Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Mas Kahwin Mengikut Negeri


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah masuk fasa musim orang kahwin bulan Februari nanti kan. Bagi bakal pengantin lelaki kenalah tahu nilai mas kahwin yang bakal di berikan kepada isteri. Wajib diberikan ye. Nilai mas kahwin berbeza setiap negeri.


Mas Kahwin atau Mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mas kahwin@ Mahar merupakan hak isteri sebagai pernyataan kasih dan sayang serta tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Definisi Mahar : Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mas Kahwin orang Johor RM22.50 tunai! Fiza simpan lagi mas kahwin ni. Masih dalam frame. Sayang nak keluarkan apatah lagi nak gunakan. Idea Encik hubby letak dalam frame. Tak payah nak lipat² bagai.. Bakal pengantin boleh guna idea ni ye ^__^




Credit : Sumber
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Floor Lamp Sebagai Hiasan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selain untuk kegunaan, floor lamp atau lampu lantai boleh dijadikan sebagai hiasan. Lebih mudah untuk di pasang dan di alihkan di mana² pun. Antara lampu yang menarik hati ialah floor lamp dari IKEA ni.

Bila di pasang lampu tu memang suasana jadi romantik la kan. Lampu ni Fiza letak kat ruang tamu je sebab kalau rasa terang sangat dengan lampu pendaflour boleh bukak lampu ni. Bila dah pasang lampu ni mulalah mood mengantok datang.


Cantik dijadikan hiasan kat ruang tamu atau bilik tidur. Yang best sebab jimat ruang! Tapi untuk design ni kalau ada anak kecil kena letakkan di tempat yang sesuailah..Nanti terkoyak kertas balutan tu jadi design lain pulak..hihi. Untuk base bawah tu memang berat so memang stable la lampu ni. Berkenan sangat terus beli. ^__^


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
13 Comments
Share :

Gunakan Nurraysa Beauty Soap Untuk Pelbagai Masalah Kulit


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gunakan Nurraysa Beauty Soap Untuk Pelbagai Masalah Kulit | Nurraysa Beauty adalah sebuah syarikat bumiputra yang menawarkan produk penjagaan wajah yang sangat sesuai untuk perempuan mahupun lelaki yang kini rata rata dah mengenali produk keluaran Nurraysa Beauty.


Nurraysa Beauty Soap adalah sabun yang mampu mengatasi dan merawat pelbagai jenis masalah kulit. Antaranya :
  • Merawat jerawat
  • Merawat jeragat
  • Merawat kulit berminyak
  • Memudarkan parut
  • Mengecilkan liang pori pada wajah
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Melembapkan kulit muka
  • Memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman
  • Mengurangkan whitehead & blackhead
  • Merawat eczema, gatal , kurap dan panau
  • Menghilang bau badan

Kandungan Nurraysa Beauty Soap : Glyserin, minyak zaiton extra virgin, herba, susu kambing, collagen

Cara Guna : Cuci muka 3kali sehari , sapukan buih-buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, bilas sehingga bersih.

Nurraysa beauty Soap sesuai untuk lelaki ,wanita dan kanak-kanak. Baby pun boleh guna sebab 100% natural tiada tambahan bahan kimia,ade kelulusan kkm dan buatan muslim


Antara testimoni yang telah memberikan kesan yang bagus dengan menggunakan produk Nurraysa Beauty Soap

Testimoni Perempuan






Testimoni Lelaki




Testimoni Kanak Kanak






Alhamdulillah Nurraysa Beauty Soap telah membantu mereka dalam mengatasi masalah kulit yang dihadapi. Ternyata Nurraysa Beauty Soap mampu memberikan kesan positive pada kulit walaupun ianya agak mengambil masa sikit. Tapi ada juga yang ambil masa yang singkat untuk nampak kesannya bergantung pada masalah jenis kulit.

Bagi yang ada masalah kulit boleh mencuba untuk dapatkan produk Nurraysa Beauty yang di datangkan dalam satu set skincare ada sabun,serum, whitening spray dan uv krim. Untuk peringkat permulaan seeloknya cuba sabun dahulu. Harap harap dapat bantu mereka yang selama ni mencari produk yang terbaik untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Untuk hasil yang lebih baik boleh cuba Nurraysa Beauty Collagen.


Sekarang ada promotion kalau nak beli

1 ketul sabun RM40

3 ketul sabun RM100 

Jimat kalau beli 3 boleh share dengan family atau kawan.
Telegram/Whatsapp :0129072776
untuk maklumat lanjut

Kalau nak mencuba sample PERCUMA dulu untuk pakai dalam seminggu boleh sertai contest "Mini Giveaway By azhafizah.com" yang akan tamat pada 30 Januari 2015.

Credit Image : Nurraysa Beauty

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
13 Comments
Share :

Cara Simpan Sayur Tahan Lama


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kat rumah ni mesti kena ada bekalan sayur. Kalau tidak tak lengkap makan tanpa sayur. Biasanya kalau beli sayur tu memang untuk seminggu. Bila dah simpan lama untuk seminggu tu mungkin dan kebarangkalian sayur akan rosak.

Kalau rosak layu sayang nak buang kan. So kita kenalah amek langkah dan cari jalan untuk pastikan boleh simpan sayur tahan lama.

Apa yang Fiza buat? Fiza simpan semua sayur dalam ziplock plastik. Kebetulan hubby ada baca dalam satu blog ni. Dia pun cadangkan beli ziplock plastik  ni untuk simpan sayur. Senang nak masukkan dan senang nak seal. Memudahkan kerja juga.
ISTAD Plastic bag IKEA

Memang bagus simpan sayur dalam ziplock plastik  ni. Sayur lebih tahan lama tau!.Tengok fresh je kan.


Lagi senang simpan sayur dalam plastik berasingan. Satu plastik satu sayur. Mudahlah nak ambil dalam freezer nanti. Fiza susun macam ni, senang nak ambilkan tak perlu nak tercari²..Nak lagi senang label dengan marker pen. Kotlah ada tak tahu jenis sayur :p


Semua plastik tu beli kat IKEA [ISTAD Plastic bag]. ada pelbagai saiz. Kat kedai plastik pun ada jual dalam pelbagai size. Fiza ada beli size kecik untuk letak kismis dan kurma macam ni. Lagi tahan lama. Semut pun tak berani masuk sebab double protection letak dalam tupperware jugak.


Bila makanan terjaga barulah senang hati. Takdelah nak membazir bila sayur rosak atau kudapan masuk semut. Boleh letak kekacang ke atau ape² je la yang nak diletak untuk disimpan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Tikar Getah Span


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam entry rak rempah ratus semalam ada bagitau pasal tikar getah yang dibuat untuk wallpaper untuk tutup tingkap tu kan. So kira kesinambungan dari entry tu kita cakap pasal tikar getah span ni ye. Selalu kita tengok tikar getah jenis PVC yang biasa kita dengar jenama ekonor atau wangsaga. Itu je la paling paling jenama yang Fiza tahu pun. sebab tak pernah beli tikar getah. =__='

Buat pertama kalinya beli tikar getah sendiri dengan hubby. Yang kami aim adalah corak. Nak dipadankan dengan cat kat dapur dan suasana dapur tu. Pilihan utama adalah bercorak kayu berwarna coklat.

Kamiorang pergi beli kat kedai area Kuala Pilah. Kebetulan balik kampung hubby. Tengok punya tengok terus berkenan kat corak kayu ni. Belek punya belek pusing depan belakang tengok macam lain je. Harga pun dua kali ganda harga tikar getah biasa semeter.

Adik tu kata ni jenis tikar getah span lebih bagus. Okay, kitaorang belek lagi.. buat eksperiment dulu..lipat sikit² nak tengok berkualiti ke tak dengan harga tu dan compare dengan yang PVC. Dah puas dok belek terus decide beli yang jenis span ni.

Tikar Getah Span

Bila lipat dia tak mudah terkoyak..flexible! Masa beli ni pun dia tanya nak lipat ke nak gulung? Fiza cakap lipat je senang nak letak dalam kereta pun.


Tikar getah ni dah lama ada di pasaran kot. dok google takde info yang bagus untuk dikongsikan so Fiza assume dah lama lah kan. Cuma bagi Fiza yang tak tahu ni kira sesuatu yang baru jumpalah. Jakun kejap! Made in Malaysia okay!


Sebab apa Fiza pilih jenis span sebab Fiza cuma nak tutup habis frame tingkap yang berkayu dan secara tak lansung jadikan wallpaper. Kalau beli jenis PVC agak berat dan lebih keras takut mudah koyak. Untuk tikar getah jenis span ni tak sesuai untuk lekat kat dinding sebab ianya agak tebal. Lebih baik beli wallpaper jenis PVC yang memang untuk dinding.

Untuk lantai Fiza rasa sesuai sangat sebab lebih selesa untuk dipijak lembut dan span bawah boleh serap air bawah tikar getah yang selalunya lembap kan.

Ada yang berminat nak beli jenis tikar getah span ni bolehlah tanya kat kedai tikar getah yang berhampiran rumah sendiri ye. Yang Fiza beli ni RM12.50/meter. Fiza nak beli 2 meter tapi ade extra sikit je lagi dia kata better beli 2meter setengah selebihnya dia bagi free. So beli je la habiskan. sepatutnya total RM31.25 tapi dia bagi diskaun cuma bayar RM30. Alhamdulillah rezeki..

Untuk tutup frame tingkap 3 panel tingkap dalam 2meter lebih. Phew~ Nasiblah beli lebih. Lagi satu kesilapan sebab tak ukur dulu..kuikuikui

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
30 Comments
Share :

Rak Rempah Ratus


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bila dah siap DIY Sticker label, projek rak pulak tergendala sebab tak cukup materials nak DIY rak rempah ratus. Sebelum ni rak rempah ratus Fiza gunakan yang macam dalam gambar bawah ni tapi sangkut dekat tingkap je [lepas renovate rumah, tingkap bilik belakang tak hapuskan. So antara dapur dan bilik ada tingkap].

Bila sangkut kat jeriji tingkap memang nampak tak berapa nak cantik la sebab nampak jeriji dan cermin tingkap tu. Sebab tu cadangnya nak buat rak kayu yang boleh tutup permadangan belakang tu.Tapi tergendala pulak nak buat sebab takde alatan asas perkayuan gitu. Nak cari tukang kayu tak tahu pulak. Nak beli kat IKEA macam takde pattern yang sesuai. Yang ada pun macam terlampau bajet pulak.

So Fiza terfikir nak tambah wallpaper je belakang rak ni. Maksudnya tutup/cover tingkap tu dengan wallpaper. Wallpaper bukanlah wallpaper dinding tu ye. Fiza gunakan tikar getah sebab tikar getah tahan lama cuma nak seal tepi frame tingkap je. Memang tak sesuai kalau guna wallpaper biasa tu. Nanti fiza up entry tikar getah tu ye. Bukan tikar getah biasa²Lepas dah siap pasang wallpaper tu barulah boleh senang hati tengok permandangan cantik ni sebab pilih corak kayu yang nampak cantik ni. Memang padan dengan hanging rak berwarna bronze ni.

Rak Rempah Ratus

Rak ni dah lama beli sejak mula mula kahwin dulu rasanya. Tahan lama dan besi pun berkualiti. Tak rugi membeli. Harga RM13.90/each rak kat Mr. DIY. Banyak lagi rak yang cantik dan simple. Pilih je mana yang sesuai untuk dapur korang. Nak hias dan nampak cantik kenelah kreatif dan beli ikut bajet yang kita rasa sesuai dan berbaloi.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Aluminium Foil Shield Memudahkan kerja Pembersihan Dapur


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setelah penat asyik nak bersihkan bahagian dapur dan dinding yang berminyak dari percikan masakan tu, kebetulan masa teringat tengah shopping tu terus pergi cari. Dahlah tak berapa nak panjang tangan untuk lap minyak kat dinding tu, memang susah nak bersihkan.

Nak beli cooker hood agak memerlukan bajet yang lebih. So sebelum upgrade dapur, meh la kita gunakan bajet yang kecil dulu ye. Apa yang mudahnya guna aluminium foil shield ni dapat mengelakkan minyak terpecik kat dinding dan persekitaran

Inilah rupanya aluminium foil shield. Flexible untuk digunakan.


Siap ada magnet untuk lekatkan di dapur supaya lebih stable ketika digunakan.

Inilah rupanya bila dipasang. Boleh pasang terus atau guna semasa nak masak je pun boleh. Nak cuci pun senang je bukak dan lap. Lebih memudahkan kerja seorang suri rumah macam Fiza ni. Harga dalam RM11 @ RM12 kat Giant Hypermarket.

Kebersihan dapur diutamakan ^__^

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
22 Comments
Share :

Cara Penjimatan Elektrik Pada Waktu Malam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini boleh dikatakan cara yang bijak untuk penjimatan elektrik pada waktu malam. Memandangkan elektrik banyak digunakan pada PC yang hampir ON 24 jam dan rehat masa tuannya tidur je, memang perlu jimat menggunakan elektrik. TV memang dah jimat sebab sebulan sekali baru ON kot..

Caranya mudah je dengan menggunakan lilin. Tapi gunakan lilin dengan cara yang betul dan selamat ye. Pastikan tempat letak lilin tu selamat untuk digunakan sepanjang lilin menyala. Lagi selamat jika gunakan yang jenis bertutup tu.

Cara Fiza pula gunakan lilin jenis berbau aromateraphy tu..Konon nak bagi lagi selesa tidur dengan haruman mewangi tu sesambil merehatkan badan tu kan. Amek mood ngantok juga tu. Salah satu cara untuk releasekan stress juga.

Pilihan Fiza adalah SINNLIG Scented tealight IKEA ni. Cukup untuk stok sebulan ni sehari satu. Harga pun mampu milik beli sementara harga rendah RM7.90 sebelum ni harganya RM9.90. 



Tealight holder Fiza pilih jenis macam cawan ni namanya GALEJ tealight holder-RM3.90. Senang nak letak dan keluarkan pun. Pasang kipas pun boleh elakkan dari terpadam sebab agak kedalam sikit. Kalau ada something masuk terbakar pun rasanya terbakar dalam tu je. Kalau jenis macam ni kenalah letakkan di tempat yang selamat dan tidak berdekatan dengan benda benda yang mudah terbakar.


Selain bau yang haru mewangi tu pencahayaan pun ala ala romantic je dalam bilik. Sebulan Fiza guna bau full blossom lilac dan sekarang guna bau apple pulak. Semua bau pun wangi sesangat. Memang lepas ni nak borong semua bau..sebulan satu bau gitu. 


Sebulan lepas guna lilin ni bil elektrik berkurang dalam berbelas ringgit jugaklah. Kira dah berjimat lah tu kan. Selain berjimat scented tealight boleh buat perhiasan juga dan perfume dalam rumah. Kalau letak kat bilik tu memang berbau wangi even belum dinyalakan api pun. Baguskan!

Kalau tak silap pernah nampak jugak scented tealight macam ni kat Mr. DIY. 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
35 Comments
Share :

Laundry Basket Yang Tak Semak Mata Memandang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Paling tak suka kalau ada yang semak mata memandang dalam rumah. Kalau nampak mulalah membebel sorang diri. Tapi kalau malas tu buat buat tak nampak je boleh? Sekaranglah masanya untuk rajin rajinkan diri, nanti esok bila family dah besar mesti kurang nak nampak semua ni.

Untuk tidak menyakitkan mata melihat baju yang belum dibasuh tu apakata gunakan laundry basket jenis tertutup macam ni. Bahagian tepinya bertutup dan boleh dilipat Siap ada pemegang memudahkan kita bawak kemana pun. Sangat pratikal. Kalau nak bawak pergi dobi pun just bawak ni pun dah boleh. Jimat ruang letak dalam kereta pun.


Kalau ruang sempit pun boleh letak juga. Bak kata senang bekerjasama dalam keadaan ape pun. Nampak kemas, cantik, mudah digunakan. So nak bagi 5 bintang.

JÄLL Laundry bag with stand -RM9.90

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Wall Dish Drainer Jimat Ruang Dapur


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wall Dish Drainer Jimat Ruang Dapur | Bila dapur kecil dan barang dapur pun banyak memang boleh buat pening kepala dan rasa semak mata memandang. Lagi lagi bila tak sudah sudah tambah barang kan. Jalan penyelesaiannya meminimakan ruang dengan apa yang boleh.

Nak pasang kabinet dapur macam belum cukup bajet lagi kan. Tunggu lah ada rezeki lebih sikit bolehlah kita pasang lagi nampak kemas dan tersusun je. Tapi itu cerita kemudiannya. Bagi yang bajet ciput ni bolehlah buat cara Fiza ni haa..ala family kecil cukuplah dengan benda kecil dulu lah. Nenanti kita upgrade.

Kalau sebelum ni Fiza guna drying rack biasa yg 2 tingkat tu letak sebelah sinki. Dimana kedudukan lesung batu dalam gambar tu. Bila dah ada rak pinggan kat situ rasa semak dan tak cukup ruang pulak untuk periuk nasi, blender,oven dan kettle tu. Makan ruang habis.

Fikir punya fikir masa shopping kat IKEA tu hubby kata apakata beli jenis macam ni. Lebih jimat ruang kot kan? Kat bawah tu memang  boleh susun leklok barang peralatan elektrik yang lain siap ada ruang sikit lagi tu. 
Rasanya belum betul² kemas untuk buat demo ni
Bila dah letak Wall Dish Drainer tu memang lega sikit tengok ruang dapur ni. Untuk family kecil macam kami okaylah guna macam ni sebab tak banyak pinggan mangkuk yang digunakan seharian.

Sebelum susun cantik pinggan kat atas tu letak dulu kat dish drainer yang putih kat bawah tu. kalau tak habis lah basah kat atas tu walau ada alas pun. Takpe, yang penting kerja tu bersistematik sikit. Jangan malas sudah.

Guna style macam ni nampak kelainan sikit bahagian dapur tu.  Yang penting sangat menjimatkan ruang okay. Itu je nak cakap..Apepun citarasa setiap orang yang berbeza. Yang rajin ke dapur tahulah perasaan dia macam mana bila dapur sendiri terhias cantik dan ada ruang yang sedap mata memandang. Barulah semangat rajin memasak tu ada dan rajin ke dapur..gitu :p

BYGEL Dish Drainer - RM9.90/each

Harga masih mampu milik untuk dapatkan decoration dapur macam ni. Dapatkan  sementara harga tengah murah di IKEA..eh ko ni dah macam duta IKEA pulak. Ala... bagi idea je untuk yang nak menjimatkan ruang dapur tu. Kotlah ianya berguna. 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Lagu SpongeBob Versi Loghat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dulu suka sangat tengok cerita SpongeBob square pants ni. Suka dengan jenaka SpongeBob and the gang. Memang lawak dan kekadang tu rasa  meluat jugak dengan sikap setiap character ni yang suka membangga diri dan akhirnya termakan diri. Itu pun tak menyesal jugak..kann

Sumber dari google

Bila dah nak start cerita tu suka pulak ikut nyanyi lagu SpongeBob ni. Meh kita nyanyi versi loghat Kelantan, Terengganu, Kedah, Sarawak dan Negeri Sembilan.

VERSI INGGERIS 
Are you ready kids "Aye Aye Captain" I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN" Ohhh... Who lives in a pineapple under the sea "Spongebob squarepants" Absorbant and yellow and porous is he "Spongebob Squarepants" If nautical nonsense be something you wish "Spongebob Squarepants" Then flop on the deck and plop like a fish "Spongebob squarepants" READY Spongebob squarepants, Spongebob squarepants, Spongebob squarepants, Spongebob…… squarepants!!! 

VERSI KELANTAN
Ready dok budok-budok? Ho laa, kepten! Gapo dio? HO LAA, KEPTEN! ooo, Podio dok dale buoh lanah bowoh laut? Spongebob Sluar kotok! Sene meresap bewarno kuning. Spongebob Sluar kotok! Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.Spongebob Sluar kotok! Pah mari la pakat nopat supo ike. Spongebob Sluar Kotok! Ready? Sponge............bob Sluar kotok (3x), Spongebobbb Sluar kotok 

VERSI TERENGGANU
Sedia dok g budok-budok? Sedia kapteng! ndapee..??!! . Sedia doh la kapteng!! ooo... peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!! Spongebob sluor pettok!! senang menghesap kaler kuning.. Spongebob sluor pettok!! Kalu sek-sek mu suke nde pelek hok dalang lauk.. Spongebob sluor pettok!! meh la noppak pe ikang.. Spongebob sluor pettok!! Sedia??!! Spongebob sluor pettok (3x) Spongebob... sluor pettok 

VERSI KEDAH
Hampa redi dah ka weii?? Haa kapten, Apadia? Tak dengaq nie!! Haaa la kapten.. Ohhhh... Sapa hat dok dalam nanaih wah laut? "Spanbob Seluaq Petak" Belubang, meghesap paihtu wana kunin "Spanbob Seluaq Petak" Kalau hampa suka benda laut hat ngarut "Spanbob seluaq Petak" Mai la sini teghejun cam ikan temenung "Spanbob seluaq Petak" REDi? Spanbob seluaq Petak, Spanbob seluaq Petak, Spanbob seluaq Petak, Spanbob...... seluaq Petak !!! 

VERSI SARAWAK
Kitak semua udah ready koh? Udah Kapten! Apa? Enda ninga! Udah Kapten!Ohh...nama utai diau dalam nanas baruh laut? "SpongeBob Tancut Besegi"! Nyerap ai alu nyadi warna kuning? "Spongebob Tancut Besegi"! Rindu meda jelu ai alu belik? "Spongebob Tancut Besegi" ! Sesegau kin kiak,terjun baka ikan gegenung ? "Spongebob Tancut Besegi" !Udah? Spongebob Tancut Besegi(8x)

VERSI NEGERI SEMBILAN
Ekau semuo redi dah ko?? Iyo lah kapten, Abondo? Tak dongar nie!! Iyo lah kapten.. Ohhhh... Sapo yg duk dalam noneh bwh laut? "Spanbob Seluar ompek sogi" Belubang, meghosap lopehtu wano kuning "Spanbob Seluar Ompek sogi" Kuk korang suko bondo laut yg mengarut "Spanbob seluar Ompek sogi" Meh la kek sini tojun cam ikan temonung "Spanbob seluar Ompek sogi" REDi? Spanbob seluar Ompek sogi.. Spanbob seluar Ompek sogi, Spanbob seluar Ompek sogi, Spanbob...... seluar Ompek sogi!!! `

Adeshh terbelit lidah nak nyanyi kan.. Lawak pun ada ^__^
Notapink : Cintai bahasa loghat kita

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

Cara Simpan Bil Pembayaran Dengan Sistematik


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini entry sambungan dari entry Black board hiasan ruang makan tu. Cara Simpan Bil Pembayaran dengan sistematik kalau bil² dan document telah dibayar atau disettlekan dari KIV tu Fiza akan buat filing pulak. Buat masa ni cuma sediakan satu file besar je dan susun mengikut kategori sebab bil masih belum banyak dan jimat ruang sikit guna 1 file ni.

Nanti dah banyak barulah kita upgrade sikit system filing ni. Guna apa yang ada je cuma beli file je la. Semestinya file pink...Nak jugak Pink. Pembahagi kategori Fiza cuma guna brown paper bag ni je la..Nak masukkan apa pun boleh juga kalau ada bil yang kecil tak boleh nak tebuk lubang tu..


Disebabkan semua bayar online kena juga marking kat paper bila tarikh bayar selain simpan softcopy pembayaran file dalam PC. Penting untuk rujukan akan datang.


Untuk buat filing ni mudah je kena rajin dan konsisten buat. Kalau main letak merata lepas tu lupa nak letak dalam file lepas tu hilang kemana dah susah pulak nak mencari kalau ada apa terjadi kan.


Setiap rumah perlu rasanya buat susun atur macam ni. Mudah dan nampak sistematik . Buat sikit² pun takpe lama lama boleh upgrade. Modal beli file je pun... nak buat cantik² boleh beli file dan label mengikut kategori. Tapi itu nantilah baru Fiza upgrade..Kalau dah upgrade nanti update okay :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

Tong Sampah Bertutup Cantik


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tong Sampah Bertutup Cantik ni antara sebagai hiasan jugak kot kat dapur. Eh pepandai je nak cakap hiasan bukan untuk kegunaan/keperluan sahaja ke? Tak salah kot kalau letakkan tong sampah bertutup cantik macam ni. Nampak classic tong sampah ni kena pulak dengan warna pastel ni kan.

Sebelum ni kat rumah ada masalah sikit dengan kehadiran cicak suka duduk dalam tong sampah mencari makanan dan bila nak buang sampah tak semena mena dia melompat keluar. Ntah bila dia masuk dalam tong sampah tak tahu le. Kalau melompat salah tempat tak pepasal landing kat kaki pulak.Eiiii..Memang terkejut je la tu...

Itu kes guna tong sampai yang tak bertutup yang dibiarkan terdedah tu. Macam biasa setelah perbincangan dibuat kebetulan ada lah ternampak tong sampah ni yang memang cantik di mata ni. Bukan sahaja cantik malah sangat berbaloi beli. 

Besi yang bukan calang² besi. Sangat berkualiti dan tahan lama. Besar pun besar. Dalam penutup tu ada untuk sangkut kat tepi tong sampah kalau jenuh sangat nak tutup buka.

KNODD Bin With Lid

Bila dah bertutup ni senang hati dah tak perlu nak terkejut dengan cicak lagi. Plus, kurang bau sikit kalau terbiar buka tu. Tong sampah ni bukanlah kedap pun. Bawah lid ade disediakan getah untuk ditampal supaya bila tutup tu takdelah bunyi gedegang besi kena besi. Kiranya bila bertutup tu ada ruanglah.

Bertambah cantik dapur dengan adanya Tong sampah cantik ni. Sedap sikit mata memandang pun. Ada 2 lagi warna hitam dan soft brown. Hitam dah nampak biasa sangat kan. Soft brown pulak macam kurang menarik. So pilihlah warna pastel yang cantik sangat ni. Harga pun lebih kurang harga dekat mall. Alang alang beli biar yang tahan lama tahan lasak besi dari plastik kan. Biar lama sikit boleh pakai.

 Dapatkan di IKEA okay :) [KNODD Bin With Lid-RM39.90]

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Black Board Hiasan Ruang Makan dan Dapur


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Black Board salah satu hiasan untuk dapur atau letak diruang makan. Konon ala ala restaurant lah gayanya. Bajet chef hebat nak tulis menu setiap hari kat restaurant kan. Tapi inilah restaurant kecil "My Home My Kitchen" pulak dah..

Selain fungsinya untuk menulis menu dan nota yang sweet² suami isteri boleh juga berfungsi sebagai magnetic board. Kat sini boleh letak segala bil yang belum di bayar. Yang dah bayar, itu nanti Fiza cerita dalam entry lain okay.

Black Board Hiasan Ruang Makan dan Dapur
Siapa punyer kerja tak padam bersih bersih ni..haippph
Segala surat menyurat boleh selit je kat bawah tu. Suka sangat dengan black board ni. Multipurpose. Selain sebagai hiasan boleh digunakan untuk letak menulis dan letak document penting untuk KIV (keep in view) selagi belum settle buat. So takdelah lupa lupa kan...

Board ni letak ala ala tinggi Fiza je takleh letak tinggi ikut level hubby kalau tak nanti tak pepasal Fiza kena naik atas kerusi nak menulis.  =__=.

Gara² hubby terbekenan dan selepas adegan mujuk memujuk si isteri tanpa rasa bersalah si isteri terus setuju sebab isteri pun memang berkenan juga..hahaha..boleh

Beli kat IKEA [ LUNS, writing/magnetic board-RM59.90]

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
22 Comments
Share :

Workspace Sihatimerahjambu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kejap betul dah petang ye. Bila dah petang mood buat kerja pun merundum lah. Bagi orang yang berkerja dari rumah ni rileks je la tak perlu hadap jammed tapi cabaran utama bekerja dirumah adalah kena sentiasa rajin. Kau mampu nak rajin sepanjang masa bila duduk rumah? Nampak tak tercabarnya tu.

Bila mood rajin dah ada, idea pulak perlu ada bagi seorang freelance designer macam Fiza. Bukan setiap masa ada idea. Kena pulak waktu petang macam ni kan. Oleh sebab itu, suasana kerja dan persekitaran memainkan peranan yang penting untuk buat kerja secara aman, tenang dan berkualiti..cewahh bajet amek course interior designer.

Workspace Sihatimerahjambu

Takpa, asalkan selesa dan sedap mata memandang dah cukup. Inilah suasana dan ruang kerja Sihatimerahjambu seharian. My office My Home. Memang pilih meja yang besar untuk dua orang. Sebelah tu officemate Fiza, my hubby lah siapa lagi.. Meja tu beli kat kedai perabot yang betul² perabot untuk office area seremban ni harga dalam RM1++. Meja simple je dan berkualiti. 

Untuk menjimatkan ruang meja tambah table top tu [MICKE Add on unit high] beli kat IKEA, RM150. Mudah boleh letak perhiasan dan document. Pulak tu siap ada white board dan boleh tampal magnet lagi. Senang untuk Fiza tulis atau letak note kerja Fiza.

Kerusi pulak Fiza dan hubby pilih jenis kerusi office, lebih selesa dan tak sakit pinggang bila duduk lama lama tu dan senang bergerak pun kan. Kalau penat boleh sandar sandar luruskan pinggang tu. Yang warna turquoise tu harga RM210, hitam RM110 beli kat kedai perabot.

Accesories lain macam pasu bunga pink dan purple tu beli kat IKEA [PAPAJA Plant pot-RM4.90/each]. Stationery holder saja guna SOCKER Plant pot IKEA juga RM3.90 lebih tahan lama dan besar macam macam boleh letak. Alah beli menang memakai katanya.

Alhamdulillah, suka dengan workspace macam ni hasil dari perbincangan suami isteri demi menjamin kualiti kerja yang konsisten gitu. Untuk mereka yang buat kerja design yang nak mula buat workspace Fiza sarankan beli meja kerusi yang betul² kat kedai perabot sebab lebih berkualiti dan boleh dapat murah lagi lagi kalau ada promotion tu. Kebiasannya kalau beli kat mall memang ada yang murah tapi kualiti tu kena check juga sebab nak pakai lama kan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
27 Comments
Share :

DIY Sticker Label


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Benda dah lama tapi baru up entry..pedulikk..asal hado. Mana tahu kot ada yang nak tahu kan. Ini DIY Sticker Label habis jimat lah ni. Berkualiti dan tahan lama. Tetiba rajin pulak nak buat sticker label untuk segala rempah ratus kononnya.

Bila dah rajin, jangan tunggu lelama nanti bila M.A.L.A.S datang terbengkalai projek rajin nanti. Ini pun rajin sebab tengok banyak pulak botol kaca yang ada. Kalau seragamkan semua rempah ratus mesti nampak lagi cantik dapurku itu.

Cara Cara
1. Design label guna apa apa software pun boleh [word, photoscape, excel, photoshop dan seangkatan dengannya]
2. Kemudian print
3. Potong label mengikut bentuk 
4. Tampalkan transparent sellotape yang bersize besar dipermukaan label yang dah digunting tadi.
5. Kemudian terpulanglah nak gunting mengikut bentuk atau tidak. Kalau mengikut bentuk nak tampal kat botol kaca tu kenalah guna gam uhu. kalau tak potong mengikut bentuk terus je sellotape sekali kat kaca tapi nampak kurang cantik pulak kan.

Ini hasilnya bila dah potong mengikut bentuk selepas tampalkan sellotape kat permukaan label. Nampaklah macam sticker glossy sikit. Kira protect tahan lama lah kalau kena air tu.


Ini pulak lepas tampal guna gam UHU. Masa tampal tu kena tekan dan pegang dulu label tu supaya kekal kedudukan label tu sebab botol kaca kan licin.


Mudah dan jimat. Tapi kalau setakat buat sikit okaylah. Janganlah pergi buat untuk kenduri kahwin pulak. Gigil tangan nak buat sampai beratus beribu tu. Apapun kalau nak buat kenelah rajin ye.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
28 Comments
Share :

Cantik Dengan Mudah Dengan Nurraysa Beauty Collagen


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semua orang nak cantik dengan mudah kan. Nak tahu caranya? Cara paling mudah dengan mengamalkan pengambilan produk Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series. Salah satu produk yang makin laris dan dicari² sekarang ni. Ramai dah mencuba dan ianya memang berkesan. Jom baca lagi tentang pengalaman Fiza sebagai salah seorang pengguna Nurraysa Beauty Collagen.

Nurraysa Beauty adalah sebuah syarikat bumiputra yang menawarkan produk penjagaan wajah yang sangat sesuai untuk perempuan mahupun lelaki.

Kebiasannya kita tengok kebanyakkan produk collagen perlu di bancuh bersama air. Tapi Nurraysa Beauty Collagen yeng mengandungi 20 sachet yang comel comel ni hanya perlu koyak dan kemam sahaja. Mudah sangat kan!


Koyak dan kemam macamana? Koyakkan sachet dan masukkan serbuk ke dalam mulut bawah lidah. Rasanya dah tentu sedap. Rasa gula gula yang sedap,takde rasa ubat, takde rasa pahit takde rasa masam mahupun kelat! Yeay saya suka saya suka..Rasa sayang pulak nak kemam sampai habis.Rasa nak lagi.Dah nama macam makan gula gula kan. Rasa gula gula sedap disebabkan bahan bahan yang ada dalam Nurraysa Beauty Collagen :
Setiap bahan bahan mempunyai kebaikannya tersendiri. Boleh klik setiap satu bahan untuk lebih lanjut.

Dah makan tu jangan lupa pulak minum segelas air kosong dan minum air secukupnya selepas pengambilan untuk kesan yang lebih bagus sekurang kurangnya 3 liter sehari bersamaan dengan 2 botol besar air mineral.

Disebabkan pack sachet yang kecil comel ni sangat mudah untuk simpan dan dibawa ke mana mana..dalam poket pun boleh. Tak susah mana.

Terkejut juga pada mulanya tengok pack comel ni. Aikk? Sikit ni je? Tapi jangan salah sangka..kecil kecil cili api orang kata..kesannya cukup besar!. 

Pada permulaan pengambilan Fiza ambil sekali sehari dalam seminggu sebelum tidur. Nak tengok keberkesanan secara minimun dengan pengambilan sekali sehari. Dalam masa seminggu dah boleh tengok dan rasa kesannya. Meh scroll lagi bawah ye.
Abaikan kulit megelupas kat hidung. kurang minum air. jangan tiru macam saya.
Opss..terkejut pulak tengok gambar besar gedabak ni kan. Saja bagi view separuh je. Kalau full view double terkejut pulak nanti. Lagi satu jerawat cepat kecut!..Itu kesannya dari segi luaran dan dari bahagian dalamnya memudahkan pembuangan toksik dalam badan.

Antara KELEBIHAN NURRAYSA BEAUTY COLLAGEN yang lain² :
  • Menjadikan kulit seluruh badan lebih cerah, gebu dan awet muda
  • Formula Anti penuaan dan awet muda
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Membuang toksik dalam badan
  • Mengatasi masalah jerawat, jeragat dan pigmentasi
  • Mencuci dan membina usus
  • Mengatasi masalah sakit lutut
  • Menguatkan akar rambut
  • Menjaga kesihatan kuku yang sihat
  • Merawat penyakit kulit.
Dan sebenarnya kecantikan kulit dan kesihatan kita bergantung pada pemakanan kita seharian juga dan pengambilan supplement lebih memudahkan dan membantu kita untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik dengan mudah serta berkesan. Ianya bermula dari dalam badan kita dan menyerlahkannya pada luaran.

Kadang kadang sesuatu produk itu berkesan bergantung pada permasalahan kita juga. Kalau kita mengalami masalah kulit yang teruk,ianya mengambil masa untuk kelihatan sihat dan cantik. Begitulah juga sebaliknya. Ianya memang mengambil masa cuma cepat atau lambat je. Paling penting Nurraysa Beauty Collagen boleh membantu anda dapatkan kulit yang glowing, flawless, cantik dan sihat.

Tak percaya? Cubalah sendiri. Dapatkan harga yang termurah dipasaran setakat ni sebelum harganya kembali normal RM150. Orang yang sibuk dan yang suka dengan pengambilan mudah macam ni patut dapatkan produk Nurraysa Beauty Collagen. Tiada alasan, tak sempat minum atau susah..kannn

Selamat untuk diambil :)

Boleh juga dapatkan Nurraysa Beauty Skincare yang mengandungi Sabun, serum dan krim untuk miliki kulit yang cantik.
Untuk maklumat lanjut 
website : nurraysabeauty.my
Email : collagensoap@yahoo.com
atau boleh terus whatsapp/telegram : 0129072776
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor