Image Slider

Musim Durian Crepe

Saturday, November 24, 2012

Selepas musim pavlova,sekarang musim durian crepe pulak dah! Ramai lah di luar sana yang mengidam Durian Crepe ni.Untunglah dapat makan kan.Luckily, Fiza tak makan durian.So takde lah nak mengidam macam korang kan..hehe..Haritu pergi rumah kakak,dia offer durian crepe.Phew~ memang tak kan makanlah walau ada depan mata.

Nasiblah ada juga pengganti durian crepe,blueberry crepe! Sedap jugak! jatuh cinta dengan style crepe ni.Kalau ada yang nak mencuba buat boleh refer resepi ni[RESEPI DURIAN CREPE].Resepi sangat mudah tu.Kalau tak jadi juga cuba banyak kali ye.Kalau rasa malas nak buat,order je lah ye.Rasanya google je dah banyak link keluar.Sebab belum pernah order online,so tak dapatlah nak share link untuk order.^__^

Siapalah pencipta durian crepe a.k.a durian pancake ni sampai boleh buat orang jatuh cinta ni.Lepas ni mesti akan ada macam macam buah buahan crepe.Kan?

Notapink : Thanks Kak Azlita share banyak resepi and gambar gambar makanan kat blog dia memang superb cantik!

Tutorial buat menu tab comel di tepi blog[ hover rotate -5deg]

Saturday, March 10, 2012
Dah 2hari kot menu tab comel di tepi blog Fiza ni menapak tanpa ada masalah buat masa ni.So,selamat untuk digunakan sebab tak mengganggu loading blog dan mudah nak navigate blog juga.Paling best bila hover ada effects -5deg dan buatkan korang suka nak main main dengan hover tu.Seriously nampak style dan comel.^__^

Contoh macam bawah ni.Takpun korang click je kat tepi blog Fiza ni.
Disebabkan ada yang bertanya dan ada masa nak buat tuto simple ni.
So,Fiza akan buat tuto ni untuk dikongsi bersama.Dah mintak izin pada tuan punya tuto dan dia dah izinkan pun.Fiza buat ni pun dari tuto si dia[N comel] ni.Thanks a lot ye.^__^. OK,jomlah try jugak

[Sebelum mulakan tutor ni,save dulu template blog korang>>download]
1.Log in blogger>>Dashboard>>Design>>Edit HTML
2.Click pada expand widget templates
3.Cari code ]]></b:skin>
*tekan serentak ctrl+f dan masukkan code no 3 di dalam box untuk memudahkan pencarian
4.Copy code bawah ni
/* LIST #8 */
#list8 { }
#list8 ul { list-style:none;}
#list8 ul li { font-family:Georgia,serif,Times; font-size:18px;margin:1px; }
#list8 ul li a { display:block; width:80px; height:28px; background-color:#000000; border-right:10px solid #FFFFFF; padding-left:40px;
text-decoration:none; color:#FFFFFF; }
#list8 ul li a:hover { -moz-transform:rotate(-5deg); -moz-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
-webkit-transform:rotate(-5deg); -webkit-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
transform:rotate(-5deg); box-shadow:10px 10px 20px #000000; }
*Customize coding ikut kesesuaian blog,korang boleh tukar jenis font,warna font,size font,warna background dan position tab menu tu.
code warna[di sini]

5.Pastekan code no4 sebelum code  ]]></b:skin>
6.Cari code </body>
*tekan serentak ctrl+f dan masukkan code no 5 di dalam box untuk memudahkan pencarian
7.Copy code bawah ni
<div style='display:scroll; position:fixed; top:150px; left:-40px;'>
<div id='list8'>
<ul>
<li><a href='URL BLOG'>Home</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
</ul>
</div>
</div>
*letak link menu dan tajuk menu pada code di atas ni

8.Paste code no 7 sebelum code </body>
9.Preview
10.Kalau dah ok tekan SAVE

Mula mula Fiza buat tak menjadi,mungkin ada masalah coding dalam template.So,Fiza switch template baru dan buat  semula macam template asal.Alhamdulillah menjadi menu tab comel ni.So,kalau tak jadi masa first time buat tu,korang kena switch pada template baru dan buat balik blog.Sebelum switch template baru,save dulu template lama.

Selamat mencuba.
Credit tuto to [Nurulcomel]Thanks!

Notapink:Kalau dah siap menu tab comel tu..menu tab lama dah boleh delete.

Menjawab pertanyaan tentang domain

Sunday, March 04, 2012

Previous entry Fiza ade inform pasal renew domain kan.Ramai yang bertanya pada domain ni.Ada sebahagian yang bertanya Fiza dah jawab,ada yang belum jawab lagi.Apa kata terus jawab pertanyaan satu persatu.Sila baca ye.Kalau tak faham,tanya lagi..cewaaahhh dah macam forum pulak ni.

Q1 shera:domain tu ape?
A1:Firstly Fiza akan terangkan hosting dulu.Hosting ni macam rumah kite sewa atau beli.Contohnyer blogspot.com/wordpress.com adalah free hosting.Macam Fiza ni fiza gune hosting blogspot.
Then domain pulak kire macam alamat rumah kite. contoh:azhafizah.com tapi masih gune rumah blogspot.com..haa..cemane nak terangkan tu ye..tapi kire pahamlah sikit beza die kan..domain alamat rumah.hosting pulak rumah yang kite beli/sewa

Q2 CikPipiTembam:Kalau mcm kita kan domain free setahun.. kalau dah habis setahun tu cmner ye ? maknanye dia nk kembalikan ke blogspot balik takde mslah kan ?
A2: Kalau dah abis setahun,dia akan kembali semula pada blogspot.Kena tukar setting kat blogspot supaya boleh guna blogspot semula.Then sama mcm sebelum pakai domain.

Q3 Shida:Shida berminat nk pkai tp..proses dia susah xfiza? mcm fiza byran dia mahal? shida konfius skit sbb de yg tawarkn murah de yg mahal..xtau kelbihan mcm mna yg kite as blogger perlu 
A3: Process dia tak susah,hanya perlu bayar dan pihak yang berkenaan akan uruskan.dalam masa 24 jam domain baru boleh digunakan.mengambil masa untuk tukar domain tu.
Ada 3tawaran yang boleh dipilih.Boleh baca[HERE].Fiza amek pakej domain names.RM30/year.Mampu milik dan sesuai untuk blogger biasa macam Fiza ni.^__^

Q4 Cik Ayumi:ape kelebihan domain ni berbanding blogspot ek?
A4: Kelebihan ada domain ni boleh check[HERE]

Q5 Afzal : rasa mcm nak tukar gak.fiza pakai ape ye?
Tukar le.Fiza pakai hosting blogspot.

Q6 Fifiey:how to use domain? teringin nak ada domain sendiri!:))) nanti ajar eh.
A6: Guna macam biasa je.Cuma perlu bayar dan pihak tertentu akan uruskan pertukaran domain.kemudian domain boleh digunakan seperti biasa.

OK itu je soalan yang ditanya.Harap berpuas hati dengan jawapan itu.Disini Fiza sertakan link untuk korang baca lebih lanjut:

Pemilihan pakej dan information [HERE]
Kelebihan domain[HERE]
Contact pertukaran domain : via web[HERE]
                                            via facebook[HERE]
Korang boleh tanya apa saje tentang domain ni pada dia sebab selama ni dia yang uruskan pertukaran domain Fiza.Dia sangat friendly dan senang berurusan dengan dia.So,Fiza suggest kalau nak tukar domain boleh contact pada link yang Fiza bagi tu.Then bagitau pada dia,Fiza yang recommend kan.^__^.hehehe...Ok kan?

Hanya perlu bayar dan dia akan uruskan dan setting pertukaran semua.Mudah je.Bayar,tunggu dan guna seperti biasa.

Notapink : Selamat bertukar domain kalau berminat.^__^.Ada yang kurang jelas?Inform ye..Thanks ^__^

Happy Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy.Congrate!

Monday, February 27, 2012
Semalam penat sangat ronda ronda kat Port Dickson sampai tak ada kekuatan nak update blog.Takpe,hari ni Fiza update ye macam biasa.Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat.Pagi semalam gerak dari selangor ke Port Dickson attend Majlis perkahwinan CikPuan Jijah,blogger yang suka dok blogpecut tu.hihi.

25February majlis rumah perempuan dan 26February majlis di rumah lelaki.Disebabkan Fiza tak dapat datang 25hb,so Fiza datang majlis pihak lelaki je la.Asalkan dapat pergi salah satu dah cukup kan.Sampai kat sana selepas pengantin bersanding.

Sampai sampai je nasib jijah kenal Fiza kan..snap dulu gambar dengan pengantin tengah manjamu selera.Jijah yang cantik dan Mr Navy yang macho dengan uniform tu.^__^


lepas makan sesi potong kek.

dari sudut lain suap menyuap ni.sweet~

berbalas suapan ^__^

Ini sangat suweeett~

potong kek dengan sopan :p

Di pelamin.

Nak jugak posing kat bunting Jijah ni ha..haha

Ni saje duduk menunggu pengantin selesai photoshoot bersama family.
Teruja dapat pergi wedding jijah sebab dah kenal lama.Plus,Fiza pernah make over blog Jijah.So,macam dah kenal lama lak..hihi..Seronok dapat jumpe geng blogger.Cukuplah ye gambar di atas tu.Kang penuh nak upload semua.hihi...Meh la ke blog Jijah>>Blog Jijah

Selesai sudah menghadiri majlis kahwin CikPuan jijah..
lepas tu ronda ronda PD,snap snap pulak..Tunggu entry akan datang lah ye..Entry ni cuci mata dengan gambar kahwin jijah ye.Congrate Jijah! Semoga berbahagia kekal sampai akhir hayat.aminnn

Notapink: Seriously sangat suka dengan makanan kat PD ^__^..

Apa yang berubah apa yang tidak selepas menerima kritikan

Friday, February 17, 2012
Baru sempat menerjah dan memberi komen pada 50blog group#1 dalam segmen Abg Ben yang kritik kirtik tu.Wahh terasa macam pro lak main kritik kritik tu.Kalau rasa kritikan tu boleh memajukan kita,terima seadanya.

Segala kritikan tu kita perlu fikirkan dulu sebelum mengubah apa apa sebabnya takut nanti demi memuaskan hati semua orang,apa yang tinggal tak de apa apa dan tiada apa apa untuk diri sendiri.So,apa apa pun fikirkan baik buruk kritikan tersebut.Seperti yang dikatakan dalam entry Kak Diana ni[HERE]

Kalau rasa kritikan itu akan memburukkan kita,tukarkan kepada yang baik.Kalau kritikan itu yang baik,jadikan ia lebih baik.OK?

Setelah blog Fiza di kritik,Fiza dah ubah apa yang patut dan tak patut dengan alasan yang kukuh.Harap selepas ni ada yang sudi meninggalkan komen dan memberi pandangan tentang apa yang Fiza tulis ni ye.Mohon jasa baik ye.

Cursor
Ada yang komen cursor tak perlu pelik sangat.Biasa biasa sudah.Ok,memandangkan itu agak membuatkan pembaca susah nak berkerjasama dengan cursor.So,Fiza dah remove cursor pelik tu..lebih mudah tak sekarang?^^

Scroll bar
Ada blogger komen bloglist archive panjang sangat.kene buat scroll bar.hehe..bukan tak mo buat camtu.Ada sebabnya.Sebabnya itu salah satu tarikan pembaca untuk senang navigate previous entry tanpa perlu scroll down.sesambil baca blog bila tengok tajuk di tepi tu mungkin ada attractive sikit.Plus,kalau buat scroll nanti latest entry je nampak di atas.Latest entry dah tentu ada di first page blog kan.So,itu hanya sebahagian dari kemudahan untuk pembaca navigate.Boleh terima tak alasan ni?Atau memang Fiza kena ubah?^^

Background
Ada yang kata blog Fiza kena tambah background baru nampak menarik.Fiza dah letak sebelum ni dah agak memberatkan blog.So,Fiza buat plain je sebab kalau buat background belakang tu rasa macam semak pulak.Better plain colour..Ok lagi kan?

Tag/Label
Ada mengatakan Part'Story Of My Life' Di bahagian bawah tu kalau takde,lagi kemas.Ok,kalau Fiza buang nanti meyusahkan pencarian untuk certain topik.Macam susah nak navigate entry info ke,make over ke,segmen ke,dan ape ape label lah.Bila dah ada,lebih mudah nak navigate.Click je dah keluar semua paparan tentang topik yang kita nak.Lebih mudah kan?

Setakat ini itu saje kritikan yang Fiza dapat.Alhamdulillah,takde cacian dan makian..kritikan yang membina itu sangat bagus.Boleh kita tahu mana kelemahan blog kita kan.Terima kasih yang sudi datang dan memberi kritikan.Lepas ni Fiza sambung singgah memberi kritikan.Gunakan kalau ianya betul..OK?

Notapink : Bagus ada segmen macam ni lebih nampak professional ^__^.Congrate Abg Ben jayakan segmen ni.

Resepi : Sweet Potato Sihatimerahjambu

Thursday, February 16, 2012
Petang petang ni tiba tiba macam terasa nak makan sweet potato.Dah lama dok usha resepi Cik Yui ni.Ni lah baru nak mencuba sebab resepi ni mudah dan simple je.Bahan bahan pun ciput je.Tengok dulu yang dah siap ni.
Nampak sedap kan??Meh la cuba jugak.Ni resepinya...

Bahan bahan
-Kentang[ikut suka berapa banyak]
-Bawang besar 1 biji
-Mayonis
-Sos Salad Thousand island[Kalau tak nak letak pun tak pe ^^]
-Black pepper
-Garam

Cara cara
1.kentang di potong dadu dalam size sederhana
2.Kemudian kentang yang telah siap dipotong direbus sehingga empuk
3.Bawang di potong dadu kecil kecil
4.Black pepper ditumbuk halus[Nak lebih mudah beli je yang dalam botol*Fiza suka black pepper yang ditumbuk sendiri sebab lagi terasa pure black pepper ^^]
5.Masukkan kentang yang dah dimasak kedalam mangkuk,masukkan bawang yang telah dipotong dadu,black pepper,mayonis[mengikut citasa*Fiza suka letak banyak ^^],Sos salad Thousand island dan garam[mengikut citarasa]
6.Gaul rata bahan bahan dengan kentang sehingga serasi bersama.

Bahan yang telah siap dan dipotong hanya perlu gaulkan bersama je..^^

Dah gaul sebati dan di rasa sedap.Maksudnya dah siap lah tu.Sedia untuk dihidang. Mudah,simple dan cepat.Resepi asal dari Cik Yui Fiza dah ubah ikut citarasa Fiza.Thanks Cik Yui untuk resepi mudah ni.Rasanya memang nyummylicious ^___^.Tak lupa jugak banyak khasiat sweet potato ni.
Untuk info khasiat tentang sweet potato ni boleh referdi sini>>WHFoods

Credit Resepi:Cik Yui
Credit info: WHFoods
Notapink : Sekali rasa pasti nak lagi ^__^.Kan yui

Resepi: Lauk Paprik Campur

Tuesday, January 31, 2012
Nampak menyelerakan tak?Sure lah kan!Yang belum lunch lagi sila tahan air liur sebentar ye.Kalau belum masak meh cuba resepi bujang dan simple ni.Bahan bahan pun tak banyak tapi still boleh rasa kenikmatan lauk paprik campur ni.

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih[ditumbuk]
2 ulas bawang merah[ditumbuk]
1 ulas bawang besar[dipotong]
1keping asam keping[ganti daun limau purut sebab susah nak cari]
halia 2cm*agak agak je lah[1/2 ditumbuk,1/2 dipotong halus]
cili api*mengikut citasa pedas[dipotong halus]
cili kisar[3 sudu]
kicap
beberapa cubit garam
air masak[1cawan]
minyak masak

Ayam[di potong kecil kecil]
kubis bunga[dipotong kecil]
carrot[dipotong kecil]
bahan bahan boleh ditambah dan dipotong kecil juga macam brokoli,kacang pea,jagung muda dan sebagainya.Tapi Fiza gunakan 3 yang diatas sebab nak simple je.hehehe

cara cara:
1.panaskan minyak masak
2.Tumiskan bawang putih/bawang merah/halia yang telah ditumbuk 
3.Setelah naik bau,masukkan cili kisar.Kalau tak cukup 3 sudu boleh tambah secukup rasa.
4.Masukkan sekali asam keping/garam dan kicap mengikut citarasa.
5.Dah macam garing sedikit,masukkan ayam dan masukkan air.
6.Biarkan ayam masak sedikit dan barulah masuk kan carrot dan kubis bunga.
7.Masukkan bawang besar/halia dan cili yang telah dipotong.
8.Tunggu sehingga ayam dan sayur masak.Sedia untuk dihidang

Mudah je kan??so para bujangan,boleh lah cuba resepi simple ni.Untuk para ibu ibu sila beri tips lagi ye..hehehe..saya budak baru belajar masak juga..

notapink : Lebih suka masak sendiri dari makan di luar.sedap/jimat dan semestinya kebersihan terjamin.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature