Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

leaderboard-07

Cerita afzalsukasuki

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Happy Sunday! Jom meriahkan 1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 ni. 5 orang yang bertuah bakal mendapat hadiah dari penganjur. Apa hadiahnya??? Kenalah tunggu Afidah umumkan 28 June nanti. Nak tahu kenalah join dulu ye. Klik banner bawah ni.

1st-segmen-giveaway-by-afidah-azmi88

Syarat pun mudah je. Mana tahu korang antara yang bertuah dan jom support segmen blogger!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

PROMOSI HEBAT Sabun Nurraysa Beauty


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PROMO HEBAT Sabun Nurraysa Beauty datang lagi!! Nasib takde icon pembesar suara tu. Kalau tak mesti menjadi pemberitahuan tu kan. Kakak abang makcik pakcik adik adik semua nak bagitau ni PROMOSI HEBAT Sabun Nurraysa Beauty kali ni lebih jimat sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Yelah, masa raya nanti mesti nak nampak lebih cantik kan atau sesiapa ada masalah kulit. So sekarang masa terbaik untuk dapatkan Sabun Nurraysa Beauty yang semakin laris dipasaran sampai habis stok tau! Kali ni memang jimat habis la. Jarang jarang HQ buat Promosi macam ni. Bila dah buat Promosi ni rugilah kalau tak grab satu, Nak jimat lagi beli lebih. Boleh pakai satu family sebab baby, kakak, abang, mak, ayah boleh pakai juga.

promo-sabun-nurraysa-beauty

Selamat digunakan sebab mengandungi bahan bahan semulajadi dan baik untuk jangka masa panjang jika pakai dengan betul dan secara konsisten. InshaAllah.. Ramai dan mencuba dan repeat order sebab Sabun Nurraysa beauty ni memberikan kesan yang bagus. Cuma cepat atau lambat bergantung pada masalah kulit masing masing. Kalau tak cuba sekarang bila lagi kan

Boleh share beli dengan kawan kawan atau family. Ambil sekali banyak tak rugi pun.

Harga sebelum Promo RM70 seketul sabun.
Harga promo
Beli 1 RM26
Beli 2 RM50
 RM100 untuk 4 Ketul Sabun
Jimat banyak tu!
promo-sabun-nurraysa-beauty

Nak tahu lebih pasal Nurraysa Beauty Soap boleh klik kat sidebar sebelah kanan bawah ye.
Atau boleh klik link bawah ni.

Nurraysa  beauty soap untuk pelbagai masalah kulit

Nak order boleh contact Fiza terus whatsapp/sms/telegram : 012 9072776

PROMO : 1 Jun 2015- 7 Jun 2015
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Hairstyle Tutorial


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Suka tengok orang rambut panjang. Lagi lagi rambut anak buah yang panjang² tu. Sukalah nak hair do rambut dorang. Dahlah rambut budak kecil lembut giler kan. Kalau ada anak perempuan memang seronok buat macam macam hairstyle tu. Comel je. Yang pakai tudung tu bolehlah di applikasikan kat dalam rumah je ye. Sesekali nak jugak buat rambut kan.

Agak agak rambut panjang sangat kat depan tu buat style ni cute jugak ni


hairstyle-tutorial
 Kalau nak nampak kelainan sikit boleh buat braid camni
hairstyle-tutorial

Yang ni nampak style sikit..braid kat depan dan bentuk zig zag belahan tengah rambut..nice!
hairstyle-tutorial
Yang Fiza suka..comel je kalau buat kan.. English style zaman dulu²
hairstyle-tutorial
Ini pun menarik jugak. Nampak messy tapi cute
hairstyle-tutorial
Wahh nak buat braid macam ni agak rumit tapi memang style. Berbelit juga tangan nak buat ni.
hairstyle-tutorial
 Yang ni pulak macam kat atas tadi tu cume beza dia gulung² je kat depan. Paling senang kot.
hairstyle-tutorial
Kalau rimas rambut panjang boleh buat gaya ni. Very style one!
hairstyle-tutorial
Okay yang last ni paling cute..Siap ade riben lagi tu ^__^
hairstyle-tutorial

Bolehlah cuba buat lepas ni kan. Selamat mencuba!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Ranking Alexa azhafizah.com May 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hujung bulan dah, so nak check performance ranking alexa blog azhafizah.com dalam bulan May 2015 ni. Alhamdulillah untuk bulan May nampak jugaklah peningkatan dari sebelum ni yang asyik jatuh merundum je. Kali ni nampaklah jumlahnya mengecil juga.

Teringin nak tengok angka mengecil macam tahun lepas. Semangat sikit nak update selalu kan. Apepun sentiasa terus berusaha. Nak berjaya kenalah usaha kan. Tahniah buat blogger yang mencapai ranking alexa yang meletop²..Usaha meletop, meletop jugalah hasilnya.

ranking-alexa-azhafizahcom-may-2015

Perjalanan alexa sudah hampir setengah tahun bersama. Turun naik adalah perkara biasa.

Januari 2015
Global Rank : 154, 886
Rank In Malaysia : 1, 433

Global Rank : 211, 520
Rank In Malaysia :

Global Rank : 314, 544
Rank In Malaysia :

Global Rank : 451, 760
Rank In Malaysia : 5, 029

Global Rank : 336, 288
Rank In Malaysia : 1, 724

Check rank Blog >>www.alexa.com
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Jambangan Buah Buahan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jambangan Buah Buahan ni sesuai untuk disajikan masa makan beradap untuk pengantin. Takpun untuk sebarang majlis makan makan. Nampak lagi menarik buat jambangan macam ni. Macam hiasan selain untuk dimakan.

Lebih mudah jugak untuk tetamu ambil untuk makan. Yang rumitnya masa nak sediakan tu je la. Nak makan senang je kan. Kalau takde idea nak buat macamana untuk hidangkan buah buahan boleh buat dengan cara jambangan macam ni. Okay jugak.
jambangan-buah-buahan

kalau takde buah buahan banyak boleh buat jambangan dari buah yang sama pun okay jugak.

jambangan-buah-buahan

Untuk satu jenis buah pun cantik.
jambangan-buah-buahan

Yang ni untuk buah buahan yang dipotong besar besar. Pun menarik.
jambangan-buah-buahan
Semua pun cantik. Tetiba rasa macam nak makan buah pulak. Lagi lagi buah strawberry fresh cicah coklat. Mak aihhh memang sedap kalau dapat makan.

Sumber gambar dari facebook
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Homestay Unik di Kg Paya Rumput Alor Gajah Melaka


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sejak akhir² ni ternampak viral pulak gambar Homestay Unik di Kg Paya Rumput Alor Gajah Melaka ni. Nampak menarik je tengok Design homestay yang unik ni lain dari yang lain. Bila tengok gambar ni rasa macam nak pergi je kan. Macam style oversea gitu.

Macam bentuk khemah pun ye ni.
homestay-kg-paya-rumput-alor-gajah

Tengok dalamnya pun luas, bersih dan selesa je. 

homestay-kg-paya-rumput-alor-gajah

Katilnya pun besar. Sesuai untuk satu family ni.

homestay-kg-paya-rumput-alor-gajahhomestay-kg-paya-rumput-alor-gajah
Ada loteng jugak kat atas tu. Mesti ada bilik ke atau tempat santai ke. Takde pulak gambar atas ni. Ini pun Fiza dapat dari facebook, tak ingat siapa share cuma sempat save gambar je. Maklumat lengkap pun takde.

Siapa orang melaka atau yang pernah pergi sini bolehlah share info yang lengkap dan betul ye. Mana tahu ade yang memang nak cari homestay untuk bercuti kat melaka ke boleh try stay sini. Fiza pun macam teringin nak pergi.

Orang melaka, anyone? sebab Fiza google takde pulak maklumatnya, mungkin homestay baru???

Updated
MasBro Village 
Lokasi : Batu 7, Paya Rumput Melaka
Harga : RM 250 ( Boleh memuatkan sehingga 6 orang)
Hubungi : 0133136872





With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

DIY Pasu Bunga Bentuk Swan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat berhujung minggu. Hari ni kalau takde aktiviti tu bolehlah cuba DIY pasu bunga bentuk swan ni. Kalau ada bekas botol pencuci baju yang lama lama tu jangan dibuang. Boleh jugak buat pasu bentuk swan ni. Cantik tau!

Nak buat pun senang je. Tengok je gambar kat bawah ni.
diy-pasu-bunga-bentuk-swan
Sumber dari facebook
Dan hasillnya bila dah tanam bunga dalamnya nampak cantik kan? Kreatif siapa punya idea lah ni. Nak nampak lagi cantik boleh cat atau guna je botol yang memang berwarna macam botol sabun dynamo, softlan ke dan lain lain. Eh ni bentuk swan ke itik ni? Confused pulak kita. Mana mana lah boleh asal sama spesis.
diy-pasu-bunga-bentuk-swan
Sumber dari facebook
Tak payah susah² nak beli pasu. Letak kat luar rumah dah cantik untuk decoration luar rumah. 

*DIY= Do It Yourself
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Ikan Siakap Goreng Berlada


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Biasanya masak ikan siakap kukus ataupun ikan siakap 3 rasa tapi harini lain sikit masaknya. Masak ikan siakap goreng berlada  atau goreng kunyit. Lagi senang nak masak. Kalau dah namanya nak cepat masak, masak yang mudah je.

Yang penting kena masak pedas sebab husband orang nismilan suka pedas kahwin pulak dengan orang johor yang suka pedas jugak tapi kurang sikit lah. Memang masak apa pun kena pedas kecuali masak sayur :p Kalau dah dua dua menu pedas pingsan pulak nanti.

ikan-siakap-goreng-berlada

Cara masak macam biasa sama je dengan masak ayam goreng berlada yang Fiza dah share resepi ayam goreng berlada tu cuma bezanya kali ni ikan pulak. Sesekali tukar menu pun boleh. buat eksperiment masakan gitu.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Kegunaan Belon


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Biasanya belon digunakan untuk jadi mainan kanak kanak atau hiasan untuk sebarang majlis tapi ada lagi kegunaan belon yang kita boleh buat. Bukan untuk mainan je tapi boleh digunakan untuk hasilkan barang perhiasan yang lain dan juga dalam masakan. Macam tak percaya je kan?? Tapi percayalah...

Dari belon, kita boleh buat hiasan lampu. Cara nak buat boleh rujuk gambar bawah ni. Nampak mudah tapi perlu ketelitian dan kekemasan untuk nampak cantik.
kegunaan-belon
Sumber dari google
Nampak cantik bila dah siap. Bila bukak lampu nampak cantik corak keliling tu. Lagilah dia buat finishing dengan warna gold tu nampak menyerlah untuk hiasan.

Untuk masakan pulak dengan belon boleh buat bekas coklat yang awesome dan atasnya diletakkan aiskrim. Menarik idea ni. Sangat kreatif untuk dihidangkan pada customer kalau ada bukak restaurant. Kat rumah pun boleh buat macam ni. 2 in 1 coklat dan aiskrim sekali. Tak perlu mangkuk dah.
kegunaan-belon
Sumber dari google
Agak agak nak cuba buat tak? Kena beli belon banyak²lah lepas ni kan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Kudap Kudapan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Esok cuti, seronoknya! Malam ni bolehlah layan movie ke santai² tengok cerita kat TV ke best jugak. Lupakan kerja seketika. Dah menjadi habit kalau tengok movie mesti ada je benda nak dijadikan kudapan. Kalau tengok wayang tu dah biasa makan popcorn. kalau kat rumah mana nak dapatnya popcorn kan. So gantikanlah pop corn tu dengan kudap kudapan yang lain.

Haa ni stok kudapan baru kat rumah ni. Tak tahu apa namanya. Rasanya macam kuih wadeh tu tapi versi goreng kering macam maruku tu. Tapi rasa macam wadeh la. Sedap! Ada sesapa pernah makan atau tahu namanya tak? Packaging dah buang pulak. Terlupa nak tengok =__=. Pasni boleh repeat order kat kedai. Beli kat kedai runcit yang packaging warna hijau tu.

kudap-kudapan

Tak berapa keras dan paling sedap rangup. krup krap krup krap makan. Tapi lama lama sakit gigi dan lenguh jugak rahang ni nak mengunyah..hahaha...Buat kerepek raya pun sodap ni.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Sambal Goreng Jawa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sambal Goreng Jawa atau lauk lodeh kering versi Fiza memang mudah je sebab guna bahan simpe yang ada. Tak letak tauhu, sayur fucuk dan kentang. Walaupun bukan orang jawa tapi Fiza suka makanan jawa salah satunya tempe. Goreng tempe lepas tu cicah dengan sambal kicap pun sodap!

Dah jemu masak sayur biasa je. So menu hari ni luar biasa sikit la. Tapi masak biasa biasa je. Cukup sekadar ada sayur. Tak tahu kenapa panggil sambal goreng tempe sebab sambal sikit je rasanya. Ke namanya sayur tempe  jawa? Confused suda.

sambal-goreng-jawa

Bahan bahan
Tempe
Kacang panjang
Suhun
Bawang besar 1 biji
bawang putih 2 ulas
Cili kisar 1 sudu Kicap 1 sudu
cili merah besar 1
garam secukup rasa
Minyak masak
Ikan bilis dalam 7-8 ekor
Air

Cara cara
1. Goreng tempe sehingga masak kekuningan, angkat dan toskan. Kemudian ketepikan dahulu.
2. Potong kacang nipis², basuh dan ketepikan.
3. Rendam suhun dengan air bagi dia lembut sikit.
4. Blend 1/2 biji besar, bawang putih dan ikan bilis.
5. 1/2 biji bawang lagi potong² je.
6. Tumiskan bahan blend dan cili besar yang dah dipotong halus . Nak tumis sekali dengan bawang potong tadi pun boleh atau nak letak kemudian pun boleh. Tapi Fiza masuk sekali dan tumis.
7. Kemudian letak cili kisar, kicap dan garam sikit.
8. Masukkan air sikit dan masukkan kacang, kemudian suhun. Dah agak masak baru last sekali masukkan tempe yang dah digoreng tadi. Kacau sebati dan tutup api. Siap!

Ini cara bukan orang jawa masak. Kalau orang jawa masak lagi banyak sikit bahannya dan lagi sedap!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

Hadiah Masker Dari Blogger Diana Rashid


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Satu lagi hadiah menang contest Giveaway Meletop by Diana Rashid dan  hadiahnya dari Blogger Diana Rashid juga iaitu masker Shiseido 6pcs. Bolehlah bermasker lebih lepas ni kan. Terima kasih banyak Kak Diana!

hadiah-masker-dari-blogger-diana-rashid

Inilah orang kata rezeki join contest dan rezeki berblogging. Tak rugi pun kan. Siapa ade buat contest ke giveaway ke meh share link kat dalam kotak komen bawah ni. Nak support blogger lain dan juga memeriahkan dunia blogger. Mana tahu ade rezeki menang juga. Sebelum tu jemput singgah ke blog 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Cashout Nuffnang May 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Duit tabung Nuffnang kembali kosong. Alhamdulillah bulan ni dapat cash out nuffnnang lagi untuk bulan May 2015. Bolehlah buat tambah sikit untuk perbelanjaan raya nanti kot. Untuk bulan depan macam tak dapat nak cashout je sebab on going pun tak berapa banyak yang tinggal dan jumlah pun tak berapa nak banyak. Dah banyak metered untuk bulan ni. Makanya kalau tak dapat cashout kenalah kumpul lagi kan.

cashout-nuffnang-may-2015

Tahun ni nampaknya rekod terbaik bersama Nuffnang dapat cashout setiap bulan cumanya semua orang tahu jumlah earnings sekarang selalunya sikit je, kena amek masa untuk dapat jumlah yang banyak. Takpe, asalkan ada dan rezeki masing masing. Yang penting kalau dah dapat CPUV tu usahalah camna nak bagi naik earnings tu. Kekadang diri sendiri pun confuse camne nak naikkan earnings tu. Kejap naik kejap turun..ikut sukati dia je =___=

Harap cheque untuk bulan ni sampai dengan selamat
cashout-nuffnang-may-2015

As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang
Terima kasih nuffnang bagi CPUV baru lagi dan semua yang sudi singgah sini. ^______^
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Hadiah Dari Blogger Hasrul Hassan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni terima lagi satu hadiah, hadiah dari blogger Hasrul Hassan sebab Fiza menang GA Subkontest bulan March lepas. Alhamdulillah rezeki menjadi salah satu blog yang memberikan traffic terbanyak untuk GA Subkontest tu dan menerima hadiah wang tunai, buku dan juga sourvenir dari bandung. Ehh lupa ada biz card dalam buku tu.

Terima kasih banyak² untuk blogger Hasrul Hassan a.k.a Bro HH bagi hadiah ni. InshaAllah akan di manfaatkan buku tu dengan baik. Bertambah lah FM kat freezer Fiza tu. suka suka suka...

hadiah-dari-blogger-hasrul-hassan

Blogger Hasrul Hassan pakar SEO yang selalu bantu Fiza kalau ada masalah dengan blog. Tak kedekut ilmu. Tanya lah apa sekali pun, mesti dia cuba bantu. Seriously! Tak rugi kenal orang macam dia. Kat blog pun banyak dikongsikan ilmu blogging. So kalau korang nak jadi blogger hebat pakar SEO dan sebagainya wajib terjah dan follow blog dia. 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Happy 1 Year Old


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Happy 1 Years Old buddy Si Bulat! Rasa macam baru je dilahirkan oleh si Lulu tu. Dah setahun rupanya semalam 27 May 2015. Dalam 4 beradik cuma tinggal dia sorang yang masih dalam jagaan, 2 dah jual dan sekor lagi anak buah Fiza jaga.

Ini masa umur beberapa hari..Comel sangat mata berair berkaca gitu.
Mixed breed persians kitten

Nampak tak muka dia yang comel tanpa rasa bersalah tu..Innocent giler kot! Comel..selalu kena buli je. Macam teddy bear

Mixed breed persians kitten

Masa ni susah betul nak amek gambar.. Tak pandai nak dok setempat. Sudahnya dapat gambar macam ni. Bajet posing bagus la ni???
Mixed breed persians kitten

Ni dah besar sikit nampak dah boleh dok diam bersantai lagi tu. Dah besar sikit rasa kurang comel tengok dia, mungkin dah matang?? Telinga pun makin besar dah macam spesis Maine Coon pulak dah.
Mixed breed persians kitten

Finally dia membesar dengan sihat. Kenapa panggil dia bulat sebab dia gemuk dan sihat..baka besar sebab dia jantan. Bulu paling cantik panjang dan halus. Corak ala marble. Paling manja, kalau balik rumah MIL dia suka datang kat kita dan mintak belai. Spesis baka dia sekarang tak tahu just assume mixed breed persians. 

Mixed breed persians kitten

Bulu dia rasa nak buat penyapu :p

Mixed breed persians kitten

Muka dah matang sangat ni. Sikit masa lagi dah boleh mating dan dapat anak bulus yang bertambah tambah comel. Setahun sudah! Dah cucuk Vaksin.

Mixed breed persians kitten

Yang ni salah sorang ada beradik si bulat anak buah Fiza jaga. Nama dia Ozil. Jangan memain Ozil ada insta tau, @sleepyozil boleh tengok segala aktiviti Ozil. Muka adik beradik sama. Muka garang tapi manja lebih.



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Cara Buat Popsicle Warna Warni


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni nak share Cara Buat Popsicle Warna Warni pulaklah. Nampak menarik betul warna warni macam ni dan dapat rasa pelbagai jenis flava dalam one popsicle. Pulak tu memang rasa pure buah sebenar takde bahan perasa tambahan. Nak buat pun senang je.

cara-buat-popsicle-warna-warni

Cara buat popsicle warna warni

1. Blend halus semua buah secara berasingan. Boleh pilih buah apa yang korang suka tapi kat sini buat menggunakan buah blueberry, strawberry, orange, nenas dan kiwi.
2. Untuk buat layer warna warni ni, mula mula masukkan jus pertama, kemudian bekukan seketika. Keluarkan dari freezer bila dah beku, kemudian masukkan layer kedua dengan jus kedua dan letakkan dalam freezer kembali sehingga beku dan lakukan step yang sama untuk semua layer. Untuk layer pertama tadi jangan lupa cucukkan stik di tengah² ye.
3. Biarkan popsicle beku dan bila dah cukup beku dah boleh makan.

Mudah sangat kan???Tengok gambar pun dah tahu macamana nak buat ^__^

Sumber dari Dapur Bumbu Praktis
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Cara Simpan Resit Pembelian Harian


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selalunya bila kemas handbag atau purse mesti ada terselit macam macam jenis resit. Itu yang kekadang buat penuh purse je. Kekadang ade juga terselit dalam poket seluar bila nak basuh seluar tu. Ada juga resit yang nak kena simpan kalau beli barang elektrik yang ada warranty tu. Kalau simpan pun kekadang lupa letak mana kan.

cara-simpan-resit-pembelian-harian

Jadinya bila macam ni apakata jadi lebih sistematik letak dalam satu buku khas segala resit harian mengikut hari. Ini cara Fiza simpan resit pembelian/perbelanjaan harian. Tak kisahlah keluar duit beli apapun. Kalau takde resit Fiza just tulis je untuk rekod.

Bila dah buat macam ni kita nampak ke mana duit kita guna setiap hari. Make sure kena rajin la hari hari buat. Make sure clear dalam kereta, bag, purse tanpa sebarang resit untuk dimasukkan ke dalam buku tu.

cara-simpan-resit-pembelian-harian

Mula mula buat mungkin macam malas kan tapi bila dah makin penuh buku rasa semangat dan rasa patut buat hari hari dan jadi lebih disiplin lah kot. Dah macam kerja office pulak anak buah Fiza cakap. hahaha.. Tak kisahlah nak cakap apa.

Cara macam ni lagi senang kot nak rujuk balik atau nak check apa yang kita dah beli. Cara korang camne pulak? Meh share..ke buang je?

Fiza baru je buat cara ni awal bulan February hari tu. So belum proper sistematik lagi ni. Buku pun hampir penuh pemberian dari blogger Suriamanda. Alhamdulillah digunapakai dengan baik. Next year kena stand by buku tebal sikit dan lebih sistematik gitu.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

JDT Menang Bergaya Piala AFC 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tahniah team JDT Menang Bergaya Piala AFC 2015 malam tadi. Seronok betul bila tengok perlawanan bola malam tadi JDT vs Ayewady United. Menang bergaya dengan 5-0 goal tu. Goal dari Safiq Rahim, luciano Figueroa 2 goal dan Jorge Pereyra Diaz 2 goal jugak.
jdt-menang-bergaya-piala-afc-2015
Sumber dari JOHOR Southern Tigers page
Janganlah pelik bila tetiba Fiza update pasal bola walau tak tahu banyak pasal bola. Sikit pun boleh sebab sekarang dah mula tengok bola balik. #pengaruhsuami. Hahaha..Dulu pengaruh abang² lepas abang dah kahwin takde geng nak tengok dah. Sekarang pengaruh suami pulak. Kenalah minat apa yang suami minat jugak...kannnn

Paling best tengok bola bila team yang kita sokong tu menang. Betul tak? Tak suka tengok pun beri sokongan pun dah kira okay. Tapi kalau kalah janganlah gaduh² dan sampai bakar² bagai. Terima kenyataan dan tak perlu nak kutuk² team lain. Kalah menang adat pertandingan.

Dan paling best bila dapat tengok bola secara live kat stadium sebab ada Ultras yang sentiasa kecoh all the time. Cuma kena pay attention tengok game je la sebab takde replay macam kat TV kalau terlepas tengok bola goal tu. Apepun harap harap Johor dapat masuk final nanti.


JDT [5] - [0] AYEYAWADY UNITED
Safiq Rahim 1'
Luciano Figueroa 46', 90+1'
Jorge Pereyra Díaz 60', 74'

Hidup Johor Demi Johor 
Luaskan kuasamu JOHOR
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Tempahan Design Kad Raya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Attention please.. Nak buat pengumuman sikit. Fiza dah open order untuk tempahan design kad raya ye sehingga pertengahan bulan puasa. Yang nak tempah boleh tempah awal dan yang penting bukan rushing order bukan urgent order. Untuk urgent order Fiza tak amek sebab Fiza bukan robot nak siap cepat dan kena sabar menunggu giliran. Harap faham ye.

tempahan-design-kad-raya

Tarikh tutup Tempahan Design Kad Raya : 3 Julai 2015

Kalau berminat nak order boleh email Fiza sebab Fiza amek order melalui email sahaja. Senang Fiza nak check dan mark order. Fiza buat tempahan design sahaja ye tak termasuk printing. Kalau siapa nak tempah design dan nak hantar printing boleh tempah awal. So boleh siap awal kan. Bagi siapa yang nak soft copy sahaja boleh tempah anytime.

Antara design/portfolio design kad raya 2014


tempahan-design-kad-rayatempahan-design-kad-raya
 Design kad raya 2015
tempahan-design-kad-raya

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor