Kesan Dari Pengambilan Inteemor by Ephyra

Wednesday, October 28, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Seperti yang dijanjikan, Fiza akan kongsikan pengalaman Fiza sepanjang pengambilan botanical drink Inteemor by Ephyra. Sebelum ni Fiza ada tulis tentang Inteemor serta kebaikan Inteemor. Boleh baca dulu kalau nak berkenalan dengan Inteemor ni yang merupakan produk terbaru dari ephyra.

http://www.azhafizah.com/

Dalam entry ni Fiza akan cerita kesan dari pengambilan Inteemor melalui pengalaman Fiza dalam masa hampir sebulan dari awal bulan Oktober sehingga ke hari ni. Siapa yang tak teruja dapat peluang mencuba produk hebat dari ephyra ni. Memang Fiza jaga betul betul jadual pengambilan inteemor ni dan tak skip lansung selama hampir sebulan pengambilan Inteemor.

Pertama sekali Fiza suka dengan bau kandungan Inteemor ni. Bau wangi manis² buah yang segar. Kandungan dia likat dan pekat macam scotts emulsion.

Rasa dia pulak masam² pahit² dan manis². Mula² masuk mulut memang sedap rasa masam manis disusuli sedikit rasa pahit sikit hujung² nak telan tu. Tapi rasa pahit takdelah pahit mana dan bukan pahit ubat. Rasa manis lebih dari rasa pahit. So dapat cover la rasa sedikit pahit tu. Paling best minum sebab sejuk. Segar tekak kalau minum waktu pagi tu. Inteemor ni wajib simpan dalam peti ais ye selepas dibuka dan wajib pakai sudu plastik untuk kekalkan khasiatnya sebab salah satu bahannya adalah madu.
Kandungan inteemor: Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Kunyit, Kolagen, Dong Qui, Akar Serapat, Habbatussauda, Buah Tin, Aprikot Seed, Acai Beri, Delima, Aloe Vera, Durian Belanda, Sireh, Madu
Minggu Pertama Fiza minum Sekali sehari seperti yang disarankan pada peringkat permulaan pengambilan Inteemor.
http://www.azhafizah.com/

Hari Pertama
Fiza minum sebelum tidur memandangkan produk baru sampai petangnya. 

Hari Kedua
Masih belum nampak kesannya. Rilek² dulu. Rutin yang sama, minum sebelum tidur.

Hari Ketiga
Pagi tu masih belum nampak kesannya. Mungkin belum terkesan lagi. Malamnya ambil macam biasa sebelum tidur.

Hari Keempat
Bangun tidur rasa nak membuang je. Mungkin waktu ni dah nampak kesan membuang toksin dalam badan. Dalam masa yang sama secara tak lansung badan rasa ringan je. Boleh di katakan pelawasan terbaik. Bila dah selalu macam ni perut pun mula lah mengempis sikit. Kira kempis la sikit dari sebelum ni.

Hari kelima dan seterusnya 
Macam biasa setiap hari akan membuang. Ada masanya selalu membuang angin (kentut) juga tapi kentut yang tidak berbau ye..haha

Perubahan tubuh badan
Fiza rasa lebih bertenaga bila bangun tidur tu. Walaupun hanya bekerja kat rumah tapi Fiza jenis memang tak tidur petang kecuali kalau malam kurang tidur. Kalau tidur cukup dan minum inteemor ni seharian esoknya memang sentiasa bertenaga. Nak kata kurang buat kerja, tak jugak. Sebab Fiza bekerja menghadap PC memang kekadang boleh buat mengantok jugak tapi inteemor kira membantu memberikan tenaga tambahan

Bahagian intim
Sebelum ni ada juga mengalami masalah keputihan tapi tak serius sebenarnya. Tapi memang Fiza amalkan memakai panty liner sebab nak jaga kebersihan, takut berbau dan gatal². Nak solat pun kena tukar panty liner untuk jaga kebersihan ketika solat. Tapi sekarang macam takde lagi dah. Seronok tak perlu nak pakai panty liner dah. Nak solat pun rasa terjamin bersih.

http://www.azhafizah.com/

Perhubungan suami isteri.
Sejujurnya apa yang Fiza boleh cakap, kesannya memang betul² bagus. Orang kata lebih mantap dan lebih rapat. Kalau dah berkahwin, sure tahu lah kan. Nak cakap secara terperinci ianya adalah peribadi tapi dari apa yang kelebihan inteemor berikan memang ianya sangat berkesan.

Alhamdulillah banyak kesan positif yang Fiza dapat dari pengambilan Inteemor dari ephyra ni. Dah sebulan pun belum habis sebotol. Memang bagus kalau berkesan dengan pengambilan botol pertama. Lepas tu boleh konsisten minum. Memang berbaloi mencuba.

http://www.azhafizah.com/

Apa yang menariknya untuk mencuba Inteemor dari ephyra ni adalah penjagaan bahagian dalaman dan luaran wanita. Bila bahagian dalaman terjaga makanya luaran pun terjaga. Nampak kita lebih yakin dan lebih happy bila masalah dalaman wanita dapat diselesaikan yang selama ni dipendam disebabkan malu dan kurang yakin. Inteemor ni bagi cantik dan sihat luar dalam okay.

Wanita yang mempunyai masalah² bahagian intim terutamanya masalah keputihan, period tak stabil dan kesuburan, Fiza sarankan cuba inteemor by epyhra. Masalah keputihan tu walau tak serius mana tetap kena rawat. Kalau tak, kesannya akan membuatkan korang kurang selesa, masalah bau dan kurang yakin bila berhadapan dengan orang lain. 

Dalam satu produk dapat bermacam² kebaikannya. Lagi satu, boleh kurangkan kesakitan masa period (senggugut). Selain menjaga bahagian intim dalam masa yang sama boleh detox. Kira pakej untuk kawal berat badan juga, baguskan! 

Untuk pembelian dan maklumat lanjut

Website 
www.oceanlife2u.com

Facebook 
www.facebook.com/oceanlife2u

Instagram 
www.instagram.com/ephyra2u 

Hotline Ephyra 
019.3999.238 / 03.4141.7889

* Pre-Caution : Ibu Mengandung DILARANG mengambil Inteemor
** Wanita bersalin selepas 5-7 hari BOLEH mengambil Inteemor

*Kesan produk inteemor ni bergantung pada permasalahan seseorang dan mengambil masa sebab semua orang tak sama hormon dan tak sama masalahnya. Kesannya juga berbeza. Apa yang boleh dilihat adalah inteemor memberikan kesan yang baik. Terima kasih Ephyra!
With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.