Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Mencari Remis Di Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sambungan dari entry pagi tadi. Lokasi family outing kali ni kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Dekat je dari rumah kakak dalam 10 minit macam tu dah sampai. Motif utama nak cari remis. Sambil tu kita layan berkelah di tepi pantai.

Seriously suka sangat permandangan kat Bagan Nakhoda Omar ni. Geram tengok macam² jenis kulit kerang,siput dan macam macam ni sampai tak tahu spesis apa lagi. Nak kutip takde aquarium pulak. So buat masa ni abaikan je..huhu


Sebelum mencari remis kita charga energy dulu dengan santapan tengahari. Lepas zohor baru gerak lunch kat sini. Lauk seperti dalam gambar. Memang kenyang makan. Lepas makan rasa macam nak tidur je bawah pokok rasa angin sepoi² bahasa walau cuaca panas tapi rasa best je ditiup angin pantai ni.

Ini menu utama.. Udang Galah Segar.

selesai makan barulah turun ke pantai. Gigih betul mencari remis walau cuaca panas bak hang! Haruslah ade gambar walau sekeping dua..baru boleh tulis entry. aha.

Sesambil melayan anak buah yang macam² karenah ni..Takut air laut pulak dah dak Hannah ni.


Yang dah besar sikit ni kemain excited lagi masing²



Bajet macam mandi pantai pulak ni

Baru turun kejap dah berpeluh..Phew~ Kagum dengan diri sendiri sebab pakai jubah mencari remis..Bajet nak berkelah je pun dan nak turun pantai kejap je. Tapi macam best pulak mencari remis ni. Layankan je la..

Siapa yang tak tergoda kalau semua sibuk mencari remis kan..hehe


Inilah hasil tangkapan hari semalam..Banyak betul remis ni. Ikutkan lama lagi ni tapi anak buah pun dah merengek nak balik dan air pun dah pasang memang kena stop lah. Badan pun berlengas nak balik mandi.



Sesape yang dekat tu bolehlah datang sini nak mencari remis. Fiza tak sempat nak rasa sebab nak balik cepat kan. Tandanya  kena datang lagi ni. Ramai² lagi satu family baru best.

T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Fesyen Baju Melayu Terkini 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tak lama lagi nak raya kan. Eh dah cerita pasal raya? Puasa pun belum lagi? Semangat nak raya betul ni. Kalau takde baju raya macam tak raya pulak kan. Nak tempah baju raya tu kena tempah awal nampaknya sebab takut ada yang tak nak ambil tempahan jahit nanti. Di sebabkan itu tahun ni bercadang nak tempah baju je. Fesyen Baju Melayu Terkini 2015 manakah jadi pilihan.

Walaupun baju ni trend untuk tahun lepas dan mungkin jadi trend fesyen terkini untuk 2015 jugak ni. Nanti kalau terjumpa yang terkini lagi sensasi Fiza update kat sini ye. Suka tengok yang hitam menawan ni. Orang kulit cerah sesuailah kot pakai warna hitam ni. 


Ini pattern lain sikit but still masih smart design dia.

Pattern yang sama tapi warna berbeza. So bolehlah buat warna apa yang lelaki suka.

Takpun fesyen ada berkotak² ni pun menarik. Style bahagian pergelangan tu dan juga bahu.

Ataupun fesyen ada button kat lengan. Nampak style jugak ni.

Rasanya ramai lelaki yang memilih jubah kot untuk raya nanti. Fesyen jubah pun dah cantik² sekarang. 

Pilih jangan tak pilih.

gambar² dari google

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
25 Comments
Share :

Khasiat Buah Anggur Hitam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Khasiat buah anggur hitam atau black grape ni memang terbaik dari anggur yang lain. Ini disebabkan warnanya yang hitam memberikan pelbagai khasiat untuk penggemar anggur. Salah satu buah favourite Fiza juga ni. Semalam sekali hadap dengan Encik husband terus habis. Beli jenis buah kecil, memang tak puas makan sebab tu boleh sekali habis je. Pulak tu takde biji memang laju makan.

Antara buah yang agak mahal juga ni. Berbaloi beli kalau khasiatnya banyak. Sesekali makan okay juga. Melayan tekak dengan buah buahan segar.
Buah Anggur Hitam

Khasiat Buah Anggur Hitam:
  • Buah anggur dengan warna yang paling pekat memiliki sifat anti-oksidan yang lebih kuat. Ia sangat baik dalam menangkal beberapa penyakit seperti kanker payudara.
  • Anggur hitam mengandungi zat besi yang banyak. Jika Anda merasa lemah letih dan lesu, minumlah jus anggur hitam dan tubuh Anda akan segar kembali.
  • Sama seperti jenis anggur lainnya, anggur hitam memiliki kemampuan untuk melindungi jantung sebab ia mampu menambah kadar oksida nitrat yang baik mencegah serangan jantung.
  • Anggur hitam  membantu organ pancreas dalam mengurangi kadar gula di dalam darah.
  • Pengambilan anggur merah juga bisa mereduksi penyakit migraine.
  • Anggur hitam memiliki sifat anti-bakteri yang lebih kuat berbanding jenis anggur lainnya. Pengambilan anggur hitam juga akan menambah daya tahan tubuh Anda sehingga lebih kebal terhadap serangan bakteria juga virus.
  • Pengambilan anggur hitam yang kerap juga akan menambah baik bagi kesihatan sistem pencernaan Anda.
  • Anggur hitam kaya akan vitamin sehingga sangat baik bagi mereka yang mendambakan kecantikan . 
Lepas ni bolehlah amalkan pengambilan buah anggur hitam ye.


T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor