- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam..
credit to[aliff cullen]






23 comments:
suka entry ny ^_^ good !
thankz fiza sbb sudi berkongsi ilmu... :)
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Saya tak tahu pulak pasal tu .. Pape pown Trimass ye..
sukalah ustaz don nih...lagi suka dgr ceramah dy, menarik ja bila didengar...hehe
tq for sharing dear ;)
jangn2.. =)
tq fiza share..
insyaallah
jangan nak jangan sangat lahh
#bolehkeCamni
nice. tq fiza sudi share :)
^_^
ini semua JANGAN yang selalu kita buat..Klu cik comey..JANGAN yg 1st tu la yg ari2 dok buat..sgt susah nk ubah tabiat yg dah sebati dlm diri wpun skrg dah umur 27thn...huuhu...
Weee sentap tgk UStaz Don yg kiut tu :p hehehehe~ thanks Fiza for sharing loving..Allah jadikan Islam sgt indah,mudah dan praktikal :) Subhannallah
kalau dapat ikut semua tu mesti tenang jiwa kan :)
JANGAN pun penting jugak kan dalam islam :)
thanks fiza sharing =)
ustaz don mmg best :)
mohon share di blog saya boleh?
betul2..smua setuju..
terima kasih sgt2 fiza..
leh ingat lik mana yang leka.
terbaik! info sgt2 berguna sebab ni lah kita buat seharian..
thanks :)
selalu lupa benda2 ni :(
Thanks fiza sudi share ye..
Boleh dijadikan panduan ni..
Sebab simple sangat.. ^_^
Insyallah tak disusahkan untuk dilaksanakan..
Suka sangat tengok 30 minit bersama ustaz don tv alhijrah..
nk tambh sket..
kalu elok pg2 tu buka ler pitun/tingkap..
br berseri rumah..
rezeki pn murah..
insyaallah..
nice entri fiza..huhu..byk yg pelu dpbaiki ni dlm diri ^_^
info yg berguna...
thanx Fiza =D
Post a Comment