Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Berendam di Ulu Bendul, Kuala Pilah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selepas berpenat lelah mendaki Bukit Broga, cadangnya nak ke Sungai Tekala nak berendam kononnya sebab panas dan penat. Dapat berendam dalam air sejuk memang best. At least dapat kurangkan penat dan berehat seketika kan. Tapi sayangnya Sungai tekala tutup disebabkan kes kencing tikus. Tak tahu pulak tutup, penat kamiorang datang dari jauh tau!

Disebabkan memang nak mandi air terjun, so teruslah ke Ulu Bendul Kuala Pilah. lagipun dah dekat dengan rumah. Kat Ulu Bendul ni pun dah banyak perubahan dah. Area depan tu dah ada macam waterpark untuk kanak² dan dewasa pun ada join sama.
Nampak bersih airnya tapi kurang besih sebenarnya . Mungkin sebab malam sebelumnya hujan, banyak sampah daun sangkut dan air agak berkeladak.

Kamiorang gigih lagi berjalan naik atas sikit cari tempat yang okay sikit. Dah naik sampai atas pun masih ada tempat tak okay. Disebabkan malas nak berjalan lagi, berhenti je la tempat yang agak okay. Agak ramai jugak family datang sini sebab tu takde tempat kosong yang best dah.

Air memang sejuk giler kot! Tak mampu nak berendam berjam². Cukup lah 1jam lebih je kot kamiorang kat sini. 


Air tak dalam mana tapi kena hati² sebab batu licin berlumut. So berendam je la tak payah beria sangat nak ke sana sini. Cukup merehatkan badan. Tambah best bila berendam musim panas ni.
Selfie wajib di mana²
Kalau singgah ke Kuala Pilah bolehlah singgah mandi manda kat Ulu Bendul ni. Fiza ni selalu je lalu sini balik kampung tapi baru ni lah ada masa nak singgah sini. Macam sibuk sangat je kan. Tapi kalau lalu sini memang sentiasa ramai je tengok banyak kereta. 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
13 Comments
Share :

Mendaki Bukit Broga


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bukit Broga, Semenyih
Dua hari selepas aktiviti mendaki Bukit Batu Putih, mendaki Bukit Broga pulak. Kaki tak hilang sakit lagi tu ku gigihkan jugaklah mendaki. Ini kali ketiga mendaki Bukit Broga tapi still semput jugak naik atas. Tapi kali ketiga ni takdelah banyak pit stop sangat. Muahahaha..

Hampir 1jam baru sampai ke puncak ke 1jam? Lupa pulak nak set masa sebab dah penat punya pasal. Sampai kat atas ni pun dah kira lega...phew~ 
Masa untuk merehatkan kaki. Bertiga je kali ni..anak buah yang lain tak join.
Bila tengok permandangan indah macam ni mesti tergoda nak naik Bukit Broga.

Untuk kali ketiga ni rasanya laluan mendaki dah banyak berubah. Lebih mudah dari yang sebelumnya. Mungkin setiap hari ramai mendaki, so laluan jadi lebih mudah, lebih luas dan lebih ada improvement.

Kamiorang pergi hujung minggu, park memang penuh tapi kamiorang parking kat luar je tak perlu bayar. Kalau park kat dalam tu kena bayar. Tak tahu pulak berapa bayarannya.

Kali ni pergi lewat sikit. Dari rumah pukul 7:++ pagi agak lewat sikit tapi sebab malam sebelumnya hujan so cuaca sejuk sikit la. Tapi bila sampai atas sekejap je matahari dah naik. Terlepas sudah nak tengok matahari terbit.

Jom layan gambar je la...
Panas sampai tak boleh bukak mata oiii
Panorama menarik Bukit Broga selepas terbakar beberapa bulan lepas masa musim panas.
Walaupun panas tapi masih nampak kabus tebal tu..angin tiup sepoi² bahasa.



Eh dah kenapa nak ber'titanic' pulak kat sini.
Macam biasa kalau naik Bukit Broga cuma mampu naik bukit pertama je, bukit ke dua dan seterusnya tak mampu dan tak segigih nak mendaki lagi. Rasanya ni kali terakhir lah kot mendaki Broga. Cukup, cukup sudah.

Bila dah puas berehat dan amek gambar,jomlah turun sebelum betul² panas. Nanti bersalai pulak kat atas Bukit ni. Kalau mendaki menguji stamina dan kekuatan kaki tapi untuk turun menguji brek cengkaman jejari kaki sebab ada laluan yang curam.


Bagi yang pertama kali nak naik Bukit Broga ni stamina kena kuat, jiwa kena kental. Walaupun Bukit je pun. Ni nak share tips sikit. Kalau korang yang dah pernah pergi Broga ada tips lain boleh share kat kotak komen ye.

1. Make sure tidur, rehat dan stamina cukup nak mendaki.
2. Warm up sebelum mendaki. Doa supaya perjalanan selamat.
3. Make sure cuaca elok. Elakkan pergi masa waktu hujan takut licin.
4. Mendaki pada waktu awal pagi, cuaca tak panas bila sampai atas.
5. Bawa bekalan minuman dan makanan. Nak bawak minyak angin pun boleh takut pening ke pitam ke kan.
6. Pakai pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk aktiviti mendaki.
7. Berhati²

Kemudahan di Bukit Broga
1. Toilet
2. Surau
3. Kedai minum [ air kelapa, air nira nipah, aiskrim,air tin, megi cup]
4. Kedai T shirt broga [ ada gambar Bukit broga]
5. parking lot

Nampak dah banyak perubahan kat Bukit Broga ni, Entrance Broga pun dah cantik. Thumbs up! Nak ke Bukit Broga pun tak susah mana. Guna waze je. Google map pun boleh. Nah ambik ni.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

Laut Biru Tanjung Tuan, Port Dickson


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selepas berjaya mendaki Bukit Batu Putih, kamiorang turun bukit pulak sebab dah tergoda dengan air Laut Biru Tanjung Tuan, Port Dickson yang nampak dari atas bukit tu. Betul² gigih cari jalan nak kebawah tu. Macam biasa laluan tetap mencabar. Nasib juga datang sini cuaca baik je. Kalau hujan memang licin dengan tanah dan daun kering ni.

Dalam masa tak sampai setengah jam dah sampai bawah ni. Bila sampai bawah ni memang rasa nak berendam je. Baju extra tak bawak pulak.adeshhh =__=' tak sangka pulak ada laut cantik macam ni. 

Pantai laut biru yang bersih.

Walaupun bersih tapi kena hati² kat batu² ni sebab ada lumut dan licin. tak hati² boleh jatuh nanti.

Nampak tak betapa jernihnya air laut biru ni.

Boleh nampak apa yang ada dasar laut. Buat aktiviti snorkeling pun seronok ni kan. 

Cuaca pun panas, berpeluh lagi. Memang elok berendam kan. sunburn pun sunburn lah. Bukan selalu ada peluang dapat ke sini kan. Setelah dipertimbangkan dapat jugak berendam dalam laut biru ni. Dengan harapan masa perjalanan balik nanti baju dah kering sebab tak de baju extra hanya berbekal towel kecik je. Cukuplah buat alas duduk dari basah terus. 
Alahaii.dah besar semua anak² buah den. Sorang UTP, Sorang UiTMPilah, sorang UiTMSegamat. Eh..dah macam nak promote cari jodoh pulak.

Bila dah penat, masing² sibuk dengan gadget.. nak update insta ler tu? :p Mentang² line okay kat sini. Duduk bawah ni sejuk pulak tu. Memang best bersantai, rasa nak tidur pulak sebab dah penat kan.



Dah puas hati main air, lapar pulak. Lepas makan teruskan perjalanan mendaki semula tapi kali ni ikut laluan yang terdekat sebab masing²tak larat dah nak bawak badan. Dengan baju basah dengan penat. Memang berat badan dan kaki nak melangkah. Apakan daya kena gigih sebab nak balik berehat.

Ingatkan laluan balik ni mendatar tapi ada jugak naik bukit tinggi tu..adeshhh..sampai kejang dibuatnya. Cuma perjalanan singkat je la masa balik ni. phew~ Dah sampai bawah baru lega. Tapi tapi tapi baju tak kering jugak. Lantaklah basah sikit seat kereta. Alamatnya memang kena hantar car wash la lepas ni dengan berpasir lagi.

Balik rumah tu memang penat, kaki dah kejang! Itupun ada hati lagi nak naik broga sabtu ni.. Larat ke tidak ntah. 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Aktiviti Mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan @ Cape Rachado, Port Dickson


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aktiviti mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan @ Cape Rachado, Port Dickson akhirnya berjaya semalam. Orang bekerja kita bercuti. Melayan anak² buah menghabiskan cuti semester. Kalau tak, memang susah nak spend masa bersama buat aktiviti macam ni. Lagipun dah lama tak mendaki bukit ni. 

Bukit je la mampu setakat ni, nak mendaki gunung memang kena ada stamina lebih. Mendaki bukit Broga pun baru 2 kali, itupun semputttt...Sebenarnya plan nak ke Broga tapi Broga dah 2 kali pergi, so pilih tempat yang berdekatan je la, decide terus pergi Tanjung Tuan, mendaki bukit batu putih. Plus, kat situ ada laut biru yang cantik.

Kamiorang sampai sini takdelah awal sangat, dalam pukul 9 macam tu baru sampai sini. Dari seremban pun tak sampai sejam dah sampai. So bolehlah datang selalu kan? Errr..kalau ada masa tu bolehlah...

Dah sampai kat entrance Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni ada pos pengawal, bayaran masuk sebanyak RM1  seorang. Laluan utama masuk hutan ni jalan tar. So mudahlah nak mendaki pada awalnya. Jalan tar ni sampai dekat rumah api tanjung tuan ni. Siapa nak ke rumah api memang mudah ikut jalan tar ni, makcik pakai baju kurung pun mampu naik atas tau. Jangan sampai atas pengsan susah le.

Sebelum sampai ke rumah api tu ada beberapa laluan susur masuk dalam hutan untuk aktiviti mendaki bukit ni. Kamiorang ni dahlah first time datang sini. So tak berapa tahu selok belok jalan cuma refer pada info kawan² yang dah pernah datang sini. Kamiorang masuk laluan last sekali sebelum sampai rumah api, so takdelah tinggi sangat nak mendaki nanti.

Laluan memang dah ada, kalau ikut laluan yang dah sedia ada inshaAllah tak kan sesat. Laluan yang agak mencabar jugak sebab masa lalu jalan tar tu dah memang semput sebab mendaki kan. Inikan pulak jalan berbukit kejap naik kejap turun, kejap mendatar kejap curam. Ada juga disediakan tali untuk memudahkan perjalanan pendakian. Cuma bila nak naik atas puncak bukit batu putih ni kena mendaki batu pulak, curam dan mencabar betul. Nasib baik sikit je kena daki itupun gigil kaki nak oiii... Kurang dari sejam dah sampai puncak bukit.

Gigih betul walau gigil kaki ni
Alhamdulillah..kamiorang selamat sampai ke puncak Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ni. Hilang penat dan sakit kaki bila sampai atas ni melihat keindahan Laut biru yang sangat cantik.. Nampak kejernihan air laut dari atas ni. Berapa tinggi? Tak pasti pulak kita wak.
Dari jauh ku lihat biru 
Sesekali nak jugak dating atas bukit
yeay! Kami sudah sampai..korang bila lagi?
Laut Biru yang menenangkan perasaan. Indahnya ciptaan Allah.
Rasa nak terjun dari atas je. Nampak jernih je air laut biru ni kan?
Kejernihan air laut yang memukau pandangan. Jangan terjun dari atas bukit ni sudah le.
Kalau dah sampai atas ni jangan lepaskan peluang amek gambar view yang cantik ni. Selfie tu dah tentu lah kan. At least sebagai bukti dah sampai sini sebagai kenangan. Kalau ada masa inshaAllah boleh datang sini lagi. Tempat ni pun senang je nak cari. Nah Fiza share sekali lokasi Bukit Batu Putih Tanjung Tuan @ Cape Rachado, Port Dickson.

Notapink : Jangan lupa bawak kelengkapan mendaki. Bekalan minuman dan makanan. Baca doa sebelum mendaki ye. Moga dipermudahkan perjalanan dan selamat.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Gaya Rambut Lelaki Terkini


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gaya rambuthairstyle lelaki terkini ada macam-macam jenis gaya sampai dah tak tahu gaya apa dah. Sebelum gunting rambut mesti nak kena cari gaya rambut yang kita nak dan kena pastikan gaya rambut tu sesuai dengan diri sendiri. Kalau susah nak explain kat tukang gunting rambut tu mesti ada bawak gambar sebagai contoh kan.

So nak share jugaklah gaya rambut @ hairstyle lelaki terkini yang menjadi trend sekarang. Kotlah ada yang tengah mencari ke untuk gunting rambut atau untuk gayakan style rambut baru ke kan. Bolehlah tengok² gambar bawah ni. Nak buat gaya undercut, man bun, top knot, fade, side part, pompadour dan short back and sides pilih mana yang sesuai.

Undercut : Potongan pendek bahagian tepi dan panjang di bahagian atas tak kisah samaada rambut jenis lurus ataupun kerinting.

Yang rambut panjang tu bolehlah buat gaya man bun ni. 

Man bun : Potongan rambut ala² roti pau atas kepala. Untuk buat style man bun, rambut mestilah panjang paras bahu. Tarik rambut di bahagian dahi dan ikat pada bahagian tengah kepala.

Top Knot : Gaya rambut ni adalah gabungan dua potongan rambut iaitu"Undercut" dan "Man Bun". 



Pompadour : Pompadour dan Undercut agak kurang lebih sama cuma beza nya adalah potongan rambut dibahagian tepi (undercut haircut lebih pendek hampir ke kulit kepala tapi bahagian tepi Pompadour dipotong pendek tidak sependek undercut). Rambut dibahagian hadapan dibiarkan panjang untuk membentuk ilusi ketebalan rambut.

Short Back and Sides : Potongan pendek di bahagian tepi dan belakang, Manakala rambut di bahagian atas dipotong layer panjang.

Ini pulak produk rambut yang sesuai untuk digunakan dengan jenis gaya rambut yang ingin di gayakan.



Notapink : Budak sekolah tak payah sibuk nak buat style rambut macam ni ye. hihi
Sumber gambar dari hairstyleonpoint
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Jubah Lelaki Moden


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Raya tahun ni ramai kot yang akan pakai jubah lelaki moden. Jubah lelaki yang telah dimodenkan mengikut trend. Dah pesan kat husband suruh cari jubah lelaki moden yang dia suka. Raya tahun ni plan nak tempah pulak. Dapatlah sedodon berdondon dengan husband nanti. Kalau beli siap mesti lari sikit warnanya nanti. Tapi kalau dah tak sempat nak tempah memang beli je la.

Memandangkan my favourite tailor dah bagi green light so kena sibuk² membeli kain nampaknya ni. husband pun dah jumpa design jubah lelaki moden yang dia nak. Senang kerja. Cuma tinggal beli kain je la ni. Harap² dapatlah warna tema yang di didamkan tu..shhh...takleh bagitau warna apa. Tunggu raya kita reveal ye. Ke ada yang dah tahu?

Antara hasil pencarian husband untuk koleksi design Jubah Lelaki Moden, Kaum adam sekalian bolehlah pilih mana yang berkenan di hati untuk pakai raya nanti.






Yang mana satu pilihan husband Fiza? haa itupun kena tunggu raya nanti jugak. Kotlah bertukar fikiran pulak nak design lain. Suka betul tengok lelaki pakai jubah ni. Kalau husband sembahyang jumaat mesti sediakan jubah untuk dia...hehe...

Sumber gambar : google
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Lontong Sedap dan Murah di Segamat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah lama sebenarnya teringin nak makan lontong sedap dan murah di Segamat ni. Bila balik kampung memang kalau boleh nak makan lontong masa sarapan pagi. Kalau nak buat sendiri memang taklah kan. Last two weeks masa balik kampung ada jugak masa free nak singgah beli.

Siap order awal via whatsapp lagi tu! Kemain excited nak makan lontong. Menu lontong ni hanya ada waktu pagi je untuk sarapan. So kenalah order awal takut habis.

Kalau orang segamat mesti tahu lokasi warung P.Ramlee dekat Buloh Kasap. Tapi sekarang dah turun signboard tu. Tak tahulah nama apa sekarang. Kenalah tanya blogger Nadira Jamaludin sebab warung ni family dia punya. Mak dia yang uruskan. 

Kebetulan dah berbelas tahun tak jumpa dia, dapat jugak jumpa tapi tak sempat pulak snap gambar sebab rushing haritu kejar masa. Seronok tekak dapat rasa lontong sedap mak dia buat. Tengoklah kemain penuh satu mangkuk. Banyak, murah dan sedap dengan hanya RM3.50. Walaupun banyak macam ni, kali ni takmo kongsi. Makan habis sorang²..teruk betul perangai.


Sebenarnya beli soto nasi sekali tapi tak sempat snap pulak anak buah dah makan. Malas nak kacau budak kecik tu..Soto pun RM3.50. Alhamdulillah rezeki tekak dapat rasa lontong sedap. Balik kampung memang nak order lagi..tapi tu lah kekadang balik kampung banyak makanan yang nak dimakannya..dasyat pulak dengar.hihi

Sesiapa yang datang segamat jangan lupa singgah Warung Nadira Jamaludin ye. Boleh contact dia kot nak tahu warung bukak ke boleh order awal.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Blouse Labuh Muslimah Zafira dari MyBlouseShop.com


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Blouse Labuh Muslimah Zafira dari MyBlouseShop.com | Susah nak cari blouse labuh yang sesuai? Jom tengok blouse labuh muslimah koleksi terbaru dari My Blouse Shop. Sesuai untuk muslimah yang mementingkan penampilan yang menutup aurat dalam masa yang sama boleh bergaya dan selesa.

Blouse Labuh Muslimah Zafira adalah jenama dari decenza  bukan sahaja cantik tapi design dia memang sesuai untuk wanita muslimah

Apa yang menariknya blouse labuh muslimah Zafira ni lehernya berbentuk bulat seperti cheongsam. Kemudian terdapat butang separuh sehingga bahagian dada untuk memudahkan ibu menyusukan anak. Lengan pula ada caf seperti baju lengan kemeja, bila angkat tangan ke atas tu takde lah lengan tu kebawah kan. Secara tak lansung dapat memelihara aurat dari terbuka. Dan juga memudahkan untuk mengambil air sembahyang sebab ada butang dan tak susah nak lipat sampai ke atas lengan.

Siapa kata blouse cantik ni untuk orang kurus je? Semestinya tidak! Blouse Labuh Muslimah Zafira ni ada 5 size pilihan iaitu S, M , L XL dan juga XXL. Disediakan juga carta ukuran setiap size. Lebih mudah dah ada ukuran sekali mudah nak ukur size di badan sendiri dan pilih mana yang lebih sesuai.. Tapi size memang ikut standard.

Koleksi Zafira mempunyai 5 pilihan warna dan setiap satu berbeza dari segi jenis kainnya.

Zafira peach : Materialnya adalah jenis soft denim, tebal akan tetapi tidak stretchable.
Zafira Blue Pepel & Zafira Red : Material jenis Cotton biasa, tebal dan tidak stretchable



Zafira Pepel & Zafira Green : Cotton japan, tebal dan tidak stretchable


Blouse Labuh Muslimah Zafira boleh digayakan untuk sebarang event. Selain dipadankan dengan seluar, cantik juga dipadankan dengan kain.

Paling Fiza suka bab potongan design blouse ni lain dari yang lain, unik!. Blouse yang sesuai untuk mereka yang kurus mahupun yang berbadan gempal. Blouse ni sangat berkesan untuk menyembunyikan perut yang buncit. Tapi kalau untuk yang pregnant nak sembunyi ape pulak  kan. Lagi selesa preggy mommy pakai sebab tak ketat tang perut tu.

Masa preggy atau tak pun boleh pakai anytime. Jimat membeli kaedahnya. Harga pun mampu milik dan sesuai dengan design serta kualiti.

Sebenarnya banyak lagi koleksi blouse yang cantik².Nama pun MyBlouseShop, memang penuh dengan Blouse. So bolehlah terjah link² di bawah ni ye untuk pembelian.

Pembelian Terawal akan dapat Diskaun


Jangan lupa war² berita baik ni pada yang lain. Tekan je button share bawah ni.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor