Tema dan tempat Pre Wedding

pinjam gambar kat pakcik google.Terima kasih tuan punya gambar :)
Bed time story datang lagi! hee..sebelum tidur mesti kena update entry ye? Sebenarnya itu je la masa yang ada untuk update entry pun. Waahh sihatimerahjambu ni asyik cerita kahwin je kan.Janganlah bosan ye bile hati dah makin berbunga bunga ni faham faham je la kan.

Awal awal dah siap booking photographer dah! kebetulan ada pakej FREE pre wedding atau Post wedding.So Fiza amek yang pre wedding sebab nya kalau post wedding dah sah sah memang amek gambar punya kan.Plan nak buat pre wedding bulan Jun ni sebab bulan Julai dah masuk ramadhan.Yang menjadi masalahnya sekarang masih tak de tema.Blur!help help!

Kalau sesiapa ada idea ke?Boleh lah share dengan Fiza kan.Kalau dah ada tema,nak kena pilih tempat pulak.Bagi Fiza area KL atau selangor dah memadai.Mana tempat yang agak best untuk buat pre wedding ye? kalau macam kat padang cantik area UPM tu kena buat surat dulu ye nak masuk situ?Siapa tahu please share ye.

Then,nak tahu jugak.kat mana boleh sewa kimono untuk sehari ye.Kalau boleh yang siap pakaikan sebab tak tahu nak pakai kimono.Buat style japanese okay jugak kan.Kalau style japanese kena buat di japanese Village bukit tinggi lah. Tapi sewa kat situ mahal kot. RM20 untuk 10 minit macam sangat tak berbaloi! So kalau yang boleh sewa sehari tapi murah itu sangatttt berbaloi. Ok,itu cuma idea saje.belum decide..Sesape yang nak share tema dan  tempat,jangan lupa komen ye..I need more idea.Terima kasih semua.

Lagi best kalau idea tu unik.

Selamat malam semua.

22 comments:

  1. Sis nk bg idea tmpat kat tmn saujana hijau p11..byk pokok pine tp xkena tema japaness la hehe

    ReplyDelete
  2. inshaAlah,semoga dipermudahkan ye :D

    ReplyDelete
  3. tema? sekarang mcm2 tema kak. hihi. pilih je nk mcm mne. tpi tema mesti berkait rapat dgn tempat. kat putrajaya pun oke. banyak tempat :D

    ReplyDelete
  4. Tema japanese sesuai ngan akk..hehe. Sori tak dapat menyumbang idea sbb xtau tempat2 yg cantik, hehe

    ReplyDelete
  5. kat tasik prmaisuri pun de port mcm sesuai dgn pkaian.

    ReplyDelete
  6. saya suka suasana dekat taman paya bakau Perak tapi jauh le pulak kan.hehe.

    pendapat saya, fiza gunakan tema sesuai dengan cara fiza dan tunang fiza masa kenal dulu ke. dia macam ada story daripada situ.

    hehe sori kalau tak menarik

    ReplyDelete
  7. bestnyer sis..tak sabo nak tengok gambar2 tu nanti..mesti cun..

    ReplyDelete
  8. owh hurm..ye area putrajaya pun menarik...kena tambah sikit je props...FRIM pun ok not bad.officemate pun nak kawin,dia berangan nak buat atas bukit broga ^^

    ReplyDelete
  9. di area putrajaya pun banyak tempat yang menarik untuk pre-wedding.. akak selalu tengok pengantin/bakal pengantin bergambar di situ.. ada taman botani, wetland, jambatan, picc,taman dekat picc, bangunan2 kerajaan yang unik, dan banyak lagi tempat boleh dipilih..

    ReplyDelete
  10. fiza, nk padang cantik ada satu taman kat putrajaya.. presint 11 .. taman tu mmg cantik sbb ada pokok2 pine tu..

    ReplyDelete
  11. hohoho semat gambar?oo bergambar tak hajak titew kihkihkih.makin berkobar2 la dia nak kawen hehe :D

    ReplyDelete
  12. @afzalsukasuki
    ini bukan gmbar kita lah tok apjal..ni gambar orang lain..adeshhh

    ReplyDelete
  13. @Alycia
    oh ye ke kak?okay nanti fiza survey tempat tu ye..presint 11 ye.kalau ke sana memang dekat2 situ lah ye..tq kak

    ReplyDelete
  14. @Mizz Aiza
    oh ye ke kak..ok nak pergi survey tempat dia dulu :) tq kak

    ReplyDelete
  15. @||aLeaSaRa||
    FRIM juga menarik kan..kawasan hutan simpan yang cantik :) tq bg idea :)

    ReplyDelete
  16. @Cerita Farjannah
    susah lak nak cari kimono..tgh mencari jugak ni :)

    ReplyDelete
  17. @nurdani
    paya bakau ye?unik gak kan..tapi jauh lak nak ke perak..tu lah..masih cari idea lagi ni.ape2 pun thanks dani.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.