Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Pakai Botox Lebih Selamat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pakai Botox Lebih Selamat? Ini dah jadi isu panas botox ni nampaknya. Tak bahaya ke suntik menyuntik ni? Kalau ye pun nak cantik tak kanlah sampai nak suntik bagai. Kalau cakap pasal botox tu mesti nak fikir pasal suntikan botox

Tapi Botox yang Fiza nak share dengan korang ni adalah BOTOX SELAMAT sebabnya ianya KRIM BOTOX. Bukan botox suntikan tu ye. Ini betul betul Botox selamat untuk muka.

Ini adalah berita hangat botox yang korang perlu tahu untuk tegangkan kulit muka seperti suntikan botox.  Botox Cream ni merupakan produk terbaru keluaran MZ Secret yang bakal laris dan terhangat di pasaran tak lama lagi.


Botox Cream MZ Secret

Semua orang nak cantik! Ye, memang semua orang nak nampak cantik. Dengan pemakaian Krim Botox/ Botox Cream ni kesan dapat dilihat seawal 14 hari dimana wajah terasa tegang dan gebu. Cara pakai pun senang dan mudah , hanya sapu di muka setiap pagi dan malam secara konsisten untuk dapatkan kesan yang terbaik.

Tentang Botox Cream
Dirumus khas untuk memberikan protein kolagen, membaharui sel-sel, dan sebagainya. Sekali gus menjadikan kulit kelihatan lebih muda, tegang seperti suntikkan botox.

Apakah Rahsia MZ Secret Krim Botox?
  • Menegangkan Kulit Wajah
  • Melambatkan proses penuaan,kulit tampak awet muda
  • Menghilangkan Masalah garis garis halus di muka
  • Kulit nampak putih secara Natural
  • kulit sekata dan tidak berminyak
  • Pori mngecil,
  • Menghilang Jerawat dan parut-parut jerawat
Siapa yang boleh pakai Botox Cream
Cream Botox sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit normal atau sensitif juga boleh gunakan dari umur 18tahun sehingga umur 60 tahun

Keistimewaan Botox Cream
  • Kesan dapat dilihat seawal 14 HARI penggunaan
  • Terdapat Pakej untuk PENGHANTARAN PERCUMA Ke SELURUH Malaysia
  • JAMINAN Wang di kembalikan
  • Tiada Kesan sampingan/negatif
  • Sesuai untuk LELAKI & WANITA
  • DIJAMIN HALAL
  • Mendapat Kelulusan KKM
  • DIJAMIN sampai ke alamat anda dalam 2-3 hari bekerja

MZ Secret juga sedang mencari Agen Botox untuk menjadi Pengedar Botox Cream. Bagi mereka yang nak jadi agen buat botox bolehlah terus hubungi di link bawah ni.

Untuk maklumat lanjut :
website : www.mzsecret.com

Botox Cream MZ Secret
Kecantikan memang keutamaan bagi seorang perempuan. Memiliki Kulit yang cantik dan sihat memang menjadi idaman. Tak rugi mencuba Botox Cream ni. Yang penting Botox selamat tanpa suntikan botox dan tanpa kesan sampingan. Botox Cream yang boleh dipercayainya. InshaAllah...Jom dapatkan Cream Botox.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Jangan Tertipu Dengan Scam/Penipuan Dalam Talian


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jangan Tertipu Dengan Scam/Penipuan Dalam Talian. Awas!!! 16 October 2014 lepas ada terima dari panggilan dari 'withheld number'. Selalunya number yang tak kenal, takde nama, private atau yang sewaktu dengannya memang susahlah Fiza nak angkat. Kalau untuk bussiness pun Fiza lebih prefer sms/whatsapp. Cuma tu lah kan kalau ada panggilan urgent ke emergency ke risau juga.

Ntah kenapa tetiba hari tu nak angkat panggilan dari 'withheld number' ni. Selalunya insurans yang akan call. Bab insurans ni dah malas nak layan dah sebab dorang ni kalau cakap kita busy sibuk juga dia nak bercakap. Kekadang tak faham bahasa dan tak hormat orang pun ada jugak. Asal dengar insurans je memang malas nak layan ni. Maaf lah ye bukan kurang ajar tapi rasanya alasan 'sibuk' tu takde lah kurang ajar dan itu lebih sopan kot.

Okay, lupakan pasal insurans tu kejap. Lepas Fiza angkat call dari withheld number tu, katanya dari Maybank Visa. Pelik pulak lak bank rajin sangat nak call. Dia tanya pasal debit card,valid bila? Tarikh luput bila? Lepas tu dia tanye debit card tu ada bersama ke tak untuk check? Err..dah macam pelik lagi tu.

Pihak bank selalunya akan inform benda penting tukar kad pun kat website,atm atau melalu surat. Takdelah rajin nak call sorang² pengguna kan. Disebabkan sekarang dah banyak penipuan ni kenalah ambil langkah berjaga² dalam apa² pun. Bila dia dah tanya macam tu Fiza cuma jawab 'kad takde kat saya sekarang'. Then dia kata dia akan call esoknya. Fiza just cakap okay je padahal esoknya dia call Fiza tak angkat. Dan Fiza tengok bukan setakat withheld number je yang call tapi adalah number yang kerap call lately. 0320806200, 0322609888, 0321763666 antara number ni ada sesiapa pernah angkat tak?

Salah satu number tu Fiza pernah angkat dulu dari insurans tapi kurang jelas penjelasannya terus Fiza tak layan tapi memang kerap call. Rasanya semua number tu dari agent yang sama lah kot. Agak annoying bila sangat kerap call. Tapi selepas google ada dua number yang tergolong dalam kes yang tidak jelas dan mungkin lebih tepat lagi dalam agent penipuan.

Kebetulan baru baru ni jugak ada kawan facebook share pasal penipuan panggilan dalam talian. Dan paling mengejutkan suara dan dialognya memang sama dengan panggilan yang Fiza dapat tu. Cumanya panggilan Fiza stop sampai dia tanya kad ada bersama ke tidak tu je. Nasib baik Fiza alert supaya tidak mendedahkan data peribadi kepada orang yang dikenali kecuali urusan rasmi. Lagi lagi berkenaan dengan kad atm. Jangan sesekali bagitau orang lebih lebih lagi 3 angka belakang kad tu. Itu lagi penting, kalau orang tahu boleh habis licin duit dalam bank tu.

Korang dengar sampai habis ye. Terbukti menipu je kerja dorang ni.



Lagi satu kalau agent insurans bila dorang merakamkan panggilan ni dan berjaya mendapatkan number yang diperlukan dorang akan membuktikan yang kita ni setuju melalui rakaman tanpa hitam putih. Dan setiap bulan duit secara automatik akan dipotong tanpa kita sedar. Ini pengalaman husband masa dia study dululah. Dia terus call bank dan bank cakap memang ada agent insurans yang buat perjanjian melalui rakaman dan nasib baik bank boleh stop kan. Kalau tak memang habis duit setiap bulan, dahlah masa study kan. Bukan ada duit sangat pun.

Siapa dalang dalam scam/penipuan dalam talian ni kan?? Dalam link yang Fiza share tu ramai dah terkena dan hampir tertipu kalau baca dari komen yang ada. Siap gunakan nama besar pulak tu, maybank, maxis, insurans..

Harap semua lebih berhati hati tidak mendedahkan data peribadi ye. Apa yang Fiza buat untuk semua number ni Fiza dah set siap siap send calls directly to voicemail. Setiap kali dorang call terus masuk voicemail takde lagi panggilan annoying. Selalunya kalau ada number tak dikenali Fiza akan google dulu. Kalau diketahui number tu dari mana Fiza akan angkat kalau tak memang taklah nak angkat, dan kalau kerap call Fiza angkat sekali. Kalau katanya dari company insurans Fiza save siap siap dan tengok dia call lagi ke tak..kalau asyik call dan dia tak faham jugak terus send calls directly to voicemail. Haa amik..senang kerja.

Pelik dengan manusia sekarang ni. Lebih berusaha kepada ke arah negative untuk mengaut keuntungan. Gigih betul dia call sorang² menjadi mangsa. Tapi itulah selalunya kena berhati hati dengan withheld number sebab susah nak detect kan. Moga kita semua tak menjadi mangsa penipuan.

Sorry terpanjang pulak bebel pulak.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
34 Comments
Share :

Fakta Mengenai Johor Dan Rakyatnya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Fakta Mengenai Johor Dan Rakyatnya yang rakyat Johor sendiri mengetahuinya tapi tidak orang lain. Mungkin?? Nak tahu apa dia? Boleh baca bawah ni :)

Johor Darul Takzim (JDT)
Credit Image : Google
  1. Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.
  2. Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
  3. Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.
  4. Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
  5. Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.
  6. Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.
  7. Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.
  8. Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO. 
  9. Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .
  10. Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.
  11. Orang Johor sebut menguap tu sebagai sangap.
  12. Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.
  13. Bila orang muar kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.
  14. Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.
  15. Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.
  16. Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia.
  17. Telur pindang adalah makanan orang Johor.

SAYA COPY SEBAB SAYA ANAK JATI JOHOR DARUL TA'ZIM 
PROUD TO BE JOHOREANS 
I AM JOHOREANS
^________^
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
31 Comments
Share :

Resepi Ikan Lais Masak Pais


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Ikan Lais Masak Pais resepi paling mudah nak memasak. Bahan bahan pun simple je tapi bahan bahan macam susah je nak dapatkan kat bandar. Kalau kat kampung kat kawasan rumah dah boleh  dapat dah tak perlu nak membeli. Ini resepi mak turun temurun. Salah satu favourite masakan kampung yang Fiza suka :)

Bagi yang tak tahu ikan lais ni, ikan lais adalah ikan sungai@ ikan darat. Kalau orang kampung tahulah kot. 

Resepi Ikan Lais Masak Pais

Bahan Bahan
Ikan Lais. 
Cili api ikut kepedasan yang korang nak
2 inci kunyit hidup
Garam
Belimbing buluh. Boleh juga gunakan asam keping atau air asam jawa.
Daun Pisang
Daun Kunyit

Cara Cara
1. Blend cili api, kunyit, belimbing buluh dan garam
2. Gaulkan bersama ikan yang telah disiang dan dibasuh. Biarkan sebati seketika.
3. Kemudian bungkuskan ikan yang telah digaul bersama daun pisang dan daun kunyit.
4. Masakkan di dalam pemanggang ajaib. kalau takde pemanggan ajaib boleh gunakan kuali dan tutup dengan tudung periuk. Biarkan sehingga masak. 


Sangat mudah kan? Selamat mencuba resepi dari kampung ni :) Resepi ni boleh juga di aplikasi untuk ikan lain juga. Ikut taste masing masing lah ye

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Salam Maal Hijrah 1436H - Doa Akhir dan Awal Tahun


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Maal Hijrah 1436H. Jangan lupa untuk membaca Doa Akhir dan Awal Tahun. Kita akan bertemu tahun baru hijrah 1 Muharram 1436H pada 25 October 2014. Bermulanya maghrib hari ni 24 October 2014 kita dah masuk tahun baru 1436H dah. Cepatnya masa berlalu dah bertemu tahun berikutnya.

Salam Maal Hijrah 1436H

Sebelum berakhir tahun 1435H, marilah kita sama² membaca Doa Akhir Tahun yang di baca 3 kali pada akhir waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib.


Doa awal tahun 1436H pula di baca 3 kali selepas waktu maghrib. Luangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir dan Awal Tahun ye.


Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun

Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

Doa Awal Tahun

Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.


Semoga Segala Kebaikan dan Keberkatan Menyertai Kita Semua. Kenangan semalam ditinggal pergi. Kini melangkah ke depan kerana Ilahi. Salam Maal hijrah untuk semua umat Islam. Sempena tahun baru ni tanamkan azam, lakukan penghijrahan yang terbaik untuk diri sebelum terlambat dan tidak menyesal kemudian hari. 


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Buat Duit dengan Affiliate


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Buat Duit dengan Affiliate salah satu cara untuk jana pendapatan secara online terutama untuk mereka yang bergelar blogger selain mendapatkan job advertorial, produk review dan sebagainya. Buat duit dengan affilliate ni boleh dilakukan dengan hanya menulis artikel di blog memandangkan seorang blogger kerjanya menulis di blog. Mudah? Ye, memang mudah.

Buat Duit dengan Affiliate

Affilliate bukanlah program Multi Level Marketing (MLM) tapi affiliate ni adalah komisyen bagi setiap jualan yang terhasil dari blog kita. maksudnya jualan yang terjual daripada link kita.

Walaupun ianya mudah tapi kenalah menulis dengan teknik dan strategi yang betul untuk menghasilkan pendapatan yang banyak. Nampak berbaloi kan dengan hanya menulis blog kita mampu jana pendapatan sendiri. Siapa yang tak nak.

Alhamdulillah setakat ni dah 2 kali komisyen Fiza di masukkan ke dalam akaun walau jumlahnya tak seberapa tapi menguntungkan sebab hanya perlukan modal menulis sahaja :)

Siapakah yang patut baca kitab ini?
  • Sesiapa sahaja yang ada blog. Siapa yang tak ada blog, sila buat blog. Lepas itu, baru dapatkan kitab ini untuk dibaca. Ini kerana, sebahagian besar bahasa yang digunakan hanya mereka yang pernah menulis blog sahaja yang faham.
  • Sesiapa sahaja yang dah ada blog. Tapi masih tak dapat apa-apa hasil dari blog mereka. Satu ringgit pun tak dapat lagi? Ok. Anda memang sangat kasihan.
  • Sesiapa sahaja yang dah ada blog. Tapi nak TAMBAH pendapatan yang lebih lumayan pada setiap bulan. Anda memang tamak. Tapi tak salah tamak pada tempat yang betul.
  • Sekali lagi, sesiapa yang tidak mempunyai blog. Jangan dapatkan kitab ini. Membazir masa anda sahaja.
  • Sesiapa yang dah berjaya dapat puluhan ribu ringgit setiap bulan, anda tidak digalakkan langsung untuk mendapatkan kitab ini.

Dapatkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu sekarang 

Harga lebih murah terhad untuk 50 orang terawal sahaja ye. Click "Dapatkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu Sekarang" di atas ni


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah dan Sedap


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah dan Sedap dah menjadi fenomena resepi makanan yang boleh buat korang kecur air liur. Tengok gambar je dah buat korang mengidam masa tu jugak. Betul tak? Sana sini orang dok post gambar " Jeruk Mangga Asam Boi" ni. Dah² lap air liur tu :p

Oleh sebab dah menjadi viral phenomena so ingin menjalankan misi mencari buah mangga petang ni kat pasar malam. Mesti ada mangga kampung yang rangup tu kan. Lagi sedap rasanya. Share dulu Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah ni nanti senang nak membuatnya. 

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
Credit Image :google dan tuan punya gambar 

Bahan Bahan
Mangga
Asam boi
Gula 
Garam
Cili api

Cara Cara
1. Kupas dan potong buah mangga, cuci dan tos hingga air agak kering.
2. Gaulkan buah mangga dengan semua bahan.
3. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Kemudian boleh menjamu selera.

Mesti korang dah buat dulu kan? Selain mangga, ada juga buat menggunakan apple hijau dan buah buahan lain yang sesuai untuk di applikasi kan dengan resepi ni. Terbaik!

Resepi Jeruk Mangga mudah

Tapi kalau yang ini tak kecur air liur lansung..hihihi
gambar dari whatsapp group family

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
35 Comments
Share :

Tutorial Letak Banner Di sidebar


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tutorial Letak Banner Di sidebar sangat mudah dengan menambah gadget html. Bagi blogger yang ada banner blog untuk exchange banner atau untuk advertising/promote blog di sidebar boleh cuba Tutorial Letak Banner yang sangat mudah ni. Contoh macam kat bawah ni.

Copy & Paste

1. Log in blogger.com
2. Dashboard. Click more options drop down menu dan click layout
3. Add gadget. Pilih HTML/JavaScript
4. Copy code di bawah ini

<center>
<img style="width: 200px; height: 200px;" src="URL Banner Image" />
<center>Ayat arahan </center>
<div style="text-align: center;">
<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="Link URL Blog"><img src="URL Image Banner Korang" /></a></textarea></center>

5. Paste di dalam kotak gadget HTML/JavaScript tadi. Delete ayat yang ada read more tu sampai habis.

Untuk editing :
width: 200px : size lebar banner
height: 200px : size tinggi banner
URL Banner Image  : 
Ayat arahan : cth : Copy & Paste
Link URL Blog :

6. Untuk view click rich text. Kalau dah okay tekan save.

Sangat mudah kan? Sesiapa sudi nak copy & paste code banner di atas dan letakkan di blog di alu alukan. Terima kasih :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Resepi Tempura Terung


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Tempura Terung versi melayu ala ala pisang goreng. Inspirasi dari resepi tempura versi japanese katanya. Selalu tempura ada udang, ubi keledek, keladi, cendawan dan terung. Tapi Fiza guna terung je la sebab itu je yang ada stok sekarang.

Untuk mereka pencinta sayur sayuran bolehlah cuba resepi mudah ni ye. Dah nama makanan jepun. Kenalah ada chopstick gitu. Warna pink wajib ada :)

Resepi Tempura Terung

Bahan-bahan
1 Biji Telur
1 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu tepung jagung
3/4 Air sejuk
Ketulan Ais
garam
Serbuk Lada Sulah
3 Biji Terung

Cara-cara
1. Potong terung secara sederhana nipis. Terpulang nak potong bentuk macamana pun. Basuh dan rendam dengan air supaya terung tak lebam.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur seketika. Masukkan air sejuk yang betul² sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak. Masukkan ketulan ais 1-2 ketul. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan serbuk lada sulah.
3. Gaulkan adunan menggunakan garfu.
4. Panaskan minyak. Celupkan potongan terung ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Makan bersama sos cili tambah mayonese dan juga cheese mayonese..sedap!

Credit resepi di olah dari : Sumber
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Homestay Berhantu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Homestay Berhantu? Macam seram je..Nak tahu seram ke tidak jom kita tengok Cerekarama TV3 Pukul 9.00 malam ni. Telefilem Homestay berhantu ni dah pernah di tayangkan di TV9. Bagi yang belum tengok stay tuned depan TV ye.

Homestay Berhantu
Credit Image :google
Sipnosis
Homestay Berhantu adalah komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.
Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah inap tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.
Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah inap.
Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah inap mereka.
Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia!

Selalunya Fiza layan online je. So anytime boleh tengok. hihi

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Karipap Gergasi Telur Rebus


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pertama kali makan karipap gergasi telur rebus rasa macam "eh, sedap giler kot!". Ada yang pernah makan karipap gergasi telur rebus? Apa bezanya dengan karipap biasa? Bezanya cuma size dan tambahan inti je. 

Karipap gergasi telur rebus besarnya yang Fiza beli ni besar tapak tangan je. Ada yang lagi besar kot. Baru betul gergasi.

Karipap Gergasi Telur Rebus

Inti karipap biasa yang super sedap. Cukup rasa pedas dan manis tu dan ada separuh telur rebus.

Karipap Gergasi Telur Rebus

Puas hati makan karipap besar macam ni. Tak rugi membeli. Harga satu RM1.00. Beli kat pasar malam je. Itu je tempat yang Fiza tahu ada jual karipap gergasi telur rebus ni. Memandangkan dah cakap pasal karipap ni, letak sekali resepi karipap gergasi telur rebus ni. Letak dulu resepi nanti senang nak buat. Ntah bila lah tu kan.

Credit resepi : Sumber

Bahan-bahan (dapat lebih kurang 16 biji karipap gergasi) :

4 biji telur direbus dan di belah 4

Inti kentang

4 biji kentang saiz sederhana
3 sudu bawang + bawang putih mesin
2 sudu rempah kari
2 sudu udang kering dimesin.
2 sudu minyak.
1 biji bawang besar dipotong dadu.

Cara-cara
1. Kentang di potong dadu dan direbus hingga empuk ( 10 minit)
2. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah kari dan udg kering
3. Masukkan kentang dan bawang potong dadu. Tambah sedikit air shj.
4. Sesuaikan rasa dan masak hingga kering.

Doh karipap
800 gm tepung
4 sudu marjerin dipanaskan
2 sudu teh garam
1 gelas air (anggaran)

Cara-cara
1. Panaskan marjerin dan terus masukkan ke dalam tepung dan di gaul hingga menjadi seperti serbuk roti
2. Air + garam dikacau hingga garam larut.
3. Masukkan air dan diuli hingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh 15 minit.
5. Timbangkan doh dgn berat 65 - 70 gm dan diuli menjadi berbola.
6. Canaikan bola tepung tersebut hingga menjadi bulatan yg nipis.
7. Masukkan 2 sudu inti dan 1/4 telur rebus.
8. Ditutup dan dikelim tepinya.
9. Goreng dlm minyak sederhana panas.

Ada masa nanti bolehlah kita mencuba ye. Fiza pun tak pernah lagi buat karipap ni.huhu =_='

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
39 Comments
Share :

Produk Kecantikan dan Kesihatan Murah²


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Produk Kecantikan dan Kesihatan Murah² je kat sini. Berminat nak beli terus sms/whatsapp je okay. Beli banyak ada diskaun. Siap² dah ada senarai. Nak beli senang terus order tak perlu nak pm harga dah. Ini lebih mudah mungkin.



Macam macam ada, boleh pilih. Baik punya promote ni tau :) Akan datang kalau nak beli boleh check senarai barang dan harga kat menu tab "List Products" kat bawah header tu.

Alpha Arbutin Soap Rm RM20
Alpha arbutin scrub RM 25
Alpha arbutin serum RM 30
Alpha Arbutin lotion RM45
Al Razi Soap RM 40
Babies Blink RM60
Babies Blink 5 in 1 RM80
Benefit Glamouriety 3 in 1 RM 25
Benefit Big 10 RM 40
Cathy choo 750ml RM 35
Cathy Choo 330ml RM 25
Collagen Facial mask RM 4
Dnars Skincare RM 59
Floral Mask RM 39
Harum malam RM 33
Kcolly RM 115
K White 38 RM 80
La bourse Shampoo RM 40
La bourse conditioner RM 45
La bourse serum RM 45
La bourse tonic RM 40
La bourse hair treatment RM 40
Mistine Egg white mask RM 15
Mistine Natural Mud Facial Mask RM15
Mistine Honey Facial Scrub RM 15
Marine Essence Soap RM 35
Marine Essence Soap 1 box RM110
Miracle slimming coffee RM 80
MZ Soap RM40
Moon Beam, Cha Cha Tint, High Beam RM 15/pc
Mini Brow Class RM 15
Naturactor RM 40
Nose up RM 10
NAKED Beauty Balm RM 35
NAKED Blusher RM 30
NAKED Concealer RM30
NAKED Eyeliner RM30
NAKED Fiber & Mascara RM 30
NAKED Mascara RM 30
NAKED Liquid Make Up RM35
NAKED Powder RM 30
NAKED Pallete RM35
Obuse lip tint 1 box RM 35
Obuse Eye Brow RM 25
Perla coffee RM 55
Perla Choc RM 65
Pati Ibu Putih Biasa RM20
Pati Ibu Putih Janna lawwa rm 80
Relian Mascara RM 30
Shiseido Mask , Lip Mask & Eye Mask RM1.00
**50 -500 pcs RM 0.60
**501 & above RM 0.45
Sabun double gluta RM 15
Tabita Set Exclusive RM230
Tofu body bath RM 30
Tofu Mask rm 25
Tofu lotion rm 25
Wonder glow rm 99
Variable Y RM 25
Vit C Pahang Pharma RM55
Viva Eye Brow RM 15

Harga tak termasuk Postage
POSLAJU - SM RM7 | SS RM10
Harga pos,ikut kuantiti & berat barang

Order : sms/whatsapp : 012 9072776

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel Murah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mana nak beli Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel Murah? Disini ada jawapannya. Sebelum tu nak review sikit Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel setelah 2 hari menggunakannya. Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel antara produk terlajak laris di pasaran.

Produk ini mengandungi 99.9% 24k emas yang telah dipermodenkan bersama nano-teknologi  dimana dapat membantu penyerapan ekstrak emas ini kedalam kulit.

Rata rata bagi testimoni yang positive. Antaranya bau wangi, kulit lembut, lembap, licin dan halus dan juga memutihkan kulit. Betul ke? Betullah tu..sebab apa?

Sebabnya Shower gel ni mengandungi 3 bahan utama yang penting untuk kulit.
  1. 24 K GOLD  sebagai anti penuaan dan awet muda
  2. GLUTHATHIONE untuk memutihkan kulit)
  3. PLACENTA untuk melembab, menganjal dan melicinkan kulit dan membantu peredaran darah dengan baik.
Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel Murah

Kesannya 
  1. Dapat memulihkan kulit kusam dan kasar. Mencantik dan melembutkan kulit kasar pada sekitar siku, lutut, celah paha dan pelipat
  2. Menjadikan kulit lebih licin, lembab dan cerah.
  3. Membantu peredaran darah dengan baik
Semua kesan ni boleh dilihat dalam masa 18 hari sahaja. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri.

Selama dua hari Fiza pakai Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel memang best. Bila mandi tu bilik air memang berbau wangi sangat sampai ke luar baunya kata hubby. Itu baru bilik air. Yang melekat kat badan ni, Confirmlah lebih bau wangi melekat dan bau wangi tu tahan lama melekat kat badan ni. suka suka suka.

Lepas mandi kulit rasa fresh. yelah lepas mandi kan memang fresh. Ok, ini serius! Kulit lebih lembut, lembap halus dan licin. Takyah dah nak pakai losyen lepas ni. Untuk kesan pemutihan tu Fiza tak nampak lagi. baru dua hari pakai kan. Tak sabar pulak nak tengok kesan putih tu.

Excited tau nak mandi selalu. Penangan Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel punya pasal lah ni. Kan dah terjebak dengan kesannya tu. Dahlah packaging comel. Siapa yang tak teruja nak ada satu kan. Untuk Fiza sorang 750 ml ni bolehlah tahan sebulan lebih. Tak rugi membeli untuk memanjakan diri sendiri kan.

Produk ini telah diuji oleh FDA dan ISO 9002
Fungsi 24k emas aktif aroma gel mandi: ia mengandungi 99.9% bahan foil emas tulen yang diuruskan oleh teknologi nano dan boleh diserap oleh kulit sepenuhnya. Ia akan menjadikan unsur-unsur mineral semulajadi menembusi terus ke dalam kulit asas, mengaktifkan kulit, menjauhkan dari faktor penuaan , menggalakkan metabolisme sel dan menghalang penuaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Pada masa yang sama, produk ini mempunyai pelbagai minyak wangi tumbuhan yang wangi dan boleh menyegarkan badan selepas mandi. Aroma berpanjangan akan membuat kulit anda sihat dan menarik. 

Cathy Choo 24k Active Gold Shower Gel Murah

Kalau korang nak mencuba boleh beli yang size kecil dulu. Kalau best boleh beli yang besar pulak. Kalau nak beli yang besar terus pun boleh.

Harga Promo
Size 750ml : RM 35 tak termasuk postage
Size 330ml : RM 25 tak termasuk postage
*HARGA PROMO TAMAT

Postage :
RM 7 for 1
RM 10 for 2


Untuk order boleh terus sms/whatsapp : 012 9072776 dan mention nama blog Sihatimerahjambu :)


Normal price : RM40 for 750ml

330ml OUT OF STOCK
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Petua Simpan Serai Tahan Lama


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nak share Petua Simpan Serai Tahan Lama pulak. Bila dah kahwin kenalah tahu petua lama lama dalam hal dapur ni nampaknya. Kalau ada yang dah tahu baguslah tapi kalau yang belum tahu meh sini Fiza nak bagitau.

Petua Simpan Serai Tahan Lama
Credit Image : google

Memandangkan ada kampung dan selalunya bekalan serai memang ambil dari kampung bila balik kampung tu. Sekali balik memang ambil banyak untuk tahan sebulan. Kalau beli kat kedai 3 batang je dah RM1.00. Tak berbaloi je rasanya kan. So kalau kat kampung ambil sekali banyak.

Bila dah banyak tu bukanlah nak kena masak hari hari letak serai je kan. Jemu pulak kita. So untuk tahan lama bolehlah simpan dalam peti ais sejuk beku yang kat atas tempat simpan ayam/daging tu. Ini mak Fiza yang bagitau, petua dari Mak lang Fiza katanya.


Petua Simpan Serai Tahan Lama
Credit Image : google

Apa mak cakap tu memang Fiza buatlah dan memang tahan lama. Masih lagi elok dan macam baru je lagi sebabnya dia hanya beku kan tapi dia tak kering atau mengecut. Kalau simpan kat luar atau kat peti ais bawah tu dia akan kering mengecut. Kalau tak percaya silalah cuba.

Kalau nak beli serai banyak sekali pun takpe untuk simpan senang bila masak je dah ada kan.

Atau ada petua lain?

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
32 Comments
Share :

Tutorial Auto Read More


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tutorial Auto Read More | Bagi blogger yang suka letak banyak entry dalam muka depan blog kenalah letak auto read more ni supaya lebih memudahkan blog untuk cepat loading. Kalau secara manual kita buat click 'Insert jump break'  ketika menulis entry. Tapi macam leceh pulak nak kena insert setiap kali tulis entry kan. Mana tahu terlupa ke.kan..

So kita terus buat 'auto read more' lebih mudah. Hanya perlu buat sekali dan terus applikasi pada semua entry. Cara nak buat pun mudah je. Ini contoh read more yang dimaksudkan. Rujuk pada bulatan merah dalam gambar di bawah ni.

Tutorial Auto Read More

Tutorial Auto Read More untuk blogspot

1. Log in bloggger.com

2. Pergi ke dashboard>>>Template>>Edit html
[save and back up template dulu]

3.Cari code </head>
[tekan ctrl + F serentak dan paste code atas ni didalam box untuk memudahkan pencarian]
2.copy code bawah ni and paste sebelum code </head>
<script type='text/javascript'>
var thumbnail_mode = "float" ;


summary_noimg = 450;

summary_img = 350;

img_thumb_height = 140;

img_thumb_width = 140;
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}
function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}
var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}
//]]>
</script>

Editing
summary_noimg = 450; jumlah patah perkataan yang muncul pada homepage pada entri tidak bergambar
summary_img = 350;jumlah patah perkataan pada homepage pada entri bergambar
img_thumb_height = 140;tinggi gambar entri
img_thumb_width = 140;lebar gambar entri

3.Cari code <data:post.body/> kemudian gantikan code tersebut dengan code di bawah..
[tekan ctrl + F serentak dan paste code atas ni didalam box untuk memudahkan pencarian]
*Ada beberapa code ni <data:post.body/> dalam html, korang gantikan dengan code yang kedua korang jumpa.

<div class='post-body entry-content'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "static_page"'>
<data:post.body/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<data:post.body/>
<b:else/>
<div expr:id='"summary" + data:post.id'> <data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script><span class='rmlink' style='float:right'><a expr:href='data:post.url'><span style='color:#000;font-weight:bold:font-size:20px;border-radius:5px; padding-top: 1px; padding-bottom: 1px; padding-left: 2px; padding-right: 2px; padding: 9px; background:#c7c7c7;'>Read More</span></a></span>
</b:if>
</b:if>
</div>

Editing
color :#000; Tukar warna tulisan
font-size:20px; Size tulisan
background:#c7c7c7; warna background tulisan
Tukar ikut tema warna blog ye :)

4. Preview
5. Kalau tiada error dan menjadi boleh terus save

Selamat mencuba sehingga berjaya

Click here For more tutorials
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
32 Comments
Share :

Tempat Makan Sedap dan Best Di Shah Alam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tempat Makan Sedap dan Best Di Shah Alam? Nak tahu? Fiza senaraikan sikit ye tempat tempat Makan Sedap dan Best Di Shah Alam hasil cadangan kawan kawan blogger dan facebook yang ada pengalaman makan di area Shah Alam ni. Terima kasih buat mereka yang sudi memberikan cadangan ketika memerlukan. Cumanya Fiza tak sempat nak pergi semua tempat.


Kalau boleh memang nak pergi semua tempat pun..tapi kalau dalam sehari nak makan banyak dan singgah banyak tempat memang taklah..sekali pergi satu tempat  pun boleh. Ini antara cadangan tempat Makan Sedap dan Best Di Shah Alam.


Dah alang alang bagitau tu. Fiza bagitau address sekali senang kan untuk rujukan sendiri dan korang juga :)

1. BIG BROTHER RESTAURANT & GRILL,WESTERN CUISINE AND CATERING
Shah Alam:
12-14 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7,Shah Alam, Selangor
Tel/Fax: 03-6142 7678
Email: big.brother.restaurant@gmail.com

Damansara:
No.3-g,3-1,Jalan PJU 5/20,Pusat perdagangan Kota Damansara ,47810 Petaling Jaya, Selangor

2. PAK LI KOPITIAM
42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel : +603-5511 3608
Business hours:
Sun to Thu - 8 am to 1.30 am
Fri, Sat & PH eve - 8 am to 2.30 am

3. RESTAURANT BARRA SEKSYEN 7
23 & 25, Jln Plumbum V7/V, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia
Email barrarizer@gmail.com
Always open

4.THE CHEMISTRY CAFE+LAB
No.26 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 
Tel : 017- 6262797
Boleh baca review dari Fiza : Santai di Chemistry Cafe + Lab

5. RESTAURANT WONG SOLO
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial, Seksyen 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-55111835
Dibuka Isnin-Ahad : 11pagi-11 malam

6. RESTORAN HASSAN NASI AYAM KAMPUNG
43 Jalan Lawan Pedang 13/27 (Seksyen 13), 40100 Shah Alam, Selangor

7. POLPERRO STEAK HOUSE
24, Jalan Kristal Ar7/Ar Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia‎
+60 17-341 5920

8. RESTORAN TASIK INDAH
Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone:03-5519 8388

9. NYONYA KITCHEN 
F22, First Floor, Plaza Masalam, No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Phone:03-5519 1151

10. HOMST RESTAURANT
Shah Alam (South) 5&7, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Phone:03-5513 0760

11. MEE KETAM
No 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor
Waktu operasi :
12:30 tgh hari hingga 10:00 mlm pada hari Selasa - Ahad
5:00 ptg hingga 10 malam untuk hari Jumaat
Tutup pada hari Isnin.

Bila google semua tempat tu, terliur pulak kita tengok makanan yang sedap sedap tu apatah lagi merasaikan.. So korang kalau singgah atau berada kat Shah Alam tu trylah rasa makanan yang sedap di tempat makan yang sedap semua tu ye. Kalau korang ada pengalaman makan sedap dan best kat Shah Alam boleh komen kat sini nanti Fiza akan masukkan dalam entry okay :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
38 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor