Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Garret Pop Corn Shop Kini di Mid Valley


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Garret Pop Corn Shop Kini di Mid Valley! Kalau dulunya nak makan garret pop corn kenalah pergi One Utama atau KLCC kan. Tapi sekarang tak yah susah nak pergi jauh, pergi Mid Valley je dah boleh dapat. Dah lama tak merasa garret pop corn yang sedap tu. Sekali hadap je dah habis kalau makan sorang pun. Bila dah sedap makan tak pandang kiri kanan dah..eh? buruk perangai haihhh...

Garret Pop Corn shop di buka pada 26 April lepas Di Mid Valley dan setiap pembelian akan dapat kejutan jika menyebut #megagarretpopcorn. Rasanya dorang dapat mistery gift Tshirt kot. Apepun jangan ketinggalan merebut peluang anda  menikmati perisa tawaran terhad Hazelnut Caramel Crisp. Hanya sehingga 30 bulan April.

Tentang harga Fiza tak pasti lah still maintain harga yang lama atau tak sebab dah lama gile dah membeli kot. Ini harga lama :

Buttery / Plain 
Small : RM 9 
Medium : RM 13 
Large : RM 19 
1 Gallon : 79 
2 Gallon : 129 

Cheese Corn 
Small : RM 16 
Medium : RM 21
Large : RM 26 
1 Gallon : 89 
2 Gallon : 149 

Caramel Crisp 
Small : RM 16 
Medium : RM 21 
Large : RM 26 
1 Gallon : RM89
2 Gallon : RM149 

Caramel Crisp with nuts ( Macadamia,Almonds or Cashew ) 
Small : RM 19 
Medium : RM 36 
Large : RM 46 
1 Gallon : RM129 
2 Gallon : RM229 

The Chicago Mix 
Small : RM 16 
Medium : RM 21 
Large : RM 26 
1 Gallon : RM89 
2 Gallon : RM149

Sesekali nak makan bolehlah kan layan tekak. Ada sesape nak belanje Fiza garret pop corn? Memang rajinlah Fiza nak turun Mid Valley..hehehe.. So korang enjoy your garret pop corn at Mid valley :) Jom serbu!!!



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Tribunal Pengguna Tuntutan Hak Sebagai Pengguna Malaysia


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tribunal Pengguna Tuntutan Hak Sebagai Pengguna | Sebagai pengguna kita sebenarnya mempunyai hak untuk bersuara dan membuat aduan untuk mendapatkan penyelesaian yang adil mendapat pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan , kurang bermutu dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.
kuasa pengguna Malaysia

Pernah korang di tipu oleh peniaga online? Ada yang pernah di tipu tapi tak tahu ape nak buat. Sudahnya diri sendiri yang yang rugi kan. Ataupun tak tahu untuk buat aduan di tribunal pengguna. Kadang kadang tak nak buat report sebab kesian pada peniaga itu sendiri atak peniaga itu di kenali. Atau pengguna sendiri takut untuk menyuarakan hak. Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan kita tak nak buat report pada tribunal pengguna ni tapi kita kena jugak tuntut hak kita sebagai pengguna kan.

hak pengguna malaysia

Antara hak pengguna :

Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Perkara yang perlu di teliti oleh pengguna :
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.

Cara Membuat Aduan :
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:

Talian bebas tol : 1 - 800 - 886 - 800
Portal Rasmi: www.kpdnkk.gov.my 

Pengguna sering ditipu menerusi:
Penipuan Perkhidmatan
Penipuan Harga
Cetak Rompak
Penipuan Jualan Langsung
Produk Tiruan
Tanda Harga Yang Mengelirukan
Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
Penipuan Perjanjian Sewa Beli


Sebaiknya, gunakan hak sebagai pengguna dengan cara yang betul. Jika sudah rasa di tipu dan sebagainya Boleh terus membuat aduan. Sila salurkan ditempat yang telah disediakan. Jadilah pengguna yang bijak.

Harap entry ni dapat membantu pada mereka yang pernah menjadi mangsa. Takde siapa suka ditipu lagi lagi melibatkan jumlah wang yang banyak. Dan peniaga juga kena beringat, jangan fikirkan untung dengan menipu. Tak berkat duit tu pun.

Credit info : Sumber2
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Resepi Rice Krispies Chocolicious


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Rice Krispies Chocolicious mudah sangat. Punyalah addicted dengan rice krispies choco ni, sampai rasa nak makan hari hari okay. So decide nak buat sendiri je la lebih senang nak makan anytime je boleh siapkan.

Bahan bahan pun sikit dan cara pun mudah je la..Tak rugi kalau korang cuba buat pun. 



Bahan-bahan 

  • Rice Krispies 
  • Coklat masakan
  • Coklat bar

*semua bahan di atas tak kisah brand ape ye. Ikut rasa korang lah. Semua bahan² ni total berharga RM21.00. 

Cara- Cara  

1. Masukkan rice kripies dalam bekas.
2. Potong² Coklat masakan dan masukkan dalam loyang dan masak coklat tu dengan cara double boiler.
3. Kemudian masukkan coklat bar yang telah dipotong² ke dalam aduanan coklat masakan. Kacau sehingga kedua² adunan cair dan sebati.
4.  Adunan coklat dah siap, curahkan ke dalam bekas yang berisi rice krispies tadi.
5. Sedia untuk di makan. 


* Nak lagi sedap, letaklah kekacang ke, chocolate rice ke, chocolate chips ke kan.


Sebelum makan gaulkan dulu ye. Melting habis dalam mulut. Bila buat sendiri je, bolehlah letak chocolate banyak dan buat sendiri lebih puas makan dan jimat gitu.hehehe


Selamat mencuba. Pagi petang siang malam hadap ni je. Budak budak mesti lagi suka ^__^
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
54 Comments
Share :

Petua Menghalau Burung Layang-Layang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada yang tahu petua menghalau burung layang-layang tak? Lately tetiba pulak burung ni buat sarang kat atas ceiling kat luar rumah ni. Dah halau pun still datang. Punyalah kuat melekat air liur dia kat dinding tu lepas halau, terus bersihkan tempat tu takut dia datang lagi sampai terhakis cat tu husband bersihkan.

Dah sembur jugak dengan shieldtox kat tempat tu bagi dia rasa bau tak selesa sampai berbekas dinding dengan harapan dia tak kan datang lagi. Tak jugak berhasil. Masih lagi datang. Phew~ Letih betul nak membasuh tahu burung yang jatuh kat lantai tu. 

Kemain seronok lagi dorang berduaan ye. Ni baru nak start buat sarang. Dah angkut segala rerumput kering tu. Tak lama lagi bersarang lah dia. Oh No! Weekend ni misi membuat apa yang patut. Dah google tapi tak membantu jugak. Korang ada petua menghalau burung layang layang tak? Meh la share. Kot berhasil ke kan.


Bila siang dia kejap ada kejap takde, tapi masih bawak rerumput kering.

Bila malam projek buat sarang pulak dah. 

Bila pagi, projek Fiza mencuci pulak. Buat tambah kerja pulak dah. Burung oh burung..Pergilah bersarang ditempat lain yang lebih sesuai...

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Kepentingan Asid Folik untuk Kesuburan dan Kehamilan.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepentingan Asid Folik untuk Kesuburan dan Kehamilan | Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin pastinya nak anak sebagai penyeri dan penyambung zuriat kan. Anugerah dari Allah dan harta yang sangat bernilai. Tapi anak adalah rezeki dari Allah. Kalau belum ada rezeki anak Allah nak bagi kita kena bersabar.

Dalam masa tu kena jugak usaha dan doa. Sebagai langkah persediaan dan usaha untuk hamil, merancang untuk hamil perlunya mengambil asid folik. Ketahui kepentingan asid folik.

Apakah Asid Folik

Asid Folik atau folate dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting untuk membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak dalam sel. So, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Kalau si ibu kekurangan asid folik kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Kepentingan Asid Folik

  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang [neural tube defect] seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang [spinal bifida]
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah [anemia]. 
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi seperti Sumbing lelangit (cleft palate), Kecacatan pada jantung (congenital heart disease), Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Siapa yang perlukan Asid folik

  • Asid folik diperlukan oleh semua wanita yang berumur 14 - 44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Waktu Pengambilan Asid Folik

Untuk wanita yang merancang untuk hamil, ambil asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Untuk wanita yang telah hamil pula, dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. 

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Dos Asid Folik yang diperlukan.

  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

Kepentingan Asid folik untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita

Asid Folik dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di tanam ke dalam rahim. 

Sumber Makanan yang mengandungi Asid Folik

  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Supplement yang mengandungi Asid Folik

Shaklee menyediakan dua produk yang mengandungi asid folik iaitu B Complex dan Vita Lea. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita.


B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.

Kepentingan B Complex.

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kepentingan Vita-Lea (Multivitamin & Multimineral) 

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Asid Folik larut dalam air. Kalau kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing. So,tak salah kalau nak ambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha Allah yang menentukan. Mudah mudahan ada rezeki.Aminnn

Untuk dapatkan supplement ni boleh contact Fiza atau ade sesiapa nak jana pendapatan di rumah dengan business Shaklee Fiza boleh bantu. :)


Untuk dapatkan Tips Mudah Hamil [ KLIK SINI]
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Credit : sumber1|Sumber2
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014 Edisi ke-6 akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang dianjurkan oleh Qistina Avenue dan di taja oleh Mydream Wedding dan EDM Events Photography dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Cuti Cuti 1 Malaysia. Malaysia Wedding Festival (MEFA) atau lebih mudahnya kita kata "pameran pengantin" sangat membantu bakal bakal pengantin dalam menyediakan persiapan untuk hari perkahwinan mereka.

pameran pengantin

Malaysia Wedding Festival (MEFA) antara festival perkahwinan yang terbesar di Malaysia kerana mengumpulkan lebih 70 vendor di dalam satu bumbung dan antara vendor yang terlibat adalah seperti vendor katering, pelamin, baju pengantin, mak andam, videographer, photographer dan wedding planner dari serata Malaysia terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Lengkap persiapan yang disediakan untuk bakal pengantin.


Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan dalam pameran pengantin ni, antaranya ialah korang berpeluang mendapat hadiah berminat RM15,000, Ada pertunjukan busana pengantin, Pencarian model inspirasi perkahwinan 2014, Promosi harga pakej perkahwinan 2014, cabutan bertuah, pertandingan make up artist dan juga persembahan pentas. Setiap tempahan pakej yang dibuat ketika MEFA berlansung akan layak untuk cabutan pertuah.


Masa pameran pengantin ni confirm korang rambang mata tengok pelbagai busana pengantin dan pelamin yang cantik-cantik. Semuanya yang terkini okay! Dan juga korang kena bijak memilih ikut citarasa dan juga budget. Nak kahwin ni mesti nak pilih yang terbaik kan. Semua vendor dalam MEFA ni adalah terbaik untuk pilihan korang. So jangan lepaskan peluang yang ada. Boleh tengok MEFA highlight tahun lepas. Amek feel untuk 2014 ni pulak. Meriah betul.





Bakal bakal pengantin jangan lupa temujanji bersama dengan MEFA ye. Masuk adalah PERCUMA. Yang lain juga di jemput sekali memeriahkan suasana. 


Tarikh : 2-4 Mei 2014 ( Jumaat-Ahad)
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC)
Masa : 10 pagi- 10 malam

Untuk maklumat lanjut dan terkini :
Website : www.mefa.my
Instagram : MEFAPENGANTIN 
Twitter : MEFAEVENT 
Email : sales@mefa.my
Phone No: 012 387 1775 / 018 282 5535 

Notapink : Dulu masa nak kahwin memang excited pergi pameran pengantin. Ini cantik itu cantik, ini best itu best. Banyak betul pilihan. Jangan lupa ambil segala flyers, maklumat dan contact number untuk rujukan akan datang ye.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Pelaburan Unit Trust


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pelaburan Unit Trust atau Pelaburan unit amanah merupakan pelaburan terbaik untuk duit kita. Samada melalui kwsp, wang tunai atau pinjaman untuk kakitangan awam mahupun swasta. Ini adalah salah satu peluang untuk jana pendapatan daripada membazirkan duit ke tempat lain.


Mungkin ada antara kita yang mahu tapi tidak tahu. Tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat yang betul dan rujukan yang lengkap. Takut juga kalau tersilap langkah tanpa panduan dan perunding yang boleh dipercayai dan takut juga kalau terjebak dalam pelaburan yang haram.

Pelaburan unit trust bukanlah system MLM ye. Pelaburan unit trust adalah pelaburan yang boleh memaksimumkan pendapatan dan duit korang serta mengelakkan kerugian dalam pelaburan. Dalam kenaikan harga barang ni perlu sangat kita melabur sedikit duit untuk sekarang dan akan datang. Selain melabur dalam pembelian emas, unit trust adalah satu pelaburan terbaik.

Kini boleh melabur melalui kwsp, wang tunai atau pinjaman melalui bank bank yang terpilih. Nak tahu teknik memaksimakan keuntungan pelaburan unit amanah  sehingga 3X ganda lebih daripada apayang diperolehi sekarang ni, [KLIK SINI]. Dapatkan E-Book Rahsia Unit trust yang lengkap dengan panduan untuk melabur dalam unit trust. Kalau harga biasa RM80 tapi sekarang harga promosi RM27 sahaja untuk tempoh promosi ni. Kalau nak, dapatkan sekarang sementara tengah murah.[KLIK SINI]

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Dekorasi Bajet


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dekorasi Bajet adalah menjadi pilihan kepada mereka yang sangat menitik beratkan soal bajet. Bila dah ade rumah mestilah nak kena deko bagi nampak cantik kan. Tak semestinya kena keluar bajet yang banyak untuk deko-deko ni. Zaman sekarang banyak dekorasi yang murah boleh dimiliki.

Cumanya kita kena bijak memilih dekorasi yang sesuai dan memilih tema yang betul supaya dekorasi sedap mata memandang. Pada Fiza, dekorasi yang tidak terlalu crowded lebih baik. Simple dan nampak exclusive. Antara dekorasi yang exclusive adalah dari IKEA. Walaupun nampak simple tapi exclusive. Memang agak mahal sedikit tapi worth it dan berkualiti.

Kalau dekorasi untuk bilik nampak cantik macam ni. Ni yang nak terperap dalam bilik je.
dekorasi bajet bilik

Ruang tamu pulak nak ada macam ni.. Memang simple dan nice sangat!
dekorasi bajet ruang tamu

Bagi yang suka masak macam Fiza ni..haa ini dekorasi dapur pilihan. Kemain exclusive ni. Rasa nak dok berangan kat dapur je ni..haishhh.

dekorasi bajet dapur

Bahagian bilik air pulak kalau ada macam ni kat luar sebelum masuk bathroom memang best kan. Boleh siap main lari² kat sini.
dekorasi bajet bilik air

kat luar rumah jangan dilupakan pulak. Ada gazebo sebijik camni pun dah memadai. Bolehlah minum petang kat sini sembang sembang dengan family.

dekorasi bajet landskap

Wahh heaven la ade dekorasi rumah camni. Ini bukan dekorasi bajet namanya ni. Ini dah tahap mewah ni. Kalau nak camni, kenalah ada rumah besar kan. Kemain bermimpi nampaknya. Eh kadang kadang mimpi boleh jadi kenyataan dengan syarat kena usahalah. Mana tahu rezeki Allah nak bagi kan. 

Tapi bukanlah rumah besar je boleh buat dekorasi rumah kurang besar pun boleh. Kena gunakan ruang yang ada dengan bijak. Walaupun kecil tapi pilih dekorasi yang sesuai supaya tak menjadikan ruang bertambah sempit. Nak tahu lebih banyak ilmu dekorasi bajet ni,[KLIK SINI]. Laman Dekorasi bajet yang didatangkan dalam bentuk E book bagi mereka yang berminat dalam dekorasi ni. Memang berguna sangat untuk bajet korang :)


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Tips Mudah Hamil


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tips Mudah Hamil | Ada yang masih berusaha untuk hamil tapi masih tak berjaya? Jangan risau jangan stress.Ada tips mudah hamil..talk to myself. Bukanlah merancang cuma rezeki tu masih belum ada. Kita dan berusaha dan doa, Allah yang menentukan. Mungkin belum sampai masanya kan. Ada sebabnya kenapa. Orang tanye pun Fiza cool je..Hanya mampu jawab "Belum ada rezeki lagi". Doa² kanlah 3 4 bulan lagi kot ada rezeki kan sebab sekarang ni tengah consume some pills from doktor.

Jangan persoalkan perancangan Allah SWT untuk kita ye. Ini adalah salah satu ujian Allah sedang menguji kita. So kena sabarlah. 

Antara salah satu faktor utama adalah masalah ketidaksuburan. Buat mereka yang menemui jalan buntu boleh cuba dapatkan E-book Panduan dan Tips untuk cepat hamil dan cepat dapat anak. Dalam E-Book ni mendedahkan satu Panduan Lengkap Kesuburan yang wajib di miliki sebagai langkah pertama ke arah kehamilan. 
Tips mudah hamil
Antara isi yang terdapat dalam E-Book ni adalah :
  • Bagaimana Mengenalpasti Dengan Tepat Hari-hari Subur Anda Untuk Meningkatkan Peluang Kehamilan.
  • Kaedah PemakananStrategi 3:Faktor2 Berkaitan Hubungan Kelamin
  • Faktor-faktor ketidaksuburan
  • Penyakit-penyakit Ketidaksuburan
  • Ketidaksuburan Lelaki
  • Ketidaksuburan Sekunder
  • Tanda-tanda Mengandung
  • Koleksi petua petua
  • Amalan dan doa² khusus
Dan dapat pelbagai bonus antaranya pregnancy guide, pregnancy nutrien, panduan untuk suami di bilik bersalin, senaman ringkas dan macam² lagi. Nak tahu lebih lanjut untuk info dan pembelian [ KLIK SINI ]. Kena beli satu untuk diri sendiri jugak ni. Jom share bagi membantu mereka yang memerlukan tips mudah hamil. Yang penting kita usaha kan :)

Bila dah usaha macam macam tapi masih tak menjadi. Jangan risau, ade rezeki nanti.Hopefully bila check nanti akan dapat camni :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
18 Comments
Share :

Rahsia Kejayaan Bisnes Tudung


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rahsia Kejayaan Bisnes Tudung | Berniaga tudung salah satu bisnes yang bagus yang tidak akan rugi memandangkan tudung adalah keperluan harian untuk kaum perempuan dalam menutup aurat. Takkanlah nak pakai tudung yang sama hari hari kan. So mestilah setiap hari akan gunakan tudung yang berlainan.

Tapi kalau seminggu asyik dok rotate tudung yang sama, rosak juga materialnya kan. Kenalah ada jugak koleksi lain. Pembelian tudung ni selalunya ikut fesyen. Asal ada tudung baru je mesti nak beli kan even tudung dah berlambak tu..talk to myself. hehehe.. Ini semua disebabkan pengaruh fesyen. Tapi jangan dilupakan, fesyen² juga tujuan utama pakai tudung untuk menutup aurat. Kalau tak tutup aurat kan berdosa. Tahu kan? Kalau tahu, kenalah buat.

Disebabkan itulah, ramai yang suka berniaga tudung ni. Memang untung sangat sebab setiap hari pasti ada jualan disebabkan permintaan yang tinggi dari customer. Tak heranlah kalau orang yang berniaga tudung ni hidup mewah kan. Kalau satu tudung di jual dalam harga yang murah pun masih mendapat keuntungan berlipat ganda. Yang penting kita kena tahu "Rahsia Kejayaan Bisnes Tudung"

Nak tahu rahsianya ? Boleh dapatkan ilmu menjadi usahawan bisnes tudung yang berjaya.[KLIK SINI].Atau boleh dapatkan E book dengan harga istimewa serendah RM30. Dengan RM30 mampu memberikan ilmu bisnes yang boleh menguntungkan. InshaAllah...
Cari ilmu bisnes, usaha, doa dan tawakal. InshaAllah rezeki itu akan jadi milik kita. Dan Moga kita mendapat rezeki yang berkat. Orang kata biar untung sikit dulu asalkan boleh maintaince sentiasa ada keuntungan. 


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Kurus Dengan Atkins Diet


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kurus Dengan Diet Atkins | Siapalah yang tak nak kurus kan. Kalau boleh nak maintain kurus dan miliki bentuk badan yang ideal. Bukan ape, senang nak membeli baju yang standard size dan mudah untuk melakukan sebarang pergerakan. Kalau badan berisi ni susah nak bergerak dan buat kerja mesti cepat letih.

Kata orang kalau diet ni kenalah berdisiplin. Kalau tak, tak gunalah berdiet macamana pun. Pernah dengar Atkins Diet?
Kurus Dengan Atkins Diet

Apakah Atkins Diet

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Cara Atkins Diet

Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan korang akan mula menyusut.

Peringkat Atkins Diet

Mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Wahh..nampak seronok dengar :)

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin kalau nak mencapai tubuh langsing yang di impikan. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah korang lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu sekurang kurangnya dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan . Yang pasti, lagi berat badan seseorang atau lagi susah untuk menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lamalah tempoh induction ni.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Ongoing Weight Loss memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya korang tahu had toleransi karbohidrat anda.
Atkins lifestyle food

Kebaikan Atkins Diet

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan seseorang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Pantang larang ketika Berdiet Atkins

Kepada pencinta kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan pengambilan jenis minuman ini, tapi jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Tips Penting!
Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Kepada sesiapa yang suka untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Dari pengalaman, Fiza pernah melakukan Atkins Diet Selama 2minggu sebelum bertunang dulu tahun lepas. Terbukti memang berkesan.Turun jugaklah beberapa kilogram. Kenapa tak teruskan sekarang? Sebab tak berdisiplin tentang bab makan..hehe

Nak tahu teknik kurus dengan Atkins  Diet. Boleh ikut panduan yang betul dan lengkap untuk capai target kurus korang tu. Semua ada dalam ni. Tak rugi membeli kalau ternyata berkesan atau korang boleh baca dulu sedikit sebanyak tentang Atkins Diet dan dapatkan PANDUAN PERCUMA [KLIK SINI].


Dalam ni memang lengkap dengan cara Atkins Diet ni. Jenis makanan, kiraan kalori, makanan yang perlu di elakkan dan macam macam lagilah. Start your Atkins diet now :). All the best!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Nikko Placenta White Produk Pemutihan dan Rawatan Kulit Terbaik


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nikko Placenta White

Nikko Placenta White Produk Pemutihan dan Rawatan Kulit Terbaik yang telah menjadi fenomena terbaru dalam produk pemutihan kulit. Nikko Placenta White Baru je dilancarkan awal bulan April ini, tapi dah ramai yang mencuba dan berpuas hati. Almaklumlah, semua orang sukakan kecantikan. Dalam menjaga kecantikan, perlulah memilih produk yang bersesuaian dengan kita. Betul tak? 

Bagi mereka yang hendak dapatkan kulit yang putih dan sihat serta cantik, Nikko Placenta White adalah jawapannya. Selain memutihkan kulit, ia juga boleh merawat kulit. Selalunya kalau kita nak membeli sesuatu produk kecantikan ni mesti kita fikirkan soal kandungan bahan yang digunakan, jenis (powder, tablet atau liquid), fungsi, kesan dan juga harga. Mesti ambil tahu dan survey dulu kan. Jom kita berkenalan dengan produk Nikko Placenta White.


Apakah Nikko Placenta White

Nikko Placenta White adalah produk pemutih dan juga rawatan kulit yang didatangkan dalam bentuk tablet. Bagi yang tak suka jenis powder. Boleh consume jenis tablet ni.

Kandungan Nikko Placenta White

Mungkin ada yang tertanya-tanya pasal placenta. Ini bukan placenta seperti yang korang fikirkan. Sebenarnya ia adalah protein dalaman  ikan salmon yang bagus untuk anti penuaan dan melambatkan berlakunya monopaus.

Dalam satu botol Nikko Placenta White ni ada 60 tablet dan tablet ini berperisa strawberry. Takdelah korang fikir macam ubat kan sebab rasa strawberry kan sedap. Setiap satu tablet yang mengandungi 3 elemen aktif dan beberapa bahan lain  seperti :

  • Glutathione dan Collagen : untuk kulit gebu dan putih
  • Vitamin C : anti jerawat dan  perbaiki struktur kulit
  • Protein Salmon Placenta : Protein dalaman ikan salmon yang bagus untuk anti penuaan dan melambatkan berlakunya monopaus seperti yang telah diterangkan tadi.

Fungsi Nikko Placenta White

  • Memutihkan muka dan badan
  • Menghapuskan jerawat
  • Membaiki struktur kulit dan menghilangkan parut
  • Menghilangkan kulit berminyak
  • Melambatkan monopaus
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengecilkan liang pori
Fungsi Nikko Placenta White

Cara Pengambilan

1 botol Nikko Placenta White di ambil selama 1 bulan. Hanya  perlu makan 1 biji selepas sarapan dan 1 biji selepas makan malam.  Boleh di telan terus atau dihisap. Salah satu cara yang mudah juga ni. Macam gula gula pulak dah.

Status produk 

Nikko Placenta White  telah pun lulus ujian Makmal dan sekarang menunggu sijil dari KKM [ yang mana ia mengambil masa 5 hingga 6 bulan ]. Ia juga dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP serta HALAL. Tiada lagi keraguan untuk memilih Nikko Placenta White ni ye. Consume tanpa keraguan.  

Kesan Pengambilan Nikko Placenta White

Kesan adalah bergantung kepada jenis kulit dan komposisi nutrien seseorang juga. Kalau kulit sensitif dan bermasalah ambil masa sikit tapi kalau takde masalah kesan boleh dilihat dalam masa 10 hari sahaja. Cuba tengok gambar dan testimonial pengguna Nikko Placenta White ni.

Kesan Nikko Placenta White


Testimonial Nikko Placenta White


Testimonial 2 Nikko Placenta White

Kelebihan Nikko Placenta White

Antara kelebihan yang paling bagus tentang Nikko Placenta White, ia boleh diambil oleh ibu mengandung, ibu menyusu dan juga wanita yang sedang haid. Tapi kena kurangkan pengambilan berkafein dan banyakkan minum air kosong ye untuk dapatkan kesan yang lebih cepat.

Harga 

Satu botol berharga :
RM 90.00 untuk semenanjung
RM95.00 untuk sabah dan sarawak

Cara pembelian  dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Instagram : Placenta_White
Contact Number : 013-3633 244

Last but Not least, produk ini adalah 4 in 1 okay. Worth to buy. So bolehlah mencuba :)

Contest Placenta White by Nikko

Contest Placenta White By Nikko 

di anjurkan oleh

dan ditaja oleh
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Resepi Sambal Udang Petai


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Sambal Udang Petai | Kebetulan balik kampung haritu mak bagi bekal udang dan MIL bagi bekal petai. So hari ni kena complete jadi Sambal Udang Petai. Petai ni Fiza makan kalau masak sambal je. Kalau petai mentah memang taklah makan Dan makan kat rumah je. Kat luar kalau ada memang tak makan. Sebabnya lepas makan Fiza terus gosok gigi even makan sikit pun. Sebab takut bau terlebih pulak.

Tapi sesekali teringin makan sedap kot! Punyalah lama teringin makan sambal udang petai hari ni baru dapat masak. Susah betul nak mencari petai kat bandar ni ha..Takde supermarket yang jual petai. Nak tunggu pasar malam kejap ada kejap takde. Payah!

Nak tahu cara Fiza masak sambal udang petai memang mudah.

Bahan-bahan

Udang [ikut suka nak banyak mana, bersihkan dan basuh]
2 papan petai yang dah siap dibuang kulit [senang nak makan]
1 biji Bawang besar [separuh di potong bulat separuh blend]
2 ulas bawang putih [blend]
Cili kering dipotong buang biji, masak, kemudian blend [ nak lagi senang guna cili kisar je]
Beberapa cili api [ kalau nak pedas]
1 keping Asam keping
2 sudu gula
satu camca garam
minyak
Air
1 sudu sos cili

Cara-Cara.

1. Blendkan cili kering yang dah dimasak, bawang putih,separuh bawang besar, cili api. Masukkan sedikit air dan blend.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di blend
3. Biarkan bahan tumis garing, masukkan garam, gula, sos cili dan asam keping. Kacau dan biarkan seketika.
4. Masukkan udang dan biarkan masak sedikit.
5. Masukkan petai dan masukkan bawang besar separuh yang telah dipotong.
6. Masukkan air sikit dan biarkan masak dan kering sedikit.

Siap! cepat dan mudah :)
Alhamdulillah...

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
23 Comments
Share :

Cara Renew Lesen


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cara Renew Lesen sekarang dah makin mudah. Memandangkan hari ni Johor pejabat Pendaftaran beroperasi seperti biasa, so senanglah nak settlekan renew lesen Fiza dah expired minggu lepas.Tak sampai beberapa minit je dah siap.

Lesen sekarang dah macam kad IC. Lebih smart! Yang penting bewarna Soft pink yang cantik tu. I loike!

cara mudah renew lesen di pejabat jabatan pendaftaran jalanraya
1. ambil nombor giliran
2. Tunggu nombor giliran dipanggil.
3. Bagi IC dan lesen lama.
4. Buat Pembayaran RM45 untuk 2 tahun( macam Fiza buat)
5. Tunggu kad siap tak sampai 5 minit pun.

Tak perlu bawak gambar atau ambil gambar sebab gambar di ambil dari record chip dalam IC kita.Kalau chip tak boleh baca baru ambil gambar kat situ jugak.

Done!  Dah boleh bergaya dengan lesen yang baru. Tahun akan datang renew lesen ikut tarikh birthday lebih mudah ingat. Takde istilah lupe renew ye..

This is mine!
gambar skema paling buruk dalam ic, lesen dan passport..huhuh..yang penting ada kan :)

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Chriszen Moist Cake Murah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Chriszen Moist Cake Murah boleh dapat di insta 'glamourousbeautyshop'. Chriszen Moist cake adalah bedak  berkonsep baru di Malaysia yang rupanya sekali pandang macam lollipop. Bagi perempuan yang nak wajah gebu, mulus dan cerah semulajadi should try Chriszen moist cake merangkap foundation 2 in 1.

Bukan sekadar kosmetik tapi juga boleh merawat muka dan menjadikan make up korang lebih cantik menawan yang mampu menutup segala cela. So tak perlu la nak make up tebal² dengan foundation apply concealer lagi.

Sebabnya Chriszen moist cake foundation adalah gabungan bedak asas + L-Glutathione + Collagen= Chriszen Moist Cake 400,000Mg. Tak perlu nak pakai macam² lagi untuk bersiap. Dahlah perempuan amek masa nak bersiap kan. Boleh jimat masa jugak ni.

Berita Baik untuk yang baru nak mencuba Chriszen moist cake foundation ni atau yang nak buat stock. Glamourousbeautyshop ada buat promotion sehingga hujung bulan ini dengan pembelian Chriszen moist cake foundation akan dapat PERCUMA Chriszen ampoule (serum) Gold 24K dan juga Free postage dengan hanya RM50.

Wow! murah kot! Rugi korang tak grab sekarang okay!

Kenapa Perlu Memilih Chriszen Moist Cake 


  • Menjimatkan masa untuk dapatkan wajah tampil gebu dan glowing hanya beberapa minit 
  • Anti-penuaan, melambatkan proses penuaan awal kulit
  • Tidak berminyak, sesuai untuk semua jenis kulit, bertekstur ringan dan berwarna natural
  • Mekap tahan 10-12 jam, tidak bercapuk atau comot, 
  • Murah dan berkesan.
Cuba tengok hasillya. Owner Glamourousbeautyshop sendiri menggunakan Chriszen moist cake!

3 Jenis pilihan warna Chriszen Moist Cake mengikut kesesuaian jenis kulit


  • NO.1 : Untuk kulit putih/cerah/merah jambu
  • NO.2 : Untuk kulit sederhana cerah
  • NO.3 : Untuk kulit gelap/sawo matang/kuning langsat

Cara Pakai Chriszen Moist Cake


  • Titiskan dua titik Chriszen Ampoule ke atas tapak tangan. kemudian sapukan pada muka.
  • Urut atau tepuk2 sedikit, selama 1-2 minit sampai Chriszen Ampoule menyerap ke dalam lapisan kulit wajah. Korang dapat rasakan kulit lembab dan segar!
  • Guna sponge yang terletak dalam Chriszen Moist Cake untuk mencampurkan L-Glutathion (lapisan putih) + Moist cake ( lapisan warna beige) supaya mendapat warna moist cake yang sesuai kulit.
  • Ratakan Chriszen Moist Cake dengan sponge tersebut secara nipis dan sekata.
  • Lihat hasilnya, muka korang jadi CERAH dan LICIN!

Keistimewaan Chriszen Moist Cake


  • Mengandungi L-Glutathione yang berfungsi mencerahkan kulit.
  • Mengandungi Collagen yang membantu memudarkan jerawat, jeragat, kedutan halus dan tompok penuaan awal.
  • Berpelindungan SPF 50 yang membantu menjauhi kerosakan/kekusaman kulit akibat sinaran UVA dan UVB.
  • Mengandungi Pelembap yang berfungsi menghalus dan melembapkan kulit muka.
  • Sebagai bedak asas/concealer/foundation yang membantu menyembunyikan tona kulit tidak sekata, lingkaran hitam di bawah mata, liang pori terbuka, berlubang atau noda/parut jerawat pada muka.
  • Mengurangkan masalah wajah berminyak.
  • Disertakan NBR sponge yang paling popular di Korea, fleksibel dan lembut, yang memudahkan pemakaian bedak secara tipis dan rata.
  • Ringan, boleh dibawa ke mana mana sahaja.
  • Pemakaian berterusan setiap hari membantu kulit kembali anjal, halus, cerah dan awet muda!
Chriszen Moist Cake memang terbaik  boleh buat muka jadi flawless gitu dan jimat masa of course! Juga jimat duit dengan harga yang murah macam ni siapa tak nak kan. Promotion ni hanya sampai hujung bulan April 2014 je tau. Kalau nak dapatkannya bolehlah singgah ke

Insta : glamourousbeautyshop @ farhahazman
Whatsapp : 018 3613482 Farhah

Fiza dah order dah, next week baru dapat. wait for my review okay :)
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor