Image Slider

Catalog IKEA 2016

Wednesday, September 23, 2015
Catalog IKEA 2016 dah selamat sampai semalam selepas join IKEA Catalogue Giveaway awal bulan september hari tu. Dapatlah cuci mata tengok dekorasi rumah dari IKEA yang cecantik ni. Ada rezeki lebih dapatlah tambah dekorasi rumah. Kalau takde, kita tengok je la. Kot ada bajet untuk buat ala² IKEA pun boleh juga kan. Bak kata ikut bajet dan ikut citarasa sendiri.

catalog-ikea-2016

Bukan dekorasi je menarik. Gambar dalam katalog pun menarik sangat. Cuba tengok cover catalog ni. Menarik dan tertarik. Ada yang dah apply ke aritu? Dah dapat belum? Kalau yang berdekatan dengan IKEA okaylah boleh dapatkan kat IKEA je bagi yang jauh ni mengharapkan posmen je menghantar..By the way, thanks IKEA untuk catalog ni.

Marilah kita berkira² nak beli apa.

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal dan Pembedahan

Monday, September 21, 2015
17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal dan Pembedahan. Resepi ini boleh juga di hidangkan untuk kanak kanak selepas berkhatan@ bersunat. Rasanya untuk diet pun sesuai jugak ni sebab makanan yang seimbang dan semestinya sihat.

Share dulu nanti tak perlu nak mencari². Zaman sekarang ni dah ramai berpantang di rumah sendiri so kenalah amek tahu kan. Tapi masih kena ada guide jugak tak boleh main hentam je. 
resepi-pantang-selepas-bersalin

Senang dah ada banyak resepi macam ni. Boleh rotate selama tempoh berpantang. Takde lah jemu sangat kalau menu yang sama je hari hari. Sesiapa yang sedang berpantang tu boleh bookmarked entry ni tak pun click pada icon pink 3 gear  kat sebelah kanan atas entry ni dan click print. Lagi senang terus print ^__^

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Credit : Fanpage Rahsia Hawa

Resepi Air Soda Herbs Sedap

Sunday, September 20, 2015
Selama ni dah lama nak mencuba buat Air Soda Herbs yang sedap ni. Tapi itulah kan, nak betul² buat kena ada bahan² yang cukup. Barulah rasa sebenar Air Soda Herbs tu. Air paling senang nak buat dan paling sedap! Kalau kat restaurant ni agak mahal. Apakata buat sendiri, boleh minum bila² masa kalau teringin. Cuma bahan² kena sedia ada lah kan.

resepi-air-soda-herbs-sedap

Bahan²
Air Ais Krim Soda
Laici (dalam tin)
Serai (2-3 batang serai tak perlu dititik)
Daun Pudina (ikut suka nak letak berapa banyak)
Asam Boi (boleh letak ikut citarasa)
Ais Kiub

Cara²
Masukkan kesemua bahan dalam bekas dan sedia untuk di minum. Kalau Fiza suka biarkan dulu bagi bahan² campuran sebati. 

Cuba korang try buat, mesti nak lagi lagi dan lagi. Tapi ini bukan tujuan untuk detox ye sebab air krim soda dan laici ni mengandungi gula terlebih. So hanya sekadar air minum je walaupun ada campuran herba dan serai tu.

Jersey Abstrax™ Malaysia airline

Friday, September 18, 2015

Jersey Abstrax™ Malaysia airline | Sempena Merdeka ke 58, Abstrax Jingga ada buat Midnight Sale dari 10pm (15 Sep 2015) sehingga 2 am (16 Sep 2015) di mana harga Sale adalah RM58 untuk setiap helai jersey tak kira lengan pendek atau panjang tetap sama harga. Perghh..bila dengar berita baik tu memang get ready awal nak membeli secara online.

Memang dah lama teringin nak beli, so bila ada sale ni haruslah grab cepat kan! Alhamdulillah dapat buat order beli sepasang dengan husband. Beli yang jersey hitam ni. Next time nak beli yang putih pulak. 
jersey-abstrax-malaysia-airline
Sumber gambar dari abstrax Jingga
Hari ni dah selamat sampai jersey idaman ni. Esok² boleh pakai support team dalam Piala Malaysia. Sebab jersey club takde..So kira semangat Malaysia je lah boleh? Lepas ni nak beli jersey JDT pulak. Kemain semangat lagi kan!
jersey-abstrax-malaysia-airline

Setiap pembelian Tshirt akan dapat 1 sticker Abstrax,1 sticker aeroplane yang comel dan juga certificate Of Authenticity. Sangat berbaloi membeli. Belilah yang original!
jersey-abstrax-malaysia-airline

Make sure sebelum beli check size dulu ye. Beli size besar sikit dari ukuran. Kalau lebih sikit tak rugi beli. Kalau kecik tak muat, rugi pulak kan. Satu lengan pendek, satu lengan panjang. Untuk perempuan, senang beli lengan panjang, tak perlu pakai baju inner.
jersey-abstrax-malaysia-airline

Thank you abtrax Jingga, sangat puas hati membeli. Lepas ni shopping lagi!
jersey-abstrax-malaysia-airline
Ada banyak lagi Jersey dan Tshirt yang smart² design. Dah bookmarked mana nak beli. Beli online je la. Nak pergi store dia agak jauh. Siapa dekat dengan store boleh terus pergi je. Kalau jauh tu beli online je la kan. Untuk pembelian dan pertanyaan boleh rujuk di link bawah ni.

ABSTRAX CONCEPT STORE SHAH ALAM (Co Reg No: 002161045-X)
D-20-1 & D-20-2, Jalan Serai Wangi M, 16/M
Alam Avenue 2, Seksyen 16
40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Call: 03-55244248

ABSTRAX CONCEPT STORE BANGSAR (Co Reg No: 002161045-X)
18-A, First Floor, Jalan Bangsar, 
59200 Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur

review ikhlas dari Azhafizah MN

Cara Buat Air Asam Boi Mudah

Monday, September 14, 2015
Tekak terasa nak minum air asam boi pulak pepetang ni. So jomlah kita buat air asam boi dengan cara mudah. Buat lebih sikit untuk buat stok. Senang kalau nak minum nanti kan.

cara-buat-air-asam-boi-mudah

Bahan Bahan Air Asam Boi

Limau kasturi
Asam Boi
Air
Gula

Cara Buat Air Asam Boi
1. Basuh buah limau kasturi sebersihnya.
2. Potong hujung limau kasturi dan sumbatkan asam boi

cara-buat-air-asam-boi-mudah

3. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Sukatan gula ikut citasa. Kalau nak pati/jus air asam boi ni pekat sikit, letaklah gula lebih pun boleh. Bila bancuh nanti letak air banyak sikit.
cara-buat-air-asam-boi-mudah

4. Kemudian masukkan limau kasturi yang telah disumbatkan asam boi tadi ke dalam periuk.
cara-buat-air-asam-boi-mudah

5. Masak sehingga warna air bertukar menjadi coklat kehitaman. Macam Fiza buat ni tak pekat sangat. Seeloknya buat sampai warna jadi hitam. Baru kaw!
cara-buat-air-asam-boi-mudah

6. Dah masak, sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Siap sudah jus/pati asam boi. Kalau nak minum tu cuma amek sebijik limau dan asam boi dan masukkan pati sikit. Kemudian tambah air dan bancuh macam biasa. Senang sangat kan! Nak lagi sedap tambahlah ais :)

Cara Cat Dinding Ombre

Bersemangat dan celik mata di pagi isnin tengok cat dinding ombre ni. Style jugak idea ni untuk deco² dalam rumah terutamanya bilik tidur dan ruang tamu. Mesti nampak lebih menarik. Untuk mereka yang suka deco² rumah cuba try cat rumah style ombre macam contoh kat bawah ni.

cara-cat-dinding-ombre

Buatlah warna tones warna apa sekalipun dah tentu nampak ceria dan cantik. Cara nak cat dinding ombre mudah je sebenarnya. Cuma kita kena sediakan 3 jenis atau lebih tona warna cat yang sama dari gelap ke terang supaya style ombre tu lebih menyerlah. Ikut je Tutorial Cara Cat Dinding Ombre ni.

cara-cat-dinding-ombre

cara-cat-dinding-ombre

cara-cat-dinding-ombre

Wow sangat bila dah siap tu. Puas hati sangat kalau dapat hasil macam ni. Ini yang rasa tak nak keluar rumah. Kat bawah ni pulak style ombre yang biasa. Lebih senang nak buat sebab tak perlu blend antara warna. 
cara-cat-dinding-ombre

Kalau buat secara vertical pun cantik jugak tau! Aduh..jatuh cinta pulak dengan style cat ombre ni. Nampaknya kena kerja lebih lah nak mengecat nanti. Jangan tak jadi sudah.
cara-cat-dinding-ombre
Sumber dari google

Freebies Label/Tag/Sticker Fancy Shape #2

Sunday, September 13, 2015
Rajin punya pasal, buatkan label, tag, sticker lagi satu berbentuk fancy. Dalam 1 page A4 boleh dapat banyak sekali. Cuma nak potong nanti agak rumit lah. Tapi kalau nak cantik melabel tu kenalah rajin lebih sikit kan. Kalau suka bentuk ni boleh guna. Ada background putih dan hitam. Pilih mana suka okay!

freebies-labeltagsticker-fancy-shape-2

freebies-labeltagsticker-fancy-shape-2



Freebies Label/Tag/Sticker Fancy Shape #1

Minggu lepas dah share round shape, this week Fiza bagi yang fancy shape sikitlah untuk DIY label, tag, sticker ni. Kot rajin nak DIY melabel barang dan rempah ratus kat rumah hujung minggu ni, boleh guna freebies template yang Fiza dah siap ni. Korang cuma perlu print, tulis by label dan tampal je. Senang kerja kan.

freebies-labeltagsticker-fancy-shape



Resepi Kek Milo Microwave 3 minit

Saturday, September 12, 2015
Resepi Kek Milo Microwave 3 minit | Nampaknya menjadi viral jugak kek microwave 3 minit ni kan. Mana boleh tahan godaan bab makan ni. So mencuba jugalah tengah malam tadi. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya..habis semangkuk makan berdua. Senang betul nak buatnya. 

resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Bahan bahan
2 sb tepung gandum
2 sb gula kastor
2 sb milo
3 sb susu segar
1sb minyak masak
1sk baking powder
1 biji telur

Cara²nya
1. Masukkan tepung gandum, gula kastor, milo, susu segar, minyak masak, baking powder dan telur. Dah masuk semua bahan dan kacau sebati.
2. kemudian masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Suhu yang Fiza set yang paling tinggi (high)

resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Bila keluar oven dia naik sekali ganda dari adunan asal. Terbaik! Sorry bekas comot sebab kita kacau nak cepat kan. Ni pun first time. Nanti boleh buat leklok. hehe
resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Nak rasa coklat, taburkan je chocolate rice kat atas ni.. kemain fluffy kek milo ni.
resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Sedap! selain milo boleh jugak guna serbuk koko kalau nak buat kek coklat. Guna kaedah yang sama je!
resepi-kek-milo-microwave-3-minit

Nak lagi faham boleh tengok video bawah ni. 
video
Credit kepada owner video

Lepas ni tetamu datang buat kek ni je lagi senang kan.

Dekorasi Bilik Anak Anak

Thursday, September 10, 2015
Tertarik dengan dekorasi bilik untuk anak anak ni. Bagi mereka yang mempunyai anak ramai bolehlah ambil idea dekorasi bilik anak anak macam ni. Tak perlu risau kalau takde bilik banyak kat rumah pun. Satu bilik dah mencukupi, yang penting kena pandai susun untuk menjimatkan ruang samada ruang kecil atau besar.

Selain jimat ruang, bilik nampak lebih menarik dan cantik. Bertambah seronok mereka ada bilik macam ni. Ruang kecik jadi lebih besar. Tapi selalunya semua ni custom made. Agak costly tapi berbaloi. Sedap mata memandang. So bolehlah amek idea ni kalau ramai anak nanti.

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak

dekorasi-bilik-anak-anak
Sumber dari facebook

Tapi dah besar sikit kena ajar anak tidur berasingan pulak ye antara lelaki dan perempuan. Tak boleh dah lah nak berkongsi bilik. Tapi kalau sama jantina takpe, boleh share bilik macam ni sampailah besar. Eh, tapi dah kahwin kena ada bilik sendiri jugaklah. Lepas dah ada bilik sendiri, kita deko lain pulak.

Siap Bungkus Hadiah Top Komentator Julai & Ogos

Settle siap bungkus hadiah untuk top komentator Julai & Ogos, tunggu masa nak pos je. InshaAllah akan diposkan hari ni dan nanti Fiza akan inform dan berikan track number ye. Maaf ye sebab kelewatan beberapa hari. 

Harap sampai dengan keadaan yang baik. Tolong ye abng posmen handle with care.
siap-bungkus-hadiah-top-komentator

Siapa nak hadiah, jadilah top komentator September & October pulak ye. Kalau nak, kena rajinlah mengomen kat blog ni. hehe.. Kalau tak komen pun takpe, sudi singgah pun dah kira supports dah tu. Terima kasih semua.

Updated:
Track number
Nona sani EH057193303MY
Juliana Johari EH057193422MY
Nurazizah EH057193453MY

Jatuh Cinta Dengan Keindahan Tadom Hill Resorts

Wednesday, September 09, 2015

Baru baru ni agak menjadi viral Tadom Hill Resorts yang terletak di Banting, Selangor. Melihat gambar keindahan Tadom Hill Resorts memang boleh buat jatuh cinta. Tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga di hujung minggu. Bila dah menjadi viral ni, of course lah tempat ni akan sesak.

Tadom Hill Resorts

Dikelilingi tasik biru hijau yang cantik serta permandangan yang indah, Tadom Hill Resort merupakan tarikan baru di Malaysia terutamanya kepada mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi yang sangat mendamaikan.

Tadom Hill Resorts

Antara aktiviti yang yang boleh dilakukan disini ialah berkhemah, berkayak serta bermandi-manda di tasik berkenaan serta berpeluang untuk bertemu orang asli serta memahami kebudayaan mereka. Sempena pembukaan rasmi, penganjur Resort menawarkan 3 jenis pakej penginapan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Bamboo Hut pada harga yang berpatutan. Nampak macam menarik segala aktiviti di sini kan? Jom layan gambar pulak. Dan for sure korang juga akan jatuh hati.

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts

Tadom Hill Resorts
Sumber dari google

Lepas ni bolehlah plan pergi sini pulak kan.

Lokasi: Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-7986 0076

Make Up Murah Belladonnawardrobe

Tuesday, September 08, 2015
Terpersona dengan hasil make up menggunakan MN foundation 3 colours yang cantik menawan tu. Dah kira jadi viral make up dah kan. Makanya terjebak membeli make up stuff yang baru. Ramai juga Fiza tengok yang jual online. Tapi since macam nak jimat kos pos so surveylah area berdekatan.

Finally jumpa jugak instagram Belladonnawardrobe area Seremban. Macam² ada jual termasuk baju. Tapi Fiza cuma beli MN foudation 4 colours, kissproof lipstick, foudation brush dan MN eyebrow 2 in 1. Semua ni bawah RM50. Siap sekali dia hantar depan pintu rumah. COD area seremban je la. Nak pos pun boleh. 

make-up-murah-belladonnawardrobe

Service sangat okay. Reply pun cepat dan senang berurusan. So kalau korang rasa nak memborong barang make up, nak tahu harga atau nak cuci mata pun terjah link instagram kat bawah ni. Confirm rambang mata punya.*kalau korang suka make up lah

instagram :belladonnawardrobe

Jangan lupe mention nama blog Fiza ye..tapi takde diskaun kalau mention pun..tapi kalau mention lagi bagus :p

IKEA Catalogue Giveaway

Monday, September 07, 2015
Suka deco² rumah? Rebut peluang dapatkan FREE Catalog IKEA 2016. Mana lah tahu kot takde idea nak deco rumah tu boleh refer catalog IKEA tu nanti. Ada 8000 copies untuk diberikan. Siapa cepat dia dapat. Macamana nak dapatkan?

ikea-catalogue-giveaway

Korang boleh like page IKEA Malaysia. Dan cari post berkaitan dengan IKEA Catalog Giveaway tu. Atau korang boleh klik sini>> 2016 IKEA Catalog Giveaway. Kemudian isi borang tu dah submit terus. Cuma isi nama dan alamat je. Tak susah pun. Siapa nak tu cepat²lah isi ye.

Cara Cuci/Basuh Berus Make up

Cara Cuci/Basuh Berus Make up | Walau jarang bermake up at least ada jugaklah make up stuff sikit². Perempuan mana boleh lari dari barang make up ni. At least ada bedak compact, lipgloss dah kira make up jugak tu kan. Bagi mereka yang suka make up, mesti ada berus make up kan.

Tak kisahlah berus make up untuk blusher ke, foundation ke, eyeshadow ke mesti nak kena cuci/basuh jugak. Kalau tak, habislah muka bila bakteria dah berkampung dalam berus tu dan dipindahkan ke muka. So kenalah amek inisiatif mencuci berus² tu.

Caranya mudah je sebenarnya. Hanya perlu sediakan bekas air, shower gel/cream dan air. Kalau ada baby shampoo lagi bagus. Sebenarnya ada cleanser khas untuk cuci berus ni tapi memandangkan kita ni jenis tersangatlah malas nak mencari. So guna apa yang ada je.. Janji basuh bersih.

cara-cucibasuh-berus-make-up

Tengok berus yang kepam tu..Jom kita cuci.
Caranya :
1. Masukkan air ke dalam bekas ,tuangkan shower gel/cream dan kacau²
2. Kemudian celop²  je berus tu satu persatu dalam air dan gosok² dengan lembut ke atas tapak tangan.  Ulang step yang sama sampai rasa bersih.
3. Bilas dengan air bersih.
4. Dah siap basuh, picit berus untuk kurangkan air lebihan meresap kemudian balut dengan kain untuk keringkan sikit lagi.
5. last sekali biarkan berus kering.

cara-cucibasuh-berus-make-up

Hasilnya akan dapat berus yang bersih seperti berus baru beli. Ada cara lain?? Meh la share..Fiza tak pakar bab make up ni, cuma share mana yang tahu..huhu

Auto Post Signature

Auto Post  Signature