Image Slider

Cara Hilangkan Kesan Parut Dengan Mudah

Thursday, March 19, 2015
Cara hilangkan kesan parut dengan mudah | Ramai dari kita ada mempunyai parut. Tak kisah parut ape sekalipun. Antaranya parut jerawat yang nampak di muka kita. Kadang² rasa kurang confident bila mengalami masalah jerawat dan berparut. Tak dinafikan memang malu itu ada. Bagaimana nak bagi hilang parut?

Kalau dulu, kita ada petua hilangkan parut  yang boleh diamalkan. Ada yang berkesan ada yang tidak. Tapi ianya mengambil masa juga. Cuma kena rajin amalkan. Kini dengan kemajuan teknologi terkini produk ini dapat menghilangkan kesan parut dan sekaligus melicinkan kulit. Ubat parut dan ubat jerawat yang sangat berkesan.

Nak tahu tak produk apa ?
AZANIS SCAR SERUM
Serum parut yang akan membantu melicinkan kulit sehingga orang tak tahu sebelumnya ada parut. Azanis Scar Serum ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang mengandungi
  • Vitamin E
  • Bahan pengaktif kolagen
  • Bahan antioksidan
Kesemua bahan-bahan ini adalah bahan untuk merawat dan menyihatkan kulit terutama kulit wajah. Selain itu dapat merawat masalah kulit kusam, kulit kering dan kulit berminyak.

cara-hilangkan-kesan-parut-dengan-mudah


Ini antara testimoni yang telah berjaya. Kesan parut jerawat hilang dengan menggunakan serum parut, Azanis Scar serum

Bukan hanya parut jerawat je hilang tapi segala jenis parut, serum parut Azanis Scar Serum ni boleh bantu hilangkan. InshaAllah dengan izin Allah dan di amalkan secara konsisten boleh hilang parut yang ada walaupun dah bertahun parut tu menapak. Ini pula antara testimoni parut akibat kemalangan dan jerawat badan.

Dari testimoni kita dapat tengok dalam masa beberapa hari kesan parut mampu hilang dalam masa yang singkat. Kita pun jadi bertambah yakin tanpa sebarang parut kat mana² pun. Ada orang yang tak kisah parut di badan sebab orang tak nampak tapi kalau parut di muka mesti kita rasa kurang selesa bila berhadapan dengan orang ramai. Teringin juga kulit cantik kan? Korang boleh amalkan tips kecantikan yang Fiza dah share ni dengan menggunakan Azanis Scar serum. Kita tahu yang serum memang pakar rawat dan cantikkan kulit dengan berkesan.

Azanis Scar Serum Sangat Sesuai Untuk:
  • Segala jenis parut kekal pada tubuh badan
  • Selulit yang menjengkelkan
  • Parut bekas jerawat sama ada di muka atau di badan
  • Parut kemalangan
  • Parut suntikan BCG
  • Parut Chicken Pop (Demam Campak)
  • Parut bekas bedah (jahitan)
Azanis Scar Serum selamat dan halal digunakan serta telah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)- NOT150301588K. Serum parut yang mengandungi 100% dari bahan semulajadi. Gunakan tanpa ragu ragu.


Jadi apa tunggu lagi? Kalau betul-betul berminat dan nak dapatkan dengan harga paling istimewa, cepat-cepat ke

Website : www.pakarparut.com
ATAU
HUBUNGI SEGERA ✆ SMS/WASUP : Taip " PARUT " hantar ke 019-4886964

Kayu Pallet Serbaguna

Monday, March 16, 2015
Perabot dari kayu pallet semakin menjadi trend sekarang. Ramai yang mula mencari² kayu pallet yang dulunya orang tak berapa nak pandang sebab macam takde gunanya kan setakat buat alas barang. Tapi kini, permintaan kayu pallet makin tinggi di mana² negeri disebabkan ramai dah mula sedar bahawa kayu pallet ni banyak kegunaanya bak kata kayu pallet serbaguna.

Ramai dah mula kreatif menghasilkan perabot rumah yang sangat luar biasa cantik. Siapa sangka dengan modal yang murah dapat menghasilkan perabot yang cantik dan sangat rare. Tapi atas permintaan dan trend yang makin up ni tak mustahil kalau ada peniaga yang mula menjual dengan harga yang tinggi. 

Bagi yang ada bajet lebih dan tiada kemudahan pertukangan memang akan beli yang terus siap, bagi yang kreatif dah tentunya memilih untuk  lebih kreatif melihat hasil kerja sendiri. kan? Cubalah tengok betapa kreatifnya mereka menghasilkan perabot yang cantik semua ni.

Set santai luar rumah yang cantik.

Paling suka yang ni. kombinasi warna yang sangat ohsem!

Meja simple luar rumah yang cantik

Dinding, meja dan rak dari pallet yang unik

Katil ala² retro

Tak payah keluar modal yang banyak untuk dapatkan set living room yang superb cantik ni

 Workspace yang sangat mendamaikan kan..banyak idea kalau dok sini..eh?

Buat rak macam ni pun cantik juga ye

Haa yang ada kasut belambak tu buat rak macam ni pun ohsem!

Eh eh..kucing pun ada katil kayu pallet.

untuk tujuan bercucuk tanam pun boleh.

Banyak juga cafe dah buat decoration menggunakan kayu pallet.

Butik juga tak ketinggalan buat trend deco kayu pallet

Pelamin dari kayu pallet pun hado..Simple dan cantik!
Sumber semua gambar dari google
Memang terlajak laris la jualan kayu pallet sekarang ni kan. Berebut orang nak beli. Tapi kalau yang tepi jalan tu jangan di ambil, kot dikhuatiri di dekati anjing ke kan... Ni nak tanye, kot siapa tahu kat mana nak dapatkan kayu pallet kat area Seremban, Segamat dan Bangi boleh komen nanti ye. Ada contact number pun  okay. Fiza pun teringin nak deco deco guna kayu pallet ni. Terima Kasih semua..


Suami Romantik Mengikut Sunnah Rasulullah

Friday, March 13, 2015
Setiap wanita dah tentu mengimpikan suami yang romantik. Romantik yang macamana? Suami Romantik Mengikut Sunnah Rasulullah. Zaman sekarang orang kata romantik sebelum kahwin je, bila dah kahwin hilang keromantikan tu lagi² bila ada anak. Ye ke? Tak semua, tapi ada lah jugak sesetengah..Mungkin terlupa? Kenalah ingatkan...

Cara nak jadi suami romantik berlandaskan Sunnah Rasulullah, boleh ikut petua² di bawah ni dan semoga dipratikkan untuk buat pasangan gembira.
suami-romantik-mengikut-sunnah
Sifat-sifat Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) yang sempurna dan tiada tandingannya yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

1. Isteri Sebagai Bukti : Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Petua Jadi Suami Romantik

2. Mandi Bersama : Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

3. Hantar Isteri Keluar Rumah : Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :

“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”

4. Bukakan Pintu Kereta : Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

5. Bawa Isteri Jalan-Jalan : Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

6. Suapkan Makanan : Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

7. Belaian & Bermanja : Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :

“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”

Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”

Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :

“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

8. Pengubat Hati : Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :

“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)

Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

9. Bergurau Senda : Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :

“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”

Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”

Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)

Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.

10. Panggilan Manja : Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

11. Jangan Malu Jadi Romantik : Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?

Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. Berubah jadi lebih baik lebih romantik tak salah pun kan? Selamat mencuba


Resepi Sotong Masak Kunyit Mudah

Wednesday, March 11, 2015
Menu dinner malam ni sotong masak kunyit menggunakan resepi mudah dengan bahan yang ada. Tak payah nak complicated sangat. Yang penting serbuk kunyit mesti ada. Dari malam tadi dah bincang dengan husband nak masak apa untuk malam ni. Kemain berbincang sangat kan.
Sayur terlebih sudah, bukan perhiasan semata² tapi memang veggie lover 


Resepi Sotong Masak kunyit.
Sotong dipotong, dibasuh dan gaulkan bersama serbuk kunyit. Perapkan sekejap sementara nak siapkan bahan tumis.

Panaskan minyak dan gorengkan sotong yang diperap tadi separuh masak. Kemudian angkat dan toskan. Tumiskan (1 biji bawang besar, 2-3 ulas bawang putih dan cili ) yang telah dipotong. Potong je semua tak payah blend. Cili tu terpulanglah nak guna cili benggala ke cili api atau cili besar. pastikan tumis guna minyak sikit je ye. Bila dah naik bau dan garing sikit tu masukkan sotong yang dah digoreng separuh masak tadi dan masukkan sedikit garam. Biarkan seketika sampai masak. Dah siap!

Nak lagi sedap letak daun kari ker serbuk kari ke sikit ke kan..Resepi campak² je ni. Sotong masak ape pun sedap! Kalau nak cepat masak buatlah cara macam ni..senang kerja.

Musim Bunga Malaysia

Musim Bunga Malaysia kembali lagi. Banyak gambar telah dikongsikan di facebook. Sekali nampak macam di luar negara tapi rupanya di Malaysia. Cantik sangat kan! Ada warna pink, purple dan putih. Tambah pulak bunga yang banyak dan daun yang rimbun. Boleh feeling macam berada kat Jepun ala² pokok sakura gitu. 
Lokasi : Alor Star, Kedah Sumber dari oh! media
Dulu Fiza pernah buat entry "Musim Bunga Sakura di kedah". Dalam entry tu Fiza ada cerita sikit pasal bunga ni. Kalau malas nak klik boleh baca maklumat bawah ni
Pokok ini adalah Pokok Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia,Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.
Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa.
Jangan lepaskan peluang buat photoshoot. Sure cantik! Kalau tanam pokok ni kat kampung pun cantik jugak kan. Tapi takde benih pokok pulak =__='

Tri Gold Eyecare Merawat dan Pulihkan Mata Rabun

Monday, March 09, 2015

Tri Gold Eyecare Merawat dan Pulihkan Mata Rabun | Masalah rabun dan masalah silau yang dihadapi sekian lama memang menjadi satu masalah pada Fiza. Cermin mata dan kanta lekap tak dapat dipisahkan sejak rabun dari tingkatan 3. Akibat dari menghadap PC dalam tempoh agak lama dan tengok TV dalam jarak yang dekat...mungkinlah.

 Tri Gold EyeCare : Cuma ambil 1 sudu besar, 2 kali sehari selepas makan

Sekarang pulak memang kerjanya hadap PC, bertambah lagilah power cermin mata Fiza ni ha. Kalau di rumah biasanya memang Fiza pakai cermin mata dan bila keluar pakai kanta lekap sebab tak nak nanti tudung kembang tepi sebab pakai cermin mata. Jadi masalah bila nak cepat bersiap, nak pakai kanta lekap lagi nak bersiap lagi. Kadang² tu kalau mata tak cukup tidur akan bagi masalah pada mata bila pakai mata lekap. Kadang² boleh tertidur masa pakai kanta lekap. Bahaya betul.

Lagipun agak leceh sebenarnya nak pakai kanta lekap dan juga cermin mata ni kan. Tapi nak buat macamana dan itu je la boleh buat mata ni nampak dengan jelas. Tapi dengan adanya Tri Gold Eyecare ni sekurang kurangnya dapat membantu dan ini adalah alternatif untuk mengurangkan rabun mata.

Diberi peluang mencuba produk Tri Gold Eyecare memang seronok bukan kepalang. Ye lah, ingatkan bila dah rabun memang susah nak rawat dan kembalikan penglihatan yang sempurna tanpa cermin mata dan kanta lekap ni. Sekurang²nya dapat dirawat. Betul tak?


Sebelum Fiza cerita pengalaman Fiza bersama Tri Gold Eyecare ni Fiza perkenalkan dulu produk Tri Gold Eyecare ni merupakan minuman kesihatan untuk masalah rabun mata, silau mata, penglihatan kabur dan sebagainya yang diformulasikan daripada :

1. Lutein 1.00 
2. Ekstrak Bilberry 1.00 
3. Ekstrak Sunflower seed 1.00 
4. Ekstrak Carrot 1.00 
5. Ekstrak Tomato 1.00 
6. Ekstrak Broccoli 1.00 
7. Ekstrak Elderberry 1.00 
8. Ekstrak Apple 1.00 
9. Lain-lain 92.00 

Isi Kandungan:
• Lutein berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina. 
• Ekstrak Bilberry digunakan mengatasi gangguan pembuluh darah dan penyakit mata karena mengandung zat aktif yang disebut antosianosida atau lebih dikenal dengan antioksidan. 
• Ekstrak Sunflower Seed merupakan sumber yang sangat baik dari vitamin E dan bertindak sebagai antioksidan. 
• Ekstrak Lobak merah berfungsi untuk mencerahkan penglihatan mata disamping membantu menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan, menormalkan metabolisme. 
• Ekstrak Tomato bertindak untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. 
• Ekstrak Brokoli mempunyai beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C, K, dan mineral seperti kalsium juga zat besi bertindak menjaga kesihatan mata. 
• Ekstrak Elderberry berfungsi merawat mata yang kabur. 
• Ekstrak Apple berfungsi memberikan kesihatan pada mata dan penglihatan. 

Kegunaan/Khasiat
• Membantu mencerahkan penglihatan mata. 
• Mempunyai kandungan antioksida yang tinggi.
• Melindungi mata dari sinaran yang tidak elok. 
• Mengurangkan masalah rabun mata dan silau 
• Mencantikkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.


Semua adalah bahan² yang terbaik untuk rawat dan pulihkan mata yang bermasalah. Pertama kali cuba Tri Gold Eyecare ni, untuk rasanya seperti rasa oren scott emulsion. Memang sedap! So takdelah rasa liat nak makan supplement macam ni kan. Lagi teruja nak makan selalu adalah! Siapa yang tak nak mata dia cantik dan sihat kan.

Fiza start ambil awal bulan March dan sampai ke hari ni kalau kat rumah Fiza dah kurang pakai cermin mata kalau tengok TV dari jarak yang jauh dan kalau tengok jam kat dinding boleh nampak sikit dari kabur terus macam selalu memang kena pakai cermin mata.

Bila dah boleh nampak jelas sikit memang kurang dah pakai cermin mata ni dan tiada masalah untuk hadap PC sebab dah ada supplement Tri Gold Eyecare terbaik menjaga mata dengan berkesan. Mungkin juga boleh say bye bye pada cermin mata dan kanta lekap lepas ni. Lagi satu apa yang Fiza suka sebab boleh segarkan mata yang penat ni.

Kalau ada masalah mata seperti rabun, silau dan sebagainya, Jangan pernah rasa rugi untuk mencuba malah akan rasa seronok dengan kesan yang bakal korang dapat. Kesannya korang akan dapat pulihkan mata korang tu.


Kalau ikut petua lama nak  pulihkan mata rabun kena banyak makan lobak dan rajin tengok permandangan hijau. Tapi rajin pulak nak makan lobak tu dan mana pulak nak dapat pemadangan hijau setiap hari sedangkan rumah di bandar ni kurang pemandangan hijau. So lebih mudah ambil Tri Gold Eyecare ni.

Jangan risau ianya selamat di ambil. Ibu mengandung, ibu yang menyusu anak pun boleh ambil sebab ia mengandungi buah-buahan dan herba sahaja,

Sebotol boleh tahan dalam 10-12 hari bergantung pada penggunaan. Jika masalah mata teruk, di sarankan ambil 4 sudu sehari. 2 kali pagi sebelum makan dan 2 kali malam sebelum tidur.

Untuk mereka yang ada power cermin mata tinggi kena ambil produk ni dalam tempoh yang lama sikit di samping jalani latihan fokus mata setiap hari. Tapi untuk mereka yang power kecil macam Fiza inshaAllah akan nampak kesannya jika di ambil secara teratur.

Antara kesan pengambilan Tri Gold Eyecare dapat mencerahkan penglihatan mata rabun jauh mengurangkan lingkaran gelap bawah mata mencantik dan melembabkan mata yang lesu Sesuai untuk Masalah mata berair Melegakan masalah gatal mata ( resdung ) Hilangkan masalah mata kering sembuhkan masalah mata merah Pulihkan masalah Rabun malam.

Bukan cakap kosong je, ini antara testimoni yang telah berjaya.

Boleh tengok juga video testimoni dan kesan pengambilan Tri Gold Eyecare

HARGA 
Sebotol RM45/49ss (Tidak termasuk kos pos)
3 botol RM135/140ss (Tidak termasuk kos pos)

Kalau nak lagi jimat, boleh beli sekarang dengan harga PROMOSI ni
3 BOTOL RM120/130SS


Pastikan beli yang original.


Jika ada masalah mata atau sebarang soalan boleh join group 
Fanpage : Ubati Masalah Rabun Mata - TriGold Eyecare

instagram: @ubat mata 
hashtag: #trigoldeyecare

Jom rawat mata @_@ dan dapatkan mata yang sihat dan cantik

Sistem Perakaunan Debit Kredit Senang

Friday, March 06, 2015
Sistem Perakaunan Debit Kredit Senang (DKS) sangat sesuai digunakan oleh usahawan² di Malaysia samada online atau offline dengan menggunakan Ms Excel. Sistem perakaunan sangat penting untuk mengawal aliran duit keluar masuk dengan betul dan bersistematik serta lebih terperinci. Bayangkan jika aliran duit keluar masuk tidak di kawal, tidak di rekod maka kita tak tahu untung dan rugi.

Bagi yang tiada pengalaman atau tidak belajar akaun ianya akan jadi masalah dan mengambil masa untuk belajar dan mahir dalam bidang perakaunan. Mungkin juga ada sesetengah usahawan masih mengamalkan sistem perakaunan secara manual. Ianya masih boleh digunakan akan tetapi cara ini akan mengambil masa dan jadi lambat untuk check akaun.

Dalam zaman berteknologi ni dan seperti yang kita tahu sekarang ramai yang dah biasa menggunakan computer dan mengetahui apa itu Microsoft Excel.
Sistem DKS ini merupakan sistem perakaunan berasaskan MS Excel yang jauh lebih murah berbanding perisian perakaunan yang berada dipasaran. Apa yang paling penting fungsinya sama seperti perisian perakaunan dipasaran.

Kelebihan Sistem DKS 
  • Harga Sistem DKS sangat rendah dan berpatutan
  • Tidak perlu renew tiap-tiap tahun, lesen seumur hidup
  • Sistem DKS sangat senang digunakan kerana hanya anda perlu tahu debit dan kredit sahaja
  • Tidak perlu install kerana sistem DKS berasaskan Microsoft Excel
  • Ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan dapat dijana secara automatik
  • Sistem DKS adalah dalam Bahasa Melayu
Jika Anda Tergolong Golongan Berikut, perlu dapatkan sistem DKS ini.
  • Usahawan yang memiliki perniagaan
  • Bakal usahawan yang siap sedia memulakan perniagaan
  • Usahawan yang tengah cari sistem perakaunan yang murah
  • Bos/majikan di syarikat tempatan
  • Akauntan di syarikat tempatan
  • Pengusaha IKS
Jangan Beli Sistem DKS Jika Anda Tergolong Golongan Berikut;
  • Bos syarikat multinasional atau syarikat berskala besar
  • Usahawan yang mampu beli perisian mahal
  • Orang yang tidak mahu uruskan akaun perniagaan
  • Orang yang tidak mahu uruskan aliran wang dengan sistematik
  • Orang yang tidak faham bahasa melayu
  • Orang yang tiada MS Excel di install dalam komputer

    Untuk pembelian dan maklumat lanjut klik pada banner bawah ni


Khasiat Teh Hijau @ Green Tea

Tuesday, March 03, 2015
Banyak Khasiat Teh Hijau @ Green Tea ni sebenarnya. Kalau kita rajin amalkan minum air teh hijau ni dapatlah khasiat² tu. Mereka yang diet memang sesuai minum air teh hijau sebab boleh kuruskan badan. 

Fiza memang suka air teh hijau ni tapi yang tak sihatnya sebab letak gula. Sepatutnya tak perlu letak gula cuma tambah madu sikit tapi dah husband tak boleh nak minum tanpa gula so bergula jugaklah. Kalau Fiza okay je tanpa gula asalkan ada rasa sikit. Musim panas ni letak dalam bekas kaca simpan dalam freeze, dah sejuk lepas tu minum memang sejuk je tekak ni. Lagi bagus minum air teh hijau panas.

Tak nampak hijau pulak warna dia..
khasiat-teh-hijau-green-tea


Khasiat/ kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan : Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes : Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung : Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser : Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5. Kolesterol : Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6. Alzheimer dan Parkinson : Teh hijau dikatakan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi : Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8. Tekanan darah : Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan : Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria : ‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit : Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Sumber: Lifehack.org

Ganti Paip Sinki Jenis Shower

Bila paip dah berkarat kat dalam sampai air nak keluar pun susah memang ganti baru je la jalan penyelesaiannya. Sebenarnya satu paip je tak keluar air sebelah kiri. Ingatkan tekanan air kurang, so abaikan je la dulu sampailah paip sebelah kanan bocor dan berkarat kat luar. Terus pergi beli paip baru.

Sebelum beli sesuatu buat perbincangan dulu nak beli jenis macamana. Finally pilih jenis shower ni dan batang paip tu jenis flexible senang nak gunakan kat tepi ke kiri ke kanan ke.
www.azhafizah.com

Bila dah ganti paip baru, air laju je keluar. Memang seronoklah buat kerja dapur macam ni. Cepat kerja memasak dan membasuh pinggan mangkuk.  Bila air keluar macam shower ni takdelah terpecik sangat kan. Then boleh adjust ke bawah lagi supaya tak terpercik keluar sinki. Sangat pratikal pada Fiza sampai bila anak buah datang dia kata macam nak mandi kat sinki pulak.


Paip sinki ni beli kat Mr DIY RM30.++ untuk satu paip. Pasang pun DIY je la husband yang buat. Jimat kos. Tak payah nak panggil plumber datang.


Kalau ada anak² kecik mesti suka dok main air kat sinki nanti. haaa..kena pantau juga kan. Jangan ada yang mandi dalam sinki sudah...
T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

Auto Post Signature

Auto Post  Signature