Bidai Dapur

Sebenarnya beli bidai dapur ni secara tak sengaja lepas ternampak dan rasanya sangat berguna untuk dapur kecil kami. Lama jugaklah dok belek belek okay ke tidak nak letak kat dapur ni. Adalah orang tu dia yang beria nak beli. Fiza pun beria kan juga..hihi.

Dah nama pun beli secara tak sengaja, dah tu memang tak tahulah ukuran tingkap dapur rumah tu. Ingatkan semua tingkap untuk 2 panel sama tapi kiraan kamiorang silap. Bajet dah ukur cantik pakai agak agak tu dah tepat dah. balik balik tengok bila nak pasang tak cukup panjang. Tak penuh tutup habis tingkap..Haaa..pening pulak kepala kita ni.

Fikir punya fikir,adelah idea nak buat macam ni..Tolak langsir tu ke tepi nak jugak bagi cover tingkap sebab bila pasang lampu waktu malam akan nampak dari luar. Kalau siang takpe sebab dari luar tak nampak kat dalam sebab tu nak tak nak memang kena cover tingkap.

Cuma bila menggunakan bidai ni senang sikit lah nak manage cuma tarik dan lepaskan untuk waktu siang bagi cahaya masuk nampak terang. Dan malam memang tutup habis.

Bidai Dapur


Lagipun ianya sangat pratikal dan material pun bagus dari menggunakan langsir. Kan? Nampak jugak kekemasan kat situ cuma kurang sedap mata memandang bila terselit pulak langsir kan situ. haa korang kalau nak membeli barang yang berkaitan kenalah ukur dulu ye.

 TUPPLUR Block-out roller blind-RM89 .


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Bagus bidai mcm tu.ringkas pun ringkas kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..senang nak cuci kalau kotor pun..sangat berbaloi beli :)

      Delete
  2. betul kak. pakai bidai lebih better dri langsir.

    ReplyDelete
  3. ada jugak ukuran2 nya ye fiza...nak beli la nnt bila rumah da siap..xpayah guna langsir

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ukuran jijah..untuk 1 panel, 2 panel and so on..memang xyah guna langsir

      Delete
  4. Ok gak pakai bidai..lagi senang nak bersihkan berbanding langsir..good sharing kak fiza

    ReplyDelete
  5. senang ada bidai. tak leceh sgt nk jaga mcm langsir. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memudahkan kerja suri rumah disamping menjaga kecantikan dapur :)

      Delete
  6. suka tgok blog ni DIY Rumah sbb kite ni x de idea

    ReplyDelete
  7. Ringkas dan menarik..Sesuai la utk ruangan dapur..harga takde la mahal sgt msih mampu milik hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.