Cerita dari afzalsukasuki

Monday, February 6, 2012

Segmen : Adore Your Arts Final!

Assalamualaikum
Akhirnya sampai ke final part segmen Adore Your Arts ni.Alhamdulillah,berjaya jugak promote rakan rakan seperjuangan WLA[WeLoveArts].Keputusan untuk part III akan Fiza umumkan setelah juri juri kira markah ye.Harap bersabar.^__^

Minggu ni hadiahnya adalah 3vector potrait dan satu vector cartoon.Sponsor pertama adalah apit.Mesti ramai blogger tahu  fizgraphic.com.Alah,blogger yang pemurah bagi freebies doodle tu.Tapi kali ni apit sponsor vector.Ramai yang order vector kat apit.Ada yang siap buat jingsaw puzzle dan frame lagi.hebat tu!
Ni contoh vector dari apit
So nice kan?Apit memang terror bab photoshop ni.Banyak tutorial photoshop kat blog apit yang boleh korang belajar.Ade jugak freebies doodle.Jom ke>>Blog apit

Kedua,Bika..bukan keropok Bika ye.Jangan marah Bika.Bika satu satunya blogger yang ada kat Italy sekarang ni.Seronok main salji tu..*jeles! .Bika ni selalunya seni dia mesti ke arah makanan je.Sure banyak menu dalam kepala die tu.Kan bika?? Bika ni pencinta seni yang selalunya sangat banyak idea dan melukis vector menggunakan Adobe Photoshop.

Minggu ni Bika sponsor vector potrait macam bawah ni

Mesti korang nak kenal Bika di Italy sekarang ni kan?agak agak kalau bodek dapat duet euro ke?trylah..hehehe..*mati kene sekeh ngan bika pasni.Cuba lah kenal kenal dulu>>Blog Bika

Ketiga Yus,Melukis vector menggunakan adobe photoshop juga.Sangat teliti pada line dan sketching.Pakar dalam black and white arts.Selain tu pandai juga dalam photography dan editing gambar.Kalau nak edit edit gambar tu bolehlah contact Yus.

Ni salah satu hasil black and white dari Yus.
FYI,Yus masih bersekolah lagi Form 4.Hebatkan budak sekolah dah explore photoshop ni.Dalam WLA ni Yus dipanggil Fizo Omar..hehe..gurau gurau je tu.kalau nak tanya apa apa pasal photography dan editing boleh tanye kat Yus>>Blog Yus

Untuk sponsor terakhir adalah Are-Rif,semakin aktif menvector.Selain melukis vector Are rif jugak pandai dalam editing coding template blog.Sebelum ni dia ada buat usahasama design template dengan CCI.Hasil design dorang tersangatlah superb.

Bukan tu je,pandai jugak mendoodle tau..Tapi minggu ni Are-rif sponsor vector ala ala cartoon macam hana tajima bawah ni.
Kalau nak tanya pasal coding ke atau apa apa pasal apa yang are rif buat. Boleh terus direct ke >>Blog Are rif

OKay dah settle kenalkan para sponsor,meh kita tengok cara nak dapatkan vector vector di atas secara FREE.Camna nak dapatkan secara FREE boleh tengok syarat di bawah ni.Minggu ni ade kelainan sikit.Lebih mudah tak perlu buat entry atau edit apa apa.Just perlu komen dalam entry ni je.

Syarat
Tinggalkan komen anda di entry ni dengan melengkapkan slogan di bawah ini
Saya nak hasil seni di atas kerana___________________[tidak lebih dari 15patah perkataan]
Sertakan sekali link blog tanpa meletakkan http:// dan www.
*sekiranya ada link http:// dan www secara automatic nya penyertaan dibatalkan.
*ayat perlu teratur dan tiada sebarang ayat ewww..

Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua slogan  akan diadili oleh ahli WLA.
-4 slogan menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Tempoh segmen
6Feb 2012>>>12Feb 2012[jam 11:59pm]


Notapink : sabar menunggu keputusan segmen Part III yang lepas

GOOD LUCK!

29 comments here:

Cik tikah said...

x sbr nk tgok siapa yg menang. segmen fizas emua best best!

nur amalina athman said...

Saya nak hasil seni di atas kerana saya kagum dengan hasil seni tersebut dan rasa sangat beruntung jika dapat memilikinya..:)

link blog: shqpewsqiq.blogspot.com

diana said...

kreatif2 adik2 zaman sekarang ni..kagum akak tengok..:)

merpatisejoli45 said...

hye, sudi x exchange banner ngn saya?
if sudi tgglkn komen di blog saya ye. :)

done folow u, jemput jd folower saya blik ye. :)

keri ikhwan said...

dasat2 laa :)

BiQa HatmiN said...

saya nak hasil seni di atas kerana...er.er...ewwww eh silap..hahaha wah offer duit euro nampak? hahaa.. cik cahaya mintak 2000euro pun 50thaun baru dpt kumpul.ok fiza akan dipromote. :)

Gadis mutiara_Solehah said...

Saya nak hasil seni di atas kerana hasil seni mereka sangat lah awesome dan sangat comel..Jealous betul dengan diorang ni tapi sangat menggagumi mereka sebab saya tak dikurniakan tangan yang berbakat umpama mereka T_T'.. Kalo lah dapat satu, bestnya^^..

saranghaesolehah.blogspot.com

caliph shuriken said...

semakin meriah dgn artwork2 ^^

Meya Lolipop ♥ said...

Saya nak hasil seni di atas kerana.. ianya menarik dan unik. Sangat berbakat mereka sipembuatnya. Best nie kalau dapat. Nak jugak nak jugak! Hehe


meyalolyppop.blogspot.com

Hanis said...

Saya nak hasil seni di atas kerana seni adalah benda pertama bagi kehidupan asas. Dan mendapat sesebuah karya daripada seseorang yang berseni adalah awesome & cool ^_^

nurul-hanis.blogspot.com

Citra NaniZam said...

Kak Citra nak sangat2 hasil seni kreatif lg inovatif dr geng2 WLA kerana seninya indah,bisa jadi terapi tenangkan jiwa dan asyik buat kak tersenyum bila memandangnya.


citrananizam.blogspot.com

JT said...

Fuhh, mantoplah cik Azhafizah kite ni.. :)

Saya nak hasil seni di atas kerana belog Cik Azhafizah comei, cun dan cute :P

kakyong said...

Saya nak hasil seni di atas kerana ia unik, hasil kerja yang 'awesome'/hebat dan teliti.

link blog : kakyong.com

kakngah said...

Saya nak hasil seni di atas kerana saya nak tepek kat header blog saya.

link blog : londarosman.com

Queen Nouvelle said...

Saya nak hasil seni di atas kerana ianya sangat kreatif dan unik membuatkan saya tertarik untuk memilikinya .

queen-nouvelle.blogspot.com

ratu zuleyqha said...

Saya nak hasil seni di atas kerana memang dah lama teringinkan vector sendiri . sangat jealous tengok vector orang lain dan kagum dengan hasil kerja blogger .

ratuzuleyqha.blogspot.com

shera haifa said...

Saya nak hasil seni di atas kerana saya ingin mempunyainya satu. Lagipun saya tengok hasil seni nampak cantik..

link blog :nothingzorro.blogspot.com

CekbOlat-bOlat said...

Oh.. untunglah boleh berphotoshop.. bolat hnya berdoodle pkai PAINT.. T__T

Kak Chik said...

Saya nak hasil seni di atas kerana saya tak dikurniakan bakat sedemikian rupa untuk melukis gambar atau pun vektor. :)

link blog:teratak-kakchik.blogspot.com

Abdul Muaz said...

Saya nak hasil seni di atas kerana hasil seninya membuat saya terpegun dan saya berharap saya mendapat hasil seni tersebut .

kakionlineblogger.blogspot.com

Qirah Isa said...

assalamualaikum :)

saya nak hasil seni di atas kerana saya mahu mengabadikan sesuatu yang sentimental dalam hidup saya, seperti kad kahwin saya misalnya? :)

qirakira.blogspot.com

Mie Hishamuddin said...

Saya nak hasil seni di atas kerana saya ingin simpan satu vector dari air tangan mereka kerana saya dah lama admired dengan hasil kerja mereka ^_^


link blog : miehisham.blogspot.com

NAL said...

Assalamualaikum,

Saya nak hasil seni di atas kerana produk kekreatifan belia seperti anda mampu membuka minda seseorang tentang berharganya sesuatu idea apabila ditonjolkan.

link : nyteamlife.blogspot.com

Anonymous said...

@Abdul Muaz

menarik..

Kyra Hizrina said...

Saya nak hasil seni di atas kerana kreativiti seni mereka sangat cantik, menarik, tertarik, dan buat saya terasa da'bomb jika milikinya !

link blog : kyralovelious.blogspot.com

Aida Omar said...

siapakah pemenang nye..^^ eh apit pun ada la..huhu

Mohd Norafzal said...

fiza hebak mung..header kancan abis perghhh

shera said...

salam !

Saya nak hasil seni di atas kerana pembikinan mereka tersangatlah hebat dan mengagumkan,saya teringin untuk memiliki hasil seni mereka .

shera said...

maaf ! terlupa nak bagi link

appleshera.blogspot.com