Tutorial : DIY Bunga Pahar

Entry lepas Fiza dah share DIY project buat bunga manggar kan.Kali ni nak buat bunga pahar pulak.Ala bunga telur yang cucuk kat bekas tu jadi macam rimbunan bunga banyak banyak tu.Yang penting bila DIY ni mudah,jimat,cantik dan semestinya sangat puas hati.Confirm! ni untuk yang ada masa lah nak DIY untuk big day nanti.Kalau yang takde masa tu dan tak sabar tu tak perlu nak buat nanti buat separuh jalan pulak lah kan.

Untuk wedding  Fiza ni, Fiza memang nak DIY mana yang Fiza mampu dan sempat buat.Mula mula memang berhasrat nak buat bunga telur sekali macam bunga pahar.Tapi giler kot nak buat beratus bunga telur atau up beribu..So amek keputusan nak DIY bunga telur untuk bunga pahar je la.

Takyah cakap banyak kan.Ni Fiza buat ikut tema warna wedding Fiza.So,korang buat ikut tema warna korang lah ye.

2 Helai crepe paper [ Size mengikut size yang korang rasa sesuai]
2 Helai crepe paper[berbeza warna dan size ikut size yang sama dengan 2 helai crepe lain]
Dawai [ kat kedai ada jual pack,dawai ni dah siap dipotong pendek]
Pita pelilit [Ada banyak pilihan kat kedai,pilih ikut warna tema.Kalau susah nak pilih ambil je warna putih]
Riben
Sarung telur [ untuk sarung telur ni better beli yang macam style sarung buah pear tu so telur tak mudah terkeluar]
Gunting


Bila dah tersedia semua bahan.Boleh mula buat bunga.Ikut  je step kat bawah ni.Fiza tak sure bunga apa ni.Asal sedap mata memandang dah ok da kan ^___^.


Lilit bunga bermula dari atas ye,kemudian dah lilit kebawah tu,lilit sarung telur [ make sure kedudukan sarung telur tu ke atas dan lebih kukuh sebab bila letak telur dia akan lentur ke bawah ].Lilit sampai bawah.Kemudian riben tu boleh ikat kat luar selepas lilitan siap! 


Ok siap 50 kuntum bunga telur.Bila dah cukup,siaplah bunga pahar wedding Sihatimerahjambu ni.Simple dan menarik kan.

Kurang jelas pulak gambar ni tapi in real sangat puas hati bila tengok hasil kerja sendiri.Bunga telur untuk bagi tetamu yang datang Fiza beli je sebab tak larat nak buat banyak.Agak tak puas hati bile beli kat kedai..ada je yang itu ini tercabutlah apa la..So sad.

Ok,dah dapat idea da?Boleh guna idea ni.Untuk style bunga tu sebenarnya korang boleh google je jenis bunga apa yang korang nak.Kene rajin nak DIY ni.Kalau sabar dan rajin gerenti hasil kerja tu lagi bernilai dan sangat bermakna pada korang..percayalah!

14 comments:

  1. sgt cantik..zaza pernah buat jgk..jadi..hihi =)

    ReplyDelete
  2. ooooo... baru tau... hehehe... eh, salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak. jom, kalu sudi singgah ke teratak saya plak. >_<

    ReplyDelete
  3. kreatif. ok2 nak buat macam ni jugak nanti. thanks fiza!

    ReplyDelete
  4. ye la..buat sendiri memang lebih puas hati..belanja pun jimat

    ReplyDelete
  5. @Azie Azra
    DIY lebih murah..kita boleh decide berapa banyak kita nak dengan limitkan size bunga telur ni..u should try it :) kalau tak percaya azie boleh calculate dulu barang2 dan survey harga bunga telur kat pasaran sekarang.. :)

    ReplyDelete
  6. sgt2 cntik =) ni bleh try utk mjlis khwin sy thun dpan..hu3..mcm berbaloi2 je..

    ReplyDelete
  7. memang fiza ni bagus orgnya......bila kita berDIY sebenarnya kita berjimat dalam masa yg sama

    ReplyDelete
  8. Kombinasi warna yang menarik dan menawan ..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.