BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat

BeautyOAT produk yang masih baru di pasaran dan mungkin ada yang belum mengetahui tentang Produk BeautyOAT. Dengar dengar ini bukan produk biasa biasa hebatnya. Memang teruja bila diberi peluang mencuba produk terbaik ni. Siapa yang taknak cantik dan sihat kan.

Apa itu BeautyOAT
1.BeautyOAT ialah satu produk kesihatan yang berasaskan Collagen Plus + Oat Drink Formula.
2.BeautyOAT merupakan produk kesihatan pertama dan satu satunya produk collagen plus yang mengandungi Oat, Marine Collagen, ekstrak Sakura dan ekstrak delima.

Gabungan semua bahan ini telah dikaji dan terbukti untuk mencegah penuaan awal, memulihkan masalah kulit, mencantik dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi kulit dan mengurangkan kadar kolestrol.

Kesan ini akan dapat dilihat seawal 14 hari jika amalkan selalu..InshaAllah..


BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat

Pengambilan BeautyOAT
Disarankan ambil sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Rasa BeautyOAT
Rasa dia lebih kepada rasa Oat dan kurang manis. Bagi yang suka Oat macam Fiza memang sukalah minuman macam ni. Kalau boleh memang nak minum pagi petang malam tapi tak bolehlah lebih macam tu.

Kesan BeautyOAT

Kulit Cantik
Dalam masa seminggu pengambilan BeautyOAT ni Fiza dapat rasakan kesan pemulihan kulit terutama kalau jerawat degil tumbuh jerawat cepat mengecut dan kering. Dengan itu, masalah pertumbuhan jerawat dapat di atasi. Untuk pemulihan liang liang roma akan mengambil masa sikit untuk menegangkan kulit muka tu.

Pigmentasi kulit berkurang, kesan bekas jerawat semakin pudar dan kulit kelihatan cerah sikit dari biasa. Semua ni memang ambil masa sikit untuk pulih sihat sepenuhnya sebab kulit bermasalah tapi kesannya cukup positive pada Fiza.

BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat


Kesihatan
Sejak mengamalkan BeautyOAT sebelum sarapan ni kerja seharian menjadi lebih mudah dalam menguruskan penyediaan sarapan pagi dan dinner. Kalau dulunya memang ambil heavy breakfast berasaskan gandum dan karborhidrat tapi sekarang awal pagi sebelum breakfast memang ambil BeautyOAT je la. 

BeautyOAT dapat mengenyangkan perut dalam masa yang agak lama juga sehingga ke tengahari dan kadang kadang sampai petang. Sesuai sangat untuk orang yang busy macam Fiza kadang kadang memang skip lunch kalau busy sangat walaupun bekerja di rumah. Memasak pun petang untuk dinner dengan suami. Walaupun sarapan pagi dengan BeautyOAT je tapi masih bertenaga nak buat kerja tu dan takdelah mengantok lemah lesu je.

Untuk mereka yang diet, yang busy takde masa nak lunch tu Fiza sarankan cuba BeautyOAT ni. Lelaki dan Perempuan boleh minum. Lagipun korang sendiri tahu banyak kebaikan OAT ni untuk kesihatan. Tambah pulak collagen untuk mencantikkan kulit tu. Pakej terbaik!

Jangan risau ye. Produk BeautyOAT halal dan selamat untuk di ambil. BeautyOAT diperbuat dari sumber nutrien bahan-bahan terbaik & 100% semula jadi. Bukan sahaja memiliki badan anda sihat tapi dapat juga membuatkan kulit lebih berseri dan cerah.

BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat )

Cara pengambilan BeautyOAT
1. Sediakan air suam 180ml. Jangan gunakan air panas ye nanti hilang segala nutrien yang ada tu. Kemudian koyakkan 1 sachet, tuang ke dalam gelas dan baru tuangkan air suam tadi.
2. kemudian kacau sehingga larut dan sedia untuk diminum. Mudah je kan?


Selain Fiza, blogger dan selebriti pun dah mencubanya. Korang bila lagi? Jom nikmati secawan BeautyOAT adalah cara yang terbaik untuk memulakan setiap hari kita dan untuk merehatkan badan sebelum tidur . BeautyOAT dapat membantu dan  mengembalikan gaya hidup muda untuk kulit dan kesihatan, bukan sahaja pada muka tapi seluruh badan. Menarik kan? Tak rugi mencuba malah berbaloi. Berita baik perlu dikongsikan :) 


Harga BeautyOAT
RM79.00 (WM)
RM89.00 (EM)..
Satu kotak ada 18 sachets x 30gm

Cara Pembelian BeautyOAT
Jangan lupa like sekali fanpage BeautyOAT ye :)
Facebook : https://www.facebook.com/BeautyOATOfficial
Instagram : http://instagram.com/beautyoatofficial
Website : http://www.beautyoat.com
Address : 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Selangor.
Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +6012 244 4014/ +6012 244 4041
Email : babeskin365@gmail.com


24 comments:

  1. wah..lepas nie semakin sihat dan cantiklah fiza...bestnya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fiza, sheila pun consume ni. jeragat mengecil, muka lebih bersih. hahaha i like it ~~~ plus bonus oat milkbooster untuk sheila menyusukan baby Adam ~~~

    ReplyDelete
  3. Lya nmpk tdi kat insta Fiza..produk baru ya

    ReplyDelete
  4. Boleh la mencuba produk ini kalau berminat ya ...

    ReplyDelete
  5. mcm menarik je..makin berseri2 la fiza nnt..

    ReplyDelete
  6. baru tahu ada produk macam ni. sebelum ni yang selalu makan biskut oat ... hehehe

    ReplyDelete
  7. nak cuba juga lah ... mana tahu boleh sihat dan cantik macam fiza jugak :P

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang menarik dari fiza... terima kasih.

    ReplyDelete
  9. dia lebih kurang epyhra la kan? minum jer, bestnyaaa.. :)

    ReplyDelete
  10. belum pernah tau pun product ni. bila Fiza buat review baru tahu..

    ReplyDelete
  11. Cntik dgn oat.. Mnarik.. Tp sy x brpa mnat dgn oat..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.