Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat


BeautyOAT produk yang masih baru di pasaran dan mungkin ada yang belum mengetahui tentang Produk BeautyOAT. Dengar dengar ini bukan produk biasa biasa hebatnya. Memang teruja bila diberi peluang mencuba produk terbaik ni. Siapa yang taknak cantik dan sihat kan.

Apa itu BeautyOAT
1.BeautyOAT ialah satu produk kesihatan yang berasaskan Collagen Plus + Oat Drink Formula.
2.BeautyOAT merupakan produk kesihatan pertama dan satu satunya produk collagen plus yang mengandungi Oat, Marine Collagen, ekstrak Sakura dan ekstrak delima.

Gabungan semua bahan ini telah dikaji dan terbukti untuk mencegah penuaan awal, memulihkan masalah kulit, mencantik dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi kulit dan mengurangkan kadar kolestrol.

Kesan ini akan dapat dilihat seawal 14 hari jika amalkan selalu..InshaAllah..


BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat

Pengambilan BeautyOAT
Disarankan ambil sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Rasa BeautyOAT
Rasa dia lebih kepada rasa Oat dan kurang manis. Bagi yang suka Oat macam Fiza memang sukalah minuman macam ni. Kalau boleh memang nak minum pagi petang malam tapi tak bolehlah lebih macam tu.

Kesan BeautyOAT

Kulit Cantik
Dalam masa seminggu pengambilan BeautyOAT ni Fiza dapat rasakan kesan pemulihan kulit terutama kalau jerawat degil tumbuh jerawat cepat mengecut dan kering. Dengan itu, masalah pertumbuhan jerawat dapat di atasi. Untuk pemulihan liang liang roma akan mengambil masa sikit untuk menegangkan kulit muka tu.

Pigmentasi kulit berkurang, kesan bekas jerawat semakin pudar dan kulit kelihatan cerah sikit dari biasa. Semua ni memang ambil masa sikit untuk pulih sihat sepenuhnya sebab kulit bermasalah tapi kesannya cukup positive pada Fiza.

BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat


Kesihatan
Sejak mengamalkan BeautyOAT sebelum sarapan ni kerja seharian menjadi lebih mudah dalam menguruskan penyediaan sarapan pagi dan dinner. Kalau dulunya memang ambil heavy breakfast berasaskan gandum dan karborhidrat tapi sekarang awal pagi sebelum breakfast memang ambil BeautyOAT je la. 

BeautyOAT dapat mengenyangkan perut dalam masa yang agak lama juga sehingga ke tengahari dan kadang kadang sampai petang. Sesuai sangat untuk orang yang busy macam Fiza kadang kadang memang skip lunch kalau busy sangat walaupun bekerja di rumah. Memasak pun petang untuk dinner dengan suami. Walaupun sarapan pagi dengan BeautyOAT je tapi masih bertenaga nak buat kerja tu dan takdelah mengantok lemah lesu je.

Untuk mereka yang diet, yang busy takde masa nak lunch tu Fiza sarankan cuba BeautyOAT ni. Lelaki dan Perempuan boleh minum. Lagipun korang sendiri tahu banyak kebaikan OAT ni untuk kesihatan. Tambah pulak collagen untuk mencantikkan kulit tu. Pakej terbaik!

Jangan risau ye. Produk BeautyOAT halal dan selamat untuk di ambil. BeautyOAT diperbuat dari sumber nutrien bahan-bahan terbaik & 100% semula jadi. Bukan sahaja memiliki badan anda sihat tapi dapat juga membuatkan kulit lebih berseri dan cerah.

BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat )

Cara pengambilan BeautyOAT
1. Sediakan air suam 180ml. Jangan gunakan air panas ye nanti hilang segala nutrien yang ada tu. Kemudian koyakkan 1 sachet, tuang ke dalam gelas dan baru tuangkan air suam tadi.
2. kemudian kacau sehingga larut dan sedia untuk diminum. Mudah je kan?


Selain Fiza, blogger dan selebriti pun dah mencubanya. Korang bila lagi? Jom nikmati secawan BeautyOAT adalah cara yang terbaik untuk memulakan setiap hari kita dan untuk merehatkan badan sebelum tidur . BeautyOAT dapat membantu dan  mengembalikan gaya hidup muda untuk kulit dan kesihatan, bukan sahaja pada muka tapi seluruh badan. Menarik kan? Tak rugi mencuba malah berbaloi. Berita baik perlu dikongsikan :) 


Harga BeautyOAT
RM79.00 (WM)
RM89.00 (EM)..
Satu kotak ada 18 sachets x 30gm

Cara Pembelian BeautyOAT
Jangan lupa like sekali fanpage BeautyOAT ye :)
Facebook : https://www.facebook.com/BeautyOATOfficial
Instagram : http://instagram.com/beautyoatofficial
Website : http://www.beautyoat.com
Address : 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Selangor.
Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +6012 244 4014/ +6012 244 4041
Email : babeskin365@gmail.com


Azhafizah Md Nor
31 Comments
Share :

NYX Soft Matte Lip Cream


Pertama kali cuba NYX Soft Matte Lip Cream code Monte Carlo ni terus jatuh cinta. Tak pandang dah lipstick dan lip tint lain tu. Selama ni memang suka pakai Tony Mony lip tint dan Maybelline Lip Polish tapi bila dah ada NYX Soft Mattle Lip Cream ni memang yang ini dan ini je la. 

Dalam banyak banyak warna Fiza suka dengan warna Monte Carlo ni. Memang teringin pulak nak ada koleksi lipstick yang merah menyala macam ni. Baru menyerlah.

NYX Soft Matte Lip Cream

NYX Soft Matte Lip Cream

Pastikan beli yang original. Jangan terlalu mudah percaya dengan harga yang murah . So kena check dulu packaging dia. Boleh refer gambar bawah ni.

ori and fake nyx soft matte lip cream
Credit Image : sabrinatajudin.com
NYX Soft Matte Lip Cream

Warna NYX Soft matte lip cream.
NYX Soft Matte Lip Cream

Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.

Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.

NYX Soft Matte Lip Cream

Bila aplikasi kat bibir pun rasa lembut je. Nama nya pun soft matte lip cream memanglah lembut kan. Warna nampak garang warnanya tapi still lagi soft sebab bukan jenis shining gitu.

NYX Soft Matte Lip Cream

Nanti Fiza review untuk warna kedua koleksi brand NYX ni okay. Nak tambah koleksi NYX :)

instagram : @nyxbeautycosmetic


NYX Soft Matte Lip Cream

Azhafizah Md Nor
31 Comments
Share :

Resepi Aiskrim Oreo Sedap dan Mudah


Resepi Aiskrim Oreo Sedap dan Mudah ni korang boleh cuba buat di rumah. Peminat Ais krim Mcflurry Oreo McD tu korang boleh cuba resepi mudah ni okay. Rasa dia sama je. Selama ni tengok orang buat je kan. Kali ni buat sendiri. Homemade  menggunakan bahan bahan simple dan cara buat pun memang mudah sangatlah.

Aiskrim Oreo Sedap

Bahan bahan Ais krim Oreo

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat.*kurangkan sukatan kalau nak kurang manis
1 Sudu camca esen vanilla
1 pakej biskut oreo
1 sudu besar Ovalett *make sure halal ye

bahan bahan Aiskrim Oreo

 Cara cara Buat Ais Krim Oreo

1. Asingkan biskut oreo dan krim

bahan bahan Aiskrim Oreo

2. Hancurkan biskut oreo sederhana hancur.

bahan bahan Aiskrim Oreo

3. Untuk adunan ais krim masukkan susu cair, susu pekat, esen vanilla dan ovalett ke dalam mixer dan putar adunan dalam 15minit. Kalau takde mixer boleh gunakan blender.

adunan aiskrim oreo

4. Kemudian dan nampak gebu dan berkrim masukkan separuh biskut oreo yang dah dihancurkan tadi ke dalam adunan. Putar lagi sehingga gebu dan berkrim dalam 5 minit lagi.

adunan aiskrim oreo

5. Adunan dah siap masukkan adunan ais krim ke dalam bekas. Fiza guna bekas kaca yang comel ni. Senang nak makan nanti. Sekali ambil satu balang kan.

Aiskrim Oreo Sedap
6. Boleh taburkan baki biskut oreo tadi di atas ais krim
ais krim oreo

7. dah siap tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Tunggu sehingga ais krim sejuk beku dan sedia untuk di makan :)

ais krim oreo

Petang semalam Fiza buat hari ni dah boleh rasa rasa kesedapan ais krim ni. Kena tunggu beberapa jam lagi supaya ais krim tu betul betul macam ais krim. Lepas ni kalau rasa esok nak makan ais krim kena buat hari ni sebab ambil masa nak tunggu sejuk beku kan. Apepun rasanya memang sama macam McFlurry Oreo tu.

Lepas ni nak cuba buat untuk flavour yang lain pulak guna fresh milk nampak putih sikit. Lagi puas hati makan buat sendiri kan.. Terjamin bersih dan sedap gitu :)

Azhafizah Md Nor
64 Comments
Share :

Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car)


Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car) akhirnya telah dilancarkan secara rasminya oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di kilang pemasangan Proton, Tanjung Malim pada 25 September 2014 lepas.

Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car)
Credit Image : paultan.org
Proton Iriz ditawarkan di dalam lapan varian keseluruhannya di dalam tiga peringkat; Standard, Executive dan Premium. Dua warna baru diperkenalkan khas bagi Iriz, iaitu Citrus Green dan Silver Moon Dust. Harga jualannya bermula dari RM42,438 hingga RM62,888.

Satu daripada kelebihan utama model ini adalah ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang komprehensif dengan sistem Kawalan Dinamik Kenderaan yang lengkap merangkumi ciri ABS dengan EBD, Brake Assist, Kawalan Kestabilan (ESC), Kawalan Cengkaman (TC) serta sistem beg udara SRS yang menyeluruh (bagi varian Premium).

Nampak cantik rekebantuk dan padanan warna kereta proton Iriz ini. Sekali pandang macam design Honda Brio dan Kia Rio. Bakal menjadi kereta idaman muda mudi nampaknya ni. Tahniah proton!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Proton PCC ni boleh klik pada iklan yang ada keluar gambar proton PCC  okay :)

Thanks Nuffnang untuk CPUV Proton PCC ni. Harap bertambahlah sehari ke sehari ye.

Azhafizah Md Nor
25 Comments
Share :

Melaka River Cruise


Lagi satu tempat menarik di Melaka ni jangan lepaskan peluang naik Melaka River Cruise okay. Kalau pergi malam nampaklah meriah dengan lampu lampu ni. Lagipun kalau pergi malam sejuk sikit kan.  Lepas solat maghrib tu terus gerak ke sini tak dinner pun sebab dah kenyang pun makan kat Pantai klebang petang tu.

For the first time nak naik river cruise. Excited!
Melaka River Cruise

Nampak cantik sangat kalau datang waktu malam.
Melaka River Cruise

Sampai je terus beli tiket. Harga untuk seorang dewasa RM10.00  dan kanak-kanak RM5.00 seorang. Boleh muat 40 orang satu boat.. Ramai juga tu.

Melaka River Cruise

Masa ni tak ramai sangat. Tak sampai 20 orang pun. Bagus juga takdelah sesak sangat kan.

Muka makin mengembang dan kepenatan tapi puas hati dapat naik river cruise :) 

Antara scenery yang sempat snap. Dah penat sangat ini saja termampu.
Melaka River Cruise

Melaka River Cruise

Apakata nanti korang datang Melaka dan rasakan sendiri pengalam naik Melaka River cruise ni okay. Memang enjoy dan berbaloi dengan harga tu. Sambil menikmati permandangan lukisan di cafe/kedai di kiri kanan.

Berdekatan dengan river cruise ni ada Kapal Samudera. So bolehlah singgah kat situ sekali okay :). Lepas tu kamiorang terus balik bilik je la sebab penat sangat seharian berjalan kan. Pagi esoknya pun tak kemana terus balik rumah sebab ada urusan nak disettlekan. So far bercuti di Melaka memang best!


Azhafizah Md Nor
27 Comments
Share :

Pekena Cendol di Pantai Klebang Melaka


Dah puas ronda kat Bandar Hilir tu sampai sakit kaki dengan cuaca panas tu. Memang bagus kalau pekena cendol di Pantai Klebang. Nama je tepi pantai tapi jauh pemandangan tepi pantai sebab dah ditambak jauh dari pantai. Dah ada parking lot dan kedai kedai. Tambah lagi pulak ada timbunan pasir yang banyak macam padang pasir arab dah rupanya. Tempat tu lah yang ramai dok photoshoot tu.

Tak sempatlah nak pergi situ. Pekena cendol sedap ni je la dengan steamboat yang cucuk lidi tu dan rojak buah. Total RM14.30. Gambar steamboat dan rojak buah tak sempat snap..Habis dimakan begitu saja. hihi..

Pakcik tu bagi diskaun RM 0.30 sebab kami ada duit besar je, duit kecik cukup² RM14 je. Pakcik tu pun cakap takpa diskaun. Takde duit pecah lah kot nak bagi baki. Terima kasih ye pakcik moga dimurahkan rezeki. 

cendol pantai klebang

Yang lainnya makan cendol kat sini sebab guna gelas macam ni. Then rasa lemak santan tu memang terasa lemaknya. Tak rugilah minum cendol kat sini. Kedai kat sini tepi jalan je macam guna lori tu. Kedai ni memang di jaga bersih sangat. Tempat buang sampah kedai pun jauh dari gerai. Tempat buat cendol pun bersih, tempat kering, takde lebihan air tertumpah ke. 

Puas hati sangat. Pakcik dan anak anak buat kerja tertib sangat dan jaga kebersihan. Kagum pulak kita. Nama kedai ni Sham Steamboat. Seberang jalan gerai ni ada surau. Sebelum gerak ke destinasi seterusnya singgah Surau dulu solat asar dan tunggu masuk waktu maghrib. Lepas tu barulah mulakan perjalanan.

Ke mana pulak kita?
Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Istana Kesultanan Melaka


Dah ronda di sekitar  Bangunan Stadthuys  terus pergi Istana Kesultanan Melaka pulak dalam Area Bandar Hilir. Jalan kaki je dari Bangunan Stadthuys. Parking banyak kat sini tapi kalau hari cuti memang jenuh la cari parking. Nak masuk Istana Kesultanan Melaka ni bayaran cuma RM2 seorang untuk dewasa.

Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.




Kat dalam ni ada pelbagai maklumat tentang kesultanan melayu melaka dan pelbagai replika yang ada serta sejarah yang telah berlaku. Ini je la antara yang Fiza dapat snap. Kalau nak ambil semua memang banyak. 




Hang Jebat dan Hang Tuah pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka.


Tak lama kat sini sebab dah nak tutup pukul 5:00petang. Sebelum ke Istana Kesultanan Melaka ni singgah dulu di Muzium. Macam biasa cuma jalan jalan je la tengok pelbagai artifak,replika dan tambah pengetahuan sikit tentang sejarah Melaka ni.





Tak sempat nak explore banyak lagi kat sini sebab dah lambat tempat ni pun nak tutup dah sebelum pukul 5. Jom ke destinasi seterusnya okay :)


Azhafizah Md Nor
26 Comments
Share :

Bandar Hilir Melaka


Masih dalam hari pertama di Melaka. Bila perut dah kenyang memang seronok nak berjalan. Cumanya cuaca sekarang panas kan. Lepas makan pergi Bandar Hilir Melaka. Tempat yang wajib pergi kalau ke Melaka ni. Ini ntah kali ke berapa pergi sini lah. Ikutkan taknak pergi sebab dah pergi tapi takpe, mungkin ada sesuatu yang baru kan.

Bandar Hilir Melaka

Bandar Hilir sebuah kawasan pelancongan di Melaka yang terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya.

Di Bandar Hilir dipenuhi dengan Bangunan Merah yang dikenali sebagai Bangunan Stadthuys. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh pelancong

Kat sini memang selalunya jadi tumpuan pelancong. Selain bangunan banyak kedai jualan yang ada untuk dibeli sebagai sourvenir. 


Masa ni tak berapa nak ramai lagi. Kat sini juga ada perkhidmatan beca. Beca yang dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan tema macam hello kitty, rama rama dan macam macam lagi ada. Siap ada lagu lagu lagi tu. Memang menarik tapi Fiza tak naik beca sebab dah pernah naik dulu. Harga pun mahal juga RM20 untuk satu beca jalan kat area situ yang tak berapa nak jauh. So agak tak berbaloi nak naik. Cukuplah pengalaman sekali je. Tapi kalau nak merasa naik apa salahnya kan. Beca juga salah satu tarikan yang ada kat sini.

Bandar Hilir Melaka

Bangunan Stadthuys

Kat Bandar Hilir ni bukan ada bangunan merah ni je. Ada tempat menarik lagi di kawasan terdekat.

A Famosa
Istana Kesultanan Melaka
Dataran Pahlawan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Menara Taming Sari

Pusat Membeli belah
Mahkota Parade
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Carrefour

Hotel
Hotel Equatorial Melaka
Hotel Holiday Inn
Hotel Mahkota Century
Hotel Pahla1

Dah puas jalan jalan kat sini, terus bergerak  ke destinasi seterusnya. Stay tuned :)

Azhafizah Md Nor
25 Comments
Share :

Nasi Beriani Majeedia Haj Braini Sedap dan Murah


Kalau pergi ke Melaka jangan lupa singgah di Kedai Makan Majeedia Haj Braini yang terletak di Ujong Pasir Melaka ni. Nasi Beriani yang sedap dan murah. Lepas check in hotel, kemas barang mandi dan solat terus keluar. Sebelum tu memang dah google awal dah nak pergi makan kat mana. Lagipun belum lunch memang sesuailah makan lunch di Kedai Makan Majeedia Haj Braini ni.

Tengah lapar memang sesuai makan nasi je la. Kalau makan makanan lain pun mesti cari nasi juga. Untuk ke kedai makan Majeedia haj Braini ni boleh gunakan waze je. Kedai ni kedai biasa je. Signboard nama kedai pun dalam kedai pulak tu agak susah nak cari.

Kedai Makan Majeedia Haj Braini

ada khemah macam ni kat luar. Kalau pergi bercuti ramai ramai memang sesuailah makan kat meja besar ni. Dah macam kenduri kahwin. Tapi Fiza dengan hubby makan kat bawah pokok. Sejuk je kat situ.

Kedai Makan Majeedia Haj Braini

Inilah hidangan yang dinantikan. Daging ayam yang lembut, nasi pun cukup rasa, kuah dal tu Fiza tak makan sebab memang Fiza tak makan kuah dal. sayur kubis tu Fiza suka. Tapi sikit pulak. Dah nama suka sayur, memang tak cukuplah. Lepas ni kalau pergi kena mintak lebih sayur.

Licin kami makan. Sedap sangatlah tu. Ke lapar? krik krik krik.. Ikhlas dari hati memang sedap! Pergi Melaka lagi memang kitaorang singgah.

Nasi Beriani Majeedia Haj Braini

Nasi Beriani 2, air milo kaw 1 dan Air Teh Ais total RM14.00. Murah ke mahal? Kira murahlah tu kan. Alhamdulillah..perut dah kenyang, kami pun happy. Muka happy dapat makan sedap :)

Perut dah kenyang boleh jalan jalan sakan pulak.

Antara tempat makan yang sedap dan murah di Melaka. Jalan Jalan Cari Makan kat sini ye . Datang sebelum kedai tutup pukul 4:00 petang.

Majeedia Haj Briyani Ujong Pasir

Malaysian Restaurant
Jalan Ujong Pasir75000 MalaccaMelaka
Suggest an Edit
Hours:
None listed (See when people check in)
Reservations:
No
Menus:
Breakfast, Brunch, Lunch
Credit Cards:
No
Outdoor Seating:
Yes
6.9/10
People like this place
Total Visitors
549
Total Visits
876


Azhafizah Md Nor
26 Comments
Share :
[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor