Kadar Kenaikan Dividen dan Bonus ASB dan agihan Pendapatan ASNB

Hari ni diumumkan Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pemegang akaun boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai 4 Januari 2016. 

Carta Agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB

Berikut adalah carta senarai kadar agihan pendapatan Dividen dan Bonus ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun sebelumnya dan yang terkini.
http://www.azhafizah.com/

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 Peruntukan pengagihan pendapatan adalah membabitkan pembayaran sebanyak RM10.41 bilion oleh ASNB manakala peruntukan bagi bonus pula adalah sebanyak RM451.73 juta yang dibayar oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) Pembayaran pendapatan Dividen dan Bonus itu akan dimanfaatkan oleh 8.87 juta pemegang unit yang melanggan 142.54 bilion unit ASB

Carta Agihan Pendapatan ASNB Amanah Saham Nasional Berhad 

Berikut adalah carta senarai kadar agihan pendapatan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) untuk tahun sebelumnya dan yang terkini
http://www.azhafizah.com/

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 6.10 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM106.72 juta, akan memanfaatkan 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN

Jadi, pemegang akaun ASB dan ASNB dah boleh mula berkira kira dah. 


3 comments:

  1. lama rasanya tak check bagi dekat asb..almaklum la...simpan jarang sekali..biar lah beranak pinak..hihi

    ReplyDelete
  2. Thun 2015 x kmaskini pun buku. Hope thun dpn berniat nk tmbh wlpn sikit, akn terlaksana..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.