Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri | Bila tiba hari raya, semua pasti seronok. Seronok seronok juga tunaikan juga solat sunat hari raya. Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya.
Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
credit image :google

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA
Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

Antara amalan amalan sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya

HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA
Solat Hari Raya Aidil Fitri adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT HARI RAYA
Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. 

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri dengan cara berjemaah.

Cara solat sunat hari raya Aidilfitri/ panduan sembahyang raya 
Doa Iftitah dalam bacaan rumi. (Doa iftitah akan dibaca dulu, kemudian dikuti takbir 7 kali dan al-fatihah )


ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.

Ertinya :
ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam

Rakaat pertama  
Doa ifititah dulu . Lepas tu - Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun. 

Rakaat kedua 
Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
Takbir raya dalam rumi 
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheera. 

TERJEMAHAN PENUH TAKBIR RAYA 
اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah
اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd 
to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera 
Allah is the Greatest
وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera 
And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi 
And Glory to Allah
بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila 
eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah 
He has fulfilled His Promise
وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu 
and made Mighty His soldiers
وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah 
and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, But Allah
وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah 
He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena 
with sincere and exclusive devotion
وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it
اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad 
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad
وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad 
and on the companions of our Prophet Muhammad
وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad 
and on the helpers of our Prophet Muhammad
وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad
وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad
وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

Credit info : Source
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Resepi Cornflakes Madu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Cornflakes Madu | Satu lagi kuih raya yang simple sempat kamiorang siapkan jugak malam tadi. Pulun kemain buat kuih raya. Orang dah berbalang buat tunggu nak raya je, kamiorang terhegeh² nak siapkan. Biasalah last minit preparation memang camtu. Barulah raya camni kan. Eh?

Siap dua kuih raya dalam satu malam hasil kerjasama husband and wife. Dapatlah bawak bekal balik kampung.Alhamdulillah...Kalau ada yang nak mencuba resepi cornflakes madu yang muda ni, silakanlah ye mencuba.

Resepi Cornflakes Madu

Resepi Cornflakes Madu

Bahan²
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan butter
1 1/2 sudu besar gula kastor
Paper cup kecil

Hiasan
ceri, manik, chocolate rice atau lain lain ikut citarasa.

Cara²
1. Cairkan butter di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
2. Dalam mangkuk yang berasingan ramas kasar cornflakes ikut korang supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih
3. Kemudian tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes tadi kacau rata sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
4. Masukkan adunan cornflakes ke dalam paper cup dan hiaskan.
5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. * Kalau tak nak bakar pun boleh tapi better bakar suapaya dia dapat melekat dan lebih rangup. :)

Selamat Mencuba!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Amalan-Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Amalan-Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri jangan dilupakan yang boleh kita dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri. Kadangkala kegembiraan menyambut hari raya melebihi segala-galanya meriah sehingga kita lalai dan lupa dengan amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan .

Amalan-Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain di dalam bulan Ramadhan. Setelah itu marilah sama-sama kita hiasi 1 Syawal ini dan syawal berikutnya dengan amalan berteraskan sunnah dan syiar Islam agar kita terus beroleh ganjaran pahala dan keampunan. InshaAllah...

Antara amalan-amalan sunat di hari raya.

1. Takbir
Mula bertakbir selepas waktu maghrib setelah berakhirnya Ramadhan.

2. Mandi sunat hari raya. 
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.
*Jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, boleh niat untuk sunat hari raya dan sunat hari Jumaat.

3. Merapikan badan.
Potong kuku, misai, bulu hidung dan mana-mana bahagian lain yang perlu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

4. Memakai pakaian yang indah.
Disunatkan memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita. Pakaian yang terbaik tak semestinya pakaian baru. Boleh gunakan pakaian yang pernah digunakan serta bersesuaian untuk ke masjid atau surau.

5. Menjamah makanan sebelum solat.
Pada Hari Raya Aidilfitri, disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

6. Mengucapkan tahniah.
Digalakkan mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun tahniah kepada umat Islam yang lain sebagai tanda melahirkan kegembiraan.
*Sekiranya ada rakan anda yang bersedih, bantulah mereka dari segi emosi. Tenangkan atau sabarkan mereka atas dugaan yang dihadapi.

7. Solat Sunat Aidilfitri.
Sebaiknya solat secara berjemaah di masjid. Namun, sekiranya tak sempat atau terbangun lewat, boleh lakukan secara bersendirian.

8. Pergi dan balik ke masjid dengan melalui jalan yang berlainan.
Tujuan disunatkan perkara ini supaya kita dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Secara tak langsung, ia boleh mengeratkan silaturahim sesama kita.

9. Bersedekah.
Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.

10. Ziarah-menziarahi.
Ziarah atau berkunjung ke rumah keluarga serta sanak saudara mahupun jiran tetangga memang dah menjadi adat. Di samping ziarah-menziarahi tu, niatkan sekali yang tujuannya ialah untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

11. Meraikan anak yatim.
Meraikan anak yatim yang dalam kesedihan supaya dapat menggembirakan mereka seperti orang lain.

12. Puasa 6
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Mudah-mudahan ia memberi munafaat kepada kita semua. Jikalau terdapat sebarang kesilapan pada mana-mana di atas, tolong perbetulkan ye. Terima kasih :)

credit : source
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Resepi Popia Nestum Mudah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Popia Nestum Mudah | Sempat lagi kamiorang buat popia nestum sebelum balik kampung. Siang dah beli barang, malam pulak siapkan projek kuih raya. kalau tak sempat nak buat, boleh simpan resepi untuk tahun depan atau buat kudapan je pun boleh :)

Popia Nestum

Resepi Popia Nestum mudah.

Bahan² 
1 packet kulit popia
1 cawan nestum original [*blender]
1/2 cawan horlick [*blender]
1/2 cawan gula kastor atau boleh blend gula biasa jadi gula halus 
Tepung gandum 2 sudu
air secukupnya.
Lidi

Cara²
1.Ambil sekeping kulit popia gulungkan dengan menggunakan lidi.
Popia Nestum

2. Matikan gulungan dengan gam menggunakan tepung yang dibancuh dengan air.* adunan tepung dan air jangan cair sangat.
3. Gunting secara menyerong mengikut size yang korang nak.
Popia Nestum
4. Goreng sampai sedikit kekuningan dan toskan minyak. 
5. Masukkan popia yang dah siap digoreng tadi ke dalam bekas dan gaulkan bersama gula,nestum dan horlick. Siap!

Tersangat mudah untuk siapkan kudapan raya ni. Selamat mencuba :)


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Ramadan Jangan Pergi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah terjebak pulak dengan slot samarinda TV3 bertajuk "Ramadan Jangan Pergi" ni. Tengok ulangan kat tonton.com.my je la takde la nak kacau waktu terawih dan takde iklan. Baru seronok tengok. Apa yang bestnya cerita ni? Kenalah tengok sendiri..Fiza tengok pun bukanlah dari awal.. Haritu bukak TV terus terminat pulak dengan cerita ramadan jangan pergi ni.

Ramadan Jangan Pergi

Kesian sangat kat Farah ni, bermacam dugaan dan fitnah yang dihadapinya. Lagi lagi berhadapan dengan mak mertua yang kejam gile nak tengok dia mati baru puas hati. Betapa tak sukanya kan..Ishh kejam betul. Emo pulak tengok cerita ni. Yang penting dalam cerita ini kadang kala berlaku dalam kehidupan kita kan. Walaupun rupa luaran nampak baik dalam hati penuh dendam sampai sanggup melakukan perkara khurafat. Jadikan pengajaran dari cerita ni ye. Lagi 2 Episod je nak habis :)

SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

TAJUK : Ramadhan Jangan Pergi
EPISOD : 15
TARIKH : 25 Jun 2014 (Selasa - Khamis / 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jinggo, Azman Hai Yahya
SKRIP : Sofia J.Rhyland / Sheila Rusly
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Rahman, Siti Saleha, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani

TONTON ONLINE RAMADAN JANGAN PERGI


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Kuih Tart Nenas Gulung


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kuih Tart Nenas gulung salah satu kuih favourite masa raya. Kalau inti jem nenas tu sedap dan adunan tepung pun sedap sebalang pun boleh habis..of course! Hari ni husband balik bawak kuih tart nenas gift dari office. Siap ada cup setiap tart. Colourful pulak tu. Menarik!

Kuih Tart Nenas Gulung

Try rasa satu,ermm sedap! Satu je la boleh rasa nanti belum sempat raya dah habis dulu pulak. Tengok full packaging dia exclusive sangat..

Kuih Tart Nenas Gulung

Sempat lagi nak buat kuih raya ni. Boleh try buat kuih tart nenas dengan resepi mudah ni..Selamat mencuba.

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan²
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
Jem nenas digentel menjadi bulat² kecik

Topping 
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
*Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Cara²
1. Ayak ke tiga-tiga tepung.(tepung kastard,tepung jagun & tepung gandum)
2. Pukul butter bersama gula hingga putih.
3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
4. Pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
6. Perap seketika supaya doh sebati.
7. Picit doh dari acuan tart,ikut size yang korang nak. Kemudian letak inti yang digentel bujur dan gulungkan. buang lebihan doh dan kemaskan bahagian bawah tart. Letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur.
8. Ulangi langkah 7 yang sama sehingga habis adunan tart.
9. Bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C. Selama 25 minit.
10. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Rumah siapa buat tart nenas, sila bagi alamat..nak serbu..heeee..
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
22 Comments
Share :

Puding Caramel


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Malam semalam sempat buat Puding Caramel sebab teringin sangat nak makan kan. Kalau selalunya bulan puasa mesti dapat makan puding caramel sebab kakak buat. Tahun ni kenalah buat sendiri. Nak tunggu kakak buat pun, rayalah kot baru dapat. Gigih lah buat semalam husband pun tolong apa yang patut. Tak susah mana pun cuma bekerjasama tu kan penting.

Yang bestnya makan puding caramel ni sebab rasa manis manis dia tu dari gula yang dipanaskan. Adunan telur, susu dan bahan lain memang kena dengan tekak. Bagi satu loyang pun boleh habis ni. Bagi nak cuba buat boleh guna resepi puding caramel mudah ni.
Puding Caramel

Bahan²
10 biji telur
1 tin susu cair
3/4 susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu camca esen vanilla
secubit garam
6 sudu besar gula

Cara²
1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu cair, susu pekat,esen vanilla,air suam dan garam.
2. Cairkan gula didalam acuan loyang diatas api yang perlahan sehingga berwarna kekuningan.
3. Kemudian, tuangkan bahan² adunan tadi ke dalam loyang.
4. Kukus sehingga 45minit.
5. Setelah masak ,terbalikkan loyang tadi di atas pinggan.*pastikan pinggan besar dan agak melengkung sebab nanti takut caramel tu melimpah keluar pulak. rugilah nanti takde kuah caramel

Mudah je kan. First time mencuba pun boleh jadi dengan jayanya..Selamat menncuba. Kalau kat bazaar ni confirmlah mahal, satu slice je RM3 kan sekarang? Itupun kecik je. Kalau buat sendiri modal pun sikit je, berbaloi dapat seloyang macam tu.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
21 Comments
Share :

Koleksi Lagu Raya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Koleksi Lagu Raya sepanjang zaman berzaman tak di lupakan. Yang lama mahupun yang baru tetap menjadi penyeri hari raya. Memasing dah menghitung hari nak balik kampung beraya kan. Lagu raya pun dah berkumandang sana sini. Syahdu aiii...

Lagu Raya
Credit Image : Google

Nak dengar kat rumah download je mana yang best ni.

A. Ramlie – Suara Takbir.mp3
Ahmad Jais – Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3
Ahmad Jais – Selamat Hari Raya.mp3
Aishah – Pulanglah.mp3
Al Jawaher – Selamat Hari Raya.mp3
Al Mizan – Selamat Berhari Raya.mp3
Ally Noor & Mastura – Jangan Main Mercun.mp3
Aman Shah – Kepulangan Anakmu.mp3
Anuar Zain & Elina – Suasana Hari Raya.mp3
Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri.mp3
Dj Dave – Menjelang Hari Raya.mp3
Eddynor Ali – Manusia Miskin Kaya.mp3
Efa Rizan – Lebaran.mp3
Fazidah Joned – Selamat Hari Raya.mp3
Ideal Sisters – Hari Raya Hari Bahagia.mp3
Indra Shahrir – Selamat Hari Raya.mp3
Jalil Hamid – Raya.mp3
Jamal Abdillah – Salam Aidilfitri.mp3
Junainah – Suasana Riang ( Di Hari Raya).mp3
M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya.mp3
M. Shariff & Zalifah Ibrahim – Hari Raya.mp3
Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda.mp3
Noorkumalasari – Di Hari Mulia Ini.mp3
Othman Hamzah – Gembira Bersama Di Hari Raya.mp3
P. Ramlee – Dendang Perantau.mp3
Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema.mp3
Rafeah Buang – Selamat Hari Raya.mp3
Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya.mp3
S Jibeng – Menjelang Hari Raya.mp3
S Jibeng – Musafir Di Hari Raya.mp3
Saloma – Manusia Miskin Kaya.mp3
Saloma – Selamat Hari Raya.mp3
Sanisah Huri – Aidilfitri.mp3
Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang.mp3
Senario – Seminggu Berhari Raya.mp3

Siti Nurhaliza – Bulan Kedamaian (Lagu Baru).Mp3
Anuar Zain – Bersabarlah Sayang.Mp3
Ziana Zain – Hari Mulia Ini.Mp3
Alif Aziz – Suasana Hari Raya.Mp3
Dayang Nurfaizah – Selamat Hari Raya.Mp3
M Nasir – Musafir Di Hari Raya.Mp3
Diana Naim – Tak Punya Siapa.Mp3
Aznil – Fajar Di Pagi Raya.Mp3
Erra Fazira – Mulia.Mp3
Spider – Rindu Raya.Mp3
Sharifah Aini – Suasana Hari Raya.mp3
Siti Nurhaliza – Aidilfitri Di Alaf Baru.mp3
Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma.mp3
Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran.mp3
Siti Nurhaliza – Suara Takbir.mp3
Sudirman & Zaleha Hamid – Inang Di Aidilfitri.mp3
Sudirman – Balik Kampung.mp3
Sudirman – Dari Jauh Ku Mohon Maaf.mp3
Sudirman – Selamat Hari Raya.mp3
Uji Rashid – Dengan Bismillah.mp3
Various Artist – Salam Aidilfitri.mp3
Ziana Zain & Awie – Halaman Asmara.mp3

Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda- Raihan & Hujan.mp3
Bergema takbir di pagi hari raya-4u2c/ForUToC
Rindu yang telah pergi-Akim, Black & AG
Nakkal - Satu Malam Di Hari Raya
Nakkal - Sepakat Beraya

Yang lain korang tambah sendiri  ye.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Cara Anyam Ketupat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cara Anyam Ketupat | Ketupat salah satu menu favourite di pagi raya yang dimakan dengan sambal kacang. Sambal kacang sedap of course makan ketupat sedap! Kan? Tapi sejak adanya ketupat segera dan jarang nampak ketupat tradisional ni. Kalau kat kampung mungkin masih ada lagi.

Kat rumah Fiza memang jarang buat ketupat selalunya buat nasi impit segera tu la ala ketupat. Lebih mudah tak perlu cari daun kelapa. Tapi kalau dapat ketupat yang tradisional ni lagi sedap. Betul tak? Bila dah jarang ada ketupat tradisional ni, so skill menyanyam ketupat pun dah macam tak berapa nak ada. Kalau dulu Fiza ade la jugak pandai sikit sikit nak anyam ketupat tu pun kejap jadi cantik kejap tak.

Rasanya tahun ni macam tak dapat je ketupat tradisional ni. Nasi impit jugak. Bagi korang yang nak cuba menganyam ketupat ke boleh try tutorial mudah ni. Nak anyam ketupat riben hias office pun boleh kan. Ni ha bermacam jenis ketupat ada..Siapalah tangan berseni sangat oii..cantik dan kemas je buat.
Cara Anyam Ketupat
Credit Image :google


 Tutorial #1
Cara Anyam Ketupat
Credit Image :google


Tutorial #2
Cara Anyam Ketupat
credit Image : google
Selalunya ketupat dibuat masa malam raya kan? Lepas tu gantung sebelum dihidangkan..wahh so mood raya sangat ni.Apepun, Selamat mencuba. Rumah siapa tahun ni buat ketupat tradisional ni? Nak serbu!!! Kalau dekatlah..hihi


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
30 Comments
Share :

Wanita Perlu Lebih Tidur


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wanita Perlu Lebih Tidur dari lelaki kerana dari kajian didapati otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari. Wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah. Ye ke? Mungkin jugak lah kot. Sebaliknya, isu ini tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur


Wanita Perlu Lebih Tidur

Antara risiko kurang tidur ialah Penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur

Wanita Perlu Lebih TidurTidur sekejap tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk pulak. Yang ini beul sangat. Kalau terlebih tidur rasa lemah badan ni ha.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough. 

Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur di perlukan.

Wanita sangat memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. Tapi rasanya semua ni berlaku sebaliknya kan. Sebab wanita memang banyak tugas nak dibuat. Kalau ada masa terluang memang tak lepaskan peluang untuk tidur. Betul tak?

Credit info : BH
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Zakat Fitrah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada umat Islam. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang. Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Kadar zakat fitrah 2014M/1435H bagi negeri seluruh Malaysia

Negeri
Kadar Zakat Fitrah
Kelantan
RM7.00
Terengganu
RM4.50, RM7.00 & RM7.60*
Pahang
RM7.00
Perlis
RM6.50
Kedah
RM7.00
Pulau Pinang
RM7.00
Perak
RM7.00
Selangor
RM7.00
Negeri Sembilan
RM6.50
Melaka
RM6.70
Johor
RM5.00 & RM8.00*
Sarawak
RM7.00
Sabah 
RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan
RM7.00
*Untuk Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut gred beras.
Bagi negeri-negeri yang belum diketahui kadarnya, kadar zakat fitrah akan dikemaskini bila ia diumumkan kelak.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Tahun ni zakat fitrah husband bayarkan sebab dah bawah tanggungan husband. Alhamdulillah zakat fitrah telah ditunaikan. Bagi yang belum tu jangan lupa bayar ye.

credit : source
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Design Flyers, Banner dan Bunting Buffet Ramadhan & Aidilfitri Sumai Hotel


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Design Flyers, Banner dan Bunting Buffet Ramadhan & Aidilfitri  untuk Sumai Hotel yang dah lama siap hujung bulan April lepas memang amek masa sikit nak design. Pertama kalinya design untuk company besar memang mencabar kot nak deal! Tapi takpe jadikan sebagai pengalaman dan cabaran untuk lebih maju ke depan.

Bermula dengan draft 4 design Finally pilih design yang ni. Dari design ni menghasilkan pelbagai size banner dan bunting untuk diletakkan di tepi jalan dan luar hotel. Walaupun design lebih kurang sama tapi bila dah di buat untuk size lain memang kena ubah la setiap kedudukan bagi masuk.

Ini Main design untuk Flyers Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri.

Flyers Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Ini untuk print A3
Flyers Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Banner untuk direntangkan di tepi jalan. Size 8ft x 5ft melintang
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Ini gabungan Design Ramadhan dan Aidilfitri. Size 8ft x 5ft jugak. Sebenarnya satu design ni , saje letak dua design dalam mock up ni.
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Yang tadi size banner besar ni banner menegak 8ft x 9ft
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Gabungan dari dua design cuma berbeza sikit. Size 8ft x 9ft
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Ini pulak design bunting Size 2ft x6 ft
Bunting Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Gabungan design Ramadhan dan Aidilfitri Size yang sama 2ft x 6ft
Bunting Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Alhamdulillah siap sebelum puasa dan pihak Sumai Hotel berpuas hati dengan semua design dan ada dikongsikan hasil kerja Fiza lepas proses printing siap. Syukur takde apa error atau apa apa masalah design lepas printing. 



Okay nak promote sikit, sesiapa yang stay di Terengganu bolehlah berbuka puasa dan join sambutan Aidilfitri akan datang di Sumai Hotel. Harga sangat berpatutan dan menu pun semua sedap sedap disediakan. Nak tahu lebih lanjut boleh singgah ke website atau faceook ye kat link bawah ni.

Website

Facebook
https://www.facebook.com/sumaihotelapartment

Notapink : Terima kasih untuk mereka yang memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan design ni  dan juga mereka yang memberi peluang pada Fiza untuk design semua ni.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Custom Made Shawl Murah by Rafhanah's Collection


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Custom Made Shawl Murah by Rafhanah's Collection yang exclusive ni memang cantik sangat bila di pakai. Dalam entry yang lepas Fiza ada share pasal Shawl Raya Rafhanah's Collection. Cantik kan dengan potongan yang unik bukan seperti shawl biasa yang panjang tu dan juga bukan potongan shawl halfmoon.

Boleh dikatakan ini shawl express sesuai untuk mereka yang baru nak try pakai shawl tu. Senang je nak pakai pun. Pinkan mengikut bentuk muka dan lilit je. Automatic terus terbentuk depan dan belakang macam gambar yang Fiza pakai kat bawah ni. Nak pin kat bahu boleh taknak pun boleh sebab dah memang terbentuk curve kat bahu tu.

Yang Fiza pakai kat bawah ni pattern shawl ditambah dengan manik tepi tepi shawl tu. Kain jenis chiffon yang senang di bentuk bila pakai. Sesuai sangat pakai dengan baju yang jenis plain/kosong. Jenis pattern pun cantik je kan.

Custom Made Shawl  Murah by Rafhanah's Collection

Plain shawl ni ade dalam 3 jenis material chiffon crepe, crystal chiffon atau satin. Yang Fiza pakai ni jenis satin warna olive green. Siap ada lace dan full beadings okay! Suka suka suka.

Buat pakai raya atau untuk sebarang event memang sesuai. Kalau sesiapa nak nikah tu pakai shawl satin lace with full beadings ni sesuai sangat. Kalau kelam kabut tak perlu nak betulkan bentuk shawl tu. Dah kata shawl express.Pin pin, lilit terus siap cantik je.

Menarik sangat sebab ade lace, full beadings dan satin yang shiny. Meriah raya oiii dengan shawl je..hiks

Custom Made Shawl  Murah by Rafhanah's Collection

Apa yang menariknya dua kedua shawl ni adalah custom made. of course lah limited Edition punya memang tak samalah dengan orang lain. Korang boleh request nak jenis material apa dan warna apa. Bestkan? Harga pulak tu murah je bawah RM50. Mana nak cari murah macam ni? Yang ready made selalunya ada manik dan lace dah lebih RM50. Dan kalau custom made selalunya yang kita tahu adalah Mahal harganya.

Tapi kalau beli kat Rafhanah's Collection ni korang boleh dapatkan harga lebih murah. Jahitan dan jahitan manik pun kemas dan cantik je. Berbaloi je beli :)

Custom Made Shawl  Murah by Rafhanah's Collection

Plain Shawl
Finishing : Full Beadings
Material : Chiffon Crepe/ Crystal Chiffon/Satin
Price : RM45.00
Price After Discount : 10% RM40.50

Pattern Shawl
Finishing : Simple Beadings
Material : Chiffon 
Price : RM35.00
Price After Discount : 10% RM31.50

Cara Nak Order
1. whatsapp/sms/viber 0195327438
2. Berikan code discount BSM1002 ketika membuat tempahan untuk dapatkan 10% discount

Postage Fee : RM6(Sem)/ RM9 (SS)

*Buat tempahan sebelum 13 July 2014 untuk mengelakkan delay penghantaran sebelum raya.

Maklumat lanjut Shawl Rafhanah's Collection

#rafhanahscollection #custommadeshawl

Kalau masih belum beli shawl raya tu atau tengah pening pening nak beli kat mana tu, boleh order kat Rafhanah's Collection request je nak material apa dan warna ikut baju raya korang ye. Best! cepat buat tempahan sebelum tutup okay.

Facebook : Rafhanah's Collection 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :

Penghijrahan Neelofa Berhijab Di Bulan Ramadhan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Penghijrahan Neelofa Berhijab Di Bulan Ramadhan yang kini telah berhijab sepenuhnya adalah langkah dan perubahan yang baik untuk seorang muslim. Ada yang memberikan kata semangat ada jugak yang memberikan tanggapan negatif. Itu biasalah, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan pasti ada saja dugaan supaya kita kembali kepada yang dahulunya.

Neelofa bertudung
Credit Image :google

Apa yang menarik dan membuat Fiza rasa terharu bila mendengar kisah penghijrahan pengacara dan pelakon Neelofa yang ditemubual melalui satu segmen dalam siaran radio IKIM FM baru baru ni.

Neelofa menceritakan perkara yang dilaluinya sejak lebih setahun lalu sebelum dia membulatkan tekad untuk memakai hijab penuh.


Antara kata-katanya:
Bermulanya tahun lepas bila sampai satu saat saya macam…saya ada semua bendalah, boleh dikatakan walaupun tak perfect 100 percent…tapi saya dah ada kerjaya, family, kawan-kawan. Semuanya orang kata dah diberi Allah, tapi masih lagi mencari satu benda yang saya rasa tak lengkap…kebahagiaan yang konsisten." 

Katanya lagi sejak tahun lepas dia sudah mula ke kelas agama dengan adanya sokongan daripada rakan artis seperti Heliza Helmi tapi Neelofa tidak menghebohkannya kepada umum kerana malu dan bimbang dikatakan tidak sesuai dengan imej yang dibawanya pada ketika itu.

Sampai Nifsu Syaaban baru-baru ni, 13h haribulan, saya tetapkan. No matter what, shooting ke tak shooting ke, mekap ke tak mekap ke, saya nak ‘fit’kan hidup saya dalam lima waktu solat ni. Saya akan teguhkan juga macam mana sekalipun. Saya akan buat juga."

Dalam menceritakan kisah penghijrahan berhijab ni, kedengaran  Neelofa sebak ketika menceritakan bagaimana dia mengambil keputusan untuk terus berhijab selepas sahur pada hari pertama Ramadhan yang lalu. Jom dengar sessi tembual Neelofa di Siaran Radio IKIM baru baru ni. Mesti korang touching jugak.


Neelofa pula dalam satu kenyataan rasminya berkata dia berasa dirinya kini lebih lengkap setelah mengambil keputusan tersebut. "Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya'

Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang diluar sana , peminat peminat, keluarga terutama mama saya'. Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadhan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya

(Bila ditanya apa yang neelofa rasa sekarang?) " I feel like it completes me"

"Saya mengharapkan orang diluar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan" - NOOR NEELOFA MOHD NOOR.

Semoga apa yang dikongsikan oleh Neelofa dapat dijadikan iktibar dan panduan terutama bagi mereka yang masih tercari-cari kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Hidayah Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang baik untuk berubah dan diharapkan perubahan yang dilakukan istiqamah hendaknya. Alhamdulillah ramai artis wanita islam mengambil keputusan untuk berhijab antaranya Ziana Zain, Ummi Aida, Fara Fauzana, Ummie Nazira dan ramai lagi rasanya. 


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Shawl Raya Rafhanah's Collection


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bagi peminat shawl ini ada berita baik untuk korang sempena raya yang bakal tiba tak lama lagi especially peminat shawl halfmoon. Untuk tampil exclusive di pagi raya ni bolehlah dapatkan custom Made Shawl Raya dari Rafhanah's Collection inspirasi Ariani. Harga sangat berpatutan dan korang boleh dapatkan 10% discount dengan syarat kena baca entry ni sampai habis ye.

Shawl Raya Rafhanah's Collection

Kalau dah namanya Custom Made Shawl, dah tentulah exclusive dan limited edition. Sebabnya Rafhanah's Collection akan buat upon request. Korang boleh request warna ikut tema baju raya korang nanti. So nanti bila raya confirm tak sama dengan orang lain punya.

Apa yang menariknya tentang Shawl dari Rafhanah's Collection ni sebab potongan shawl yang unik.
cutting Shawl Raya Rafhanah's Collection

Dan bila pakai memang cantik terletak. Yang penting depan dan belakang labuh dan menutupi yang sepatutnya. 

Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection

Terdapat 2 jenis shawl dari Rafhanah's collection

Plain Shawl

Finishing : Full Beadings
Material : Chiffon Crepe/Crystal Chiffon/Satin
Price : RM45.00
Price After 10 % Discount : RM40.50
Postage Fee : RM6 (Sem) / RM9 (SS)
Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection
Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection 

Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection
Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection


Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection


Plain Shawl Raya Rafhanah's Collection


Pattern Shawl

Finishing : Simple Beadings
Material : Chiffon
Price : RM35.00
Price After 10 % Discount : RM31.50
Postage Fee : RM6 (Sem) / RM9 (SS)
Pattern Shawl Raya Rafhanah's Collection

Pattern Shawl Raya Rafhanah's Collection

Pattern Shawl Raya Rafhanah's Collection

Untuk Dapatkan 10% discount especially untuk pembaca Blog Azhafizah, sila berikan code : BSM1002 ketika membuat tempahan.

Untuk tempahan korang boleh ke link page, atau direct contact to owner
LINK PAGE :
Facebook : Rafhanah De' Blogshop

CONTACT NUMBER
Mieza : 019-5327438 (Sms/Whatsapp/Viber)

Disebabkan pos laju dah keluar notis tarikh akhir pengeposan kena serah sebelum 17 Julai 2014, last date untuk tempahan pada 13 Julai 2014 bergantung pada jumlah tempahan untuk kejar last shipping date. So takdelah nanti korang risau parcel tak sampai kan sebelum raya.

So cepat cepatlah order sebelum 13 Julai ye sebab kalau tempahan dah full tempahan akan ditutup. Nanti Fiza up entry Fiza pakai shawl dari Rafhanah's Collection pulak ye. Tunggu parcel sampai dulu :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Sim Card Altel Terlajak Laris


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sim Card Altel Terlajak Laris setelah sana sini orang dok gebang betapa bagusnya line telco Altel milik melayu yang boleh di access walaupun berada diceruk kampung. Hebat kan? Bila syarikat melayu dah maju, mulalah kaum lain memasang strategi menyekat perniagaan milik melayu. Kisah ni korang boleh google je kalau nak tahu lebih lanjut.

Pengenalan Altel Communications Sdn Bhd

Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.

Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Altel Communications Sdn bhd ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.

Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. 

Kenapa Perlu Bertukar Kepada Altel
Faktor utama disebabkan coverage line yang menyeluruh even kat kampung ceruk mana pun dapat di access dengan kadar kelajuan yang tinggi. So takde la risau kalau balik kampung tu dapat access macam biasa. Lagi lagi kalau blogger tegar tu, risau nau kalau tak dapat update blog ye. At least kalau tak sempat nak buat autopublish boleh update dan blogwalking sekali kan :)

Kalau nak bertukar pun boleh gunakan nombor yang sedia ada dan gunakan line altel.

Harga Sim Card Altel


Hanya RM7 untuk satu simcard.

Boleh dapatkan Sim Card Altel Di Altel Exclusive Partners

Inno-pda Sdn BhdNo. 23 Digital Centre
,
F1.39c Sunway Pyramid,
No.3, Jalan Pjs 11/15,
46150 Petaling Jaya Selangor.
03-74922456

Voice To Voice Enterprise
Pg 23 & 23a,kompleks Sungai Buloh,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor.
03-6145 0337

Phonemate Telecommunication
Kf 14, Digital Mall First Floor,
No. 2, Jalan 14/20, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
03-79543908

Lhc MobileLot Sc, Sd & Se,
3rd Floor, Plaza Alam Sentral,
Jalan Majlis, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
012-2176270

V Top Telecommunication
Lot G 85, 
Ground Floor, Pertama Complex, 
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
50100 Kuala Lumpur. 
03-26981111

Tmg Station Sdn Bhd
G28, Tesco Bukit Indah, 
No. 1, Jalan Indah 15, 
Taman Bukit Indah, 
81200 Johor Bahru. 
07-2324500

H & K Communication
L4-12, Level 4, 
Plaza Angsana, 
Pusat Bandar Tampoi, 
81200 Johor Bahru. 
07-2324734

Android Concept Store
Level 4, Central Square Complex,
23, Jalan Kampung Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
011-1085 1778

Northern Link Telecommunication
Kiosk S4/CL01, Level 4th Floor,
Kompleks Bukit Jambul, Jalan Rumbia,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
016-4934221

Gema Telecommunication
34-G, Ground Floor,
Jalan Todak 4, Bandar Sunway,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
0113-2015888

Alif Enterprise
TB 403, Blok G, Bandar Sabindo,
91000 Tawau, Sabah.
012-8211866

HYQ Resources
Lot C-619, Concourse Floor, 1 Borneo Hypermarket,
Kota Kinabalu, Sabah.
013-8044880

NETLINX CommunicationMetro Town, 
Block G, Unit No. 7, 1st. Floor, Lorong Metro 4,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
0113-2102229

atau boleh check kat Senarai Alamat penjual ALTEL [KLIK SINI]

Kesimpulan Tentang Altel

1. Altel milik melayu
2. Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3. Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4. Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5. Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6. Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7. Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:

Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

Macam best macam menarik je kan. Jomlah kita bertukar sokong syarikat kaum melayu sendiri. Service pun bagus. Bolehlah berkira kira nak tukar line telco Altel ni. Dengar dengar terlajak laris sudah simcard altel ni. Terbaiklah! Untuk maklumat lanjut visit : www.altel.my

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
41 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor