Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra serlahkan kejelitaan sebenar anda.Percaya tak?Perempuan mana yang tak nak kulit cantik dan sihat.Dan setiap orang mesti ada masalah kulit tersendiri.Kulit Fiza ni pulak jenis sensitif tak bertempat.Kejap okay kejap KO.Maksudnya ikut mood dan hormon.Susah betul nak menjaga =__='.Alhamdulillah tahun lepas di beri kesempatan dan rezeki menang 1 kotak Ephyra 30 sachets bernilai RM197 giveaway dari Blogger Mialiana.com dan oceanlife2u.com.

Mood Happy bila Ephyra sampai 
Sebelum consume amek mood Duta Ephyra dulu.Tiru gaya memey..hehe..menjadi ke tidak?Kotlah boleh dapat kulit cantik macam dia kan.

Lepas dapat terus buat sessi photoshoot.Tak pepasal husband kena jadi photographer terjun kan.First day dapat malam tu terus consume as first day bersama Ephyra.Untuk fasa ke dua ni Fiza akan share hari² Fiza bersama Ephyra dari segi dalaman dan luaran sebelum dan selepas.

Dalaman,Sebelum | Fiza ni jenis mudah penat mungkin sebab kenaikan berat badan dan kurang bersenam,mungkin.Seharian pulak kerjanya menghadap lappy dan masa lebih banyak duduk.Bila buat kerja mudah sangat sakit² sendi.Sakit pinggang lah,kejanglah..Dah macam orang tua pulak kan.Selera makan pulak kadang² tak menentu.Kalau masa lapar tu,memang banyak makanlah jawabnya.Suka pulak tu minum air manis²,nak minum air putih memang jarang sangat.Dah tu pulak sistem perhadaman dan pelawasan ni kurang.Banyak pulak masalah yang ada kan.

Luaran,Sebelum | Boleh refer pada gambar bawah ni. Kulit jenis sensitif memang bermasalah sangat.Memang kurang confident bila nak keluar rumah.Kulit pulak jenis cepat berminyak sebab cepat berpeluh.Eye bag jangan cakaplah,jenis tak cukup tidur.Jerawat pulak ikut mood jugak nak keluar.


Dalaman,Selepas | Hari pertama Fiza minum Ephyra sebelum tidur.Keesokkan hari Fiza rasa macam kerap masuk toilet pulak.Memang melawas habis ni.Dapat jugaklah kawal berat badan kan.10 hari pertama Fiza consume sebelum tidur.10 hari berikutnya Fiza cuba minum sebelum breakfast pulak.Yang bestnya bila minum waktu sebelum breakfast ni akan rasa cepat kenyang.Bila nak breakfast,terus hilang selera nak makan sebab rasa kenyang ya amat.Kadang² tu breakfast lambat sikit.Dalam masa beberapa hari rasa sakit² sendi sakit² pinggang mula okay.Lebih bertenaga la  nak buat kerja.Kalau tak asyik rasa penat dan mengadu sakit je.

Luaran,Selepas | Bangun pagi lepas mandi terus terjah cermin.Excited nak tengok perubahan kot la ada.Eh,ada la...kulit rasa lembap,lembut dan tegang.Hari kedua teruja sebab dah nampak flawless dan cerah sikit².Kulit muka kurang berminyak dan jerawat mula mengecut.Tona kulit pun makin sekata.Yang lain² boleh refer gambar bawah.Bab luaran ni maybe ambil masa untuk pulih sempurna.Bila kulit makin sihat,bertambah happy dan terus confident habis nak bersua muka dengan orang lain.

Apa lagi yang best tentang Ephyra ni?Mestilah rasa jus segar yang sedap! Fiza mengamalkan rasa original tak campur dengan perasa lain.Sebab rasa original pun dah cukup sedap.Ephyra berbentuk sachet ni sangat memudahkan untuk travel.Selama balik kampung,travel tak pernah tinggal,Lagipun sachet kecil tu boleh selit kat mana² dalam handbag pun.Sangat mudah dengan Ephyra ni.

So far itu je lah pengalaman Fiza 30 hari bersama Ephyra.Tak pernah skip,setiap hari 1 sachet.10 hari pertama minum sebelum tidur,10 hari berikutnya minum sebelum breakfast dan 10 hari terakhir minum sebelum tidur.Kedua waktu tu ada rasa kesan yang tersendiri.Untuk kesan maksimum dinasihatkan minum waktu sebelum breakfast masa perut kosong dan amalkan minum air masak banyak.

Kalau berkesempatan dan ada rezeki dapat try 2 sachet sehari pun best jugak.Lagi berkesan kot kan.Sorry entry ni terpanjang sikit.Fiza dah cuba kurangkan bagi ringkas tapi padat.Hopefully dengan perkongsian ni dapat membantu mereka yang ada masalah yang berkaitan.Moga entry ni di jadikan satu cas yang positive ye.

Alhamdulillah 10 kelebihan yang Ehyra janjikan sedikit sebanyak telah nampak kesannya.Memang tak rugi lah try Ephyra ni.Worth it!

1.Menjadikan kulit anjal,halus dan lebih cerah berseri
2.Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
3.Mengurangkan kedutan dan garis² halus.
4.Manjadikan rambut lebih sihat,lembut dan bersinar
5.Melancarkan sistem pencernaa dalam badan
6.Mengurangkan kadar kolestrol
7.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
8.Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
9.Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metobolisma
10.Melegakan kisakitan sendir dan arthritis

Dan tak perlu risau jugak tentang bahan² yang ada dalam Ephyra ni,Ephyra ada sijil Halal Jakim dan Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.Minum tanpa was² dan tampil yakin terserlah dengan kejelitaan sebenar.Hadapi hari² mendatang dengan ceria bersama orang yang tersayang ^__^.Moga murah rezeki dapat bersama dengan Ephyra kembali.


*semua gambar di atas tanpa editing di bahagian muka kecuali gambar dari IG guna effect sikit.Maaf quality gambar kurang tapi hopefully jelas mana yang nampak perubahan.

Thank you Ephyra, +Oceanlife Ephyra+Mia Liana

Bagi pembaca setia Blog Fiza ni,kalau ada yang berminat nak mencuba Ephyra yang hebat ni Fiza nak bagi harga kasih sayang yang semestinya harga luar biasa murah.Boleh order kalau tak percaya.Harga biasa Premium Pack Ephyra (30 sachets) RM197 dan untuk Trial Pack Ephyra (10 sachets) RM68 tapi tapi tapi order dengan Fiza lebih MURAH dari biasa ye kawan². Fiza akan bagi harga kasih sayang tu ye dengan cara pembayaran sekali.Mudah dan senang je berurusan dengan Fiza.Simple as that.atau nak email terus pun boleh : azhafizahmdnor@gmail.com.Ikutlah mana yang lebih mudah nak order ye.

Boleh juga singgah ke link di bawah untuk info lebih lanjutOfficial Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wahhh...menarik yeee produk nie...ok laa ade sijil halal..x mcm double stemcell tuu...pakai logo halal pelesu...bleh try test nie...

    ReplyDelete
  2. terbukti & bukti yg kukuh dari Fiza sebagai pengguna Ephyra.. Product yg bagus akan menghasilkan yg terbaik buat pengguna.. congrats Fiza :))

    ReplyDelete
  3. wow slalu jgk dgr produk ephyra ni. tp mahal sgt dekat 197 huhu.... tp sbln da nmpk kesan ke??

    ReplyDelete
  4. akak pun dah mula nak berjinak2 dengan ephyra ni...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. nampaklah kesannya! baguslah. makin comel lah awak lepas ni, hehehe. in shaa Allah saya pun nak try, tgu lagi sebulan. kata orang, 7 bulan preggy dah boleh consume ephyra (",)

    ReplyDelete
  6. owh..bgus jugak produk ni ek...smpi xtau nk try yg mne..byk btol produk skng ni..hihi

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sudi join Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

    http://www.mialiana.com/2014/01/fasa-kedua-giveaway-ephyra-serlahkan.html

    Keputusan akan diumumkan sebelum 15 Februari 2014. Good luck ya.. (^_^)

    ReplyDelete
  8. Tahniah ya...http://www.mialiana.com/2014/02/pemenang-fasa-kedua-giveaway-ephyra.html

    ReplyDelete
  9. Kak Fiza, tahniaaaahhhh!
    Kak Fiza menang lagi :D

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum fiza...tahniah2 yer...:)

    ReplyDelete
  11. produk ni mmg hebat.. tahniahhh atas kemenangan

    ReplyDelete
  12. Assalam , Tahniah dari saya ...anda memang berhak menang GA ini... gu job.

    ReplyDelete
  13. assalam,haii...singgah sini, nk tgk cara2 review produk ephyra ni, hehe...
    this year, alhamdulillah, rezeki ade, terpilih dlm 50 org...ramaiii tuuuu, hehee..
    Doakan nona ya, tQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.