Sangat excited update entry memalam buta ni ye.Kes excited lebih sebab baru lepas deco wall workstation dengan fancy bugs wall sticker ni haaa..Lepas ni semangat nak buat design mendesign kat rumah sesambil online kan.

Apa yang bestnye fancy bugs wall art sticker ni friendly surface.menyenangkan kerja korang untuk deco deco wall.Ikut je steps yang dia bagi confirm menjadi! Ni design yang Fiza pilih.Siap ada white board senang nak menghitung hari kononnya dan senang buat reminder bila buat kerja tu

Ni contoh decoration dari fancy bugs.Yang ni ada 4 slot sticker paper.Bila cantum semua jadilah menarik macam contoh ni.Size pun ada tulis kat sini.

Taraaa..ni sebelum dan selepas deco.Sebelum deco suram semacam je.Ke gambar tak berapa nak menarik atau camera handphone yang tak berquality?Heh..abaikan! Yang penting sedap mata memandang setiap hari.

Ni saja try deco sebab nak cuba je kan.Fiza guna 1 slot paper je la sebab tu nampak sikit je kan.yang 3 lagi nak guna di rumah baru nanti.yeay! Simpan dulu.Tapi jangan risau,ni boleh tanggal dan guna di wall lain jugak.Tapi make sure la cat dinding bukan jenis yang mudah tertanggal tu ye.

So kalau nak beli wall sticker,pilihlah brand fancy bugs ni.Gerenti puas hati! Fiza beli kat [ http://www.littlekids.com.my/FancyBugs/View-all-products.html]. Sila mention nama Fiza sebab dah tolong promote ni..hehehe.Confirm korang rambang mata nak pilih kan :p Lepas ni nak beli yang lagi fancy.Of course mencari PINK!
Notapink : Rasa nak tidur kat workstation ni je la..heee.Nanite semua ^___^


Minggu lepas sempat juga pergi menjengah ke tempat untuk pre wedding shoot nanti. Terima kasih semua yang sudi bagi idea dan tempat untuk pre wedding. Terberkenan dengan idea Kak Alycia, so pilih Taman Saujana Hijau Persint 11, Putrajaya.

Firstly pilih tempat ni sebab taman ni cantik sangat penuh dengan pokok pine.Walaupun Fiza ni anti hijau tapi kalau kena dengan keindahan alam,terpukau juga!Malas nak cakap banyak kan.So cuci mata je la dengan beberapa keping gambar ni.Tak banyak sikit je sempat snap sebab hari nak hujan dah.Datang sini dan puas hati pun dah kira berbaloi.Tungggu je la gambar cantik pre wedding nanti..heee

Paling suka tempat ni,macam oversea lah jugak kan!


Pokok pine yang sedap mata memandang.Oh..pasni gambar penuh hijau lah kan..


Taman ni lagi sweet je kan..Ni je la yang sempat Fiza snap.Tak habis jelajah satu taman pun.


Then sempat jugak singgah ke pullman lakeside sebab nak shoot kat situ jugak nanti! yeay! So hope dapat share idea ni untuk bride to be yang lain.^___^

Notapink : Sedang membuat persiapan props untuk pre wedd pulak.^__^ busy busy =___='


Ini bakal pengantin! ehem.
Sepatutnya Fiza update hari sabtu sebab hari  ahad dapatlah korang pergi kan.tapi apakan daya disebabkan kepenatan dan busy siapkan kerja,so tak dapatlah nak update blog.Tapi takpelah Fiza akan share mana yang boleh di guna pakai untuk bride/groom to be ye. Pergi pun tujuannya untuk tempah printing kad kahwin.Kebetulan kedai yang fiza nak tempah tu ada bukak booth kat pameran tu. Alang alang nak pergi tu baik terus pergi PICC je la.

Alhamdulillah,rezeki pergi sana.Dapatlah FREE 2 bunting kalau hantar printing kat booth.Means order kat booth la.Kalau kat kedai memang tak dapatlah! So dah jimat budget untuk bunting tu. Ok kat situ dah cut budget sikit kan.Then,dapat cut RM50 lagi sebab hantar design gune file .psd photoshop.yeay! sangat jimat hokeh! kalau nak jimat sila design sendiri ye kad kahwin korang.Err tapi macam tak best pulak sebab design original pada dorang..ermm..harap harap tidak direcycle design tu.Tapi kalau nak recycle pun takde masalah kot.Suka hati doranglah asalkan design Fiza berbeza sikitlah kan.Nak tengok?Tunggu nanti lah ye.

Sebenarnya agak macam dah lambat jugak lah hantar printing.Supposed dah siap dah.Tapi disebabkan printing shop ni kata 7-14 hari je.So ON je la.Harap harap janji ditepati!.Ok da settle tujuan asal ke sini.

Tentang pameran ni pulak Fiza rasa kalau bab pakej semua ni tak kesahlah catering ke,andaman ke photography ke..Semua sooooo expensive! Memang tak sesuai untuk mereka yang jimat budget. Maybe target dorang adalah untuk mereka yang ada duit kan.So pejam mata je la tengok semua pamplet/brocher ni ha..Paper bag kosong ni pun berharga RM3.50.huhu...

Siapa yang tak nak kalau dapat entrance dewan macam ni kan.Glams kot!

Fuh fuh tarik nafas dalam dalam tengok pelamin ni.Kalau tengok harganya terus pingsan!
So far semua benda pun cantik dalam pameran ni.Bak kata Fiza tadilah kan, semua ni untuk mereka yang memang ada budget lebih.Lagipun yang bukak booth dalam ni sure la company yang bagus bagus bertaraf 5stars punya kan.Ye lah, nak bayar sewa booth/tempat lagi perlukan pelaburan banyak jugak kan.Tapi tu lah urusan kahwin kena bijak survey dan memilih.Ni pun Fiza rasa macam ada yang terlebih je ni. Menyesal sendiri.=__=' .Cuma berharap semuanya baik baik sahaja.aminnn...

Huihh tak sedar dah pukul 2:47 am, tak reti reti nak tidur ke Cik Fiza oi?? Esok keje,lupa ke?Dah sah sah esok jamm kan.Dahlah esok dah 'back to school' kan.ok,Fiza stop sini dulu ye.Kalau berkesempatan nanti Fiza share apa yang ada dalam pamplet ni ye.^__^

Lepas pegi PICC ni of courselah pergi melawat sekitar tempat untuk pre wedding shoot nanti di putrajaya.Nak tahu kat mana?Tunggu Fiza update nanti ye.