Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

NYX Soft Matte Lip Cream : Stockholm


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bila dah banyak stok lipstick warna terang dan gelap. Haruslah kena ada tona warna yang slow sikit. So bolehlah pakai ikut kesesuaian kan. Dalam banyak² code warna nude colour, Fiza pilih NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC) 02 Stockholm.

Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.
Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.
Warna stockholm ni tak terlalu slow dan tak terlalu terang. Kira yang sedang sedang je. Kalau slow sangat nampak pucat pulak. Tapi ada je yang suka warna yang tak berapa nak nampak. Ikut taste masing masing. Sesuai tak sesuai jatuh nombor dua..boleh?

Untuk pembelian

Instagram : @nyxbeautycosmetic

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Resepi Ayam Goreng Crispy


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tetiba rasa ada mood nak buat ayam goreng crispy. Resepi dia pun mudah je. Rajin tak rajin je la nak buat. Disebabkan terlebih rajin, so buat jugaklah entry Resepi Ayam Goreng Crispy versi dari Dapur Sihatimerahjambu ni.

http://www.azhafizah.com/ Bahan Bahan Resepi Ayam Goreng Crispy

Ayam
Telur
Tepun Gandum
Garam
Conrflakes
Black Pepper
Dried Oregano
Dried Parsley

* Sukatan bahan ikut kuantiti ayam dan citarasa masing². Kalau suka pedas tambah la black pepper lebih sikit. Tambah dan kurangkan ikut taste masing masing okay!

Cara Menggoreng Ayam Goreng Crispy

Celupkan ayam ke dalam tepung
Masukkan ke dalam tepung dan ratakan
Celupkan semula ayam ke dalam telur
Gaulkan ayam bersama campuran cornflakes
Panaskan minyak dan goreng ayam dalam api yang perlahan. Kalau tak nanti salutan luar cepat hangus dan dalam tak masak pulak.

Selepas masak, toskan dulu ayam goreng crispy atas tisu ye. Tapis minyak kurangkan kolestrol.

http://www.azhafizah.com/

Hidangkan bersama sos, mayonis dan cheesy mayo sauce.
http://www.azhafizah.com/

Rasanya dia memang, rangup (crispy) dan lembut. Boleh cakap macam ala ala ayam KFC la kot. Cumanya balutan ni nipis je la sebab Fiza buang segala lemak dan buang kulit sikit.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

NYX Soft Matte Lip Cream : Copenhagen


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Satu lagi NYX SLMC kesukaan Fiza yang biasa Fiza pakai, NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC) 20 Copenhagen. Warna ni terlajak laris juga jualan dia. Nasiblah masa Fiza beli tu ada stok yang Fiza nak. Kalau tak memang selagi tu lah tak beli².

Pastikan beli yang original ye. Kalau yang bukan original, agak berbeza dia punya hasil olesan lipstick ni dan mungkin akan mendatangkan kesan yang tak elok pada bibir. Biar beli mahal sikit asalkan original dan berkualiti. Baru puas hati gitu nak pakai.
http://www.azhafizah.com/
Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.
Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.
Kalau NYX SLMC21 Transylvania warnanya ala ala purple gelap, NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC)20 Copenhagen ni gelap juga warnanya tapi lebih terang. Nampak macam ala ala dekat nak sama sebab beza 1 code je. Cantik warna dia. Memang suka sangat pakai.
http://www.azhafizah.com/

Untuk pembelian

Instagram : @nyxbeautycosmetic

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
2 Comments
Share :

Pulau Pulau Cantik dan Menarik Di Johor


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pulau, salah satu tempat percutian yang menarik untuk bercuti. Tak kiralah untuk berbulan madu ke ataupun bercuti bersama keluarga merehatkan diri dari suasana bandar yang sibuk. So Fiza nak kongsikan Pulau pulau yang cantik dan menarik di Johor

Cuma Fiza belum berkesempatan lagi nak pergi. Nama je orang Johor tapi belum habis explore Johor lagi. Sementara plan nak pergi tu, kita letak wishlist dulu dalam blog. Ada masa, ada bajet bolehlah pergi ke salah satu pulau pulau ni. Kebanyakkannya pulau ni terletak di Mersing, Johor.

Antara Pulau Pulau Cantik & Menarik Di Johor

7 Pulau Bahagian Utara
Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Gual, Pulau Rawa, Pulau Hujung, Pulau Tengah dan Pulau Besar

8 Pulau Bahagian Selatan
Pulau Tinggi, Pulau Apil, Pulau Mentigi, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujong

3 Pulau di Bahagian Timur
Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Aur

Pulau Harimau

Pulau ni memang cantik, air laut yang jernih dan boleh lakukan aktiviti hiking. Permandangan kat sini memang cantik sangat. Datang sini jangan lupa pakai sport shoes.

Pulau Rawa

Pulau Rawa adalah private island dan kalau nak stay kat sini harganya semalaman mencecah ribuan ringgit. Mana tak ribuan ringgit kalau dah permandangan punya cantik macam ni kan. Rasa tak puas kalau stay sehari je. Antara pulau yang popular tapi tak semua orang mampu stay sini. Setakat nak jejak kaki boleh lagi kot.
Rawa (Malay: Pulau Rawa) is a small, beautiful island located 16 km (10 mi) off the east coast of peninsular Malaysia. Surrounded by clean blue waters with jungle vegetation struggling for a foothold on the craggy cliffs, the island would have been bypassed by the tourist trade altogether were it not for the soft white sands fringing its western shore. Owned by the Johor Sultanate, the island has been sensitively developed with just two small resorts. For people seeking a secluded, weekend getaway, you can't find a more idyllic location than this one.-wikitravel
http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

Pulau Tengah

Duduk atas batu tepi pantai melihat keindahan Pulau Tengah ni memang boleh buat rasa tenang. Cantik dan bersih je.
Pulau Tengah merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ia terletak kira-kira dari pantai Mersing di perairan Laut China Selatan di pantai timur Johor, Malaysia. Ia memakan masa satu jam bagi tempoh perjalanan menggunakan bot dari bandar Mersing.
Ia terletak berhampiran dengan Pulau Besar, Pulau Tengah terletak kira-kira 16 km di luar pantai Pulau Besar dan tempoh perjalannya ialah 90 minit dengan menaiki bot. Ketika era 70-an, pulau ini menjadi terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal 80-an.
Pulau ini adalah lokasi pertama untuk penggambaran rancangan Expedition Robinson.
Pada tahun 1985, Pulau Tengah merupakan salah satu pulau yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai taman laut kerana ia merupakan habitat bagi ikan yang jarang ditemui dan terumbu batu karang.
Selain itu, Pulau Tengah adalah sebuah tempat untuk menyaksikan penyu belimbing gergasi mendarat ke pantai untuk bertelur sepanjang bulan Julai pada setiap tahun. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai padang golf dan resort di sebuah pulau. Resort atau chalet yang selesa boleh didapati untuk tempahan.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Besar

Pulau Besar, Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya.
Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai "Taman Laut". Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti selaman skuba, memancing dan sebagainya yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.
Keunikan lain yang turut memperkayakan khazanah alam di pulau tersebut adalah seperti sayuran liar (ulam-ulaman) yang hijau merimbun, bebatang nyiur (Pokok Kelapa) serta aneka khazanah alam yang terdapat di dalam hutan tropikanya. Di sana terdapat lebih kurang 7 hingga 8 kampung kecil yang menjadi penempatan kepada lebih kurang seratus orang laut (kaum nelayan) yang telah menetap sekian lama disana yang menjadikan pulau tersebut sebagai rumah dan lubuk carian rezeki mereka. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Tinggi

Pulau Tinggi ialah sebuah pulau peranginan berbentuk bujur yang terletak kira-kira 20 batu nautika (37 kilometer) dari selatan tenggara Mersing di pantai timur Johor, Malaysia. Pulau Tinggi terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Rawa dan Pulau Sibu. Pada zaman dahulu, pulau ini digelar sebagai Pulau Topi Jeneral ("General's Hat Island") oleh kelasi Cina.
Pulau Tinggi mempunyai 448 penduduk pada tahun 2001 dan merupakan jumlah penduduk yang terbesar di kalangan pulau-pulau timur negeri Johor. Penduduknya menetap di Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang, and Kampung Sebirah Besar.
Pulau Tinggi mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Perjalanan ke Pulau Tinggi dari Mersing memakan masa 45 minit. Pedalaman pulau diselaputi oleh hutan pamah dipterokarpa. Titik tertinggi pulau ini ialah 2,000 kaki (600 meter) dari aras laut. Pulau Tinggi kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak serta gua-gua dan terumbu karang yang mengandungi banyak hidupan laut. Ia juga mempunyai sebuah pelabuhan perlindungan di garis lautnya yang panjang.
Sebagai pulau peranginan, Pulau Tinggi mempunyai banyak rumah penginapan dan chalet. Pantai terutama untuk peminat snorkel dan selam skuba ialah Tanjung Balang dan Sebirah Besar.-wikipedia

http://www.azhafizah.com/

Pulau Sibu, Mersing

Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Aur

Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.
Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.
Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Pulau Dayang

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

Pulau Pemanggil

Pemanggil Island (Malay: Pulau Pemanggil) is an island in Mersing District, Johor, Malaysia. It sits 45 km east of Mersing, the take-off point to most islands off the Southern coast of Peninsular Malaysia. It is situated next to Tioman, requires a 4- to 5-hour ride by boat from Mersing. To get to Mersing itself takes 4½ hours by car or roughly 6 hours by coach from Kuala Lumpur.
As with most inhabited islands in Malaysian waters, Pemanggil has its fair share of history, mystery and spooky tales. The island is fishermen's best-kept secret. It is known for deep-sea fishing and good hunting grounds for marlins and mackerels.
This remote island is also famed for the beauty and abundance of marine life within its clear emerald waters. Its other magnetic charms include endless stretches of white sandy beaches and awesome snorkelling spots. Fishing and diving is excellent here.
For the adventurous, the hill outcrop of the island makes for a challenging climb and the summit holds an inherent scenic beauty of the far reaching ocean.
On the north-eastern coast of Pemanggil Island is Teluk Lancang, an isolated bay where coconut trees grow in abundance amidst the tropical vegetation. At the heart of the island, there is a huge boulder known locally as Batu Buau which locals regard as sacred. It would definitely not go unnoticed and is clearly visible as far as 50 km from the south of Tioman Island.-wikipedia
http://www.azhafizah.com/

Foto kredit to : Google
Sumber maklumat-wikipedia, wikitravel

Kalau tak dapat pergi semua dapat pergi salah satu pun dah kira bagus juga. Fiza kongsikan mana yang Fiza tahu dan dari hasil google menjadi satu entry. Kalau ada pulau pulau yang menarik di Johor yang Fiza tertinggal nak senaraikan, boleh tinggalkan maklumat di kotak komen. 

Mana maklumat dan gambar yang tiada tu Fiza tak letak sebab tiada maklumat yang betul betul tepat. Untuk maklumat lanjut, kenalah google lebih lagi okay.
Menulis entry sambil tengok permandangan Pulau ni pun dah rasa tenang apatah lagi sampai sana kan!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Check Perjalanan Flight Dengan Applikasi Flight Tracker


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selalunya kalau ada antara family kita pergi bercuti atau out station di luar negara naik flight, mesti kita susah nak contact semasa dalam perjalanan kapal terbang @ flight tu. Dah tentulah kita risau. Dah sampai ke belum, dah sampai mana? Semuanya buat tak senang duduk.

Biasanya Fiza check perjalanan flight dengan menggunakan applikasi flight tracker. Mudah kalau ada flight tracker ni sebab boleh view secara live flight dan sampai mana mana tu. Kurang sikit risau dapat tahu macam ni pun jadilah.

Jangan ingat kat atas tu tak banyak flight, sekali tengok memang full traffic dia kan. Padahal kalau kita naik tu, tak nampak pulak flight lain. Nak gunakan applikasi ni pun mudah je. Hanya perlu masukkan maklumat flight sahaja dah boleh track.

http://www.azhafizah.com/

Kalau guna PC atau laptop boleh pergi ke Website : www.flightview.com/flighttracker @ flightaware.com/live/

Lebih senang kalau download terus applikasi flight tracker ni dalam handphone. So bila bila masa boleh check dengan syarat ada internet.

MOBILE FLIGHT TRACKER

iPhone Flight Tracker App
http://www.azhafizah.com/


Android Flight Tracker App
http://www.azhafizah.com/

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
2 Comments
Share :

NYX Soft Matte Lip Cream : Transylvania


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Code21 Transylvania NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC) ni antara terlajak laris. Jenuh Fiza dok tanya seller sana sini. Semuanya habis stock! Punyalah susah nak dapatkan NYX SLMC 21 Transylvania ni. Finally dapat jugak beli yang original dan harga berpatutan. Kalau dulu macam murah sikit, sekarang dah makin mahal pulak tengok harga. Permintaan tinggi maka harganya tinggi jugaklah.

Survey pun survey stok dan harga, jumpalah satu insta ni. Setelah survey feedback dan komen customer, so Fiza decide beli kat situ je lah. Alhamdulillah sehari selepas buat payment parcel selamat sampai. Fiza beli 3 sekali senang jimat pos. Yang dua lagi nanti baru buat entry lain. Kita cerita Transylvania dulu ye.

http://www.azhafizah.com/

Kenapa Fiza dok sibuk nak beli NYX Soft Matte Lip Cream code Transylvania ni sebabnya tergoda dengan blogger cantik pakai transylvania ni. Dia tu, kalau bab goda dengan barang make up memang number 1. Pasti tergoda! Kan Fiza dah makan godaan dia tu. Sebelum ni memang dah ada 2 NYX SLMC ni, San Paulo dan  Monte Carlo. Memang suka jenis matte ni. 
Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.
Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.
Warnanya nampak sedikit gelap ala ala macam purple gelap tapi bila dah sapu rata lebih kurang macam warna merah gelap. Memang cantik! Cumanya berani tak berani je pakai warna gelap macam ni. Sesekali nak cuba warna ni. Kalau pakai waktu siang memang menonjol habis bibir tu. 
http://www.azhafizah.com/

Untuk pembelian

Instagram : @nyxbeautycosmetic

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Lancarkan Penghadaman Dan Jaga Kecantikan dengan Dried Apple Flower Tea


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari hari melawas selepas minum dried apple tea flower ni tau! Memang lancar penghadaman. Semua natural tea mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi Dried apple flower tea ni dia lebih kepada lancarkan penghadaman dan lebih menjaga kecantikkan kulit.
http://www.azhafizah.com/

Bau Dried Apple Flower tea

Sekali bukak penutup bekas dried apple flower tea, menusuk bau segar dried apple flower tu. Macam aromateraphy pulak. Wangi sangat! Bila rendam dengan air panas tu lagilah wangi harum semerbak!

Rasa Dried Apple Flower Tea

Bila dihidangkan kosong dengan hanya rendaman dried apple flower tea tu rasanya masih boleh diterima tekak sebab rasanya bercampur manis kelat tu. Pahit tu adalah rasa sikit² hujung² gitu tapi tak terlalu kuat. Mesti lagi sedap dicampur dengan gula batu, stevia ataupun madu.

http://www.azhafizah.com/Cara Penyediaan Dried Apple Flower Tea

Masukkan 1 sudu kecil dried apple flower ke dalam 250ml air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum. Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah stevia, madu atau gula batu ke dalam minuman

Kesan Pengambilan Dried Apple Flower Tea

Kebiasaanya Fiza minum natural tea ni mesti akan memberikan kesan penghadaman dan perlawasan yang baik. Kalau tiap² hari minum, mesti tiap² hari membuang jugak. Tapi minum apple flower tea ni memang lawas habis. Kalau perut memulas mulas tu dah jadi kesan yang biasa dah. Kalau yang ada masalah sembelit tu boleh minum dried apple flower tea ni. Memang bersih dalam perut ni. Ringan pun ringan. Makan banyak sikit pun takde hal lah kot.

Dalam masa yang sama dried apple flower tea ni memberikan kesan sampingan pada kulit dengan mencantikkan kulit meringankan pigmentasi katanya. Buat masa ni Fiza belum nampak lagi kesan tu, mungkin sebab kesannya ambil masa sikit kot. Kena orang lain tengok baru perasan kan. Kita hari hari tengok mungkin kurang perasan.

http://www.azhafizah.com/

Khasiat Dried Apple Flower Tea

Melancarkan penghadaman
Membantu masalah jerawat dan jeragat 
Bagus untuk kecantikkan kulit 
Membantu penurunan berat badan 
Boleh dinikmati bersama rose bud tea 
Mempunyai rasa yang segar dan manis. 
Ia baik untuk kulit 
meningkatkan pencernaan 
menghilangkan lebihan lemak 
meringankan pigmentasi

http://www.azhafizah.com/

Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan

Penafian : Produk Ini tidak bertujuan untuk merawat, mengubati atau mengdiagnos sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Harga Dried Apple Flower Tea Murah dan Berpatutan

Dried Apple Flower 40g RM15.00

Untuk pembelian

Blog : nadinesblog.blogspot.my

Instagram : www.instagram.com/nadines.hut

Semasa buat tempahan, berikan code Blog Sihatimerahjambu ye. Selain dried apple flower tea, ada dried lavender tea, dried roselle tea dan dried rose bud tea. Nak jimat boleh beli satu pakej terus. Jimat kos pos! Nantikan review seterusnya okay!

http://www.azhafizah.com/
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum ni guna pencuci muka Bioglo Aloe Vera dari Cosway. Memang bagus untuk kulit. Tapinya pencuci muka tu jenis takde buih. Macam tak syok nak mencuci muka. Sudahnya tunggu dekat nak habis, baru survey pencuci muka yang lebih menepati citarasa.

Fiza lebih prefer yang jenis botol, liquid, berbuih, jenis picit atau tekan dan lebih kepada natural basis. Mudah bawak travel. Yang penting sesuai dengan jenis kulit. Lagipun jenis Tea Tree memang bagus kan untuk kulit berjerawat dan berminyak.

Prone to blemishes, blackheads and oily skin? Tea tree is nature’s alternative to harsh ingredients, with Community Fair Trade organic tea tree oil, clinically proven to give clearer skin from one week. The range also uses tamanu oil extract which is reputed to help generate new tissue and improve the healing process for skin. So say goodbye to shine and hello to clear skin!
The Body Shop® difference: When the seasons change, so can your skin — and sometimes not for the better. Our new Tea Tree range with a triple blend of natural active ingredients — Community Trade tea tree oil, lemon tea tree, and tamanu oil — work together to keep skin clear by helping to prevent blemishes and blackheads, and controlling excess oil. No matter what kind of climate you live in, using our Tea Tree range as your daily skin care regime will help combat existing blemishes, prevent future breakouts, and control oil and shine all year long.-The Body Shop
Plan nak beli pencuci muka SKII atau Mary Kay tapi macam over bajet pulak. So kira kira bajet survey beli THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser je la. Dalam banyak banyak jenis cleanser body shop, Fiza lebih suka jenis foaming ni. Lagipun  Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser memang dirumus khas untuk kulit berjerawat.

http://www.azhafizah.com/

Husband pun boleh guna sekali. Jimatlah untuk dua orang gunakan.
http://www.azhafizah.com/

Apa yang menarik tentang THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser

Pencuci muka jenis liquid, bila di picit akan automatic bertukar menjadi foaming(buih) tanpa perlu gosok²dah keluar buih dah. Boleh menanggalkan make up dan kotoran kat muka secara berkesan. Kesan paling best macam mencuci muka tu, dia berikan kesan yang fresh berangin ala ala mint gitu. 

Cara menggunakan THE BODY SHOP : Tea Tree Skin Clearing Foaming Cleanser

1. Basahkan muka dengan air bersih. 
2. Picit pencuci muka dan kemudian urut/cuci pada muka dan leher dengan jari. 
3. Bersihkan dengan air dan lap kering.

Harga RM55. Kalau beli online tambah duit pos lah macam biasa melainkan kalau free postage. Ni husband belikan kat The Body Shop store terus senang kan. Dan kalau CIMB Card holder CC dapat diskaun 10%! So jimatlah dalam RM5.50 camtu. Total RM49.50
http://www.azhafizah.com/

Expired 12 months selepas dibuka. Boleh baca entry tips expired make up dari blogger Innanie Ariffin.
http://www.azhafizah.com/
Kita tengok berapa lama tahan pencuci muka ni. Kalau kesan bagus, okaylah boleh beli lagi.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Minum Dried Roselle Tea Boleh Turun Berat Badan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam banyak banyak natural tea, Fiza paling suka Dried Roselle Tea. Teruja sebabnya boleh turunkan berat badan katanya.  Lagipun sebenarnya memang suka dengan rasa roselle yang masam masam manis ni.

http://www.azhafizah.com/

Dulu masa mak Fiza tanam pokok roselle sekali musim berbuah lebat tu memang seronok petik. Banyak dapat buah dia, siap boleh buat jem dan buat jus roselle sendiri. Lagi sedap buat sendiri tanpa pengawet. Lebih fresh! Sebab tu dah biasa makan atau minum something yang berasaskan roselle ni.

Bau Dried Roselle Tea

Bau dried roselle tea ni macam bau asam buah kering, contohnya macam asam buah kering tu. Siapa suka makan asam buah yang kering tu tahulah bau dia macamana yang Fiza gambarkan ni. Seriously rasa macam nak kunyah dried roselle tea ni macam kunyah asam buah kering tu. Tapi tak sanggup lah nak kunyah gitu je.

Rasa Dried Roselle Tea dan Kesan pengambilan Dried Roselle Tea

Kenapa Fiza cakap tak sanggup nak kunyah gitu je? Sebabnya masam dia memang betul² masam. Kalau asam buah kering tu adalah jugak bahan lain kan tapi ni memang original buah roselle kering. Memang masam betul!

Tapi tapi tapi... Bila dah buat air tu boleh je telan sebab sekali terus masuk kan. Sekali lalu tekak je. Nak lagi sedap tambah gula stevia, madu atau gula batu. Katanya nak sedap lagi boleh dihidangkan sejuk lagi sedap. Yang ni Fiza dah cuba buat sendiri tambah madu dan air sejuk. Memang sedap oiii..Terasa masam masam manis dia tu. So juicy and fresh! Musim panas ni eloklah minum sebab boleh sejukkan badan.

Lagi satu suka buat minuman dried roselle tea sebab warnanya. Warnanya merah cantik tu buat korang bertambah rajin nak minum hari hari. Buat sejuk or panas dua dua pun boleh ikut keadaan cuaca gitu. Dried Roselle Tea jugak membantu dalam menurunkan berat badan sebab melancarkan sistem penghadaman, detox dan secara tak lansung meringankan badan.
http://www.azhafizah.com/

Cara Penyediaan Dried Roselle Tea

Masukkan 1-2 dried roselle ke dalam 250ml  air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum
Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua. Roselle rasanya masam. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambahkan stevia, madu atau gula batu

http://www.azhafizah.com/

Khasiat Dried Roselle Tea

Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
http://www.azhafizah.com/

Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan

Penafian : Produk Ini tidak bertujuan untuk merawat, mengubati atau mengdiagnos sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Harga Dried Lavender Tea Murah dan Berpatutan

Dried Roselle 40g RM13.00
Untuk pembelian

Blog : nadinesblog.blogspot.my

Instagram : www.instagram.com/nadines.hut

Semasa buat tempahan, berikan code Blog Sihatimerahjambu ye. Selain dried roselle tea, ada dried apple flower tea, dried apple flower tea dan dried rose bud tea. Nak jimat boleh beli satu pakej terus. Jimat kos pos! Tunggu review seterusnya okay!
http://www.azhafizah.com/

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

Pobling 5 in 1 Yang Macam Best


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum ni pernah cuba Pobling Pore Sonic Cleanser tapi macam tak berapa nak pratikal sebab cuma menggunakan kuasa vibrate je kan. So kena menggunakan tenaga tangan bergerak jugak untuk memberikan kesan yang lebih bersih. Sekarang Fiza cuba pulak guna pobling 5 in 1 yang macam best atau boleh Fiza cakap memang best!

Baru je sampai semalam, kiranya dah sekali guna lah. Pobling 5 in 1 ni berbaloi membeli sebab ada attach 5 jenis alat untuk kegunaan lain lain.

Pobling 5 in 1 lebih senang nak pegang dan mempunyai button tolak tolak je. Ada high, low dan off button. So boleh pilih nak guna high atau low semasa menggunakan attachment brush/sponge tu.
http://www.azhafizah.com/

First yang attach kat pobling 5 in 1 ni adalah Nylon brush. Memang bersih basuh muka tu. Lagi lagi kulit muka macam Fiza jenis ada pori² terbuka ni. Nampak berus ni macam kasar tapi sebenarnya lembut. Dari apa yang Fiza pernah baca tak boleh guna brush selalu takut nanti rosak kulit pulak. Kalau kulit tak tahan dengan brush tu boleh gunakan latex soft sponge bawah ni.

Latex Soft Sponge boleh membersihkan kulit semasa mencuci muka serta dalam masa yang boleh mengurut muka.
http://www.azhafizah.com/

Siapa yang suka make up, boleh gunakan make up sponge ni yang lembut sangat. Sesuai untuk apply foundation kat muka. Memang bagus dan rata. Cuci muka guna make up sponge ni pun boleh juga. Lembut sangat.
http://www.azhafizah.com/

Ini pulak massage sand sheet digunakan untuk membuang kulit kasar bagi licin... Boleh guna kalau tumit kaki kasar ni kan.
http://www.azhafizah.com/

Last sekali ada massage wheel, kalau rajin tu bolehlah urut² muka sikit.
http://www.azhafizah.com/

Okay lengkap dah kan. Boleh guna ikut keperluan mana yang perlu. Lagipun Fiza rasa pobling 5 in 1 ni lebih berbaloi beli. Murah dan lengkap.

Untuk harga PROMO cuma RM27 tak termasuk postage.

Postage RM7 SM | RM10 SS

Whatsapp : 011-26651293

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Dried Lavender Tea Buat Rasa Tenang Dan Tidur Lena


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aroma bau Lavender biasa di kaitkan dengan aromateraphy yang membantu memudahkan seseorang tidur dengan mudah dan tidur lebih lena serta menenangkan. Sebab tu bunga lavender ni banyak di hasilkan untuk dijadikan minyak wangi pelbagai guna. Selain tu boleh menyembuhkan luka seperti yang Fiza pernah baca.

http://www.azhafizah.com/

Kalau nak di ikutkan, khasiat lavender ni memang banyak dan pelbagai guna pokok bunga lavender ni sebenarnya. Boleh hasilkan pelbagai jenis produk berasaskan lavender. Dari dulu Fiza memang suka bauan lavender ni. Sejujurnya memang rasa tenang kalau bau lavender ni. Letak dalam bilik, memang mudah nak tidur. 

Bau Dried Lavender Tea

Bau dried lavender tea dah tentu wangi macam bau lavender yang korang pernah bau. Tetap sama! 

Rasa Dried Lavender Tea

Ermm..bercakap pasal rasa dried lavender tea ni. Pertama kali rasa natural tea yang betul betul rasa herba. Rasanya bercampur sekali kelat pahit macam tu. Ye lah, dah minum tanpa perasa tambahan memang le. Tapi seeloknya memang tak perlu campur apa². Tapi kalau tak boleh nak minum, tambah lah stevia, madu atau gula batu sahaja dibenarkan. Jangan sekali kali tambah gula biasa tu. Kalau tak, hilang khasiatnya.

Bila dah suam suam tu Fiza minum sekali habis je lagipun biasa bancuh sikit je untuk peringkat awal² ni untuk biasakan dengan perut.
http://www.azhafizah.com/

Kesan Pengambilan Dried Lavender Tea

Selepas minum dried lavender tea ni korang akan rasa mudah mengantok. Kalau sakit kepala pulak bila minum teh lavender memang rasa lega sikit. Yang penting rasa pening, stress boleh kurang. Sangat sangat membantu. Kalau susah tidur atau isomnia tu, cepat² lah minum lavender tea ni. Senang tidur dan lena. Esoknya kembali fresh!

http://www.azhafizah.com/

Untuk sebekas penuh ni memang tahan lama dan berbaloi beli. Beli buat stok simpan dan guna masa perlu pun boleh.

Cara Penyediaan Dried Lavender Tea

Masukkan 1 sudu kecil dried lavender ke dalam 250ml  air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum

Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua.
Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah stevia, madu atau gula batu ke dalam minuman

Khasiat Lavender Dried Tea


Mengurangkan sakit kepala dan migraine
Menenangkan dan mengurangkan tekanan
Membantu tidur yang lebih lena
Bagus untuk masalah kulit
Mempercepatkan pemulihan luka & ulser .
Membantu melegakan insomnia, gementar dan kebimbangan. 
Membantu merawat sakit perut, perut kembung dan kolik. Ia juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan perut dan usus.
Membantu meringankan kemurungan, sakit kepala dan migrain.
Teh lavender, apabila disapu boleh membantu meringankan selsema, batuk, asma, bronkitis dan masalah yang serupa dalam sistem pernafasan.
Membantu mendorong berpeluh dan seterusnya mengurangkan suhu badan ketika demam.
Teh lavender juga berguna sebagai ubat kumur untuk memerangi halitosis.

http://www.azhafizah.com/



Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan

Penafian : Produk Ini tidak bertujuan untuk merawat, mengubati atau mengdiagnos sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Harga Dried Lavender Tea Murah dan Berpatutan

Dried Lavender 35g RM18.00
Untuk pembelian

Blog : nadinesblog.blogspot.my

Instagram : www.instagram.com/nadines.hut

Semasa buat tempahan, berikan code Blog Sihatimerahjambu ye. Selain dried lavender tea, ada dried apple flower tea, dried roselle tea dan dried rose bud tea. Nak jimat boleh beli satu pakej terus. Jimat kos pos! Tunggu review seterusnya okay!
http://www.azhafizah.com/

Pembungkusan yang selamat untuk dihantar.

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor