Ada rezeki lebih, ada popular lebih, dan sebagainya. Jangan disebabkan orang lebih, kita jadi dengki melihat kelebihan orang lain. Nak lebih, kenalah usaha lebih. Serta kurangkan kontroversi dalam dunia blogger. Ehe.


Cashout Nuffnang December 2015

Cashout Nuffnang December 2015 penutup cashout untuk tahun ni. Acah acah bonus hujung tahun la kononnya. Hari ni hari terbaik untuk cashout sebab betul betul hujung bulan kan. So tak perlu tunggu lama untuk cheque sampai nanti. Di anggarkan dalam awal bulan februari nanti akan sampai cheque cashout bulan ni.

Earnings kembali kosong. Menabung semula.
http://www.azhafizah.com/

Okay, bulan februari memang waktu yang sesuai sebab birthday Fiza kan. Hadiah untuk diri sendiri jugak tu. Bagi yang dah cukup had tu, jom kita cashout!


As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang

Ranking Alexa azhafizah.com December 2015

Ranking Alexa azhafizah.com December 2015 ada peningkatan cuma kalau tengok dalam gambar ni tanda merah jumlah penurunan makin mengecil dari sebelumnya bulan November. Barulah rasa seronok sikit bila banyak angka mengecil menandakan ranking blog makin naik. 

Harapnya tahun 2016 ranking blog makin bagus bukan asyik turun je dan angka besar² dalam tahun 2015 ni.

http://www.azhafizah.com/

Ranking Alexa Sepanjang 2015

Global Rank : 154, 886
Rank In Malaysia : 1, 433

Global Rank : 211, 520
Rank In Malaysia :

Global Rank : 314, 544
Rank In Malaysia :

Global Rank : 451, 760
Rank In Malaysia : 5, 029

Global Rank : 336, 288
Rank In Malaysia : 1, 724

Global Rank : 272, 289
Rank In Malaysia : 2, 021

Global Rank : 250, 493
Rank In Malaysia : 3, 144

Global Rank : 298, 427
Rank In Malaysia : 2, 793

Global Rank : 396, 828
Rank In Malaysia : 7, 181

Global Rank : 471, 864
Rank In Malaysia : 5, 583

Global Rank : 604, 425
Rank In Malaysia : 7, 036

Global Rank : 494, 148
Rank In Malaysia :3, 530

Bila tengok statistik graf ranking Alexa 2015 ni setiap bulan berubah naik turun, dan takde masa yang boleh terus maintain naik. Bila nak masuk balik rank bawah 1000 dalam Malaysian entahlah. Mungkin akan sampai masanya 2016 nanti kot. Harap haraplah.


Check rank Blog >>www.alexa.com

Mee Kari Punya Pasal

Wednesday, December 30, 2015
Setelah hampir seminggu lebih teringin nak makan mee kari. Bukan mengidam tapi teringin. Tak sama tu ye. Bukan apa, rasanya dah bertahun tak makan mee kari. Gila punya craving dah ni. Tetiba rindu mee kari sedap yang kakak Fiza buat tu. Alahaii...buat telan air liur je.


Balik segamat pun haritu dok tanya kawan kat mana ada jual mee kari. Memandangkan waktu cuti, memang takde kedai bukaklah. Nak makan tom yam sedap pun kedainya pun tutup. Takde rezeki. Nak makan mee bandung abah Fiza buat. Rasa macam menyusahkan abah pulak meminta² sebab abah pun sibuk & nak rehat lagi. Kalau cakap, gerenti abah buat. Tapi malas pulak nak menyuarakan hajat. Takpe, cuma teringin je kan.

Balik rumah, google kedai mee kari. Yang ada meekari railway rasah, rata rata bagitau yang kedai tu popular kat seremban. Tapi macam jauh pulak dari rumah. Sebenarnya tak jauh mana tapi macam keberatan nak ke situ. Survey lagi area bangi, kot husband balik tu boleh singgah membeli. Ada tempatnya cuma macam tak sehaluan jalan baik. Kesian kat husband nak patah² balik pulak kan walaupun demi isteri tercinta ni.

Tapi sempat juga husband singgah kat restoran Mee Kari Railway Rasah tu sebelum balik rumah. Tutup katanya. Tak tahulah pukul berapa bukak. Biasanya orang jual mee kari pagi atau petang kot kan. Tapi takdelah sampai petang sangat.

Sudahnya Fiza suruh je husband beli bahan² dan gigihlah masak sendiri kat dapur dengan bantuan husband. Walaupun first time, buat jugaklah.Google resepi paling mudah bagi Fiza yang baru pertama kali buat.

Berkat kegigihan siap jugak mee kari Fiza yang meriah ni. Alhamdulillah cukup rasanya pada Fiza macam kakak Fiza buat. Bajet nak cakap sedap kan. Memang sedap pun! Nak kerang banyak, nak taugeh banyak. Takde hal!


Cuma husband kata kuahnya kurang kari sebab Fiza letak rempah kari sederhana banyak. Takut terlampau kari pulak. Takpelah, next time buat kaw kaw punya ye. Yeay, saya dah pandai masak mee kari. Kalau ada yang terliur tu, jangan tunggu lagi, cuba buat ye. Tak salah belajar untuk kali pertama. Kalau nak cuba buat, Fiza ikut resepi ni.

Resepi Mee Kari

Terima kasih buat kak azie yang sudi kongsi resepi kat blog. Panjang pulak cerita mee kari Fiza ni. Ini semua Mee kari punya pasal! Baru puas hati dah dapat makan.

Kadar Kenaikan Dividen dan Bonus ASB dan agihan Pendapatan ASNB

Tuesday, December 29, 2015
Hari ni diumumkan Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pemegang akaun boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai 4 Januari 2016. 

Carta Agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB

Berikut adalah carta senarai kadar agihan pendapatan Dividen dan Bonus ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun sebelumnya dan yang terkini.
http://www.azhafizah.com/

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 Peruntukan pengagihan pendapatan adalah membabitkan pembayaran sebanyak RM10.41 bilion oleh ASNB manakala peruntukan bagi bonus pula adalah sebanyak RM451.73 juta yang dibayar oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) Pembayaran pendapatan Dividen dan Bonus itu akan dimanfaatkan oleh 8.87 juta pemegang unit yang melanggan 142.54 bilion unit ASB

Carta Agihan Pendapatan ASNB Amanah Saham Nasional Berhad 

Berikut adalah carta senarai kadar agihan pendapatan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) untuk tahun sebelumnya dan yang terkini
http://www.azhafizah.com/

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 6.10 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM106.72 juta, akan memanfaatkan 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN

Jadi, pemegang akaun ASB dan ASNB dah boleh mula berkira kira dah. 


Pautan Sumber: mysumber.com

Sotong Sambal Bali

Blur pulak nak masak apa hari ni? Jemu nak masak menu yang sama. So hari ni applikasi resepi ayam sambal bali dengan masak menggunakan sotong pulak. Cumanya masak sotong ni lebih mudah. Tak perlu nak goreng sotong terlebih dahulu macam masak ayam sebab sotong jenis cepat masak.

Bila sambal dah siap masukkan sotong dan tunggu masak je. Jimat masa!

Rasanya memang sedap macam ayam masak sambal bali tu cumanya Fiza rasa lebih sedap guna ayam. Tapi husband kata sedap je. Dia cakap sedap sebab dia memang suka makan sotong. huhu..Lepas ni nak cuba masak ikan pulak guna kaedah yang sama.

Tanaman Bunga Orkid

Monday, December 28, 2015
Hari ni lambat bersiaran gara gara cuti hujung minggu yang panjang. Sudahnya petang tadi baru berjaya update blog dan jadualkan untuk autopublish. Senang kerja boleh buat kerja lain lepas tu. Kalau tak buat macam tu, jenuh juga nak tatap PC setiap masa.

Ok, lupakan soal tu. Fiza nak share sikit tanaman Bunga Orkid dari mak Fiza kat kampung. Sebelum ni Fiza ada kongsi Bunga Rose Jepun/Bunga Kembang Pukul10 pagi dan sekarang giliran Bunga Orkid Pulak.

Untuk tanaman bunga orkid ni abah Fiza buatkan rumah orkid macam ni atas permintaan mak. Dah uzur sikit rupa rumah orkid ni dan agak tak terurus. Mak fokus sangat kat bunga rose jepun tu kot. Bunga Orkid pun dah tumbuh meliar dah cuma bunganya kurang. Bawah bawah tu mak Fiza letakkan bunga lain sebagai hiasan. Takdelah nampak kosong sangat kan.

http://www.azhafizah.com/

Yang tu sebelah kanan rumah. Sebelah kiri pun ada buat rumah orkid bawah pokok mangga. Kat sini banyak sikit bunganya. Cuma Fiza tak snap dekat².
http://www.azhafizah.com/

Rumah kat kampung memang meriah dengan macam macam jenis bunga. Kalau orang datang mesti mintak benih bunga. Mak pun kalau pergi rumah orang mesti ada je yang bunga dia berkenan. Belakang rumah pulak tanaman sayur. Seberang jalan pokok kelapa pandan. Kekadang tu nak balik rumah macam macam mak bekalkan. Penuh bonet kereta!

Okay berbalik kepada tanaman bunga Orkid tu, kalau takde idea nak tanam macamana boleh buat cara macam ni kalau kawasan rumah luas. Gantung² banyak pun cantik kan. Cara lain tak pasti, sebab selalu memang nampak orang gantung je..hihi

Miss Moter Wax Memutihkan Kulit Dengan Cepat

Miss Moter salah satu produk pemutihan yang boleh memutihkan kulit dengan cepat. Miss Moter adalah produk kecantikan berbentuk gel (wax) dengan bahan asas teh hijau dan susu yang berfungsi untuk memutihkan dan menghaluskan kulit serta menjaga kesehatan agar tidak kering dan kusam. 

Produk MissMoter ini berasal dari Taiwan. Kandungan dalam gel sangat kental dan cepat kering, tidak mengandung alkohol dan bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit.
http://www.azhafizah.com/

Kesan Penggunaan Miss Moter

  • Menjadikan kulit lebih putih dari sebelumnya.
  • Menghaluskan garis-garis pada kulit terutama telapak dan lipatan tubuh.
  • Melembabkan kulit kering.
  • Kesan mint dari Miss Moter memberikan kesegaran 
  • Membuang sel kulit mati yang pada permukaan dan lipatan kulit secaranya menyeluruh 100% lebih bagus daripada lulur atau scrub.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit sensitif dan tidak menimbulkan iritasi.

Kandungan Miss Moter

  • Green Tea Powder.
  • Fruit Wax.
  • Milk Cream.
  • Aloe.
  • Glycerin.
  • Lo Banana Oil.
  • Isi Miss Moter

Cara penggunaan Miss Moter

  • Cuci tangan menggunakan air bersih kemudian lap hingga kering.
  • Sapukan gel Miss Moter keatas telapak tangan, kaki atau bagian tubuh lainnya sampai ke sela-sela secara merata kecuali muka. Untuk muka disarankan menggunakan Miss Moter Cherry Blossom (Pink).
  • Biarkan selama 20 – 25 menit sampai sapuan meresap sempurna kedalam kulit.
  • Gel Miss Moter akan kering dengan sendirinya, setelah itu kupas gel tersebut dan bilas dengan air sampai bersih.
  • Miss Moter boleh digunakan setiap hari dan sangat sesuai bagi anda yang memiliki kulit tidak sekata/berbelang/tidak sama tona agar kulit dapat menjadi lebih putih dan sihat sepanjang hari.
  • Jangan menggunakan gel Miss Moter pada kulit yang terluka.
Sumber gambar dari google
Miss Moter Gold / Emas. Fungsinya lebih kurang sama dengan Green Tea cuma yang ini ada add on emas/gold. Kesannya lebih bagus.

http://www.azhafizah.com/

Miss Moter Cherry Blossom / Pink (Khusus digunakan pada muka)
http://www.azhafizah.com/

Sekarang ada Harga Year End Sale. Cuma RM23 untuk 1 jar Miss Moter.
Postage
500gm ke bawah
 RM7 SM | RM10 SS

550gm dan ke atas
 RM10 SM | RM15 SS

Beli 3 jar RM66 (excluded postage)

Untuk Maklumat/ Pembelian Miss Moter

Whatsapp : 011-26651293

Tips Jimat Bajet Kahwin

Musim kahwin macam dah kurang sejak nak habis cuti sekolah ni. So tips jimat bajet kahwin ni bolehlah di gunapakai untuk bakal pengantin yang bakal melansungkan perkahwinan. Sekarang ni nak kahwin kena banyak belanja sebab barang makin mahal. 

Ada orang bajet lebih, bolehlah berhabisan duit untuk majlis. Bagi yang kurang bajet, buatlah secara sederhana sebab selepas kahwin lagi nak pakai banyak duit kan. Taknak terus berhabisan duit untuk majlis sahaja. 

Okay, bagi bakal pengantin boleh fikir fikirkan tips jimat bajet kahwin ni. Moga ianya membantu.
http://www.azhafizah.com/
Sumber gambar dari facebook

TIPS JIMAT BAJET KAHWIN

1.Tetapkan jumlah tetamu
2. majlis secara gotong royong
3. Elakkan tempah pakaian baru
4. Guna bungan tiruan untuk gubahan
5.Tempah pakej ketika promosi
6. Majlis diadakan pada satu hari
7.Elakkan berbalas dengan hantara jumlah yang tinggi
8.Elakkan majlis ketika cuti sekolah
9. Elakkan membazir pada kad kahwin
10. Beli barang ketika sale
11. Bukan akaun khas untuk kahwin
12. Gubah hantaran sendiri
13. Survey harga pakej perkahwinan
14. Sertai peraduan pakej bulan madu
15. Buat senarai semak @ checklist

Tempat Menarik Di Kelantan

Sunday, December 27, 2015
Negeri Kelantan Darul Naim terkenal dengan alam semulajadi yang cantik seperti pantai, air terjun, bukit dan gunung ganang. Banyak tarikan dan tempat tempat menarik di Negeri Kelantan ni. Antara tempat tempat menarik di Kelantan.

Taman Rekreasi/ Riadah/Semulajadi

Tasik Pergau 

Mata Air Panas, Labok 

Gua Ikan

Taman Kelip-Kelip, Kampung Pulau

Taman Perbandaran Tengku Anis

Taman Air Splash Kota Bharu

Taman Negara Kuala Koh

Air Terjun menarik di Kelantan

Jeram Pasu

Jeram Linang

Lata Rek

Lata Beringin

Air Terjun Kuala Koh 

Air Terjun Gunung Stong/Air Terjun Jelawang

Gunung di Kelantan

Gunung Stong

Gunung Ayam

Gunung Noring Timor

Gunung Berangkat

Gunung Chamah

Gunung Rabong

Pantai menarik di Kelantan

Pantai Bisikan Bayu 

Pantai Cahaya Bulan 

Pantai Tok Bali 

Pantai Irama Bachok

Pantai Sri Tujuh 

Pantai Sabak

Pantai Geting

Tempat Membeli-belah di Kelantan

Pasar Bazar Siti Khadijah 

Bazar Buluh Kubu (Bazar Batik)

KB Bazar/KB Plaza

Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor 

Bukit Bunga 

Bazar Tok Guru 

Wakaf Che Yeh 

KB Mall


Pasar MPKB

Bazar Tengku Anis

Tempat Bersejarah di Kelantan

Muzium Negeri Kelantan
Muzium Perang
Istana Jahar
Istana Batu
Kota Sultan Ismail Petra
Kampung Kraftangan
Gelanggang Seni
Suluk Tok Selehor
Masjid Negeri Al-Muhammadi
Masjid Langgar
Masjid Kampung Laut
Masjid Beijing
Pusat Galeri Tengku Anis
Makam Tok Kenali


Auto Post Signature

Auto Post  Signature