Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car)

Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car) akhirnya telah dilancarkan secara rasminya oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di kilang pemasangan Proton, Tanjung Malim pada 25 September 2014 lepas.

Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car)
Credit Image : paultan.org
Proton Iriz ditawarkan di dalam lapan varian keseluruhannya di dalam tiga peringkat; Standard, Executive dan Premium. Dua warna baru diperkenalkan khas bagi Iriz, iaitu Citrus Green dan Silver Moon Dust. Harga jualannya bermula dari RM42,438 hingga RM62,888.

Satu daripada kelebihan utama model ini adalah ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang komprehensif dengan sistem Kawalan Dinamik Kenderaan yang lengkap merangkumi ciri ABS dengan EBD, Brake Assist, Kawalan Kestabilan (ESC), Kawalan Cengkaman (TC) serta sistem beg udara SRS yang menyeluruh (bagi varian Premium).

Nampak cantik rekebantuk dan padanan warna kereta proton Iriz ini. Sekali pandang macam design Honda Brio dan Kia Rio. Bakal menjadi kereta idaman muda mudi nampaknya ni. Tahniah proton!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Proton PCC ni boleh klik pada iklan yang ada keluar gambar proton PCC  okay :)

Thanks Nuffnang untuk CPUV Proton PCC ni. Harap bertambahlah sehari ke sehari ye.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Assalamualaikum dan singgah sini dik Fizah...memang cantik kereta keluaran terbaru proton ni....

    ReplyDelete
  2. Cantik iris ni...cun...harga pun murah dai myvi kalau taksilap...hehe...

    www.ekinhoza.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Harganya pon berpatutan dam mampu milik sebenarnya ..Boleh la beli satu kalau dah berkenan kan Fiza ??

    ReplyDelete
  4. akak suka la tengok iriz ni..lagi satu macam fit untuk wanita yang bawakkan

    ReplyDelete
  5. sementara belum ada anak atau anak seorang dua boleh beli... bila anak dah bertambah berebut tempat duduk pulak...

    ReplyDelete
  6. cantik! sesuai org muda. harga pon boleh tahan murah

    ReplyDelete
  7. akak memang bercadang nak amik keta kecik satu tahun depan tapi fikir GST...erm...x tau la...

    ReplyDelete
  8. jujur ai cakap....proton still kena improve jgn make mistake mcm yg jadi dekat savvy dulu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.