Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

leaderboard-07

Cerita afzalsukasuki

Smudge Painting Azizah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebelum bercuti sempat Fiza siapkan Smudge Painting customer Azizah. Katanya ada terbaca pasal promo smudge painting yang Fiza buat tu, terus dia order. Dan juga merangkap silent readers. Tapi dia takde blog pulak untuk Fiza promote.
Okay settle satu lagi order.

smudge-painting-azizah

Terima Kasih order kak.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Ranking Alexa azhafizah.com July 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ranking Alexa azhafizah.com July 2015 menurun untuk ranking Malaysia. Global Rank naiklah juga. Prestasi blog tak berapa nak bagus. Blog beraya lama sangat kot haritu, padahal 2 3 hari je cuti. Nak buat macamana kan. Biasalah tu turun naik rank. Yang penting kena record untuk performance blog sendiri ni.

Turun ke naik tetap update blog jugak kan. hihi..

ranking-alexa-azhafizahcom-july-2015

Januari 2015
Global Rank : 154, 886
Rank In Malaysia : 1, 433

February 2015
Global Rank : 211, 520
Rank In Malaysia :

March 2015
Global Rank : 314, 544
Rank In Malaysia :

April 2015
Global Rank : 451, 760
Rank In Malaysia : 5, 029

May 2015
Global Rank : 336, 288
Rank In Malaysia : 1, 724

June 2015
Global Rank : 272, 289
Rank In Malaysia : 2, 021

July 2015
Global Rank : 250, 493
Rank In Malaysia : 3, 144

Check rank Blog >>www.alexa.com
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Design Blog Lea Azleeya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kali kedua juga mendesignkan Blog Lea Azleeya ni. wahh lepas raya ni semua pakat tukar cat rumah blog baru ye. Untuk design Blog Lea Azleeya ni sangat lari dari tema asal sebelum ni. Sebelum ni warna pink tapi berubah terus kepada warna cokelat dan putih.

Malas cakap banyak, nah sedikit view dari hasil kerja yang telah disiapkan.
design-blog-lea-azleeya

Nak tengok full view macam biasalah kena singgah ke blog tuan punya.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Cuti Pun Bermula


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ehem..dan cuti Fiza pun bermula hari ni sehingga hari ahad 2 Ogos 2015. Alhamdulillah sempat settlekan order sebelum bercuti. Lega sikit nak bercuti tu. Bagi mereka yang nak tempah design tu, mahaplah ye kalau lambat reply. 

Bila kembali bercuti nanti Fiza reply. Mana yang sempat tu, sempatlah. Nak bercuti ni memang malas fikir pasal kerja. Tapi kekadang tu tak senang hati pulak kalau tak fikir. pulak dah =__='

Kali ni bercuti ke utara. Alang² pergi kenduri kahwin, kita bercuti sekali. Bercuti bukan berdua tapi bersama family husband. Doakan percutian kami selamat pergi dan balik ye.

cuti-pun-bermula

Sebenarnya tak sabar nak rasa tomyam dan makanan sedap di Utara. rindu pulak terkenang zaman dok di Utara.
Notapink : Tuan blog je bercuti, blog tak cuti. Macam biasalah autoupdate. hehe
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

Cashout Nuffnang Julai 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bulan lepas sebulan missed tak dapat cashout straight setiap bulan untuk tahun 2015. Takde rezeki. Alhamdulillah bulan ni dapat cashout Nuffnang untuk bulan Julai 2015, bulan depan tak tentu lagi. Macam nak tak nak je earnings tu bertambah². Takpelah kumpul je la. Lama² jadi banyak. Ye tak?

Sebelum terlupa nak cash out sebelum bercuti ni baik kita cashout dulu. Bolehlah buat tambah duit raya untuk raya haji pulak nanti. Siapa dah cukup duit tu jomlah kita cashout ye.

cashout-nuffnang-julai-2015

As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Tukar Nama Fanpage Facebook


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah kenapa semua orang berpakat tukar nama fanpage facebook ni. Penuh pulak dengan notification tukar nama fanpage. Ohhh patutlah pun sebab sekarang fanpage dah boleh tukar nama. Kalau sebelum ni memang tak boleh tukar melainkan likers belum cecah 100 likes kan? 

Bila dah boleh tukar ni memang lajulah memasing tukar. Cuma Fiza je tak tukar. Rasa malas nak setting baru. Cukuplah apa yang ada, lagipun fanpage jarang update cukup auto update dari blog dengan menggunakan perkhidmatan www.networkedblogs.com. Takdelah sunyi sepi tanpa update kan.

tukar-nama-fanpage-facebook

Sesiapa nak tukar tu pergi tukar cepat sebelum terlambat. Nanti menyesal pulak. Sebelum tukar nama tu pilihlah nama yang sesuai bukan main hentam je. Takpun yang ada blog letak nama blog pun boleh..senang cerita.

Yang belum like fanpage Blog Fiza, mehla sumbangkan like kalau sudi. Terima Kasih

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Segmen: Kuih Raya Kegemaran Saya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lepas raya ni kurang pulak join segmen/giveaway/contest. So since penganjur ajak join, jomlah kita join beramai² Segmen Kuih Raya Kegemaran Saya dari dayanzahari.com. Segmen yang sangat mudah dan hadiah² pun menarik.

Klik banner untuk sertai
segmen-kuih-raya-kegemaran-saya
Tarikh tutup: 5 Ogos 2015, 11.30pm GMT+8. 
Nak tahu kuih kegemaran Fiza ada banyak sebenarnya. Tepek satu je la untuk segmen ni iaitu Caramel Cornflakes. Kuih raya yang paling senang nak buat. Lagi satu suka dengan karamel + cornflakes. Jarang jumpa tapi biasanya buat sendiri je sebab senang kan.
Pemenang akan diumumkan melalui random.org.

Hadiah setakat ini:
1. Next UK Just Pink eau de parfum (10ml) from Dayana
2. 2x Hot Perfume's Pewangi Kereta dan 1 instant shawl from Kiera
3. Soon to be revealed from Sofina
4. 2x Kimchi 250g from Dapur Kimchi
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Design Blog Busyra Takiyudin


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Design Blog Busyra Takiyudin, order kali kedua dari Busyra. Masih mengekalkan tema warna pastel pink peach yang sama dengan sebelum ni. Cuma kali ni lebih design lebih simple ikut contoh dan warna yang diberikan. 

Belanja view sikit Rumah baru Busyra

design-blog-busyra-takiyudin

Nak tengok full view, jom singgah 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Air Sejuk Vs Air Panas


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Suka mandi air panas atau sejuk?? Mana² pilihan pun ada kebaikannya. Tapi janganlah pulak masa cuaca tengah panas nak jugak mandi air panas. Memang mintak kulit melecur agaknya. Musim panas ni memang jarang mandi air panas. Tapi kalau waktu pagi takde air panas gigil nak mandi. Ketap gigi je la..

Cerita pasal air panas ni. Dulu masa sekolah, rumah takde water heater pun. Rumah papan, ade air dalam kolah tu. Sejuk ya amat. Memang pepagi sanggup masak air panas dulu dari mandi air sejuk. Tapi sekarang dah besar tak kisah air sejuk ke panas. Cuma bila dah ada water heater memang prefer mandi air panas le waktu pagi.

air-sejuk-vs-air-panas


Kalau musim panas ni pulak, rasa nak berendam dalam air sejuk je la. Kalau ada ais kiub lagi bagus. hihi..
Tips cuci muka : Kalau cuci muka basuh air dengan air suam untuk buka pori² muka.Kemudian bilas dengan air sejuk untuk tutup kembali pori² tu. InshaAllah dapat jaga kulit dengan sihat dan cantik. Cuma kena rajinlah. Tapi kekadang main hentam je sebab nak cepat mandi kan..huhu
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Ke Indonesia Ke Kita


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum ni Ke Korea Ke Kita. Untuk Musim baru ni Ke Indonesia Ke Kita dan masih mengekalkan gandingan Wak Doyok dengan Myo Oh Chentaku. Musim Ke Korea tu memang best tengok. Selain tengok keindahan Negara Korea dalam Running Man. Boleh tengok dalam KKKK juga. 
Ke Indonesia Ke Kita merupakan rancangan travelog dan permainan realiti TV di mana Wak Doyok dan Myo menjelajahi negara Indonesia sambil berkongsi pengalaman mereka secara spontan. Yang menarik dan uniknya rancangan ni sebab spontan tanpa skrip. 
ke-indonesia-ke-kita

Kekadang tu memang kelakar tengok wak doyok asyik kalah je kan. Penggambaran musim ni akan membawa penonton ke tarikan utama negara Indonesia seperti di Lombok, Surabaya, Yogyakarta, Bandung, Jakarta, Bali dan banyak lagi. So siapa nak bercuti ke Indonesia bolehlah tengok rancangan Ke Indonesia Ke Kita.

Semalam 28 Julai dah bermula episod pertama. Siaran Ke Indonesia Ke Kita setiap hari selasa, jam 9 malam.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Smudge Painting Potrait Innanie Ariffin


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siapa yang tak kenal dengan blogger berdagu mahal ni, Innanie Ariffin. Itu sebabnya kakak blogger ni cantik. Bukan sahaja cantik malah kalau bercakap memang tak boleh nak lawan. Amek course law haruslah petah berkata² kan. Terbatuk² tuan punya badan kita dok cakap pasal dia.

Anyway, ini order pertama smudge painting untuk harga promo RM10 yang Fiza dah post entry semalam. Terima Kasih Innanie!

Smudge Painting Potrait Innanie Ariffin

Jangan lupa singgah ke Blog Nanie

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Kad Raya #11 dari Eqbal Zack


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bila masih dalam mood syawal, dengan itu dapat lagi kad raya. Kad raya kesebelas dari Eqbal Zack. Dahulu, seorang blogger hebat tapi sekarang dah tak aktif berblogging mahupun media social yang lain. Tapi walaupun tak aktif still tak lost contact dengan Abg Eq. Bila dah busy dengan kerja memang komitmen lebih kepada kerjalah kan.

Apepun terima kasih untuk Abg Eq sudi kirimkan kad raya yang comel ni. Dalam kesibukan sempat pulak bagi kad raya. Kad raya unik, boleh stand kat meja tu. 

kad-raya-dari-eqbal-zack

Dengan ucapan...

kad-raya-dari-eqbal-zack

Mungkin masih ada yang ingat dengan blogger Eqbal Zack atau blognya www.eqbalzack.com.

Notapink : All the best Abg Eq. Semoga terus maju dan berjaya dunia akhirat. Aaminn...
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Ke Kulim Ke Kita


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cehh..dah macam Ke Korea Ke Kita pulak ye. Weekend ni InshaAllah Fiza akan berada di Kulim setelah sekian bertahun tak jejak kaki ke Utara. Bila dok selatan ni memang susah nak ke Utara. Kalau dulu study Kat UiTM penang lainlah kan. Itupun tak habis explore Utara.

ke-kulim-ke-kita

Bila ada rezeki singgah ke sana dah tentu nak explore Kulim untuk 2-3 hari. Sesiap orang Kulim bolehlah suggest tempat² menarik, tempat makan sedap ke kan. Boleh? Untuk percutian family ni kamiorang pilih homestay je lebih jimat. 

Sebelum pergi ni nak juga survery kat mana tempat best. At least dah sampai sana takdelah nak buang masa survey. Bila dah tahu kemana nak pergi, terus tuju je senang. Kan? Sesambil tu guna juga perkhidmatan En.google. Anyone orang Kulim atau yang pernah bercuti ke Kulim boleh suggestkan apa yang perlu.. Terima kasih semua ^__^
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Senaman 8 Minit Untuk Perut Buncit


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Masa bulan puasa berkurang juga berat badan. Masuk bulan raya, kemain dia punya naik berat. Makan je la kerjanya. Ye lah juadah raya yang setahun sekali baru dapat merasa kan. Bukan selalu dapat makan pun. Sebab tu tak risau berat naik. Tapi macam biasalah penyesalan di kemudian hari.

Bagi nak mengurangkan size perut tu supaya tak terlalu ke depan dah jadi lebih kempis boleh amalkan senaman 8 minit untuk perut buncit ni. Rutin yang mudah. Yang penting kena rajinlah. Kalau malas, lagi kedepanlah perut tu.

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

senaman-8-minit-untuk-perut-buncit

Mudah je kan? Dah jangan lupa ingat tips menghilangkan masalah perut buncit ni jugak.
senaman-8-minit-untuk-perut-buncit
sumber dari imuslimshop.com
Okay dah bagi caranya dan tips..so sila semangat untuk melakukannya!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Perbezaan Ketara Dulu dan Sekarang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Zaman dah berubah dan makin berteknologi, nampak sangat perbezaan ketara dulu dan sekarang. Mana yang dulu telah dimakan dek zaman. Yang baru muncul terus melenyapkan yang lama. Meh kita tengok beberapa perbezaan ketara yang dapat dilihat.

perbezaan-ketara-dulu-dan-sekarang

perbezaan-ketara-dulu-dan-sekarang

perbezaan-ketara-dulu-dan-sekarang

perbezaan-ketara-dulu-dan-sekarang

perbezaan-ketara-dulu-dan-sekarang

perbezaan-ketara-dulu-dan-sekarang
Sumber semua gambar dari facebook

Yang lama di rindui tapi yang sekarang lebih maju dan canggih. Hebat kemajuan yang dicipta. Hebat lagi ciptaan Allah. ^__^

Notapink : Masih terkejut dengan kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia mengenai rombakan kabinet baru Julai 2015. Perubahan yang tidak disangka².
Yang mana paling sangat nampak perubahannya?
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Tempahan Smudge Painting Potrait Di buka


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Attention please...Tempahan smudge painting potrait di buka bermula hari ni. Nak bagi Special price kat pembaca blog. Harga promo  RM10 untuk single potrait bermula hari ni sehingga 8 Ogos. So dalam seminggu lebih Fiza buat promo ni.

tempahan-smudge-painting-potrait-di-buka

Sesiapa nak tempah boleh terus email Fiza. Pastikan gambar kena jelas, close up, high pixel, original tanpa editing baru hasillnya akan jadi cantik. Sesiapa yang sebelum ni ada tanya bukak tempahan ke tidak bolehlah tempah sekarang dengan harga promo..Selepas tamat tempoh promo harga dah lain. Harap Maklum.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Berhati-hati Memilih Fesyen Baju


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sekali pandang memang terus nampak macam lambang salib. Tapi kalau tak perasan mungkin akan terbeli fesyen baju macam ni. So sebab itu kita berhati-hati dalam memilih fesyen baju. Kalau boleh sebelum membeli, belek² dulu design tu. Jangan nampak cantik terus beli je.

Lagi satu berhati² memilih corak tudung dan kain juga. kadang² ada juga ternampak lambang salib dan corak yang tak sepatutnya. Jangan sampai fesyen menggaburi mata okay.
berhati-hati-memilih-fesyen-baju
Sumber gambar dari facebook

Baru² ni nampak juga fesyen baju melayu lelaki yang design depannya nampak sangat bentuk salib tu. Kalau tak perasan, memang ada yang terbeli dah kan? Licik betul mereka menggaburi mata orang Islam. Apepun kita kenalah alert dengan fesyen macam ni supaya tak terpakai apatah lagi membeli.
berhati-hati-memilih-fesyen-baju
Sumber gambar dari facebook

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
26 Comments
Share :

Tragedi Eskalator


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semalam berlaku lagi satu tragedi eskalator yang telah meragut nyawa seorang ibu. Sebelum ni pun dah banyak kita dengar berita tragedi maut berkaitan dengan eskalator yang mangsa kebanyakkannya adalah kanak². Ada yang jatuh, ada yang tersepit dan macam² lagi. Tak sanggup nak ingat dan nak letak gambar kat sini.

Salah siapa? Tak tahu nak salahkan siapa. Kadang² disebabkan kecuaian ibu bapa itu sendiri dan ada juga disebabkan eskaltor itu sendiri tak selamat untuk digunakan. Bila berlaku kes yang terbaru ni, naik seram jugaklah nak menggunakan eskalator kat shopping mall.

Kadang² tu rasa seram bila eskalator tu berbunyi macam nak runtuh..Imaginasi masa ni memang tinggi. Takut kalau perkara yang buruk berlaku. Memang berdoa selalu moga² Allah melindungi kita dan kita selamat hendaknya.
tragedi-eskalator
Sumber gambar dari google
Seorang wanita maut akibat terjatuh ke dalam eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Hubei, China. Mangsa bagaimanapun sebelum itu sempat menyelamatkan anak lelakinya. Wanita berusia 30 tahun itu dilihat menaiki eskalator bersama anak lelakinya kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan. Apabila sampai ke tingkat atas, ketika mereka hendak memijak lantai, ia tiba-tiba berlubang, menyebabkan mangsa terjatuh ke dalamnya. Si ibu segera menolak anaknya keluar dari lubang dan disambut oleh pekerja pusat membeli-belah. Bagaimanapun wanita itu gagal diselamatkan dan maut di tempat kejadian.
Apa yang berlaku sebelum ni jadikan pengajaran buat ibu bapa jangan terlalu careless. Yang berlaku semalam, jadikan pengajaran supaya keselematan di utamakan di mana² tempat pun. Lepas ni setiap eskalator kena sediakan tangga juga nampaknya. Dan harap² design eskalator lebih menitik beratkan soal keselamatan.
tragedi-eskalator
Sumber gambar dari google

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Ayam Masak Lomak Cili Api Resepi Mak Mertuo Den


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kemain tajuk taknak mengalah. Kelas betul nama resepi dia. Ayam masak lomak cili api resepi mak mertuo den tu! Teringin pulak makan lauk ayam masa lemak cili api ni. Teringat pulak dengan resepi mak mertua yang sodap tu. Cukuplah lauk berbuka untuk hari ni. Satu lagi menu sayur campur je.

Suka masak lemak ni sebab simple je. Tapi cara mak mertua Fiza, kena tumis dulu.

ayam-masak-lomak-cili-api-resepi-mak

Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas blend. Kemudian panaskan minyak dan tumis. Titikkan beberapa batang serai dan tumiskan sekali. Dah naik bau, masukkan ayam, masukkan santan dan sedikit air. Kemudian letakkan garam dan asam keping..Jangan lupa kacau² untuk pecah minyak. Nak banyakkan portion tu boleh tambah kentang. Biarkan sehingga masak. Simple je kan?

Tak perlu nak goreng ayam dulu ke apa. Nak masak amek masa sikit. Kalau Fiza dan husband suka kalau kuah tu pekat. Lagi sedap makan. Alhamdulillah..berjaya ikut resepi mak mertua. Makanan orang negeri sembilan semua sedap². 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Sunquick Gold


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siapa suka orange sunquick? Boleh try Sunquick Gold pulak sebab Sunquick Gold ni pati oren dia lebih pekat dan likat. So lebih jimat sebabnya guna sikit je. Tapi Fiza lebih suka buat air Orange Sunquick Sirap. Lagi sedap!

Yelah kan, musim perayaan ni kenalah sediakan air minuman untuk tetamu. Ada yang suka sediakan air yang dah ready made dalam botol. Tapi nak lagi jimat kenalah bancuh sendiri kan. Bancuh ikut citarasa nak manis ke nak kurang manis ke dan boleh buat untuk banyak bancuhan air. So memang sesuailah pilih orange gold ni. Fiza pun baru je beli sebenarnya. Memang berbaloi membeli

sunquick-gold

Tak ingat pulak harganya sebab beli masa puasa hari tu. Rasanya dalam RM10.++ macam tu. Tak banyak beza dengan harga Sunquick biasa. Kalau nak cuba, mengapa tidak?
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Tempat Recycle Kasut Dan Baju Area Seremban


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bagi mereka yang tak tahu kat mana nak recycle baju dan kasut area Seremban, boleh pergi ke Shopping Mall Aeon Seremban2. Semalam masa tunggu husband kat area Lif, ternampak pulak Kotak besi besar yang comel dengan doodle ni. So lepas ni kalau ada nak recycle baju atau kasut yang terpakai tu bolehlah drop dalam kotak ni je.

tempat-recycle-kasut-dan-baju

Tapi confused jap..semua ni di masukkan dalam satu box ni ke? Lagi bagus kalau diasingkan. Ye lah, baju dengan kasut dalam satu tempat macam tak sesuai pulak. Ke memang mengamalkan konsep campur sekali sebab dah namanya recycle? atau Fiza yang tak faham konsep?? hahaha..hentam sajalah asalkan dah tahu mana tempat yang sepatutnya nak recyle dari terus buang kan.

Fiza pun tengah mencari jugak tempat untuk berikan baju yang masih elok dan yang tak muat tu. Nak recycle macam tak sesuai pulak. 


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Madagascan Vanilla Flower Perfume Oil Paling Menepati Citarasa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam banyak²  perfume yang Fiza beli, Madagascan Vanilla Flower Perfume Oil Paling Menepati Citarasa yang tiada tandingan dengan perfume lain..Kemain puji melabung ye? Bukan puji tapi fakta! Sebelum ni memang ada try beli perfume lain dan bermacam jenis tapi last² setia kepada yang satu ni jugak!

Suka jenis perfume oil sebab lebih tahan lama dan bau vanilla tu memang Fiza suka..ala² bau manis, bau chocolate. Memang boleh buat penambah selera. Lepas kecewa dengan pelbagai jenis perfume, nampaknya kena kembali setia pada si dia jugak. Shopping perfume kat Store Body dapat jugak diskaun 10%. Ada jugaklah penjimatan di situ dari bayar harga asal kan.

madagascan-vanilla-flower-perfume-oil

Dari dulu memang suka dengan bau vanilla ni. Ada yang pakai habis dan ada yang dah expired bertukar warna lagi tu sebab lama sangat tak pakai..haishh.


madagascan-vanilla-flower-perfume-oil

Kalau korang dah bau perfume oi vanilla ni, sure korang pun jatuh hati punya. Kalau ada yang memang pakai perfume ni, okay kita geng! gimme ten!

Bagi yang nak membeli boleh beli kat store The Body Shop yang berdekatan atau shopping online pun boleh.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Kasut Raya Paling Selesa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Percaya atau tidak, sepanjang beraya tahun ni inilah kasut raya yang paling selesa. Bukan setakat jimat malah lebih selesa berjalan kemana saja jauh dan dekat. Alah, masuk rumah orang bukan pakai kasut raya pun. Orang pun tak pandang kasut pun..Eh? Padahal tu cakap dalam hati je nak sedapkan hati..heehee

Tapi betul apa, lebih senang sarung je nak jalan jauh pun boleh jalan laju² confirm tak jatuh. Lagi satu tak payah risau kasut raya yang baru tu kotor ke terpijak orang atau hilang sekalipun. Tapi selipar ni jugaklah yang kadang kala orang lain main sarung je. Selesalah katakan!

Selain untuk buat raya, selipar ni boleh dipakai walau bukan waktu raya pada bila² masa walau di mana jua berada! Berani tak korang pakai selipar jepun ni buat beraya?? Fiza? Dah confirm² lah berani sebab dah buat..hihi..takde nak malu haihh..Lelaki dah biasa sangat pakai kan..jadi trend lagi tu.

kasut-raya-paling-selesa

Sebenarnya seperti yang Fiza katakan dalam entry sebelum ni, Fiza memang tak beli kasut raya. Cadangkan nak pakai kasut ni ha..kasut hantaran kahwin setahun yang lepas yang belum pernah pakai lagi. Tapiiiii memandangkan Fiza dah lama tak pakai heels, so takde keberanian nak pakai sebabnya sure rasa kekok dan tak selesa. Paling taknak, takut sakit kaki. Yelah, dulu biasa pakai sebab tu beli kononnya akan pakai tapi hampeh. Sebab tu sanggup je sarung selipar jepun tu sebagai kasut raya.


Lepas tu mulalah rasa tak puas hati sebab keberanian pakai selipar jepun hanya mampu setakat syawal ke berapa je. Sudahnya beli jugak kasut raya baru. Paling penting mementingkan keselesaan. Fesyen jatuh nombor 2! Macam biasa brand favourite Fiza Vincci dari dulu, kini dan selamanya..cewahhh..

Masih lagi nak jenis tinggi² ni sebab orang rendah kan. Haruslah pakai yang tinggi sikit tapi ciri² flat masih ada sebab tak nak sakit kaki. Dah puas cuba pakai, finally baru ada officially kasut raya. Okaylah shopping lepas raya. Kasut yang lama² semua tinggi²..adesh =__='


Orang lain dah abis mood persiapan raya.. Kita baru nak mula. Pun bolehlah kan.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
13 Comments
Share :

Pesanan Dari Mak @ Mertua Kepada Anak, Menantu Serta Cucu² Jika Balik Beraya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rasanya tak terlambat nak menyampaikan pesanan dari mak @mertua kepada anak, menantu serta cucu² jika balik beraya. Raya kan sebulan, confirmlah weekend ada masa terluang untuk balik beraya lagi kan. So bolehlah beringat² pesanan ni.
Sumber gambar dari google

  • Mak bukan org gaji yg kena sediakan juadah utk korang anak beranak..
  • Mak bukan org gaji yg nak kena kemas tempat tido korang anak beranak..
  • Rumah mak bukan 'TAMAN PERMAINAN'.. jadi kawal anak masing-masing..
  • Mak bukan isteri perdana menteri yg ada simpanan berjuta utk sponsor makanan raya kpd korang anak beranak....
  • Mak bukan ada kedai dobi layan diri utk basuh segala cadar yg ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai2 lah cuci dulu sebelum balik kerumah masing-masing...
  • Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai, biras miras nak kecik² hati sesama sendiri....
  • Rumah mak bukan 'HOTEL'.... diulang HOOTELLL..., MAK taulah korang dah bagi duit raya..... jadi SURUH bini masing-masing ringan²kan diri utk tolong keja di dapur..
  • Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai biras miras yg bukan mahram pun ada...
  • Jaga pergaulan antara anak² kamu semua dgn sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...
  • Rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak selfie atau rakam gambar famili di pagi² raya sampai terlupa nak ziarah rumah jiran2....


Yang ikhlas
MAK dan MAK MERTUA
Sumber dari group whatsapp

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Menangi Gold Bar


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bling bling mata terbayangkan 'gold bar' yang berkilauan tu kan bila bercakap pasal gold bar. Ada berita baik nak bagitau ni. Kalau korang memang penggemar setia Cool Blog. Silalah rajinkan diri beli cool blog dengan pembelian sebanyak RM4.00 untuk dapatkan satu cop yang perlu dikumpulkan sebanyak 5 cop.

Bila dah dapat 5 cop berpeluang untuk menangi gold bar bernilai RM20,000. Wow! Meriah betul hadiahnya kan. Lucky draw ye kawan² . Mana tahu kot ada tuah rezeki tersangkut ke kan. 
menangi-gold-bar

Sekadar menyampaikan je. Rasa teringin baru beli. Nak kumpul, ntah bila nak cukup 5 ni pun. Tapi andai kata cukup, submit je la selagi tak tamat tempoh 17 Oktober 2015. Siapa nak join silakan..

menangi-gold-bar

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Penyakit Dan Penawar.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setiap penyakit ada penawarnya dengan izin Allah SWT. Jika ada sesiapa yang menghidapi penyakit² seperti di bawah, lakukanlah apa yang sepatutnya perlu di buat. Itulah sebaik² penawar. Tidak perlukan modal, tidak perlukan ubat ubatan. Cara yang mudah. InshaAllah sangat berkesan.

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar

penyakit-dan-penawar
Sumber gambar dari imuslimshop.com
Selamat beramal.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor