Image Slider

Tutorial : Ringankan Blog dengan Lazyload Image Script

Thursday, November 28, 2013

Morning peeps! Macam dah lama pulak Fiza tak buat tutorial kan.Banyak permintaan yang Fiza tak dapat tunaikan.Maaflah tak sempat Fiza nak buat tutorial yang korang request tu.Agak takde mase nak buat tutor lagi lagi yang ada print screen tu.Tapi kalau ada yang simple Fiza terus bagi tau korang je,ada yang Fiza dah reply kan.

Tapi tutorial ni hanya copy paste  dan telah diubah suai cara Fiza. Share untuk korang guna jugak.Semua ada masalah blog berat,lambat loading kan.Fiza pun mengalami masalah yang sama. Itupun setelah bermacam macam widget Fiza buang. Fiza detect satu satu widget yang berat. Yang berat tu Fiza buang terus. Tak de la semak sangat kan. Selain buang widget tak penting, template blog kena friendly users jugak. Kalau blog yang jenis banyak gambar tu elok sangatlah guna lazyload script.

Apa itu Lazyload script ni? Lazyload script ni akan mengurangkan loading images dalam blog korang .Image akan loading bila korang scroll ke bawah dahulu.Baru full image keluar. Automatically,ini akan mengurangkan loading blog.Blog akan jadi lebih cepat loading sebab image akan loading bila scroll je .Menarik kan?. Dah ada solutionnya apa tunggu lagi.Jom tambahkan Lazyload script ni dalam blog.

1. Log in account Blogger
1. Automatically akan ke window dashboard >> Template >> Edit HTML
2. Cari code </head> [untuk memudahkan pencarian tekan cltrl+F serentak dan masukkan code </head> didalam search box]
3. Copy kod ni dan pastekan sebelum kod </head> yang korang cari tadi .
<script type="text/javascript" src="http://static.tumblr.com/bmdsqsc/8mXm7q8vn/jquery.js"></script> <script type="text/javascript" src="http://static.tumblr.com/bmdsqsc/ogWm7q8w1/lazyload.js"></script> <script type="text/javascript" charset="utf-8"> var $j = jQuery.noConflict(); $j(function() { if (navigator.platform == "iPad" || navigator.platform == "iPhone") return; $j("img").lazyload({ placeholder : "http://static.tumblr.com/twte3d7/RSvlio0k5/grey.gif", effect: "fadeIn", }); }); </script>
4. Preview template.
5. Kalau nampak perubahan kelajuan loading blog,save.

Okay,simple je kan. Jangan lupa apply masuk dalam blog korang ye..Takde la jenuh nak tunggu blog loading.Blog akan jadi mesra alam gitu.

credit to : Blogger afiqahadzan & source

Cara Buang Lemak dengan Belvya PSS (Perfect Shaping Scrub)

Wednesday, November 27, 2013
Hari ni update blog lambat sikit.Macam tak berapa nak sihat pulak 2 3 hari ni.Cuaca tak menentu,badan pun dapat kesan.Takpelah, nanti nanti Fiza balas kunjungan korang ye.Boleh? Ingatkan hari ni nak buat wordless wednesday tapi rasanya tak perlu kot untuk this week.Nak share product best dengan korang ni.Sibuk sangat nak kurus kan.So Fiza dah jumpa product yang best ni, Belvya Perfect Shaping Scrub.

Dah nama pun perempuan. Apa yang perempuan nak adalah pinggang ramping, perut kempis, lengan dan peha kecil kan.

Apa yang bestnya scrub belvya ni sejenis scrub yang mampu menghilangkan lemak-lemak dibadan serta di muka.Kesan boleh dilihat seawal 2 hari.Jangan risau, sebab scrub ni tidak merasa panas bila digunakan, tapi badan akan lagi rasa fresh dan segar lepas mandi.Dengan scrub ni boleh membentuk dagu lebih runcing dan panjang dan semestinya boleh menghilangkan double chin (Ini Fiza suke sangat!).Nak mancungkan hidung pun boleh.

Product ni boleh digunakan untuk perempuan yang lepas bersalin untuk hilangkan strechmark dan rekahan boleh elakkan perut buncit @ spare tyre.Boleh jugak mencerahkan kulit, melembut dan melicinkan kulit.

Yang PENTING Belvya PSS ni merupakan produk Bumiputera Muslim yang mempunyai KKM dan kilang berstatus GMP. Siapa yang rasa rasa  ada bau badan tu, please pakai ni! hehe. Boleh menghilangkan bau badan. Sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan.

Boleh digunakan untuk ibu menyusu, dalam pantang serta mengandung (tapi untuk mengandung tak boleh sapu pada perut dan pinggang).Scrub dekat lengan ke, peha ke,betis ke,atau pipi. Ini kelebihan lagi.



Cara nak guna pun sangat mudah.

Keyakinan terserlah lepas ramai yang gunakan Belvya.Ternyata berkesan dan mereka seronok dengan kesan selepas pakai belvya. Meh tengok gambar keberkesan belvya ni.Macam pakai botox,but NOT! Just scrub using Belvya :)


Sesiapa berminat untuk beli, boleh contact Fiza ye, Special price untuk readers Fiza RM85 untuk semenanjung dan RM90 untuk sabah serawak. FREE delivery of course! Cubalah sekarang ye. Fiza pun baru consume. Nanti boleh buat testimoni diri sendiri pulak kan.Untuk mereka yang berminat nak buat biz online jadi agent,tak perlu modal boleh email fiza, Nama/alamat/No.Phone [azhafizahmdnor@gmail.com].

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Monday, November 25, 2013
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Menu simple dan sihat hari ni.Ayam Bakar versi diet dan Guava Strawberry

Sunday, November 24, 2013
Alhamdulillah sempat sediakan lunch untuk husband sebelum pergi kerja.Fiza akan pastikan setiap kali dia pergi kerja mesti perut dia di isi.Wajib!!! Tak kire kalau lewat pergi kerja pun Fiza siapkan bekal untuk dia makan sebelum kerja.Memandangkan semalam budget nak dinner ayam bakar,so dah siap perap ayam dengan perencah awal awal sebab kalau husband balik terus bakar je.

Dah malam tadi pergi wedding kawan husband so menu lunch hari ni ayam bakar je la.Ayam bakar versi diet ye sebab bahan bahan dia simple je.Gaulkan je ayam dengan garam+serbuk kunyit+black pepper original yang ditumbuk.Simple je kan?Kemudian buat sambal cicah,bakar bawang putih+bawang merah kemudian ditumbuk dengan cili.Masukkan garam+gula+sos cili+air sikit+tomato di potong dadu.Disebabkan husband tak suka masam masam so Fiza tak masukkan air asam jawa.Just gunakan tomato fresh dipotong dadu sahaja.

kebetulan semalam husband balik bawak strawberry fresh dari cameron kawan dia bagi.Alhamdulillah rezeki.Disebabkan takde sayur untuk menu ni tak sempat nak provided.Stok timun pun habis.Kacang panjang tak sempat rebus.So gantikan strawberry je la as vege and pencuci mulut.Pun boleh kan..still balance and menu sihat.

Ditambah pulak dengan air sunquick guava+strawberry husband tolong buat air je.Okaylah tu janji dia sentiasa nak tolong buat kerja rumah..Ini lah menu simple untuk mereka yang sukakan makanan simple dan sihat.Jimat minyak dan kurangkan kolestrol :)


Zalora Super Fast Service!

Thursday, November 21, 2013
Petang petang kalau hujan mulalah mood mengantok datang kan.Bila ade orang dok hon hon kat luar rumah terus hilang mood nak tidur petang.Eh,sampai dah ke yang diorder malam tadi?Eh cepat betullll..Thanks kepada adik despatch yang hon hon banyak kali tadi.Err..adik ke?okaylah saya dah kahwin haruslah saya kakak kan..ke?

Baru je order malam tadi tau,tak sampai 24 jam je dah sampai.Fast service betul zalora ni.Tak sampai 24 hours lagi tu..waaa..macam ni nak shooping lagi lah.ehem ehem..Sebenarnya ni first time pun beli kat zalora.Sebelum ni nak shopping kat zalora tapi tershopping tempat lain pulak.Takpe,lepas ni shopping zalora je eh,lagipun selalu ada sale..Berbaloi tu!!! Kadang kadang sampai 50% pun hado...

Thank you so much Zalora sebab bagi voucher RM50 setelah berjaya menjalankan usahasama. Alhamdulillah,rezeki..Blogger lain pun ada dapat kan.Ni lah untungnya jadi blogger kan. InshaAllah ada je rezeki.Ingatkan nak shopping kasut,tapi kasut dah banyak.Bag pun ada yang tak guna lagi.So decide beli baju la.Kena cari yang harga below RM50 la sebab nak save duit jugak kan.Kalau dah shopping tak ingat dunia pulak.Last last pilih Samhaana Lycra Baju kurung RM48. Balance RM2 lagi burns je la kan.Tapi kena tambah RM5 untuk shipping fee sebab FREE delivery untuk RM75 je.


Ni lah baju nya..pilih brown sebab hanya tinggal dua colour je.Ni pun tinggal berapa je yang ada.Style fishtail I loike! 

Kain jenis kembang payung senget.Ntah ape ntah nama sytle ni.So stylish.

Yang ini lah Fiza pilih.Berbaloi sangat kan.Nanti baju tu boleh pakai dengan jeans dan kain pun boleh pakai dengan blouse lain..Mix and match! Korang belilah while stock last sebab harga under sale sekarang.

Thank you again Zalora sebab bagi peluang shopping kat zalora. Kalau tahu fast service macam ni lama dah shopping kot..Lepas ni boleh shopping lagi kat Zalora.Yeay! Sekarang ada new items okay,jom singgah cuci mata dulu [zalora.com.my]

Rahsia kecantikan dengan Essenseri

Wednesday, November 20, 2013
Banyak betul product terlaris di pasaran sekarang kan.Sebagai pengguna,kita kena bijak memilih product yang kita nak beli especially product kecantikan ni.Salah pilih boleh buat kulit merana!Selalunya product bagus adalah product yang mahal mahal.Ye tak?Oh tidak! Sekarang ni ada je product yang harga mampu milik tapi sangat berquality dan bagus.

Kulit Fiza ni jenis sensitif,so bab penjagaan kulit muka ni memang kene sensitif.Pernah jugak cuba macam macam product termasuklah mahal dan murah.Tradisional atau moden asalkan berhasil.Bila dah jumpe satu product best tu memang tak kan tinggallah.Sekarang kulit muka pun dah makin okay.Minum aurawhite kot dulu takpun consume supplement Shaklee..Siapa nak beli supplement Shaklee murah boleh contact Fiza..Eh..promote pulak.

Since kulit dah makin okay,product sebelum ni pun nak habis dah.So why not Fiza try sesuatu yang baru.Mungkin kesannya terlebih berkesan,mana tahu kan.Tak salah mencuba.Kalau tak cuba tak tahu.So setelah survey,buat analysis bagai Fiza na cuba product "Essenseri". Mungkin korang dah dengar pasal kebagusan product ni kan.Ramai juga Fiza tengok blogger guna product ni.So Fiza beli dan Fiza boleh katakan Yes selepas hari kedua! Untuk permulaan Fiza beli Skin Renew facial cleanser dan Extra Whitening Serum Mist.First time nak try serum actually!


Tertarik dengan packaging facial cleanser ni.Dah macam bedak sejuk pun ada.Bau dia wangi macam lemon.Apatah lagi mencuci muka.Memang bersih la kan.Kalau banyak kali cuci memang bersihla jadinya.Yang bestnya pencuci muka ni boleh dijadikan sebagai make up remover jugak.Tak perlu nak beli make up remover pulak.sekali cuci dah bersih dah..So senang kerja dah lepas ni.


Kenapa korang perlu cuba/ada facial cleanser ni.Boleh baca ni.Menarik bukan?Facial cuma satu jenis je sesuai untuk semua jenis kulit muka.Tak perlu pening pening nak pilih mana satu kan.

Untuk serum mist pulak ada 3 jenis.Fiza pilih Extra Whitening.ye lah nak kasik putih bekas bekas parut tu kan.Kena try ni dulu.Packaging memang tip top comel dan menarik.Rasa nak buat bekas hadiah je.

Ini lah rupanya botol serum mist.Kecil kecil cili api kau..Tapi kandungan bahan aktif dia lebih tinggi berbanding product mahal yang lain.Lepas cuci muka dan lap,lepas tu boleh terus spray 2-3kali dan sapu ratakan.Sangat mudah! Lepas dan meresap dan kering tu korang bolehlah make up. Excited sebenarya nak pakai serum ni. First time pakai rasa macam nak pakai lagi. Lepas spray dan ratakan kulit jadi moist,ringan dan kurang berminyak.Ni yang tak sabar nak tengok perubahan akan datang ni.


Ape yang bestnya extra whitening serum ni.

Yang penting product ni mesra alam,semulajadi!

Untuk serum mist ni korang pakai 1 jenis je.Pilih la mana yang korang nak.Nak beli semua pun boleh pakai bile perlu.Selain extra whitening Serum,Essenseri juga Acne defying serum must juga.Kalau ade acne mula tumbuh tu,gunalah serum ni.pasti kecut segala jerawat.

Untuk nampak kulit sentiasa muda remaja,anjal lebih boleh gunakan Age defying serum mist ni ye.Makin tegang la kulit muka korang pakai ni.



Kiranya serum mist ni 3 in 1 la dengan semburan je.haa sungguh magis la penggunaannya.Apa lagi kesannya kan.Mesti bagus.

Nak cakap lagi apa yang bagus product ni tak perlu nak beli macam macam.Cuma beli Facial cleanser dan serum.Serum pulak boleh pilih ikut suka korang.Cara pakai pun mudah,ringkas dan sangat berkesan.Product ni pun harga mampu milik.

Bagi yang mencari cari produk kecantikan tu,boleh try"Essenseri" untuk menjadikan wajah berseri seri selalu.Kenapa perlu bayar lebih untuk product mahal sedangkan product yang harga mampu milik pun bagus dan berkesan kan.Bahan bahan pun semulajadi gitu.Tak sabar pulak nak tengok kesannya selepas seminggu ni.Nanti kalau ada kesan best lagi Fiza akan share okay.

Essenseri ada keluarkan product baru tau.Kalau ade rezeki Fiza try,Fiza review next entry ye.Happy bila kulit sihat :)

Untuk pertanyaan dan pembelian,korang boleh singgah di Facebook Esenseri.Layanan terbaik dari admin.So friendly that akak :) Barulah best membeli kalau penjual nya sangat friendly kan.

credit info/image : Essenseri page

Resepi : Ayam Black Pepper

Thursday, November 14, 2013
Kalau hujan di waktu petang,mesti best tidur kan.Tadi macam rajin je nak buat Marie Cheesecake,tiba tiba hujan ni penyakit "M"pun datang.Nak tidur pulak susah nak lelap.So hadap PC je la jawabnye kan even rasa Mood blogging tak berapa nak ada petang macam ni.

Update blog baru ada mood kot! Menu lunch tadi Fiza masak Ayam black pepper favourite husband.Sejak jadi wifey ni kene utamakan favourite husband dulu kan.Kalau apa yang Fiza makan,dia tak makan..memang Fiza tak kan masak sebab membazir masak untuk sorang je.Meh Fiza nak share resepi sikit.simple je kot!


Bahan bahan:
Ayam yang telah dipotong
Cili api [ikut sukatan korang nak pedas atau kurang pedas] [blend]
Bawang besar 1/2 biji dipotong
Bawang putih 2 ulas [blend]
1 sudu lada hitam [blend]
1 inci halia [blend]
6 Button Mushroom dipotong empat
3 biji baby tomato.Kalau guna tomato biasa 1 biji je cukup
1sudu sos tiram
3 sudu kicap
garam secukup rasa
1 keping asam keping
1 cawan air


Cara-cara:

Gorengkan ayam setengah masak.kemudian ketepikan.

Tumiskan cili,bawang putih,lada hitam dan halia.Setelah naik bau/garing masukkan 1sudu sos tiram,3sudu kicap,1 keping asam keping dan garam secukup rasa.Masukkan 1 cawan air dan Kemudian masukkan button mushroom dan ayam.Biarkan masak seketika.Last sekali baru masukkan bawang besar dan baby tomato.Biarkan hingga masak dan kering sedikit.Sedi untuk dihidang.

Untuk button mushroom tu korang kena rendam bagi dia kembang dulu sebab dia kering kan.So ambil masa sikit nak kembang.Kalau nak cepat,rendam air panas je :).Hope kalau nak try menjadi le.Bolehlah buat menu berbuka untuk mereka yang berpuas hari ni kan.

Resepi : Ikan Siakap 3 Rasa versi Sihatimerahjambu

Tuesday, November 12, 2013
Ahad lepas shopping barang dapur dah aim nak beli ikan kerapu since ikan kerapu ni sedap kalau masak apa saja kan.Tapi kena survey harganya dulu kan.Ikan siakap ni mahal sikit dari ikan biasa.Kalau tak silap RM11.90/kg Kat Econsave Kuala Pilah.Fiza dan husband pilih yang kecik je la sebab kitaorang berdua je kot.Nanti tak abis makan! So lepas timbang tak sampai sekilo,harga RM6.71 camtu. kira okay jugak berbaloi dengan besar ikan tu.

Misi utama memang nak buat Ikan siakap 3 rasa tapi semalam nak masak,lupa pulak nak beli nenas.Kes lupa nak listkan barang apa nak beli.So terpaksalah mintak jasa baik kawan kawan suggest apa yang patut replace kalau nenas takde.Apple!Thanks korang bagi idea semalam.Good! nasib ada extra apple left kat rumah ni.Ni First time masak 3 rasa.Mudah dan simple je.Ni ikut resepi suka suki Fiza je la.Bahan bahan senang cari,senang masak..rasa pun sama je.

Ni lah rupanya,ikan tenggelam dek kerana bahan bahan sayur terlebih..heee..

Kalau nak try versi Fiza ni,boleh cuba.

Bahan bahan untuk Ikan:
1 sudu Serbuk pasti sedap knorr
setengah camca garam
* kalau takde serbuk pasti sedap tu,gunakan garam je pun boleh.

Bahan bahan untuk kuah:
Cili dipotong [ikut selera sendiri nak letak berapa,kalau nak pedas letak lebih pun takpe]
1 inci halia di cincang halus
2 batang serai di titik
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong empat
1/2 cili benggala
3 sudu Sos cili Thai
1 sudu Sos tiram
1 sudu besar cili kisar*beli yang segera je la
1/2 camca garam
1 sudu gula
1biji apple @1/4 nenas di potong dadu
1/4 biji timun di potong dadu
1 biji carrot di potong dadu

Cara-cara:
Gaulkan 1/2 camca garam dan 1 sudu serbuk pasti sedap knor bersama ikan yang telah disiang dan dibersihkan.Kemudian goreng dan setelah masak ketepikan.

Untuk kuah,tumiskan cili,halia,serai dan bawang putih.Setelah layu dan naik bau masukkan 1 sudu cili kisar,3 sudu sos cili Thai,1 sudu sos tiram dan 1 sudu gula. Jika perlu letakkan sedikit air. Bila dah sebati masukkan 1/2 camca garam.Biarkan seketika,kemudian masukkan bawang besar yang dipotong dadu,tomato,cili benggala,carrot dan timun.Sebelum hampir masak,masukkan apple @ nenas yang dipotong dadu.Biarkan hingga masak.Bila kuah dah siap curahkan je kuah pada ikan yang siap digoreng tadi dan sedia untuk dihidang.Nak lagi cantik,potong halus daun saderi atau daun sup dan taburkan atas ikan.

Simple je kan?Tak perlu la nak cari limau purut ke,sos ikan ke,ape yang ada boleh je pakai.So Lunch ni bolehlah korang try resepi simple ni ye.Ada ke nak mencuba ni?

Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Monday, November 11, 2013
Selamat Hari Isnin! Mood MALAS melanda hari ni kannn..?Dua hari lepas on weekend memang tak sempat nak online sangat.Busy katanya!Bila stay kat kampung memang taklah nak update blog bagai.Lebih bernilai bersama keluarga.Bukan bermaksud blog ni tak bernilai.Blog hari hari di hadap.Apa salahnya kalau sesekali balik kampung tinggalkan blog seketika kan.

As planned before this dengan husband nak berendam kat Hotspring to pamper ourself la kononnya.Alang alang nak balik ke segamat attend wedding sedara ,baik singgah je kat Air Panas Gadek ni.Bergerak dari Seremban lebih kurang pukul9 malam dan sampai pukul 10lebih kurang macam tu la.Hot Spring ni bukak 24jam okay! Anytime boleh pergi.
Ni disekitar taman..bukan berendam dalam ni ye.Nampak tak wap wap yang ada tu.Rasa macam panas sangat je..

Ni jugak sekitar taman
Kolam macam ni baru lah tempat berendam..dah gaya belon masuk dalam air.Tahan panas tu,mula mula masuk.Dah lama sikit barulah sebati dengan badan.Panas dia bukan macam air panas masak tu ye.Kalau tak melecur la badan macam tu.Terpaksa pakai spek..Takkan nak pakai contact lens kot mandi air panas.Bahaya tu!

Agak agak dah sejam kitaorang berendam,so siap siap nak balik.dun worry ye kat sini memang ada tempat persalinan baju.bersih and luas.Facilities memang memuaskan!Yeay! dah segar! Still chubby! Hahah..alangkah bagusnya kalau mandi air panas boleh buangkan lelemak degil dalam badan.Kannn?tak payah nak diet,tak yah nak consume pil kurus bagai tu.Asal sihat sudah!
Lepas mandi terasa segar tapi rasa mual,pening pening.eh..ada ape ape ke?.maybe badan macam terkejut kot suddenly taupun sebab sekarang musim hujan lepas tu tiba tiba masuk hot spring pulak.Mana tak terkejut.Husband pulak just pening pening je.Kesian pulak drive sensorang kan.Fiza nak drive dia tak bagik,almaklumlah..Fiza ni kurang focus sikit drive malam.

Lagi bagus kalau pergi hotspring,ade hotel ke,rumah rehat ke kat sebelah tu kan..At least lepas berendam.baru betul betul rehat kan.betul tak?

Untuk korang yang tak pernah pergi @ nak pergi sini,boleh refer map ni ye.





Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek yang terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. Buk 24 jam sehari dan boleh merancang waktu perjalanan untuk datang pada bila-bila masa sahaja.

Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek melalui kajian saintifik dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan. Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat.

Air panas semulajadi ini mengandungi karbon dioksida (CO2) dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi hydrogen sulfide (H2S). Oleh kerana itulah terdapatnya sulfur semulajadi didalam kolam sumber utama dan dipercayai baik untuk kesihatan terutamanya mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit.

Selain baik untuk mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit, air panas semulajadi ini juga dipercayai dapat membantu pengunjung yang mengalami sakit sendi tulang dan membantu melancarkan perjalanan darah didalam badan.

Antara kelebihan mandi air panas semulajadi :
Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
Meransang kadar metabolisma dalam badan.

Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan. Jadi apa tunggu lagi.....datanglah segera ke Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek.

Bayaran Masuk :
DEWASA : RM 5.00
KANAK-KANAK (6 tahun -12 tahun) : RM 3.00

*Kanak-kanak umur 5 Tahun dan kebawah PERCUMA
credit info : Sumber

Auto Post Signature

Auto Post  Signature