Key Cover


Key Cover salah satu penyelesaian terbaik untuk memudahkan pencarian kunci yang betul jika terdapat lebih dari kunci yang seakan² sama. Masalah sebelum ni kalau nak bukak pintu dari luar rumah memang ambil masa untuk pilih kunci yang betul.

Bayangkan kalau nak cepat atau ada kes emergency, memang terhegeh² nak masukkan kunci yang betul. Dah macam game show pulak cari kunci yang betul. Kebetulan jumpa key cover yang cute miut ni di Mr. DIY, teruslah husband grab. Sebelum ni nak letak sticker je tapi sejauh mana pulak lah sticker tu bertahan kat kunci tu kan.

Lagipun dengan key cover rubber ni boleh masukkan pelbagai jenis kunci sebab rubber kan flexibel. So sangat multipurpose. Tambah pulak colourful macam ni, memang mudah nak ingat, kalau susah nak ingat pun terus tulis gune marker pen. Lepas ni dah hafal warna dan kunci untuk yang mana lebih senang kerja.

Takdelah lepas ni terhegeh² nak bukak pintu masa nak cepat atau masa posman datang hantar barang. Selesai satu permasalahan harian.

Key cover ni korang boleh dapatkan di store Mr. DIY dengan harga RM3.30. Murah kan dan sangat berbaloi untuk kegunaan kita ni. Kalau pergi Mr. DIY memang belek habis segala barangan yang boleh  memudahkan kerja seharian kat rumah. Walaupun harga murah tak semestinya tak berkualiti kan.

Sekarang dah boleh jimatkan masa untuk bukak gate,grill dan sliding door.^___^

13 comments:

  1. Mr diy sntiasa ada bnda comei lagu ni..sukalah sbb colourful..

    ReplyDelete
  2. eiii comel la beli kat mana tu..tak pernah lagi lya jumpa

    ReplyDelete
  3. Heee... cantiklah Fiza. Kakak tak pernah jumpa. Kalau jumpa nak juga beli.

    ReplyDelete
  4. Cute tu. Thanks for the info. Nak kena cari ni.

    ReplyDelete
  5. comel and colourful, macam akak2 sekali dah terminat ni fiza...he he he...

    ReplyDelete
  6. bagus jg adanya key cover mcm ni kan Fiza
    at least kita x lah terhegeh2 mencari kunci lg..
    cute plak tu with multi colour ;-)

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat! Huhuu kat KAMPONGku ni takdok Mr DIY sian tul *ketuk kepala*

    ReplyDelete
  8. alahai, comeynya..
    nk carikm jgk la nnt ;)

    ReplyDelete
  9. Cute! Banyak pilihan warna lagi tuew. Bolehlah cari lepas ni.. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.