Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

leaderboard-07

Cerita afzalsukasuki

Ranking Alexa Blog Sihatimerahjambu 27 December 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ranking Alexa Blog Sihatimerahjambu yang di ambil pada 27 December 2014 nampaknya jatuh merundum terus. Tahun 2015 kena usaha lebih la ni. Harap boleh capai target yang masih belum tercapai tu. Tahun baru kita buat rekod baru pulak ye.


Ranking Alexa on 13 February 2014
Global Rank : 188,705
Rank In Malaysia : 953

Ranking Alexa on 17 February 2014
Global Rank : 173, 391
Rank In Malaysia : 928

Ranking Alexa on 6 March 2014
Global Rank : 152, 599
Rank In Malaysia : 705

Ranking Alexa on 1 April 2014
Global Rank : 132,290
Rank In Malaysia : 870

Ranking Alexa on 6 April 2014
Global Rank : 127,935
Rank In Malaysia : 808

Ranking Alexa on 12 April 2014
Global Rank : 122,899
Rank In Malaysia : 863

Ranking Alexa on 26 May 2014
Global Rank : 132,013
Rank In Malaysia : 1044

Ranking Alexa on 8 Jun 2014
Global Rank : 134,738
Rank In Malaysia : 881

Ranking Alexa on 21 Jun 2014
Global Rank : 131,112
Rank In Malaysia : 747

Ranking Alexa on 10 Julai 2014
Global Rank : 114,554
Rank In Malaysia : 529

Ranking Alexa on 12 August 2014
Global Rank : 117,268
Rank In Malaysia : 1027

Ranking Alexa on 10 September 2014
Global Rank : 114,913
Rank In Malaysia : 898

Ranking Alexa on 9 October 2014
Global Rank : 122,458
Rank In Malaysia : 595

Ranking Alexa on 24 November 2014
Global Rank : 106,508
Rank In Malaysia : 708

Ranking Alexa on 27 December 2014
Global Rank : 118,003
Rank In Malaysia : 1208

Check rank Blog >>www.alexa.com

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Al Fatihah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Banyak sungguh dugaan dalam bulan disember ni. Terutamanya dugaan kehilangan mereka yang tersayang dan juga mereka yang dikenali. Paling besar dugaan buat abah sebab hari abah nak pergi umrah ( 17 December 2014) adik abah  yang kamiorang panggil Uteh telah meninggal. Abah memang tak dapat nak melawat.

Balik umrah (28 December 2014) jiran sebelah rumah kat kampung meninggal, abah mak sekali lagi tak dapat jumpa buat kali terakhir. Abah ada belikan jubah untuk arwah. sedih =__='. Walaupun hanya jiran juga merangkap sedara kira rapat juga sebab dari kecik dah berjiran. Jiran yang dah macam keluarga, rajin tegur dan senyum..Kini tiada lagi. 

Hari ni (31 December 2014) adik abah seorang lagi meninggal dalam keadaan abah yang masih lagi tak tak sihat apatah lagi lepas balik umrah ni kan. Bermacam berita yang mengejutkan.

Al Fatihah buat mereka yang telah pergi...
Kita juga dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang didapati terhempas di Selat karimata (Laut Jawa). Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam.

Berat sungguh menerima dugaan kehilangan orang yang tersayang. Moga kita tabah menghadapinya. Setiap yang hidup pasti akan mati dan mati itu pasti.

Malam ni InshaAllah akan gerak balik kampung dan akan bercuti lama. Maaf kerja terpaksa ditangguhkan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom join Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan. Klik Banner untuk join.


Bagi segmen ini 5 orang pemenang akan dipilih secara random dan mestilah menepati syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Hadiah merupakan topup prepaid maxis/digi/celcom atau apa-apa yang dijual dikedai topup. 

Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang

Tempoh segmen berlangsung
19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang 
 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah 
 Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Wordless Wednesday #140 | Kahwin Oh Kahwin


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sumber dari Facebook

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

Segmen Kapas Putih January 15 Bloglist


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jemput rakan rakan blogger join Segmen Kapas Putih January 15 Bloglist

[Klik Banner]
Syarat senang wajib ikut:

Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Segmen ni berakhir pada 11.59 pm, 31 December 2014.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Design Header Blog Catatan Seorang Suami


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sambung kembali entry artwork yang dah lama tak berupdate. Kali  ni tukar Design Header Blog Catatan Seorang Suami yang dulunya Fiza pernah design untuk blog jugak. Masih gunakan gambar yang sama untuk header tapi tukar tajuk dan juga tagline gitu.

Inilah hasil design header Blog catatan Seorang Suami. Simple dengan tulisan tu ^__^


Full view

enciksuami.blogspot.com


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Bantuan Untuk Mangsa banjir


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jumaat. Melihat dari gambar yang dikongsikan di facebook, air banjir masih membanjiri bumi pantai timur. Diharapkan segala bantuan tidak akan putus dihulurkan dan moga semua mangsa banjir berada di dalam keadaan selamat.

Bagi kita yang jauh bolehlah sama sama hulurkan bantuan kepada mereka. Moga bantuan ni sekurang kurangnya dapat meringankan beban dan membantu mereka.

Sumber dari DAO
Hari ni di seremban dari pagi hujan tak berhenti henti, risau pulak akan berlaku banjir di Johor pulak nanti. 

"Ya Allah,perintahkanlah bumi ini supaya telan air-Mu dan perintahkanlah langit agar hujan berhenti"- Surah Hud, ayat 44 -



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
25 Comments
Share :

Wordless Wednesday #139 | Banjir Besar Kelantan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sumber dari Utusan

"Ya Allah,perintahkanlah bumi ini supaya telan air-Mu dan perintahkanlah langit agar hujan berhenti"
- Surah Hud, ayat 44 -
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Tenggelam Timbul


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alahaiii tuan blog asyik tenggelam timbul je update blog ye. Nampak sangat kesibukannya tu. Bulan Disember penghujung tahun 2014 penuh dengan bermacam macam benda. Selalunya nak closing memang sibuk semacam je kan. Tinggal sempat tak sempat je la.

Sumber dari google

Bila blog kejap update kejap tak ni mulalah ranking alexa jatuh merundum dan yang sewaktu dengannya. Takpe, lepas ni kita usaha lagi ye..Apa pun Terima kasih sudi singgah sini walaupun blog tak berupdate. Macam biasa bila free baru blogwalking dan komen secara pukal okay :)

Blogger yang ada buat segmen atau contest boleh tinggalkan link di kotak komen ye. Boleh Fiza join sekali. Berupdate jugaklah blog Fiza nanti dan juga memeriahkan dunia blog.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

IKEA Family


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lepas hantar mak abah semalam terus berdesup ke IKEA. Dah macam tempat wajib pergi pulak kalau dah ke KL tu. Misi mencari apa pulak kali ni? Misi mendeco rumah sentiasa berterusan. Nak meminimakan ruang yang ada dengan barang IKEA yang flexible, exclusive, simple dan berquality. Almaklumlah rumah tak berapa nak besar so bila ruang terhad, kenalah guna something yang betul² fit.

Semalam beli barang tak banyak harga masih lebih kurang sebelum ni. Ehem, ada beli hadiah untuk top komentator November dan December juga. Baru sempat nak beli hadiah untuk Top Komentator November dan December dah get ready je la nanti.

Apa hadiahnya? Ada dalam plastik kuning tu...Tak nampak kan. ni namanya hadiah misteri. hehehe


Sampai rumah semalam ada surat dalam peti surat. Tengok² baru sampai kad IKEA Family ni. Selama ni guna temporary kad je. Cantik design kad ni. Lepas ni guna yang ini je la.


Asyik share barang je kan, decorationnya mana? Ada yang komen nak tengok katanya, Fiza tak sempat nak buat entry tapi setakat ni ada la jugak post kat instagram..Nak tengok kenalah follow instagram Fiza ye.

instagram.com/azhafizahmdnor


Nak deco deco rumah carilah IKEA..cewahh..gitu cuma susah bila IKEA ni takde cawangan kan..huhu =__='

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Mengerjakan Umrah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat jugak mak abah menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Umrah. Mengerjakan Umrah bersama dengan saudara mara dari #warisankutik iaitu warisan sebelah mak menggunakan perkhidmatan umrah Zaheen.

Buat pertama kalinya mak abah naik flight dan pergi tempat jauh memang merisaukan tapi ada saudara mara bersama bolehlah jaga jaga mak abah kat sana nanti.


Tak semua abang dan kakak ada, tak dapat bersama hantar mak abah atas urusan kerja. 

Semoga mak abah diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah. Semoga Allah melindungi mak abah di sana dan Semoga selamat pergi dan balik.



Sebak oii bila tengok mak abah pergi..Nak nangis tapi tahan je boleh? Nangis dalam hati..

Flight pukul 3:15 delayed pukul 3:28

Dari bertolak sampailah mak sampai sana asyik tengok ni je. Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah.


Baru sehari dah Rindu =__='. 

Ramai yang menunaikan ibadah umrah kali ni. Moga semuanya berjalan dengan baik. Selamat dan segala urusan dipermudahkan.Aminnn... Moga satu hari ada rezeki menjadi tetamu Allah juga.  Dan moga mak abah ada rezeki menunaikan haji pulak..InshaAllah...


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Wordless Wednesday #138 | Lady Driver


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sumber dari facebook

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
22 Comments
Share :

iniblogke 600 bloglist


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom join segmen 'iniblogke 600 bloglist' sempena post ke 600 katanya untuk berblogwalking dan masukkan ke dalam bloglist. Cara join cukup mudah cuma perlu buat :

  • Post bertajuk "iniblogke 600 bloglist"
  • Pastikan banner ni ada dalam entry & linkkan kat post ini
  • Tinggalkan url post  kat ruangan comment
  • 15 blog bertuah (random.org) akan dipilih untuk dimasukkan kedalam bloglist (Disember 2014 - Mac 2015)
Nak join klik je banner bawah ni



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Kurus dan Menang RM1000 Dengan Nikko Slimm Juice


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kurus dan Menang RM1000 Dengan Nikko Slimm Juice | Berita baik untuk mereka yang nak kurus sekaligus boleh menang RM1000. Nak tahu caranya? Sila baca entry sampai habis ye. Memang berbaloi kalau dapat pakej terbaik macam ni kan.

Semua orang nak kurus. Tapi nak kurus bukan mudah. Jiwa kena kental hadapi godaan dan makanan. Tambah lagi pulak takde masa nak bersenam dan dengan itu lemak pun bertambah tambah jika tak disiplin dalam pemakanan seimbang.

Memperkenalkan produk Nikko Slimm Juice yang rasanya sedap 'kurang-manis' berperisa raspberry sesuai untuk mereka yang nak kurus dengan usaha minima. Bagi yang takde masa nak bersenam dan sedang berdiet tu sesuai sangat ambil Produk Slimm Juice ni. InshaAllah ianya membantu dalam usaha untuk kurus.


Nikko Slimm Juice merupakan produk terbaru keluaran Nikko Beauty setelah Produk Placenta White berjaya memberikan kesan positive kepada pengguna dan menggemarinya. Antara banyak² produk kurus di pasaran banyak juga yang bagus tapi Nikko Slimm Juice  lagi bagus sebab Nikko Slimm Juice produk 2 in 1 iaitu detox dan fat burner.Nikko Slimm Juice mencuci perut dengan tindakan detox, barulah agen fat burner akan pantas bertindak.

Terbukti Berkesan!

Untuk kurus bukan senang sebab kita perlu amalkan diet iaitu pemakanan seimbang. Orang kata kalau tak makan nasi atau kurang makan nasi adalah cara cepat kurus. Tapi memang susah kita nak tinggalkan makan nasi tu kan. Boleh cuba cara diet gaya Nikko Slimm Juice sesuai untuk mereka yang susah nak tinggalkan nasi.

SARAPAN PAGI
  • Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice sebelum sarapan pagi
  • Jangan skip sarapan dan jangan terlebih makan sarapan.
  • Sandwich,oat,roti amat sesuai untuk bagi tenaga dan penuhkan perut
MAKAN TENGAHARI
  • Makan nasi satu genggam kecil/ 1 senduk sahaja
  • Lebihkan sayur, ambil lauk seperti sup ayam atau ayam bakar
  • Jangan selalu makan makanan bergoreng
  • Minum air mineral. Elakkan minum ais
MINUM PETANG
  • Makan buah buahan atau roti kosong. 
  • Makan OAT sangat digalakkan sebab ia mengenyangkan
MAKAN MALAM
  • Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice
  • Makan malam seawal bermula pukul 6 hingga 8 malam
  • Makan nasi segenggam kecil sahaja
  • Lebihkan lauk. Kalau mampu, jangan makan nasi.Makan lauk sahaja.Ini lebih baik 
Yang penting, ini adalah kelebihan Nikko Slim Juice yang patut anda semua ambil tahu. Sebab itu ianya adalah produk slimm yang terbaik di pasaran.



Dah bagi tips kat atas tu so bolehlah anda semua sahut cabaran Kurus dan Menang RM1000 dengan Nikko Slimm Juice.

Nikko Beauty, & Wellness, syarikat yang mengedarkan produk Nikko Placenta White kini mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko Slimm Juice.. Rata rata pengguna memberikan respon atau testimoni yang baik setelah menggunakan produk tersebut.

Harga
RM60/ sebotol

Pengambilan
Tidak perlu bancuh,terus minum sahaja 2x sehari. Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu

Status Produk
Nikko Slimm Juice lulus KKM dan Halal. Selamat digunakan.
Pihak syarikat ada melancarkan pertandingan Kurus Dan Menang. Setiap pengguna Nikko Slimm Juice layak menyertai pertandingan ini. Pemenang akan memenangi RM1000 jika berjaya turun berat badan sebanyak 10 Kg dalam masa sebulan. Antara syarat pertandingan :

Wajib ada bukti sahih sebelum dan selepas amalkan Nikko Slimm Juice.Ada gambar ‘before – after ‘

Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui saluran berikut :

Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513

Contest Mudah Nikko Slim Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Network dan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com

Apa tunggu lagi? Jom rebut peluang yang ada :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
27 Comments
Share :

Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014 yang dianjurkan oleh im4ufm.my kembali lagi di tempat yang sama di Shah Alam Convection Centre (SACC) Mall. Kali ini ada berita baik dan hadiah menanti untuk bakal pengantin dan juga tetamu yang hadir sepanjang MEFA 2014 berlansung.

Dengan adanya MEFA 2014 lebih memudahkan kerja bakal bakal pengantin dalam proses persiapan perkahwinan atau mencari inspirasi untuk hari bahagia yang bakal berlansung nanti.

Sempena MEFA 2014 berlansung, penganjur im4ufm.my akan mengadakan pelbagai jenis contest dengan pelbagai hadiah yang lumayan yang ditawarkan. Hadiah bernilai RM30, 000 tu. Rugi lah kalau tak join kan. Kalau dapat cabutan bertuah pun dah kira bertuah sangat tu. Memang patut kena pergi. Rebut peluang keemasan ni. Mana tahu tuah anda kan.

Untuk dapat tiket cabutan bertuah dan menang boleh baca Syarat  & Penyertaan di bawah ini. Antara hadiahnya adalah LCD TV, RM1000, Pakej Percutian Langkawi, Penginapan 2H 1M di Alami Garden Hotel dan juga cenderahati dari MEFA.


Bukan setakat penganjur je nak bagi hadiah, para para vendor pun tak ketinggalan memberikan bakal pengantin pakej yang terbaik siap boleh jimat lagi tu.


Pakej pakej yang ada memang sangat menarik ni. Kalau bakal bakal pengantin tengok ni mesti nak nak nak je ni. Sekurang kurangnya dapat mengurangkan sedikit bajet untuk majlis.


Kesimpulannya memang tak rugi datang ke MEFA ni. Boleh memberikan sumber inspirasi untuk perkahwinan impian anda sebab terdapat banyak vendor yang terlibat. Vendor vendor yang berpengalaman dan semestinya yang terbaik. Lagi berbaloi jika anda buat tempahan terus sebab boleh menang hadiah dan juga kalau dapat pakej yang menarik dah boleh jimat bajet

Yang bagusnya ada MEFA ni bakal pengantin boleh survey pakej yang ditawarkan mengikut bajet dan memilih vendor yang menepati citarasa majlis perkahwinan.

SENARAI VENDOR
Senarai vendor yang turut serta untuk Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014. Boleh check dulu mana yang berkenan nanti kalau dah berkenan senang nak buat tempahan. Ye tak?


ATURCARA PAMERAN
Bagi memudahkan, lebih baik semak dulu aturcara pameran supaya bolehlah bakal pengantin datang meluangkan masa rebut peluang keemasan ini. Tak kisahlah majlis lambat lagi pun. Nak datang cari ilham untuk bajet kahwin pun boleh nak teman kawan pun boleh.Takde masalah sebab masuk adalah percuma :)



Jangan lupa ye #savethedate. Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang!
Tarikh : 26-28 Disember 2014 ( Jumaat-Ahad)
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC)

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang contest:
Website : www.im4ufm.my/once-upon-a-wedding-mefa
Fanpage : www.facebook.com/mefaevent

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Design Full Template Blog Azwar Syuhada


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Design Full Template Blog Azwar Syuhada agak berlainan dari layout yang pernah Fiza design sebelum ni. Azwar request warna gold dan design mengikut beberapa contoh blog yang Azwar suka. Walaupun ada contoh beberapa design tapi masih mengekalkan kelainan supaya setiap design tu berbeza.

Dan bila semunya bergabung, inilah hasillnya. Nampak sangat menyerlah. Fiza suka warna ni dan ditambahkan dengan warna pastel. 

Full view

miss-azwarsyuhada.blogspot.com


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Kembali Update


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setelah 3 hari tuan blog dan blog bercuti hari ni baru muncul kembali update. Seriously bila bercuti kat kampung tak sempat nak update ape pun, nak buat autopublish memang tak sempat sebelum bercuti. Bila kat kampung banyak aktiviti nak dibuatnya.


Alhamdulillah kenduri doa selamat berjalan dengan baik. Esoknya pulak kakak Fiza masuk ward sebab bleeding nasib juga tak jadi apa² sebab baru kandungan baru 7 bulan. Sabtu pulak ada kenduri kahwin rumah sedara. Ahad pulak sibuk kemaskan barang² dan persiapan mak abah menunaikan umrah..phew~ Memang takde masa lansung nak menghadap blog.

Korbankan masa berblog seketika untuk sesuatu yang lagi penting. Hari ni kena pulun siapkan pending job. Ada masa Fiza jejak balas ye kawan kawan..Terima kasih masih sudi singgah sini ^__^


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Kuih Badak Berendam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pagi pagi ni breakfast Kuih Badak Berendam. Awal awal sebelum balik kampung dah order kat kakak dulu. Pagi ni dia balik kampung dah siap dah..Ni yang best ni,kalau balik kampung order je nak makan ape memang siap je dibuat. Tak pernah menghampakan! Almaklumlah diri sendiri tak pandai buat nak buat sedap sedap.


Kalau kat negeri sembilan dipanggil kuih sopang.. Baru tahu nama ni sebab MIL pernah buat masa balik kampung hubby.

Pulunlah makan kuih badak berendam pagi ni. Lepas ni siap2 buat persiapan untuk kenduri doa selamat malam ni mak abah nak pergi umrah minggu depan. Semoga semuanya dipermudahkan. 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Design Full Template Blog Sihat & Cantik


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Design Full Template Blog Sihat & Cantik order dari Kak Nana. Design bertemakan warna ungu (purple) dan juga warna kelabu (grey) dengan beberapa tona warna kedua duanya. Untuk design kali ni sama je layout dengan sebelum ni cuma scallop atas tu bila scroll dia akan berada kat bawah je la so tak kacau pandangan untuk entry.

Design simple tak terlalu banyak guna graphic untuk sidebar dan title post. guna coding untuk hiasan je. Inilah hasilnya.

Design Full Template Blog Sihat & Cantik
Full view 

inibelogsihat.blogspot.com

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Wordless Wednesday #137 | 5959


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Design Full Template dan Name Card Blog Nurie.Sya.Nadia


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Design Full Template Blog Nurie.Sya.Nadia bertemakan warna coral pink, nude dan juga poppy red. Gabungan warna soft dan juga warna terang nampak menarik ni. Terbaik pilihan warna dari Nadia. Untuk Blog Nadia ni template macam biasa yang pernah Fiza buat sebelum ni.

Dihiasi dengan corak lace biar kena sikit dengan gambar pengantin berbaju lace tu kan. Design header simple sebab yang lainnya dah sarat dengan corak dan lace. 


Ini pulak design Name Card Nadia. Seiring sejalan dengan design blog.
Thanks Nadia sudi order design Blog. Jom singgah ke Blog Nadia.

nadiaradzif.blogspot.com


Klik untuk tempahan Design Blog

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Di Mana Nak Dapatkan Buah Kundang?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada sesiapa tahu di mana nak dapatkan Buah Kundang? Ada seseorang email Fiza bertanyakan samada musim kundang ke kat Johor sebab isterinya tengah mengidam sangat nak buah kundang. Kebetulan agaknya google terjumpa blog Fiza ada cerita pasal buah kundang, terus dia email.


Tapi tulah Kat kampung kat Johor bukan musim buah kundang sekarang ni. Tak dapatlah nak membantu. Kalau tempat korang ada musim buah kundang sekarang bolehlah korang bantu jual pada dia. Boleh contact email : ewhizzard@gmail.com atau korang boleh tinggalkan komen kat sini dan Fiza akan forwardkan pada dia. Terima Kasih :)

Harap usaha suaminya berhasil demi ibu mengandung kan. Saya sekadar membantu :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu Farha nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
21 Comments
Share :

Lasagna Sedap Dari D'Niena Kitchen


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terliur pepagi tengok gambar Lasagna Sedap Dari D'Niena Kitchen ni. Ini kali kedua beli sebab masa pertama kali beli tu memang rasa sedap sangat! Makan sikit sikit sebab sayang nak habiskan. Sampai licin bekas dikerjakan. Siapa yang tak terliur bila tengok gambar lasagna ni kan.


Memang betul apa di kata"Sekali cuba pasti nak lagi". Sebelum ni Fiza order by Whatsapp je dan delivery sampai ke depan rumah dengan FREE delivery tau. Memang terbaik service dari D'Niena Kitchen ni. 

Kali kedua Fiza beli terus dekat Booth D Niena Kitchen kat Mydin Seremban2. Tapi booth ni untuk dua hari last weekend je la. So memandangkan memang nak ke Mydin beli barang bolehlah singgah beli dan jumpa Owner D Niena Kitchen sekali kan. Jangan kecewa kalau tak dapat pergi beli kat booth, macam biasa boleh order untuk delivery.

Ini Packaging Lasagna. Dalam aluminium foil container. So boleh panaskan kalau lasagna kurang panas atau sejuk. Siap sekali dengan sudu. Senang nak makan terus..hehehe


Isi dalamnya hampir penuh cukup rasa cukup segalanya. Suapan pertama mesti buat korang rasa nak cakap sedap je setiap kali suapan. Seriously sangat sedap dan Fiza rasa sangat berbaloi dengan harga dan rasa. Cukup cheese, cukup inti, cukup rasa masam, cukup rasa manis, cukup segalanya. Marvellous lah!


Setiap kali beli mesti licin macam ni ha.


Inilah dia owner D'Niena Kitchen

Ehem..untuk orang seremban, silalah order untuk rasainya kesedapan Lasagna Dari D'Niena Kitchen ni. Selain Lasagna(RM12) ada juga Baked Meat Ball (RM10) , Baked Rice (RM10) dan juga Chicken Chop(RM12). Harga sangat berpatutan dan puas hati dengan rasa. Jom Order!

Delivery hour
Lunch : 12:30pm-3:30pm
Dinner : 8:00pm-10:00pm

Facebook : www.facebook.com/shahizatul.ainah
Instagram : instagram.com/shahizatulainah
Whatsapp : 0137119849


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Home Decoration IKEA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau tengok Home Decoration IKEA kat showroom IKEA ni mesti rambang mata nak deco deco rumah style IKEA. Dua minggu lepas pergi lagi IKEA beli barang yang tertinggal nak beli katanya. Kebetulan dah ke KL so haruslah singgah terus kan.

Sebelum kita shopping kita singgah showroom IKEA dulu cuci mata dengan Home Decoration IKEA. Kot ada yang terbekenan boleh listkan dulu ye tak. Dan semestinya kalau pergi IKEA ni selalunya mesti barang terlebih dari senarai, rambang mata punya pasal. Nasiblah IKEA ni jauh, kalau dekat memang seminggu sekali pergi..eh?

Fiza paling berkenan dengan decoration living room bertemakan english style ni. Sangat putih suci murni dan semestinya nampak bersih. Untuk living room macam ni kenalah pastikan bersih selalu. kalau ada anak kecil memang takdelah nak buat macam ni kan. Perabot bewarna putih memang mudah kotor tapi kalau pandai jaga memang cantik sangat mata memandang. Semua serba putih, so english!


Decoration bilik tidur pulak Fiza suka yang macam ni. Menggunakan ruang dengan sebaik mungkin. Katil letak depan, ada tirai/langsir dan disebalik tirai belakang katil tu ade dress table. So ohsem deco macam ni, Serius suka! Nanti nak buat macam ni lah kalau ada rezeki. InshaAllah....Buat masa sekarang ruang tak mencukupi.=__='


Untuk mereka yang bujang sesuailah deco bilik tidur macam ni. Simple je dan nampak luas walau bilik kecik. Tips: Nak ruang nampak luas, letakkan cermin dinding yang besar supaya berikan kesan ruang yang lebih luas.


Ini decoration yang paling ohsem. Lengkap semua ada! Selesa pun selesa. Memang terbaiklah nak buat kerja dengan suasana macam ni.


Kita jarang deco deco ruang luar rumah kan. Apakata kita buat style macam ni. Kalau nak buat style macam ni kat ruang dapur pun boleh. Sedap mata memandang dan bertambah selera nak makan. Entah entah nak duduk sini jela menikmati suasana kan.


Ok, cukup²lah cuci mata tu dah cukup bersih dah tu. Hihi..Snap mana yang suka untuk sumber inspirasi home deco akan datang. Dah siap senaraikan apa yang patut jom kita ambil barang Kat Self-Serve Furniture Area.

Kat Self-serve Furniture Area, Ground Floor ni pun boleh buat rambang mata. Yang takde dalam list pun korang boleh tergoda untuk ke dua kali..AWAS! Jaga mata..Ambil yang perlu je :p


Barang banyak sangat tapi tak susah nak mencari barang kalau korang dah listkan barang berserta coordinate barang tu yang ada pada tag.


Sebelum ke sini masuk dulu ke Markethall. Dan hasil shopping hari tu.


Total damage

Hujung tahun kita shopping lagi ye. Apa yang bestnya decoration IKEA ni dapat meminimakan ruang yang kecil jadi luas. Design yang simple tapi exclusive. Untunglah kalau dapat sponsor home deco IKEA macam dapat sponsor setahun dari Zalora tu kan.

Misi shopping lagi

www.ikea.com/my/en


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
33 Comments
Share :
DISCLAIMER
All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [December 13, 2016] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.
[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Follow @azhafizah.mdnor