Nak tahu apa jadi,tengok je la cerita ni sekarang tau..siap siapkan popcorn dulu amek mood konon konon tengok wayang lah tu.SIPNOSISDrama ini mengisahkan Usin seorang anak yatim tinggal bersama ibu saudaranya. Usin seorang penganggur dan peragut tegar. Pada suatu hari, dia nekad untuk meragut 10 mangsa dengan harapan dapat mengumpul RM1,000 untuk membayar sewa tapak pasar malam. Dia meragut bersama rakannya, Sahak Sekinchan. Mereka berdua berjaya meragut dengan cemerlang 9 mangsa tetapi masih kekurangan RM300.Usin dan Sahak menuju ke sebuah kilang untuk meragut mangsa terakhir. Mereka berdua ternampak seorang makcik berjalan pulang dan dengan tangkas Usin dan Sahak meragut beg tangan makcik tersebut. Selepas meragut, Usin memeriksa beg makcik itu dan telah jatuh hati terhadap anaknya bernama Ju. Apa yang bakal dilakukan oleh Usin seterusnya?
Notapink : Selamat menonton.~






7 comments:
sinopsis mcm best .
ALAMAK..DH TERLEPAS NAK TENGOK
KAK BUI BARU JER SAMPAI DR KPG...
tengah tengok ni... memang sengal je ceritanya!
alamak tak dapat nak tgk..keje pulak...huhuhu
patut nmpak fiza update kat twitter ingtkn fiza salah letak..kot la musim bunga hehe..pdhal mmg "usin bunga" ^_^
kita tengok , kita tengok ! tapi tak habis pun . hihih . kelakar lah si zizan tu walaupun dia macam tergedik-gedik . hehe
xtgk coz abah tgk bola -_- boringg..hihihi
Post a Comment