Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah sedap di makan bersama nasi tomato tapi tak pandai nak masak nasi tomato pulak. Nantilah baru belajar mencuba. Makan dengan nasi putih pun sedap juga. Lauk ayam masak merah ni sedap kalau rasanya pedas. Kami suami isteri yang suka makan pedas. Elok lah tu gabungan orang Johor dengan Negeri sembilan, tak lari dari cili api atau lebih dikenali dengan nama kampung'lada'.

Nak tahu cara Fiza masak pedas pedas manis gitu. Tak de lah fokus kepada pedas je. Nanti meleleh air mata makan lauk pedas je.

Resepi Ayam Masak Merah 


Bahan bahan
Ayam dipotong²
Cili Kisar 3 sudu
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili api mengikut citarasa
Halia sebesar 1 ibu jari
garam
gula
Asam keping
Sos cili 2 sudu
Kicap 1 sudu
Sos Tiram 1 sudu
minyak


Cara cara
1. Goreng ayam terlebih dahulu. Boleh goreng sehingga masak atau separuh masak. Fiza suka goreng sehingga masak.
2. Blend 1/2 bawang besar, bawang putih dan cili api. 1/2 biji bawang besar dipotong potong². Halia juga di potong².
3. Panaskan minyak. Tumis bahan potong dulu kemudian masukkan bahan blend tadi sehingga naik bau dan garing sedikit.
4. Masukkan cili kisar.
5. Bila dah garing semua bahan tumis masukkan garam sikit, sos cili, sos tiram, kicap dan asam keping. Kacau hingga sebati
3. Bila bahan dan masak dan likat  masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. Kacau rata. Kalau dah goreng ayam sehingga masak tadi cuma kacau seketika dan boleh diangkat. Kalau goreng ayam separuh masak biarkan ayam masak seketika.

Selamat mencuba. Tak pandai masak takpe, yang penting rajin. Untuk resepi yang lain boleh klik menu tab 'recipes' di menu tab kat bawah header tu ye.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wahh boleh meleleh air liur ni kalau tgh lapar. huhu nsb baik cx dah mkn. hahha ramai blogger update psl resepi hari ini. huhu cx pon share resepi latest entry td

    ReplyDelete
  2. ayam masak merah favourite akak ni... he he he...

    ReplyDelete
  3. aiiiiiiii..terliur...ayam masak merh memg fav Sha..ngn nasi putih..nasi minyk..nasi tomato..nasi beriyani....fulamakk

    ReplyDelete
  4. Nmpk sgt menyelerakan fiza msk.
    Versi sue x guna cili kering. Guna cili hidup. X guna asam keping, kicap dan sos tiram.

    ReplyDelete
  5. wah, ujan2 ni nampak lauk ayam ni tetiba lapar...

    ReplyDelete
  6. Ahad ni nk pi berkelah kat PD....nk buat la ayam masak merah...sure best....tp akak suka bhgian tight ngan peha dan wing je...part byk isi x suka...

    ReplyDelete
  7. sedap nie....peberet anak2 akak jugak ayam msk mrh nasi tomato....

    ReplyDelete
  8. fav ni.. klau gi org kawin mst ambik lauk ni..
    ni dah ada resepi bleh try buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  9. sedap ni.. faveret gak ayam masak merah ni..makan dgn nasi panas2.. pehh

    ReplyDelete
  10. Fav sngt ayam msak merah ni.. Buat pun senang je kn..

    ReplyDelete
  11. lengkap ni kalau ada nasi tomato dgn acar.. nahh lapar terus..-.-

    ReplyDelete
  12. Nampak menyelerakan, resepi dah ada bolehlah cuba lepas ni :)

    ReplyDelete
  13. Resipi dah ada sapa2 yang nak cuba boleh la cuba lepas ni ya Fiza

    ReplyDelete
  14. Kalau makan nasi ni mesti bertambah-tambah..

    ReplyDelete
  15. tengok malam2 ni terasa lapar pula...sedapnya..

    ReplyDelete
  16. Akif suka benorr ngn ayam masak merah ..feberet dia la hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.