Image Slider

Tips Sihat dan Segar Berpuasa

Monday, June 30, 2014
Tips Sihat dan Segar Berpuasa ni kalau di ikutkan betul betul memang sangat membantu untuk kekal sihat dan segar sepanjang berpuasa. Berpuasa bukan alasan untuk kita tidak aktif bekerja macam biasa kan. Secara umumnya berpuasa merupakan kesan positif bagi kesihatan kita jika kita ikut tips sihat dan segar ketika berpuasa ni.

Tips Sihat dan Segar Berpuasa


1. Minum yang cukup

Minum air sekurang kurangnya 1.5 liter sehari ketika selepas berbuka puasa dan juga bersahur.


2. Pilih makanan yang sihat.

Kurangkan makanan berminyak dan manis. Pilih menu diet yang sihat. 


3. Mulakan dengan makanan ringan.

Makan dimulakan dengan makanan jenis ringan seperti kurma atau kuih muih.


4. Makan dengan kuantiti sikit.

Jangan makan terlalu banyak nanti mengantuk pulak nak solat terawih tu.


5. Ikut pola makan 3 hari sekali.

Walaupun berpuasa tapi pola makan 3 kali sehari ni boleh jugak kita buat iaitu ketika sahur, berbuka dan 2 @ 3 jam selepas berbuka.


6. Makan buah buahan.

Di sarankan makan buah buahan/jus buah untuk vitamin dan nasi sebagai sumber karborhidrat.


7. Makanan tambahan.

Dapatkan makanan tambahan untuk kekal bertenaga sepanjang hari seperti ESP Shaklee, performance drink Shaklee, Cinch shake, Meal Shakes  dan pelbagai supplemet terbaik shaklee boleh didapati di 

Tips Sihat dan Segar Berpuasa

Kalau ada tips lain yang boleh di kongsikan sila komen ye. Terima kasih :)

Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya

Friday, June 27, 2014
Hari ni nak share Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya. Sangat berguna kalau dah takde idea sangat nak buat design kad raya kan. Credit untuk froyo share koleksi ucapan versi SMS setelah Fiza googling. Itu versi lama lah, Fiza edit bagi baru untuk tahun 2014 ni okay.


So bolehlah guna ayat yang sesuai untuk kad raya. Nak lagi kreatif, tukarkan kepada perkataan sendiri yang mana sesuai. Amboiii, dah sampai mood raya pulak dah. Bukan apa, dalam sibuk design kad raya bab ayat tu mesti blank. So cari idea sikit dari sini.

Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicaghi
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarla nampak muko
Kok poei biarla nampak belakang
Jauh diimbau,dokek digamit
Seuntai salam,sojambak kato
Dogup bicagho,meghisik raso
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 

Ketupat pulut di atas para
Hendak direbus di tepi perigi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan tak luput di hati
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin

Masak lemang sambil berdiri
Hendak makan di Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dah cuti
SMS sahaja dapat ku beri
Bukan lupatradisi tapi ikut teknologi yang ada dihujung jari
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba,
Jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya
Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Anak Cina Sungguh lawa
Jadi Pelukis di bawah pohon
Andai kataku menusuk jiwa
Jari disusun maaf ku pohon
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Sebelum  Äidilfitri datang
Sebelum  Ramadhan pergi
Sebelum operator bz
Sebelum  SMS asik pending
Sebelum  kredit habis
Nak wish awal², Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Bila raya line bz gila
Masa tu maki pun tak guna
Maxis, celcom, digi semuanya sama
Orang bijak tak yah tunggu raya
Ucap sekarang pun boleh apa
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampunan,rahmat di Ramadhan lalu. 

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Moga silaturahim diberkati Allah 

Jambangan indah lg berseri
Menjadi hiasan di Aidilfitri
Sms dikirim pengganti diri.
Tanda ingtan  tak lupa dihati
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Pelita diletak diatas para
Hendak dinyalakan d tepi perigi
SMS dhantar pengganti kad raya
Tanda ingatan di Aidilfitri
Salam tulus Ikhlas

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin 

Tiba kita di musim perayaan
Ramai juga yang shopping sakan
Salam lebaran daku ucapkan
Di hari raya saling bermaafan
Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin

ISNIN cari SELASA
Nak tanya nampak tak RABU
Agar ingatkn KHAMIS, bagitau
JUMAAT, supaya tak lupa
Mesej kat SABTU, yang AHAD dah raya!!
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri MaafZahir dan Batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan
Lambaian Syawal Kian Dinanti
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan
Semoga Kesalahan Dimaafi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Di Aidil Fitri Mulia
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg tak kena TERtanya yang tak tentu hala TERsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana² TERpinjam harta benda TERmoody tak semena² TERumpat bila² dan macam² lg yg TERsalah dan TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Ada ketikanya…
MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, dan HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
Tengok-tengok hantu raya,
Hati-hati diatas jalan,
Supaya selamat pulang beraya.

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Tudung Bawal Ruffle Murah

Thursday, June 26, 2014
Tudung Bawal Ruffle Murah | Jadi trend pulak tudung bawal sekarang ni kan. Macam macam jenis tudung bawal ada yang telah di upgrade. Kalau dulu orang tak pandang pun, ketinggalan zaman katanya tapi sekarang mencari balik. Fiza ni jenis tak suka tudung sarung terus tu, tudung ekpress tu. Tak kena dengan muka kot.

So lebih suka pakai tudung bawal atau shawl. Lagi² wide shawl or halfmoon. Bolah tarik ikut bentuk kita nak. Memang ambil masa nak pakai tapi takpe, saya suka saya suka...Hari tu fiza ada share tutorial tudung bawal ruffle kan. Kebetulan ada keluar post baru, ada stock baru dan printed ruffle pun ada terus order. Takut nanti habis stock nak kena tunggu lagi pulak. Terlajak laris gitu.

Tudung Bawal Ruffle Plain

Beli 4 helai je bawal ruffle ni. 3 helai plain colour warna hitam, pink belacan dan dark turqoise. Printed bawal ruffle Fiza beli yang warna hitam dan dark brown. Senang boleh match dengan baju lain.

Baru merasmikan yang warna turqoise. Pakai ala² tudung fareeda gitu. Pakai pin je tak perlu kemaskan yang bawah tu sebab tudung bawal ruffle ni hujung dia bentuk bulat. So hanya perlukan pink besar depan tu je la.
 Antara pilihan warna yang ada, Fiza beli yag code P08, P18 dan P15.

Tudung Bawal Ruffle Plain

Yang printed bawal ruffle Fiza pilih yang design ni. Nampak macam sesuai untuk padankan dengan baju yang lain. Design lain pun menarik jugak tau..Jom tengok

Tudung Bawal Ruffle printed

Tudung Bawal Ruffle printed

Tudung Bawal Ruffle printed

Tudung Bawal Ruffle printed

Tudung Bawal Ruffle printed

Rambang mata nak pilih kan. Suka pakai bawal ruffle ni. Pakai macam biasa, kemudian pink jadi macam ala tudung fareeda tu.Siap! belakang dan depan tak yah adjust dah..dah menutup :). Lepas ni nak shopping tudung halfmoon pulak. Tudung raya, tunggu bulan puasa baru beli..Kata bulan puasa baru prepare untuk raya kan. Now, kita prepare sambut Ramadhan dulu.

Tudung ruffle ni pun murah murah je, Berbaloi beli banyak pun kan. Nak tahu beli kat mana? Kat TUDUNGRUFFLE lah. Korang mesti tergoda dengan design tudung ruffle ni kan. Apa lagi, jom terjah


Dah beli nanti jangan lupa mencuba tutorial pakai tudung bawal [KLIK SINI]

Smartphone Lenovo Murah

Tuesday, June 24, 2014
Smartphone Lenovo Murah jadi tarikan nampaknya sekarang ni. Bukan saja disebabkan harga yang lebih murah tapi performance jugak memuaskan. Tak semestinya handphone murah takde quality kan? Rata rata ramai yang memilih untuk membeli smartphone lenovo. Bak kata orang lebih berbaloi.

Pada Fiza brand lenovo ni memang bagus sebabnya Fiza guna lappy lenovo since 2009 sampai sekarang masih okay cuma bab battery je la tak okay sebab biasalah jangka hayat batteri lappy lebih 3 tahun memang out. So handphone pun mesti bagus jugak. Harga pun mampu milik sangat.

Smartphone Lenovo Murah

Sesiapa dah beli handphone bolehlah share sikit ape yang best tu? Tengah survey smartphone ni, kotlah ada terbekenan kat lenovo ke kan..Nak beli smartphone kena survey dulu. Nak pakai lama bukan sehari dua, kenalah cari yang terbaik dan mengikut budget.

Bolehlah survey² dulu harga dulu kat atas ni. Simpan duit raya, lepas raya boleh beli. Gitu? Eh dapat lagi ke duit rayanya? Bukan bujang lagi pun...

Apepun smartphone lenovo memang termurah setakat ini. Atau ada lagi murah?


Menu Berbuka Puasa Sebulan

Monday, June 23, 2014
Menu Berbuka Puasa Sebulan | Lima hari lagi nak sambut Ramadhan. Semakin dekat Ramadhan ramai dah buat persiapan untuk menyambut Ramadhan. Persiapan raya pun ada yang dah siap jugak. Persiapan raya biasanya Fiza siapkan masa bulan puasa nanti lah. Barulah semangat nak sambut raya.

Untuk persiapan Ramadhan ni bagi isteri memang pening kepala nak menyediakan hidangan untuk berbuka kan. Kalau setakat kuih muih nak beli takpe, tapi kalau bab lauk memang lebih suka masak sendiri kat rumah. Takutlah ade peniaga yang tak jujur jual makanan yang dipanaskan kalau tak habis, boleh buat basi dan sakit perut tu.

Menu Berbuka Puasa Sebulan

Para isteri tak perlu pening sangatlah nak sediakan menu berbuka. Kat sini Fiza share cadangan menu berbuka puasa sebulan. SEBULAN ye kakak kakak..Ini Fiza share dari blog My Family Diaries. Credit untuk kakak ni sediakan cadangan menu siap dengan resepi sekali tu.

Memudahkan kerja. Tapi kalau Fiza tak buat semua ni lah, tak makan kambing dan ada jugak bahan yang susah nak dapat. Tapi bagus juga ada cadangan menu camni. Kalau Fiza, rotate seminggu seminggu je la takpun rotate untuk 2 minggu :)

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
________________________________________
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas
________________________________________
Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
atas
________________________________________
Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas
________________________________________
Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas
________________________________________
Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas
________________________________________
Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
atas
________________________________________
Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas
________________________________________
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas
________________________________________
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
atas
________________________________________
Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
atas
________________________________________
Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
atas
________________________________________
Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
atas
________________________________________
Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas bawang putih
20 biji cili api (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas
________________________________________
Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas
________________________________________
Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas
________________________________________
Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas
________________________________________
Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas
________________________________________
Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas
________________________________________
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas
________________________________________
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
atas
________________________________________
Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
atas
________________________________________
Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas
________________________________________
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Yang pastinya bulan puasa ni Fiza masak simple² je la yang biasa masak..Yang penting bersederhana. Elakkan pembaziran ye.

Sumber dari facebook

Bubur Ayam Special

Thursday, June 19, 2014
Ohoiii baru nak lunch! Ni lunch merangkap minum petang. Boleh? Pening kepala dari semalam bawak ke hari ni. Selalunya hari khamis kat sini ada pasar malam. Dan kalau ada pasar malam mesti Fiza beli soto ayam dan husband mesti beli bubur ayam. So hari ni tak perlu beli bubur ayam dan jugak soto. Makan bubur ayam special penuh kasih sayang ni je la. Bubur Ayam special ala² McD gitu.

Walaupun nak masak bubur ni simple tapi perlukan masa yang lama nak tunggu beras jadi bubur yang sedap. Kena kacau² jadi hancur jugak kan. Sanggup tunggu lama untuk masak yang sedap² ni untuk hubby :) 

Bubur Ayam Special

Sup Ayam
1. Potong ayam, asingkan lemak dan kulit kemudian basuh.
2. Didihkan air dan masukkan potongan ayam, lemak dan kulit.
3. Masukkan  1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang ditumbuk.
4. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Biarkan sehingga masak. Tambah air jika perlu

Bubur Ayam
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan beras dan sedikit air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan kuah sup. Kalau nak guna kuah sup semua pun boleh. Kena buat sup lebih sikit.
3. Biarkan beras kembang. Pastikan jangan biarkan air kering. Sentiasa kena tambah air/kuah sup.
4. Kacau bubur sehingga hancur sedikit. Kemudian boleh masukkan carrot dan kentang yang dipotong dadu.
5. Biarkan sehingga masak.

sup Bubur Ayam Special

Ayam yang telah masak di toskan kemudian diracik atau dipotong kecil. Untuk tambah kepedasan sikit boleh gunakan cili merah besar dipotong halus. Make sure buang biji cili tu ye.

ayam dan cili besar Bubur Ayam Special

Jangan lupa nak sup lagi sedap tambahkan daun sup dipotong halus.
Daun sup Bubur Ayam Special

Bubur tak semestinya untuk orang sakit kan. Kalau teringin nak makan, mesti buat :)

Tutorial Tudung Bawal Ruffle

Tutorial Tudung Bawal Ruffle mudah dan simple. Bila dah pakai nampak macam pakai shawl halfmoon pun ada, macam tudung ala ala fareeda pun ada. Sesuailah pakai untuk raya nanti kan. Fesyen tudung Raya lah pulak. Tudung ruffle ni upgrade dari tudung bawal biasa tu. Menarik kan?

Antara fesyen/ tutorial tudung bawal ruffle untuk raya nanti atau gaya seharian.
Tutorial Tudung Bawal Ruffle

1. Tutorial ni mudah je. Pakai tudung bawal macam biasa dan pin kiri kanan. Belakang dan depan aurat terjaga ditutup.
Tutorial Tudung Bawal Ruffle

2. Yang kedua ni gaya wardina. di pin di atas kepala.Yang bahagian bawak boleh tarik lagi sampai tutup dada.
Tutorial Tudung Bawal Ruffle

3. Gaya ni agak menarik sikit tapi sebelum pakai kena lebarkan lagi lipatan dua tudung tu biar nampak lebar sikit. So bila pakai nanti boleh labuhkan kat bahagian dada.
Tutorial Tudung Bawal Ruffle

4. Yang ni pulak dah jadi trend sekarang. Nak ala ala fareeda gitu. So bagi peminat tudung bawal tak perlulah nak beli tudung sarung untuk pakai gaya camni. Tudung bawal pun boleh.
Tutorial Tudung Bawal Ruffle

Selamat bertutorial tudung bawal ruffle. Pastikan aurat terjaga okay bila berfesyen tu :)

Credit Image : tudungruffle

Resepi Homemade Nasi Ayam

Monday, June 16, 2014
Resepi Homemade Nasi Ayam mudah je bila dah terlebih rajin. Kali kedua buat Nasi Ayam ni lebih confident sebab first time buat nasi ayam tu menjadi je cuma kekurangan kuah cili je sebab takde cili besar merah tu. Guna je apa yang ada kan.

Husband paling suka sup ayam Fiza buat tu. Alhamdulillah..sebelum ni nak buat sup ayam jugak tapi dia kurang sikit bab sup² ni. Tapi Fiza buat sup ayam, habis licin mangkuk tu. Kata tak suka sup?? Heh..sedap ye? Mestilah sedap sebab di tambah dengan kasih sayang :) Ini pun resepi simple je Fiza buat. Cepat je siap.

homemade nasi ayam

Sup Ayam
1. Potong dan basuh ayam. Lemak dan kulit basuh dan asingkan.
2. Didihkan air. Masukkan potongan ayam,kulit dan lemak ayam.
3. Tumbuk 1/2 biji bawang besar,3 ulas bawang putih dan 1 inci halia agak lumat sikit. Kemudian masukkan ke dalam air didihan air.
4. Masukkan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk secukup rasa dan 1 kiub ayam. Biarkan sehingga ayam masak.
5. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan toskan.
*tambahkan daun sup dann bawang goreng untuk sup lagi sedap.

Nasi Ayam
1. Basuh beras dan toskan.
3. Tumbuk 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1inci halia.
3. Panaskan rice cooker, masukkan 1 sudu margerin/butter. Setelah cair, masukkan bahan tumbuk tadi dan sedikit lebihan lemak dan kulit air dari sup ayam tadi.
4. Biarkan garing seketika dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi.
5. Kacau rata dan masukkan sup ayam yang dah masak tadi. Sukat sup macam sukat air untuk masak nasi tu. Biarkan nasi masak macam biasa.

Ayam Goreng Madu
homemade nasi ayam

1. Tadi dah toskan ayam dari sup kan. Kemudian letakkan kicap manis, kicap pekat sikit, sos tiram dan jugak madu. Kalau takde madu boleh gaulkan sekali dengan brown sugar.
2. Gaul dan perap seketika. Kemudian goreng macam biasa. Goreng sekejap je ye sebab ayam tu dah masak. Dah nampak kekuningan sikit dah boleh angkat dah.
3. Ayam goreng toskan dulu kemudian ketuk dengan pisau besar tu dan potong sikit untuk memudahkan kita makan nanti. alah macam kat kedai selalu buat tu.

Kuah sambal merah
1. Blend 3 biji ladar besar merah dan 2 ulas bawang putih. Masukkan sedikit air dan garam. Kalau nak pekat jangan letak banyak air. 
2. Kemudian masukkan gula. Nak tahan lama simpan boleh panaskan kuah sambal tu dulu.

Kuah kicap.
1. Ambil kuah kicap ni dari perapan ayam tadi dan campurkan dengan sup ayam. Kalau pekat sangat tambah sup ayam sikit.

Jangan lupa hidangkan bersama tomato, salad dan juga timun.

Alhamdulillah menjadi. Bukanlah pandai masak pun. Kena rajin sebenarnya :) Selamat mencuba! Opss.tomato pulak takde hari ni.

homemade nasi ayam

Notapink : Tak sabar nak tunggu husband balik untuk komen masakkan hari ni pulak.. Bila dia kata sedap, terus rasa kenyang..hihi..Hilang penat masak bila orang yang tersayang suka makan kan?


Biskut Raya Homemade sedap

Sunday, June 15, 2014
Biskut Raya Homemade Sedap | Bulan Ramadhan nak dekat dah ni. Memasing dah sibuk fikirkan business untuk tambah duit poket untuk raya kan. Bulan ramadhan ni bulan yang sesuai untuk berniaga dan InshaAllah murah rezeki berniaga. Business kuih raya salah satu bussiness yang menguntungkan. Tak bermakna raya tanpa kuih raya kan?

Nak buat kuih yang sedap pun kenalah ada resepi yang sedap jugak. Kalau bukan untuk berniaga, untuk makan sendiri pun boleh. Dah boleh jimat dah. 

Jom ketahui Rahsia Biskut Homemade. Bukak perniagaan biskut dari rumah bukan untuk raya je, untuk perniagaan tetap pun sangat berbaloi.

Klik Banner
rahsia biskut homemade sedap

Semoga perniagaan biskut korang berjaya :)

Teknik Asas Berenang

Siapa tahu Teknik Asas Berenang? Jarang orang kita ni nak belajar berenang. Betul tak? Salah satu sukan yang kurang mendapat tempat untuk kita belajar. Susah ke? Mungkin jugak disebabkan kemudahan/tempat untuk belajar berenang tak berapa nak ada.

Ada juga yang belajar di rumah je mana yang ada swimming pool tu okaylah. Atau bagi orang kampung kat sungai je ataupun yang berdekatan dengan laut. Tapi selamat ke? Mesti kena tahu teknik asas dulu kan.

Jom ambil tahu teknik berenang dan panduan belajar berenang gaya breaststroke. Klik buku bawah ni atau KLIK SINI.
teknik asas berenang

Belajar berenang ni bagus sangat sebab pergerakan berenang melibatkan semua anggota. Fiza ni pernah jugak try apungkan diri dulu tapi tak berhasil. Pernah hampir lemas jugak masa mandi sungai dan kolam. Masa tu terlentang terus tak dapat kawal diri even air cetek pun. Bila kepala jatuh dalam air dulu memang susah nak kawal. Agak fobia jugak dengan air sebenarnya. Itulah sebabnya perlu jugak belajar berenang ni.

Kelebihan berenang 

1. Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.

2. Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.

3. Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.

4. Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.

5. Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalammengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.

6. Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.

7. Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasanketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.

Untuk maklumat lanjut [KLIK SINI]

Dapat Lesen Memandu Dengan Mudah dan Cepat

Saturday, June 14, 2014
Dapat Lesen Memandu Dengan Mudah dan Cepat | Impian setiap orang nak ada lesen. Kalau boleh nak dapatkan dengan mudah dan cepat. Kalau budak sekolah umur 16 tahun dah boleh ambil lesen motor dah. Umur 17 tahun baru boleh ambil lesen motor dan kereta. Cuti sekolah memang penuh la dengan budak sekolah ambil lesen kan.

Bagi yang bekerja pulak sama je nak dapat lesen dengan mudah dan cepat. Almaklumlah bukan senang nak dapat cuti, kalau tunggu setiap hujung minggu bila pulak nak habisnya kan. Lagipun sekarang ni ramai yang nak ambil lesen. Kena tunggu giliran dan slot free.

Semua tu Fiza pernah merasainya. Alhamdulillah test JPJ semua tak mengecewakan. Tapi masa belajar drive kereta selalu jugak kena marah dengan cikgu. Huh~ Sedih memang ada lah. Apelah susah sangat nak bawak kereta kan. Disebabkan marah cikgu tu lah berjaya dapatkan lesen keduanya hanya sekali ambil je.

Kebanyakannya takut nak ambil sebab tak pandailah, takut kena marah lah, staff JPJ garanglah dan macam² lagi sampai yang dah berumur pun baru nak ambil lesen. Mungkin disebabkan faktor lain jugak tu. Dulu, Fiza pernah gagal interview sebab takde lesen lagi time tu. Disebabkan itu je? Ye lah kerja tu kena ke sana kemari, kalau dah tak takde lesen tak kan nak hire driver lak.

Nampak tak betapa pentingnya lesen pada kita ni. Dah ada lesen lebih mudah nak bergerak ke sana sini tanpa bantuan orang lain. Lagipun kenderaan awam pun dah berkurangan disebabkan ramai dah memiliki lesen dan kenderaan sendiri. Kadang² buang masa tunggu je kan.

Nak tahu cara dapat lesen memandu dengan mudah dan cepat? Click buku bawah ni atau KLIK SINI. Dapatkan tips yang berkesan.
belajar memandu
Ada lesen tapi takde kenderaan atau kurang bawak takpe. Mana tahu ade emergency case ke apa ke..ada lesen, boleh memudahkan kerja kita. Betul tak? Bila dah dapat lesen ni, terfikir balik. Mudah rupanya nak ambil lesen ni. Kena focus belajar dan ikut peraturan :)

Wordless Wednesday #102 | Cara Mudah Lipat Stokin

Wednesday, June 11, 2014
Melipat, Salah satu kerja yang tidak disukai ramai. Betul tak? Kenapa ye? Salah satu sebabnya adalah Malas. Nampak je kain baju bertimbun secara automatiknya rasa malas. Setuju tak? Fiza ada tips untuk membuatkan korang semua rajin melipat baju.

Pertamanya, kalau baju dah kering terus lipat sebab lagi banyak baju bertimbun lagi bertambah malas jadinya. Keduanya, korang boleh jadikan kerja melipat tu satu exercise tangan dan melipat dengan cara yang kreatif, mudah dan sangat menarik. Bila lipatan menarik mesti korang akan teruja nak melipat dan terus lipat.

Contohnya kalau melipat stokin yang comel ni. Kalau jenis malas memang lipat dua terus. Takpun, humban terus dalam bekas stokin. Nanti bila nak guna terkial-kial mencari sepasang stokin. Pernah jadi macam tu tak?

Untuk tidak berhadapan dengan masalah kehilangan sebelah stokin, jadi mulai sekarang korang kena rajin gunakan cara mudah melipat sepasang stokin korang yang comel. Senang nak mencari bila nak memakai dan lipatan stokin yang comel ni membuatkan bekas stokin korang mesti kemas tersusun. Sangat sistematik bila stokin dah dilipat macam ni. Caranya sangat-sangat mudah dan Fiza gerenti bila korang dah biasa korang akan happy melipat stokin. Begitu juga dengan lipatan pakaian dalam dan pakaian harian. 

Kalau Tshirt husband untuk pakai di rumah Fiza lipat gulung je, senang encik suami nak memilih dan mencari baju. Untuk pakaian ke luar, Fiza gantung je lebih senang encik suami nak memilih pagi-pagi. Fiza sejenis yang agak bersistematik bab susunan ni. Pantang nampak bersepah sikit, gerenti mulut bebel kejap. Kejap je tak lama. huhu..Biasalah kan, perempuan mana yang tak pernah membebel. Hehehe..Okaylah, kunci utama untuk lebih rajin melipat adalah RAJIN. Kalau tak raji, tak siaplah kerja tu. 
cara mudah lipat stokin

Dari dulu sampai sekarang Fiza amalkan cara melipat stokin macam di atas. Bila bukak drawer tu, rasa senang je nak memilih stokin mana yang nak di pakai. Drawer pun nampak kemas je bersusun. Lagi satu, confirm stokin korang tak kan pernah hilang sebelah kalau dah melipat cara macam ni. Selamat merajinkan diri.

Mixed Breed Kittens

Tuesday, June 10, 2014
Hari Selasa 27 May 2014, Finally Si Lulu selamat melahirkan 4 ekor anak. Sebelum ni Lulu pernah preggy tapi lepas beranak 2 ekor anak tu hanya berjaya hidup selama 2 hari sahaja. Alhamdulillah kali ni Mixed breed kittens selamat dilahirkan disebabkan masa preggy haritu ade bagi vitamin. Sekarang pun anak anak dia sihat² je. Ade jugak pewaris dorang setelah bertahun menunggu since kiteorang adopt masa umur dorang 2 bulan tahun 2011.

Qiqi pulak pernah beranak selama 2 kali dan kedua dua kali tu anak anak dia tak berjaya hidup. Dia masih belum cukup kuat untuk beranak, mungkin kurang vitamin dan mungkin tak pandai nak jaga anak lagi. Apepun suka sangat Lulu dah ada pewaris baka mixed breed. Tak pasti dorang ni campuran persian dan apa. 

Inilah hasil mixed breed dari Lulu dan Koko. Beranak dalam tempat gelap dan belum keluar dari situ lagi. Sangat protective Si Lulu ni. Kalau pegang anak dia, anak dia mengiau dan dan tu jugak Si Lulu datang nak amek anak dia. Tak bagi peluang lansung kiteorang nak tengok tengok anak dia. Sorang menyusu, semua menyusu. Comel je tengok.


Susah tau nak amek gambar dorang ni. Tahulah comel, asal nak snap je terus berpaling tempat lain. Ini je la yang paling cantik boleh snap. Dah besar sikit memang kena gomol la..Suka betul pegang kittens ni. Bulus dia so fluffy sangat.Gerammm

Lulu lahirkan 4 ekor anak yang berbeza warna 

1. White dan soft Orange

White dan soft Orange mix breed kittens

Suka tengok dia pandang camera camni.
White dan soft Orange mix breed kittens

2. White and Orange
Masih warna yang sama cuma orange dia warna biasa.
White dan Orange mix breed kittens

White dan Orange mix breed kittens

Dahi jendul tu. Masih mengekalkan muke kemek!

White dan Orange mix breed kittens

3. Black and White
Yang ni macam tompok lembu. Comel gila tau.Putih suci murni je tengok. Malu tu nak amek gambar.
Black and White mix breed kittens

4. Black Stripes.
Yang ni hitam terlebih pulak. Mata berair bersinar² comel nau dia ni dengan muka kemek ni.
Black Stripes mix breed kittens

Dapat pegang kejap je la sebab mak dorang marah tau. Tak bagi usik anak dia. Tunggu dah besar sikit baru boleh main² dengan dorang ni. Tak sabar haihh..Dorang masih bawah jagaan MIL and FIL kat kampung. Susah kan nak bela kat kawasan Taman ni. Takut la jiran tak suka bau kucing. Kat kampung takde sape kisah sebab kawasan kampung lebih luas.

Dorang pun dah biasa kat kampung. Kalau dulu dok dalam rumah je tak bagi keluar. Sekarang dah jinak dan manja dah. Bila balik kampung, dorang nampak kereta mesti dorang kejar terus masuk dalam rumah. sweet lahaii..

Harap² masih mampu membekalkan yang secukupnya untuk mereka dan mereka belum diberi nama lagi. Muka dorang pun comot lagi ni, Si Lulu belum bersihkan anak² dia sepenuhnya lagi. Nanti kalau dibersihkan hilang pulak bau anak dia, nanti dia taknak jaga. Sebaiknya jangan pisahkan dorang lagi sampai dorang dah besar sikit. 

Auto Post Signature

Auto Post  Signature