Image Slider

Baju kurung moden/Peplum sisik ikan

Tuesday, February 19, 2013
Sabtu lepas pergi wedding ex classmate di Sri menanti,Kuala Pilah.Lepas tu baru singgah ke Ice Room Bangi dalam entry lepas Fiza ada cerita kan.Ok,ni nak cerita pasal baju pulak.Sejak dah ade personal tailor ni kerjanya asyik nak buat baju je la.Pantang nampak baju yang cantik,cepat cepat beli kain hantar jahit.

Tak tahu lah apa nama baju ni.Ni lah hasilnya lepas dah siap. Hari khamis dia pos,hari jumaat sampai.phew~ Nasib baik sampai.So dapatlah pakai baju ni pergi wedding ex classmate Fiza tu.Gambar dengan pengantin 2 keping je dan tak terang.Nak amek gambar banyak ngan pengantin pun pengantin cam busy je.Sebelum balik sempat gak lah singgah kat Istana sri menanti ni.agak lama gak le tak ke sini.Pasni kan nak jadi orang pilah dah..hehehehe..
baju peplum scallop
Bunga kat bahu tu Fiza terpaksa buang walau comel sebab pakai tudung tak nampak dah le dan kala tak buang nanti nampak kembung lak di bawah tudung tu kan..So buang lebih bagus.heee..Still comel je kan?Muka tahan panas je tu.Tak larat senyum.=___='

Inilah sumber inspirasi baju yang Fiza pakai tu dan direalisasikan oleh personal tailor Fiza ler,sape lagi kalau bukan yang jahit baju pertunangan Fiza hari tu.My ex-dormate!
Thanks BLVT! Thanks Ochee jahit baju dengan kasih sayang gitu..cewahh..kemas dan comel sangat!Kalau korang nak tempah any baju kat ex dormate Fiza ni,boleh contact dia terus Fb Juliza Akafera @ Fan Page KabuCloset. Gerenti puas hati hokeh! Dulu dia pernah kerja dengan Jovian Mandagie, Salikin Sidek dan Syaripah Kirana.So janganlah ragu ragu tentang selok belok jahitan dia ni.Kemas je ok! Confirm nak tempah lagi lepas tu.Tentang harga,yang terbaik untuk korang.

Notapink : Tak tahu ape nak bagi nama style baju ni.Erm..lepas ni nak buat baju ape pulak ye.


Orang memberi kita merasa.

Thursday, February 14, 2013
Sejak berkecimpung dalam dunia blogger ni macam macam pengalaman ada dan macam macam kawan ada.Tapi setakat ni kawan kawan blogger semua friendly je macam dah kenal lama padahal tak pernah bersua muka.Paling best bila ikatan persahabatan itu sangat dihargai.

Untung sangat jadi blogger ni.Murah rezeki orang kata.Itu kalau niat kita betul,so dapatlah benda baik gak kan.Alhamdulillah,rezeki sentiasa ada.Hari ni je dapat hadiah dari blogger Shida,sempena pertunangan Fiza katanya.Terharu sangat! Serius nak nanges~Tengok je la dengan pink dan bling bling brooch ni ha..Sape yang tak teruja kan.

Sebelum tu bulan lepas dapat jugak cenderahati dari blogger Shida. Calendar exclusive dan keychain.Baru ni lah nak update sebab sebelum ni busy ya amat! Keychain comel dan tema Shida yang sentiasa biru tu ^___^
Notapink untuk Shida : Terima kasih banyak banyak Shida.Terima kasih hargai persahabatan ni.Sangat sangat terharu dengan apa yang Shida bagi dan beruntung sangat dapat kawan macam Shida.Keep in Touch and I love you ^___^

Bukan tu je tau.Bulan lepas gak dapat sourvenir dari brunei tu.Tapi sayang Souvenir tu tak sampai dengan selamat.Mug dari brunei dah pecah.Walau pecah sekalipun Fiza tetap simpan sebagai kenangan.Sape bagi?Ehem ehem..Sourvenir dari Uzu a.k.a Emas Putih.Best kawan ngan Uzu ni.sooo friendly sangat.
Wafer jugak retak seribu.walau retak seribu tetap sedap! Inilah tandanya kasih sayang dikirimkan sekali..heeee..dan keychain tu memang awesome.Ada date sampai 50 years ok.takyah bawak calendar.bawak keychain ni dah cukup!

Terharu jugak atas entry birthday Fiza yang lepas 

Notapink untuk Uzu: Terima kasih banyak banyak Uzu sebab baik sangat dengan Fiza.Selama kenal pun rasa macam dah kenal lama padahal baru bape bulan je kan.I love you too!

Tak cukup dengan itu,baru je update pasal pertunangan tibe tibe ada pulak blogger buat entry khas untuk Fiza.Touching suda dengan entry tu.Bertuah sangat dapat kenal dengan blogger ni.Blogger ni memang pemurah dan peramah sangat! Bakal penguam peribadi Fiza nanti..cewaaaahh..belum apa apa nak book dah..hehehe..ape salahnye ye tak?  Moga lepas ni turn Nanie pulak kan.aminn.

Notapink untuk Nanie : Terima kasih banyak banyak Nanie atas segala yang Nanie bagi selama kita kenal.You're very good friend and good communicator! Sayang awak ketatketat ^__^

Eh,ada lagi ada lagi ni.Yang ni serius comel! Ni ha..doodle khas sempena pertunangan Fiza yang dihasilkan oleh master seni excel kita sape lagi kalau bukan Nurdani tu.Baru je publish pasal pertunangan Fiza,tup tup dia buat entry ada doodle comel ni ha..Serius cepat dia buat kerja.Hasil kerja pun memang superb lah! Tak pernah mengecewakan tau!
doodle pertunangan sihatimerahjambu
Comel je rasa bile tengok doodle ni.Untung dapat kawan macam Dani ni.Blogger yang tak kedekut ilmu.Apa dia ada,dia akan share kat Blog.Segala macam tutorial untuk doodle ada.rajin dengan malas je korang nak buat.Tapi kalau nak pandai,kene buatlah kan.Dani kawan seni Fiza yang awesome!

Notapink untuk Dani : Terima kasih atas segala hasil kerja dani yang diberikan.Sangat sangat  suke semuanya! Keep it up Dani.always~
Apa apa pun terima kasih sangat sangat kepada blogger/kawan yang menghargai persahabatan alam maya ni.Bertuah sangat dapat kenal mereka ni.dan terima kasih jugak untuk semua kawan kawan blogger lain/silent readers yang sudi datang ke blog Fiza even Fiza busy lately.Terharu masih ada yang ingat.You make my day more happier and more merrier.Thanks you so much! Sayang semuanya ^___^

Special Thanks to them  that I called "Sahabat"

Notapink : Sorry entry terpanjang pulak.Dah macam menang award gayanya.Tapi jangan kesah pasal tu.Kesah pasal menghargai kawan kawan ^___^. Orang memberi kita merasa.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.

Review : Baju pertunangan Sihatimerahjambu

Dalam hati sentiasa warna merahjambu sebab tu tema merahjambu.Disebabkan ramai yang suke dengan design baju ni dan suka dengan warna tema pertunangan Fiza last week,So Fiza nak review pasal baju ni dulu ye.

Sebenarnya baju ni sumber inspirasi dari Kak Liyana Zainal dan di realisasikan oleh KabuCloset yang ownernye adalah ex-dormate Fiza masa Sekolah Teknik dulu.Mula mula memang nak order je pada Kak Liyana tapi disebabkan masa tu tak decide nak warna apa dan dia pun busy dengan banyak tempahan.So Fiza beli kain,pilih kain sendiri sampai puas hati dan hantar tempah pada kawan Fiza tu.Google punya google sampai terberkenan dengan design camni.Plus,sekarang memang tengah hot fesyen ni kan.Why Not I try juga kan.

Tempahan online je. Kain yang dibeli di pos je ke johor sebab Fiza memang tak de masa nak balik johor.Kalau balik pun belum tentu jumpa dia.So urusan online je la.Cuma ukuran tu kena ukur baju dibadan sendiri la kan.Ni Fiza attach ukuran untuk baju peplum.Boleh refer kat sini ye.
ukuran baju peplum
Alhamdulillah apa yang di impikan jadi kenyataan.I'm Happy to wear it.Cuma rasa rasa lepas ni kena kurangkan sikit jelly belly dalam badan tu..Errghh..Gambar bawah ni lepas kawan Fiza siapkan.Excited dia test kat mannequin ni ha terus tag kat fb.Kain asal adalah kembang payung.Tapi bila Fiza test macam tak sesuai lak.Nasib ada kain lebih so buat kain lagi satu yang tak berapa nak kembang.Baju dan kembang,kalau kain kembang bertambah kembang lak kan..So biasa biasa saje more better.


Dalam gambar ni nampak warna lain lak tapi in real warna pink belacan orang panggil.
Ok,this is finally one Fiza pakai masa majlis pertunangan minggu lepas.^____^


Untuk budget full budget lak korang boleh refer budget ni.Full dress!
Kain pasang : RM18.90 x 5meter= RM94.50
Kain Lace : RM58 x 1.5meter=RM87
Upah jahit =RM1++
postage : RM20[two way]
Tudung bawal : RM35 [Plain bawal with diamond]
veil and accesories : sponsored by MUA Gincu Merah Bridal
Kasut : PRIMAVERA RM9+
Estimate total =Almost RM500

Nak jimat lagi,sewa je semua.Tapi lebih puas hati kalau buat sendiri kan.^___^.Pada sesape yang nak tempah jahit baju boleh contact kawan Fiza ni.Gerenti terbaik punya!

Harap entry ni menjawab segala persoalan yang ditanya kan sebelum ni.Masih ada yang kurang?inform Fiza ye.
Notapink : Terima kasih kepada semua yang merealisasikan apa yang Fiza mahu dengan izin Allah SWT.Syukur ^__^
Errr...baju nikah nak buat camna pulak?heeee

Auto Post Signature

Auto Post  Signature