Cara Hilangkan Kesan Hangus Di Kuali/Periuk

Cara Hilangkan Kesan Hangus Di Kuali/Periuk dengan mudah menggunakan bahan bahan yang mudah juga. Kesan hangus ni selalu jadi bila kita nak panaskan lauk yang sikit atau kuali terlebih panas sampai air kering dengan meninggalkan kesan hangus tu. Atau anda semua yang memang sengaja nak hanguskan kuali tu.

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

Bahan² yang di perlukan
1 Cawan cuka
2 sudu besar soda bikarbonat
1 Cawan Air (bergantung pada size kuali/periuk)
Penggosok/sponge kasar


cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

Cara cara
1. Masukkan air ke dalam kuali/periuk

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

2. Tambahkan cuka
cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

3. Panaskan bahan tadi di atas api dan akan nampak kesan hangus mula hilang.

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

 4. Kemudian angkat dan masukkan soda bikarbonat.

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

5. Gosokkan kuali/periuk dengan penggosok supaya kesan kotoran hilang. Tambah soda bikarbonat jika perlu..

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

6. Jika masih ada kesan kotoran yang tidak hilang dengan gosokan, campurkan soda bikarbonat dengan bebrapa titis air. Biarkan seketika sehingga kesan kotoran hilang dengan sendirinya..

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

Kesannya lebih baik dari yang sebelum ni dan cara ini lebih mudah juga. Tak perlu nak perah tenaga gosok lebih lebih. Lepas ni jangan biarkan kuali/periuk jadi macam tu dah okay.

cara-hilangkan-kesan-hangus-di-kuali-periuk

Jangan biarkan kuali hangus

Edited from a post originally 
Credit Images: Sarah Starkey

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. great sharing kak...sesuai untuk yang selalu hanguskan kuali cam saya..hehe

    ReplyDelete
  2. Cuka dan soda bikarbonat mmg byk manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. terbaik fizah...he he he, lepas ni boleh cuba buat jugak...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  4. nanti balik nk cuba laa..lengan ni mcm nk sado dh duk gosok kuali..ahaha

    ReplyDelete
  5. wah gud idea.kita pon ada periuk kesayangan hangus sampai sekarang tak guna sebab hitam sangat.haha..nanti nak cuba lah..tq share =)

    ReplyDelete
  6. Memg sgt brguna ni fiza, tq tq nnt lya nak try.asyik hangus ja kuali hhaha

    ReplyDelete
  7. Wahhh magic betol! Tak tahu pulak tips camni. Haritu Emi ada terhanguskan steamer kepunyaan bos emi. Masa kitorang ada bukak booth & perlukan guna steamer. Bos arahkan emi jaga booth tu. Ralit sgt, lupa nak tambah air..hangus jadinya. Terus panik tak tahu nak buat apa. Digosok2, habis calar tapi kesan hangus tak hilang. Punya la beriya sorok dari bos. Last2 bos tahu jugak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehla guna tips ni hilangkan hitam hangus tu ;)

      Delete
  8. Wah... Biasa sy rendam dgn limau nipis je... Ok juga petua ni..

    ReplyDelete
  9. wah berkilat lepas cuci tu..macam baru..kalau guna bikarbonat mmg akan tanggal semua daki2 yang hitam tu..

    ReplyDelete
  10. nanti boleh cuba kalau ada kuali jadi macam tu. hihi

    ReplyDelete
  11. wow memang best dan berkesan cara yang dikongsikan..nampak kuali yang hitam kini kembali bersih dan putih

    ReplyDelete
  12. cuka kan asid tu yg boleh tanggal segala kesan degil.. tp tips yg bagus ni..

    ReplyDelete
  13. Wahh mcm beli baru. Boleh try ni. Nice sharing

    ReplyDelete
  14. tips yang sangat membantu saya sebagai surirumah! :) terima kasih.

    ReplyDelete
  15. oh,begitu caranya....boleh cuba ni nanti di rumah..

    ReplyDelete
  16. idea yang bagus. Bolehlah cuba lepas ni.. :)

    ReplyDelete
  17. Kalau nak cuci barang dapur selalu tengok rancangan star king. Macam-macam tips ada.

    ReplyDelete
  18. Nicesharing siap gambar sekali tuuu TERBAIK Fiza..

    ReplyDelete
  19. Boleh cuba ni utk kuali yg ada kat rumah

    ReplyDelete
  20. Oo.. Gitu eh caranya.. Sllu rendam je lelama.. Hihi

    ReplyDelete
  21. Berkilat yang amat, boleh guna buat cermin...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.