Wall Dish Drainer Jimat Ruang Dapur

Wall Dish Drainer Jimat Ruang Dapur | Bila dapur kecil dan barang dapur pun banyak memang boleh buat pening kepala dan rasa semak mata memandang. Lagi lagi bila tak sudah sudah tambah barang kan. Jalan penyelesaiannya meminimakan ruang dengan apa yang boleh.

Nak pasang kabinet dapur macam belum cukup bajet lagi kan. Tunggu lah ada rezeki lebih sikit bolehlah kita pasang lagi nampak kemas dan tersusun je. Tapi itu cerita kemudiannya. Bagi yang bajet ciput ni bolehlah buat cara Fiza ni haa..ala family kecil cukuplah dengan benda kecil dulu lah. Nenanti kita upgrade.

Kalau sebelum ni Fiza guna drying rack biasa yg 2 tingkat tu letak sebelah sinki. Dimana kedudukan lesung batu dalam gambar tu. Bila dah ada rak pinggan kat situ rasa semak dan tak cukup ruang pulak untuk periuk nasi, blender,oven dan kettle tu. Makan ruang habis.

Fikir punya fikir masa shopping kat IKEA tu hubby kata apakata beli jenis macam ni. Lebih jimat ruang kot kan? Kat bawah tu memang  boleh susun leklok barang peralatan elektrik yang lain siap ada ruang sikit lagi tu. 
Rasanya belum betul² kemas untuk buat demo ni
Bila dah letak Wall Dish Drainer tu memang lega sikit tengok ruang dapur ni. Untuk family kecil macam kami okaylah guna macam ni sebab tak banyak pinggan mangkuk yang digunakan seharian.

Sebelum susun cantik pinggan kat atas tu letak dulu kat dish drainer yang putih kat bawah tu. kalau tak habis lah basah kat atas tu walau ada alas pun. Takpe, yang penting kerja tu bersistematik sikit. Jangan malas sudah.

Guna style macam ni nampak kelainan sikit bahagian dapur tu.  Yang penting sangat menjimatkan ruang okay. Itu je nak cakap..Apepun citarasa setiap orang yang berbeza. Yang rajin ke dapur tahulah perasaan dia macam mana bila dapur sendiri terhias cantik dan ada ruang yang sedap mata memandang. Barulah semangat rajin memasak tu ada dan rajin ke dapur..gitu :p

BYGEL Dish Drainer - RM9.90/each

Harga masih mampu milik untuk dapatkan decoration dapur macam ni. Dapatkan  sementara harga tengah murah di IKEA..eh ko ni dah macam duta IKEA pulak. Ala... bagi idea je untuk yang nak menjimatkan ruang dapur tu. Kotlah ianya berguna. 
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. singgah sini ye . jom join segmen shahril yang terbaru .

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-masuk-ke-bloglist-shahril.html

    ReplyDelete
  2. alaaaa bestnyaa...mmg tahan yer fiza gantung camni..jimat betul ruang!

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarik..mmg menjimatkan ruang kan

    ReplyDelete
  4. betul tu fiza...jimat ruang.boleh letak barangan lain kat bawah tu kan...

    ReplyDelete
  5. Bagus fiza ni.. bg idea utk kteorg decorate space yg terhad..

    ReplyDelete
  6. bila tergantung macam tu dapat jimat ruang kann :D

    ReplyDelete
  7. salams fiza

    cantik dan kemas tersusun :)

    ReplyDelete
  8. Best..
    Jimat dan kemas.
    Kena beli nanti kat ikea nie.

    ReplyDelete
  9. Tahan tak bila gantung macam ni? Nak belilah satu nanti. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. Nad letak dekat pengering putih tu then letak kat rak pinggan...heheok mcm ni jimat ruang

    ReplyDelete
  11. Sya pun buat mcm ni juga fiza.. tp sejak pinggan dah banyak tak buat la..cuma apply utk Benda lain lah...mcm buat utk simpan barang hiasan gitu

    ReplyDelete
  12. guna ni space dapur nampak lapang. hehe

    ReplyDelete
  13. Simple dan kemas ..Lagi sedap mata memandang hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.