Nasi Beriani Majeedia Haj Braini Sedap dan Murah

Kalau pergi ke Melaka jangan lupa singgah di Kedai Makan Majeedia Haj Braini yang terletak di Ujong Pasir Melaka ni. Nasi Beriani yang sedap dan murah. Lepas check in hotel, kemas barang mandi dan solat terus keluar. Sebelum tu memang dah google awal dah nak pergi makan kat mana. Lagipun belum lunch memang sesuailah makan lunch di Kedai Makan Majeedia Haj Braini ni.

Tengah lapar memang sesuai makan nasi je la. Kalau makan makanan lain pun mesti cari nasi juga. Untuk ke kedai makan Majeedia haj Braini ni boleh gunakan waze je. Kedai ni kedai biasa je. Signboard nama kedai pun dalam kedai pulak tu agak susah nak cari.

Kedai Makan Majeedia Haj Braini

ada khemah macam ni kat luar. Kalau pergi bercuti ramai ramai memang sesuailah makan kat meja besar ni. Dah macam kenduri kahwin. Tapi Fiza dengan hubby makan kat bawah pokok. Sejuk je kat situ.

Kedai Makan Majeedia Haj Braini

Inilah hidangan yang dinantikan. Daging ayam yang lembut, nasi pun cukup rasa, kuah dal tu Fiza tak makan sebab memang Fiza tak makan kuah dal. sayur kubis tu Fiza suka. Tapi sikit pulak. Dah nama suka sayur, memang tak cukuplah. Lepas ni kalau pergi kena mintak lebih sayur.

Licin kami makan. Sedap sangatlah tu. Ke lapar? krik krik krik.. Ikhlas dari hati memang sedap! Pergi Melaka lagi memang kitaorang singgah.

Nasi Beriani Majeedia Haj Braini

Nasi Beriani 2, air milo kaw 1 dan Air Teh Ais total RM14.00. Murah ke mahal? Kira murahlah tu kan. Alhamdulillah..perut dah kenyang, kami pun happy. Muka happy dapat makan sedap :)

Perut dah kenyang boleh jalan jalan sakan pulak.

Antara tempat makan yang sedap dan murah di Melaka. Jalan Jalan Cari Makan kat sini ye . Datang sebelum kedai tutup pukul 4:00 petang.

Majeedia Haj Briyani Ujong Pasir
Malaysian Restaurant
Jalan Ujong Pasir, 75000 Malacca, Melaka
06-283 4230

Hours: None listed (See when people check in)
Reservations: No
Menus: Breakfast, Brunch, Lunch
Credit Cards: No
Outdoor Seating: Yes

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Murah la tu...emm...malam2 tgk entry ni...jd lapar pulak nadi betiani..

    ReplyDelete
  2. Singgah malam dik Fizah..sedapnya nasi beriani tu...harga pun murah...berbaloi2...

    ReplyDelete
  3. kenapa sebelum 4 ptg. Btw, tengok kedai nya simple jer, tu yang boleh dapat harga murah dan kesedapan yang tak terhingga

    ReplyDelete
  4. Kat sini ada Nasi Briyani Gam , lebih kurang jer cuma melekat sikit .

    ReplyDelete
  5. Kalau dtg Melaka. Briani yg sedap dkt jalan mata kuching..emm so far..yg ok..dkt area tangkak johor. :)

    ReplyDelete
  6. Fiza kalau gi Ipoh try nasi beriani AK plak tau.. Pin sedap gak.. Akak yg tak suka makan beriani pun boleh makan sampai licin.. Hehe.. Nasi dia tak tak payah makan ngan kuah pun dah sedap.. Hehe.. Tp dia ada dua, cari yg signboard kaler biru.. Yg tu sedap.. Yg signboard kaler kuning tak sedap..­čśŐ
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  7. saya rasa murah sangat la total semuanya tu kak! hehe.. sedap makan luar..

    ReplyDelete
  8. Dh murah dh tu...tp tu la akak x leh mkn sgt beriani ni sure sakit kepala

    ReplyDelete
  9. Suka nasi beriani..kalau nasi beriani kambing lagi sukaaaaaa

    ReplyDelete
  10. murahhhh..aritu ms cari kedai asam pedas tersesat kt kedai ni..tny..die kate nasi briani..mcm pelik, sbb melaka kan femes asam pedas n xtau pun kedai ni briani die sedap..ktorg trs naik kete blk carik kedai lain..

    ReplyDelete
  11. Jalan2 cari makan ...Wowo bestnyerr makan nasi beriani ...........Ni mesti sedapp ni

    ReplyDelete
  12. Last makan nasi beriani masa ari raya puasa yang lepas ..Pastu lum makan lagi hehehehe

    ReplyDelete
  13. murah.. sebab selalaunya beriani yang Ros penah makan mesti 8 atau 9 satu ...

    ReplyDelete
  14. menyelerakan...tapi selalu tak dapat nak habiskan..kena share..huu banyak. perut kecik

    ReplyDelete
  15. wahhh sedap ni fiza... boleh try la pergi nanti ni

    ReplyDelete
  16. tak tau pun selama ni ada nasi beriani sedap kat melaka.. nanti kalau balik melaka boleh akak try..

    ReplyDelete
  17. sayangnya akak x leh makan nasi beriani....confirm sakit kepala lepas tuh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.