Pekena Cendol di Pantai Klebang Melaka

Dah puas ronda kat Bandar Hilir tu sampai sakit kaki dengan cuaca panas tu. Memang bagus kalau pekena cendol di Pantai Klebang. Nama je tepi pantai tapi jauh pemandangan tepi pantai sebab dah ditambak jauh dari pantai. Dah ada parking lot dan kedai kedai. Tambah lagi pulak ada timbunan pasir yang banyak macam padang pasir arab dah rupanya. Tempat tu lah yang ramai dok photoshoot tu.

Tak sempatlah nak pergi situ. Pekena cendol sedap ni je la dengan steamboat yang cucuk lidi tu dan rojak buah. Total RM14.30. Gambar steamboat dan rojak buah tak sempat snap..Habis dimakan begitu saja. hihi..

Pakcik tu bagi diskaun RM 0.30 sebab kami ada duit besar je, duit kecik cukup² RM14 je. Pakcik tu pun cakap takpa diskaun. Takde duit pecah lah kot nak bagi baki. Terima kasih ye pakcik moga dimurahkan rezeki. 

cendol pantai klebang

Yang lainnya makan cendol kat sini sebab guna gelas macam ni. Then rasa lemak santan tu memang terasa lemaknya. Tak rugilah minum cendol kat sini. Kedai kat sini tepi jalan je macam guna lori tu. Kedai ni memang di jaga bersih sangat. Tempat buang sampah kedai pun jauh dari gerai. Tempat buat cendol pun bersih, tempat kering, takde lebihan air tertumpah ke. 

Puas hati sangat. Pakcik dan anak anak buat kerja tertib sangat dan jaga kebersihan. Kagum pulak kita. Nama kedai ni Sham Steamboat. Seberang jalan gerai ni ada surau. Sebelum gerak ke destinasi seterusnya singgah Surau dulu solat asar dan tunggu masuk waktu maghrib. Lepas tu barulah mulakan perjalanan.

Ke mana pulak kita?
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. uihh cendooolll...
    tapi xminat la cendol cmni
    suke yang kene kisar tuu
    dpt makan mase tgh2 panas nyaman btl kan

    ReplyDelete
  2. Cendolnya mcm abc ek...siap ada cincau & kacang merah...sedapnya tgokkk

    ReplyDelete
  3. Cendol santan....lama tak makan..ari tu dapat makan ABC buahan campur aiskrim...hehe

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang orang jual cendpol macam ni gamaknya..kalau dulu ais nye di kisar..akak lebih suka kalau ais tu dikisar..kat sini pun jual cendol tak ramai yang kisar ais nye..huhu..

    ReplyDelete
  5. Den alah ngan santan santan ni, kalau kena, ngantuk tahap kritikal

    ReplyDelete
  6. Sedapnye cendol. Nmpk meriah isi cendol tu.

    ReplyDelete
  7. tak penah jumpa jugak cendol dalam gelas. biasanya dalam mangkuk sebab senang nak makan cendol tu. pape pon, ishh terliur tengok cendol ni T__T

    ReplyDelete
  8. wahhh..sedapnye..yg belah kanan tu cendol ape?ade kacang..pastu nmpk mcm ade cincau je..menarik ni..

    ReplyDelete
  9. Alahai petang2 camni buat akak tergoda la Fiza ..dapnyerrr

    ReplyDelete
  10. Lama jugak tak pekena cendol ni ..mesti best kan ..layan udara segar kat pantai sambil minum cendol..Fuhhhh terangkattt

    ReplyDelete
  11. selalu pergi pantai klebang,tapi tak pernah la try cendol kat situ.lepak kat pantai dekat-dekat pantai klebang tu..syok oo

    ReplyDelete
  12. memang puas hati dapat mengirup cendol di tepi pantai... nyaman sungguh...

    ReplyDelete
  13. hari tu pi, tak rasa pulak cendol. sebab asyik mencari coconut shake. hihihi

    ReplyDelete
  14. samalah ni.. g pantai klebang pon xde nak singgah makan cendol..rugi betul.. takpe lain kali pegi.. bukan jauh melaka n n9..hee

    ReplyDelete
  15. menarik betul tengok cendol tu..
    Fiza haritu tak singgah ke kedai makan yang dlm bas tu??

    ReplyDelete
  16. looks tempting..eh x pi minum coconut shake ke?

    ReplyDelete
  17. ok, sy suke cendol, he he ~
    coconut shake klebang punn ohsyemmmmm, huhuuu~

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..
    Menyekerakan lah... hurmmm..
    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.