Caramel Cornflake Cookies

Caramel Cornflake Cookies salah satu biskut/kuih raya tanpa bakar yang mudah sangat nak buat. Tak leceh dan simple sangat. Bahan² pun sikit je untuk menghasilkan Caramel Cornflake Cookies ni. Cookies raya yang bakal Fiza buat nanti sebab tak perlu bakar dan senang!
caramel-cornflake-cookies
Sumber dari creationsbykara.com
Bahan 
1/2 cawan gula
1/2 cawan brown sugar
2 cawan mini marshmallows
1 cawan butter
1 tsp vanilla
7 cawan cornflakes

Cara²
1. Campur gula, marshmallow, dan butter dalam periuk/kuali, masak hingga mendidih dengan api sederhana. Biarkan selama 3 minit dan matikan api.
2. Masukkan vanila dan cornflakes, adun rata dan bentukkan menggunakan sudu dan biarkan sejuk.
3. Simpan dalam bekas bertutup.
*Kalau nak nampak lagi menarik, letak dalam paper cup supaya bentuknya terjaga dari berderai. Lepas tu tabur chocolate rice atau topping lain sebagai hiasan.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. fizahh buat kan kat lyssa eyyy ?
    yey xDDD

    ReplyDelete
  2. hurmm..ada balance cornflakes, boleh buat nih! hihi. tq for sharing :DD

    ReplyDelete
  3. ADUHAI, MCM NK MKN CORNFLAKES MADU LAKKK, NAFSUKU GOYAHHH Kak oiii, hehe~

    ReplyDelete
  4. kena buat nih..akak tak mula pun buat kuih raya lagi..malam ni la kot..:)

    ReplyDelete
  5. aduhhh sedapnya..ni kalau makan kat rumah raya mmg habiss

    ReplyDelete
  6. sedap nyer...
    mudah tapi tu la, aida punyer penyakit M memang da dtg di akhir ramadhan ni :)

    ReplyDelete
  7. sedapnye. cornflakes fav kite. tak kire ape jenis kuih jnji ade cornflakes. hehe.

    ReplyDelete
  8. sedapnya. yong buat cornflake madu.smbil buat, sambil ngapp.hehe

    ReplyDelete
  9. senang jer..
    boleh try raya thn dpn, kalau rajin ler.. heheheeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.