Shopping Di IKEA

Seperti yang dirancang, lepas husband habis seminar terus gerak ke IKEA, Damansara. Punyalah lama plan nak pergi baru ni dapat pergi. Ye lah bukan dekat pun dari rumah. Alang  alang dah ke KL ni memang terus nak pergi IKEA. Lagipun nak shopping untuk projek deco deco rumah katanya. Kenapalah IKEA tak buat cawangan di setiap negeri kan.

Nak buat camna dah ini namanya exclusive, memang susah nak dapat tapi apepun di IKEA boleh dikatakan perabot mampu milik. Semuanya adalah exclusive walau simple. Suka betul tengok decoration kat showroom IKEA. Tak snap pulak gambar =__='.

Lepas dah tengok kat showroom terus shopping apa yang patut. List pulak lupa nak bawak, nasiblah ingat juga apa yang dah disenaraikan. Itupun ada la 2  3 barang yang tak sempat nak beli tak cukup masa nak mencari di IKEA yang besar ni. Inilah yang terakhir barangan yang dapat sebelum bayar. Muka penat berjalan.


Dah sampai rumah excited betul nak pasang mana yang perlu. Puas hati dapat shopping IKEA. All white.. Eh eh ada juga black.


Total damage 


Lepas ni nak shopping lagi. Kena pergi awal so bolehlah ronda ronda dalam IKEA yang besar ni kan Untunglah sesiapa yang rumah dekat IKEA..tapi lama lama habis duit kalau asyik pergi je. Untung juga rumah jauh..hehehe..apepun kena bijak berbelanja.. Yang penting, deco deco rumah adalah satu kepuasan..kan?

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. salam singgah sini dik Fizah....wahh...banyak belnja..akak tak penah pun jejaki kaki ke ikea..

    ReplyDelete
  2. kat Czech ni, IKEA antara tmpt jual perabot yg murah. :) Selalu jugak beli belah sini, tapi sy tak lah beli perabot pun, beli periuk, bantal etc :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Sue yg dkt ni pun jarang shopping di ikea. Bila perlu je akan ke sana...

    ReplyDelete
  4. kami tnggu ade rumah sndr ni br sronok g ikea..klu x mkn meatball je..hehehe

    ReplyDelete
  5. serius suka sgt pegi ikea.. mcm2 projek deko leh beli.. tp tu la jauh.. lps hbs bljr dulu xpernah g sini lg...

    ReplyDelete
  6. Suka cuci mata kat Ikea ni.. Tak beli pun tak pe.. Yang best, boleh cari idea utk deco rumah..

    ReplyDelete
  7. Kita pun suka menyoping kat sini. Tapi walaupun dalam KL , tetap rasa jauh nak pergi. T_T

    ReplyDelete
  8. Kat Sabah ni blm da lgi cawangn ikea,yg ada cuma kaison klau nak bli brg utk deko2 ni

    ReplyDelete
  9. Azwar kalau masuk ikea memang susah nak keluar, semua benda nak beli. Sebab barang ikea semua cecantik n harganya pun berpatutan..

    ReplyDelete
  10. bestnyerr dapat shopping kat sana ..kak Lya tak penah sampai lagi hehehe

    ReplyDelete
  11. Kalau la dapat pergi mesti rambang mata dibuatnyerr

    ReplyDelete
  12. teringin nk singgah di IKEA ni tapi tiada masa n jauh...

    ReplyDelete
  13. sis.....NS pon mggu ni g ikea jgk..sama laa beli tmpt letk kain tuu,,,ihih

    ReplyDelete
  14. cntik.. diba suka sgt deco2 ni.. tp ada anak kecik, tkut m'usik abis sume nye.. tga berangan nk beli almari kat ikea ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.