Tikar Getah Span

Dalam entry rak rempah ratus semalam ada bagitau pasal tikar getah yang dibuat untuk wallpaper untuk tutup tingkap tu kan. So kira kesinambungan dari entry tu kita cakap pasal tikar getah span ni ye. Selalu kita tengok tikar getah jenis PVC yang biasa kita dengar jenama ekonor atau wangsaga. Itu je la paling paling jenama yang Fiza tahu pun. sebab tak pernah beli tikar getah. =__='

Buat pertama kalinya beli tikar getah sendiri dengan hubby. Yang kami aim adalah corak. Nak dipadankan dengan cat kat dapur dan suasana dapur tu. Pilihan utama adalah bercorak kayu berwarna coklat.

Kamiorang pergi beli kat kedai area Kuala Pilah. Kebetulan balik kampung hubby. Tengok punya tengok terus berkenan kat corak kayu ni. Belek punya belek pusing depan belakang tengok macam lain je. Harga pun dua kali ganda harga tikar getah biasa semeter.

Adik tu kata ni jenis tikar getah span lebih bagus. Okay, kitaorang belek lagi.. buat eksperiment dulu..lipat sikit² nak tengok berkualiti ke tak dengan harga tu dan compare dengan yang PVC. Dah puas dok belek terus decide beli yang jenis span ni.

Tikar Getah Span

Bila lipat dia tak mudah terkoyak..flexible! Masa beli ni pun dia tanya nak lipat ke nak gulung? Fiza cakap lipat je senang nak letak dalam kereta pun.


Tikar getah ni dah lama ada di pasaran kot. dok google takde info yang bagus untuk dikongsikan so Fiza assume dah lama lah kan. Cuma bagi Fiza yang tak tahu ni kira sesuatu yang baru jumpalah. Jakun kejap! Made in Malaysia okay!


Sebab apa Fiza pilih jenis span sebab Fiza cuma nak tutup habis frame tingkap yang berkayu dan secara tak lansung jadikan wallpaper. Kalau beli jenis PVC agak berat dan lebih keras takut mudah koyak. Untuk tikar getah jenis span ni tak sesuai untuk lekat kat dinding sebab ianya agak tebal. Lebih baik beli wallpaper jenis PVC yang memang untuk dinding.

Untuk lantai Fiza rasa sesuai sangat sebab lebih selesa untuk dipijak lembut dan span bawah boleh serap air bawah tikar getah yang selalunya lembap kan.

Ada yang berminat nak beli jenis tikar getah span ni bolehlah tanya kat kedai tikar getah yang berhampiran rumah sendiri ye. Yang Fiza beli ni RM12.50/meter. Fiza nak beli 2 meter tapi ade extra sikit je lagi dia kata better beli 2meter setengah selebihnya dia bagi free. So beli je la habiskan. sepatutnya total RM31.25 tapi dia bagi diskaun cuma bayar RM30. Alhamdulillah rezeki..

Untuk tutup frame tingkap 3 panel tingkap dalam 2meter lebih. Phew~ Nasiblah beli lebih. Lagi satu kesilapan sebab tak ukur dulu..kuikuikui

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Replies
    1. hasilnya ada dalam entry semalam kak

      http://www.azhafizah.com/2015/01/rak-rempah-ratus.html

      Delete
    2. salam... hmm kat mane ada jual tikar ni???? nak cari jgak....

      Delete
    3. kat mana ye nak cari tikar jenis ni....

      Delete
  2. cantik....nak cari jugak la...nak boh dalam bilik....

    ReplyDelete
  3. akak nak cari jugak la..nak letak kat tingkap dapur..pelik umah akak ni..tengah2 dapur ada tingkap..bila entah nak cukup duit.nak ubah suai dapur.nak bagi jadi cam dapur chef wan..ekekekek..

    ReplyDelete
  4. wah..mesti sedap nak pijak. ada rezeki boleh sambar satu la

    ReplyDelete
  5. oo.....kira tikar getah ni jenis ada gam la ye dibelakangnya tu? mcm wallpaper la kan

    ReplyDelete
  6. Salam kak. Tmpt tu Kt pilah kn?? Leh x kak bg alamat or nama kedai or kordinate ke. Sbb sye Dh lme Cri tu. Kebetulan Uma dekat seremban je.

    ReplyDelete
  7. Salam kak.Kt area pilah kn tu. Leh Xbg alamat or name kedai or kordinate ke ?? Sbb sye Dh lme Cri. Kebetulan sye dduk senawang je.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..kedai ni kt mne ye..jln utama yg mne..landmark yg terdekt...tgh cri jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni kat jalan utama. Nama kedai Yusof. Tak pasti landmark apa yang berdekatan..cuba cari nama kedai Yusof tu

      Delete
  9. Cantik corak tikar ni .mesti kualitinya bagus kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.