Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Review/DIY :Guestbook Wedding Azhafizah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dua tiga hari ni macam suram pulak dunia blogging ni.Ke Fiza je yang rasa macam tu?Atau mungkin semua orang busy jarang update sekarang ni.Cer jawab sikit kengkawan sekalian.Tapi takpe,Fiza still update as usual.Almaklumlah sementara jadi full time housewife ni boleh jadi full time blogger jugak kan.

Nak review sikit guestbook Wedding Fiza hari tu.Last Minit decoration sebab tak sempat la kot nak tempah bagai. Ni DIY sikit sikit je.Buku ni Fiza beli kat BookShoppe Popular harga dalam RM8.90 macam tu.Decoration depan buku tu Fiza beli kat Mr. DIY je RM7.90.Then,tulisan tu Fiza buat sendiri dan print.So total untuk Guestbook ni less than RM20.Jimat kan?

Memandangkan wedding Fiza ni buat kat rumah sendiri,kat kampung je so rasanya guestbook ni macam tak  practical sangat lah kan.Saje up to date dengan trend walaupun rasanya tak de pun tak pe.Since nak jugak kawan kawan tinggalkan kenangan tulis something so buat as simple as I can.

Finally dapat jugak siapkan.Tadaaa..ni lah final touch up!


Buku yang Fiza beli hard cover memang sesuai untuk buat guestbook.Size buku comel je A5 [separuh A4]

Letak sekali Guestbook dengan photoprops.Lupa pulak nak snap full decoration table untuk photobooth ni.

Guestbook ni Fiza buat satu je untuk majlis sebelah Fiza dan sebelah husband.Sekali je senang kan.Photorops tu sponsored by Stuffy2u.Photoprops paling murah kot.[Nanti Fiza review next entry..InsyaAllah] heh,of course lah sebab Fiza and husband la owner dia..hehehe..Mana tak murahnya kan..DIY je!

Okay,untuk guestbook ni Fiza rasa kalau sesape yang kreatif dan banyak masa tu bolehlah DIY je.Kalau takde masa atau ade duit lebih boleh je order.Ape pun ikut budget dan taste masing masing.^___^

Notapink: Terima kasih kawan kawna dan tetamu yang sudi menulis sesuatu dalam buku ni.Semua comel je ^__^
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Review : Glass jar for Wedding Door Gift


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Harini takde wordless wednesday sebab sekarang ni sangatlah rajin nak update blog okay! Sementara masa tengah ada masa kat rumah dan tak de apa nak buat sementara tunggu husband balik kerja.Berblogging je la jawabnya kan.

Entry ni Fiza nak review sikit pasal doorgift masa wedding Fiza August 24, 2013 yang lepas.Mana tahu kot ade bride to be yang pening fikirkan doorgift ni.So harap entry ni boleh bagi idea kat korang.Idea ni lebih jimat.Kalau sediakan paper bag,dalam paper bag kena ada macam macam nak letak kan.Kerepek la gula gula la kuih bahulu la telur la..Haa..kalau kira kira satu bag tu dah berapa dengan siap dalam sekali tu kan.

So kalau guna glass jar ni,korang tinggal fikirkan satu bende je untuk masukkan dalam ni kan.Betul tak?Nanti bekas tu boleh la korang guna buat perhiasan ke,buat guna harian ke kan..Nampak tak kegunaanya glass jar sebagai doorgift?Jimat,practical dan mudah.kalau guna paper bag mesti orang dok buang je nanti.Kalau yang simpan tu okay jugak kan.rugi dah kat sini. At least kita bagi tetamu barang yang boleh dibuat kenangan ^___^.Tak gitu?

Fiza beli glass jar masa promotion kat Lurvering DoorGift. RM1/jar siap dengan sticker dan riben pink comel tu.

Dalam Glass jar Fiza letak teddy bear chocolate cookies dan colourful ice cream cookies. Fiza beli borong cookies ni dekat area Segamat. Beli 2 tin besar Teddy bear chocolate cookies dan 2 tin colourful ice cream cookies,total harga cookies less than RM200 cukup untuk 5++ pcs glass jar.


Untuk sticker kat glass jar ni Fiza design sendiri sebab nak bagi sama dengan design kad kahwin,bunting,banner semua barulah mengikut tema kan..Walaupun sticker design sendiri harga promotion glass jar tetap sama. Fiza design 2 style baru nampak pelbagai sikit kan.Yang penting suka dengan design sendiri.Memang puas hati!


Ok,doorgift ni boleh buat untuk apa apa event pun bukan untuk wedding je. Hope bila share ni dapat memberi sumber inspirasi untuk wedding,engagement,majlis cukur jambul,birthday dan macam macam lagilah. Cuma korang kena pandai kira kira budget dan fikir apa yang sesuai nak letak dalam glass jar ni.

Kalau ada budget lebih bolehlah letak rainbow cake ke,red velvet cake ke,marshmallow ke,kacang ke,maruku ke,jeruk ke, dan apa apa je la..Pening jugak lah nak fikir apa nak letak.Finally cookies jugak jadi pilihan sebab lebih mudah kot.Beli dan terus masukkan je.Kalau buat kek,agak leceh jugak nak buatnya..kann..

Okay,bunga telur tak dilupakan.Mak nak jugak ada bunga telur,baru namanya kenduri kahwin kan.Tak lengkap majlis kenduri kahwin kat kampung tanpa nasi bungkus.Tu lah yang seronoknya kenduri kahwin kat kampung Johor ni,tak kosong tangan tetamu bile balik.^___^

Terima kasih kepada tetamu yang datang memeriahkan majlis dan mendoakan kami.^__^

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
31 Comments
Share :

Tutorial : DIY Bunga Pahar


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Entry lepas Fiza dah share DIY project buat bunga manggar kan.Kali ni nak buat bunga pahar pulak.Ala bunga telur yang cucuk kat bekas tu jadi macam rimbunan bunga banyak banyak tu.Yang penting bila DIY ni mudah,jimat,cantik dan semestinya sangat puas hati.Confirm! ni untuk yang ada masa lah nak DIY untuk big day nanti.Kalau yang takde masa tu dan tak sabar tu tak perlu nak buat nanti buat separuh jalan pulak lah kan.

Untuk wedding  Fiza ni, Fiza memang nak DIY mana yang Fiza mampu dan sempat buat.Mula mula memang berhasrat nak buat bunga telur sekali macam bunga pahar.Tapi giler kot nak buat beratus bunga telur atau up beribu..So amek keputusan nak DIY bunga telur untuk bunga pahar je la.

Takyah cakap banyak kan.Ni Fiza buat ikut tema warna wedding Fiza.So,korang buat ikut tema warna korang lah ye.

2 Helai crepe paper [ Size mengikut size yang korang rasa sesuai]
2 Helai crepe paper[berbeza warna dan size ikut size yang sama dengan 2 helai crepe lain]
Dawai [ kat kedai ada jual pack,dawai ni dah siap dipotong pendek]
Pita pelilit [Ada banyak pilihan kat kedai,pilih ikut warna tema.Kalau susah nak pilih ambil je warna putih]
Riben
Sarung telur [ untuk sarung telur ni better beli yang macam style sarung buah pear tu so telur tak mudah terkeluar]
Gunting


Bila dah tersedia semua bahan.Boleh mula buat bunga.Ikut  je step kat bawah ni.Fiza tak sure bunga apa ni.Asal sedap mata memandang dah ok da kan ^___^.


Lilit bunga bermula dari atas ye,kemudian dah lilit kebawah tu,lilit sarung telur [ make sure kedudukan sarung telur tu ke atas dan lebih kukuh sebab bila letak telur dia akan lentur ke bawah ].Lilit sampai bawah.Kemudian riben tu boleh ikat kat luar selepas lilitan siap! 


Ok siap 50 kuntum bunga telur.Bila dah cukup,siaplah bunga pahar wedding Sihatimerahjambu ni.Simple dan menarik kan.

Kurang jelas pulak gambar ni tapi in real sangat puas hati bila tengok hasil kerja sendiri.Bunga telur untuk bagi tetamu yang datang Fiza beli je sebab tak larat nak buat banyak.Agak tak puas hati bile beli kat kedai..ada je yang itu ini tercabutlah apa la..So sad.

Ok,dah dapat idea da?Boleh guna idea ni.Untuk style bunga tu sebenarnya korang boleh google je jenis bunga apa yang korang nak.Kene rajin nak DIY ni.Kalau sabar dan rajin gerenti hasil kerja tu lagi bernilai dan sangat bermakna pada korang..percayalah!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor